Friday, August 11, 2017

Kalau tak buat smoothie pagi-pagi . . .

Aku memang suka blend buah buat smoothie untuk breakfast.
Tapi kadang-kadang bila terlampau busy, memang tak sempat jugak nak kupas buah atau blend buah.
Pulak-pulak tu kalau lama sangat tak guna buah, buah pon busuk begitu je dalam peti ais. Huhu.


Nak senang, memang selalu beli Marigold Peel Fresh. Selalu je ada dalam peti ais rumah aku. Kalau tak beli buah, mesti beli Marigold Peel Fresh. Dari kecik dulu, parents memang selalu beli dekat supermarket. Sampai ke besar aku dah kahwin ni pon aku still akan beli buat stok dalam peti ais.





Banyak-banyak perasa,aku suka perasa EPAL🍎🍎🍎. Slurrpppp gulp gulp sedap weh. Dah nama pon Cik Epal. Harus lah air jus epal tu yang aku nampak dulu daripada air lain. Muehehe.Tapi perasa lain aku suka jugak macam oren ke mangga ke. Perisa Power Veggies and Fruit pon aku suka! Mula-mula takut nak minum, tapi bila dah try, asyik nak beli flavour tu je. πŸ˜‹

Haa yang ni. Powerveggies and fruits. Mula-mula aku takut nak beli sebab nampak mengerikan. Hahaha. Saja haritu beli, bukak botol je warna purple pulak air dia. Try minum sikit. Eh sedap pulak! No sugar added pulak tu. Terus rasa lebih sihat dari biasa. Ehehe. Tak ada lah rasa macam sayur pon. Memang rasa macam buah walaupun banyak juga sayur dalam ni. Sekarang ni flavour ni antara favourite aku lah. Bila aku minum, aku suka bagi Han minum jugak. Han pon dah suka minum Powerveggies & Fruit ni πŸ˜‹


Haritu aku dijemput pi event Marigold. 
Orang lain beratur nak jumpa Lisa Surihani. Aku dapat fast pass. Datang-datang je terus dapat jumpa Lisa.Yayyy!
Friendly lah Lisa Surihani ni. I loikeeee~

Kemain sembang macam kawan lama.

Senyummmm.
Ada photobooth yang terus keluar gambar tu dekat depan sebenarnya.

Senyum nampak gigi sikit.

Nak main game 'Balance the Scale' pulak.

Banyak-banyak kotak dekat sini kena pilih kotak mana yang sama berat dengan "kebaikan buah-buahan harian" tu.

Aku pilih kotak yang paling berat sekali.


Last-last. Eh betul!
Terror gak aku ni. First try kot.Haha.

Next game.Stacking Game. Kena susun berapa banyak kotak yang boleh dalam masa 30 saat.

Haa jangan jatuh. Jangan jatuh please. Sila beri kerjasama kotak-kotak uii.

Dapat lah letak 11 kotak. 
Ni jatuh selepas 30 saat ye.
So aku masih terror. Haha.



Kalau korang nak tahu MARIGOLD PEEL FRESH ni mengandungi 35% atau lebih jus buah-buahan tau. πŸΉπŸ˜‹MARIGOLD PEEL FRESH ni sangat segar dan kena biarkan dia dalam peti ais setiap masa untuk kekalkan kesegaran buah-buahan tu. Kena simpan dalam peti ais selalu ye,jangan letak dekat luar lama-lama nanti rosak, sebab fresh kan. Lagipon minum sejuk-sejuk lah baru sedap kan? 


Tahu tak, kita disyorkan makan sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan setiap hari? Dan dengan MARIGOLD PEEL FRESH, ia boleh membantu kita memenuhinya.


Kalau nak tahu MARIGOLD PEEL FRESH ni dah di pasteur untuk kekal kan kesegaran. Sebab tu lah expired date dia lebih pendek berbanding dengan fruit drinks. Untuk pilihan yang sihat memang bagus lah pilih MARIGOLD PEEL FRESH ni! πŸ˜‹


Dari kecil sampai besar memang aku membesar dengan air ni. Siapa dari kecik memang dah minum Marigold Peel Fresh? Kita geng! πŸ™‹πŸ»πŸ˜„


18 comments:

  1. Cam best je yang powervegie tu. nanti kalau jumpaboleh rasa. sedap2 semua perisa kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sebab tak rasa sayuran pon. And pilihan sihat jugak kalau ambil powerveggies tu hehe πŸ˜„

      Delete
  2. entah la, saya main bantai je minum air jus apa yg saya suka. hahaha

    ReplyDelete
  3. hmm, ada perisa sayur-sayuran eh? hmm, bagus ni memandangkan anak saya tak suka makan sayur, ada baiknya bagi dia minum air ni kan? hehehe.

    mrejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kids boleh try bagi minum powerveggies tu. Serious sedap dan tak rasa sayur pon πŸ˜„

      Delete
  4. Dari dulu memang suka minum Marigold Peel Fresh. My favourite is Orange :D

    ReplyDelete
  5. fuhhhh, menarik2, best dapat jumpa lisa!

    ReplyDelete
  6. cantiknya cik epal nih... dari anak dara menten..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita biasa-biasa je dari dulu pon. hehe πŸ˜„

      Delete
  7. bestnyaa cik epal dpt jmpa lisa.. <3 tp dua2 cantik!

    ReplyDelete