Sunday, July 23, 2017

Sehari sebelum raya

Tahun ni raya belah husband.  Husband aku kali ni rajin terlebih sebab nak bakar lemang sendiri. Ni mak mertua aku lah yang letak santan dan beras pulut semua. Air dan garam secukup rasa campur dengan santan. Tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.



Nak bakar lemang


Bakar kayu api jadikan bara.

Susun lemang.

Nak guna bara api je untuk bakar lemang ni bukan unggun api. Kalau guna unggun api mahu lemang pon jadi kayu api. Kehkeh. Lemang pulak kena sentiasa tengok supaya tak hangus atau terbakar. Lemang kena pusing dan terbalik kan jugak untuk masak rata. Kalau tak, dia masak sebelah je kang. πŸ˜…



Baru aku tahu nak masak lemang ni susah jugak. Susah bukan apa. Susah bab nak jaga lemang tu. Lama pulak tu lemang nak masak. Berjam-jam. Angkat cepat sangat nanti tak masak. Lama sangat bersidai dekat sini hangus pulak. Memang kena sentiasa jaga lemang. Sebab tu ramai orang prefer beli je kot?

Tapi menjadi jugak lemang husband aku ni. First raya licinnnn. Tapi tak sempat nak ambil gambar lemang yang dah jadi. Pagi raya tu aku busy sikit. Aku pon dapat rasa seketul lemang yang dah dipotong je. Huhu.

Sementara husband aku tengah bakar lemang. Aku tengok lah mak mertua aku buat apa dekat dapur.
Dia nak buat kuih limas. Mula-mula letak gula.

Then air pandan.

Ok yang ni aku buat. Tukang tolong tuang santan je. Dan tukang tolong ambil gambar. hahaha.
Tengok mak mertua aku buat macam senang je. Dia tak sukat apa pon. Campur ni campur tu pastu terus tuang je.


Pastu aku pelik gak, kenapa kuih limas ni macam kuih tepung pelita. Rupanya memang kuih tepung pelita. Lebih kurang ah. Cuma orang Perak panggil kuih ni kuih limas.


Oooooo baru aku tahu. πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


Dah malam tu malam raya. Apa lagi?
Borong mercun lah.

Malam raya tu memang meriah habis. Berlawan-lawan pom pom pom lah dengan kampung sebelah. Hehe. Han pon suka tengok bunga api.


Ok sambung cerita raya next entry. K Bye! 😁

19 comments:

  1. wah sedap nye kuih pelita tuuuuuuuuuu hihi

    ReplyDelete
  2. baru tahu kuih tepung pelita ada nama lain. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pon baru tahu. Dan first time dengar nama limas πŸ˜„

      Delete
  3. Wah...mercun pun meriah tu...hihihi...bakar lemang tahap kesabaran sana macam masak rendang..kena fokus kat dia je..jalau tidak ada perisa tambahan..hangit hangus dan berkerak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat rendang ok lagi. Buat lemang lagi lamaaaa. Tu orang lebih prefer beli je kot πŸ˜„

      Delete
  4. rajinnya husband cik epal buaat lemamng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni tetiba dia rajin πŸ˜„

      Delete
  5. Tudia banyak betul mercun. Tipu la kalau tak meriah

    ReplyDelete
  6. kuih limas tu kuih tepung pelita lah kan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Tapi orang Perak panggil kuih limas πŸ˜„

      Delete
  7. hai cik epal!

    saya tak pernah lagi masak lemang, tak pandai lah nak sukat santan ke dalam buluh tu. btw, selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye! Selamat Hari Raya juga πŸ˜„

      Delete
  8. sala, cik epal,, maaf tnya.. di kg cik epal tido hotel @ tido umah mertua? ada bc artikal psal isu tido hotel vs tido umah kg.. trima ksh sudai jawap

    ReplyDelete