Hye! Hari ni nak share resepi nasi ayam madu berdetak lebih kencang seperti genderang yang mahu perang. Ehehehe. Amboi amboi amboi sangat nama menu kau Jahhh ๐
Masa up gambar ni dekat ig aku (@cikepal06). Ada pulak yang mintak resepi. So aku share sini.
Ni masak nasi ayam madu cara aku lah eh. Lain orang kan lain cara. Tapi senang je cara aku buat nasi ayam ni.๐
Untuk rebusan ayam:
1 inci halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 kiub ayam (aku guna yang no added MSG)
Garam sikit
Haa aku suka guna kiub ayam yang ni. Dekat bahagian kiri bawah tu dia ada tulis "No added MSG"
Untuk rebus ayam. Letak air. Masuk bahan-bahan untuk rebusan ayam tadi.
Rebus ayam dengan 1 kiub ayam sampai empuk. Air rebusan ayam ni lah nak guna untuk banyak benda nanti. So air lebih pon takpe.
TIPS:
Ayam jangan rebus lama nau. Sebab kalau rebus lama sangat nanti isi ayam senang nak hancur bila goreng. Rebus sampai empuk saja.
Ni lah RAHSIA NASI AYAM SEDAP. Lemak dan kulit ayam jangan buang. Basuh bersih-bersih. Ni nak guna untuk masak nasi.
Untuk NASI AYAM:
2 cawan beras (Untuk 2 orang makan)
Basuh bersih-bersih dan tos kan.
Kalau isi rumah korang ramai, buat lah lebih hehe.
Bahan tumbuk:
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Panaskan kuali. Letak 2 sudu besar majerin. Then letak bahan tumbuk tadi.
Tumis bahan tumbuk sampai keperangan, then masuk kan lemak dan kulit ayam tadi. Tumis sekali sampai lah lemak-lemak tu semua cair.
Masuk kan beras yang kita basuh tadi. Kacau rata. Wangi bau time ni.
Bila ayam dah empuk,keluarkan ayam.
Sup rebusan ayam ni berguna untuk semua benda pasni.
Masuk kan beras tadi dalam rice cooker. Keluarkan kulit ayam, yang lain-lain bahan kita tumis tu biar je dalam rice cooker.
Tambah 1 kiub ayam. Then masuk kan sup rebusan ayam tadi. Sukatan air sama macam kita nak masak nasi biasa tu. Air jangan banyak sangat, takut nasi lembik. Kalau sup rebusan ayam tadi tak cukup, pandai-pandai lah adjust tambah air biasa ke apa.
Sos cili nasi ayam:
*6 biji lada merah
*2 ulas bawang putih
*3/4 cawan air rebusan ayam (200 ml)
1 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar cili sos
2 sudu gula
1 kecil garam
Yang tanda (*) tu blend.
Blend lada merah, bawang putih dan air rebusan ayam.
Yang blend tadi kita masak. Then letak jus limau nipis,cili sos, gula dan garam secukup rasa.
Bahan perap ayam:
Ayam dalam 5-6 ketul
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (aku guna kicap ABC)
1 sudu kecil minyak bijan/4 titik minyak bijan
Aku tak letak garam sebab dah ada sos tiram. Tapi kalau korang nak letak garam, letak sikit je.Ayam kita rebus tadi, perap jap. Then goreng ayam macam biasa.
Goreng ayam tu sambil ketuk-ketuk sikit kuali. Biar jiran kau dengar bagitahu dia kau tengah rajin masak. Hahaha. ๐ ๐ ๐
Untuk kicap nasi ayam. Aku guna je balance bahan perap ayam tadi and tambah air rebusan ayam. Nak tumis tambah kicap dengan sos tiram pon boleh.
Untuk sup aku guna sup rebusan ayam tadi je. Tabur bawang goreng dengan hirisan daun sup. Settle!
Dah siap! Nasi ayam madu berdetak lebih kencang seperti genderang yang mahu perang.Dari air tangan seorang wanita yang disangka lembut menghayun buaian menggoncang kuali mencipta nasi ayam. Hahaha.
Ok. Selamat mencuba bagi yang nak cuba ๐
nasi tu kne letak garam x cik epal?
ReplyDeleteSaya tak letak sebab saya dah letak kiub ayam.
Deletetapi kalau nak letak garam sikit boleh je. Tak ada siapa yang marah. Hehe ๐
sedapnyaaa..")
ReplyDeleteTry ler ๐
Deletememang sedap.. selalu buat tuk suami dengan anak2.. madu asli x da so x dpt la ngadap nasi ayam lagi hahaha..
ReplyDeleteBanyak je kan tempat jual madu asli? ๐
Deletesdapnya..:)
ReplyDelete๐
Deletewah sedap nya...tiba2 rasa nk mkn nasi ayam gitu hehe
ReplyDeleteBoleh lah try buat. Hehe ๐
Deletewow sedapnyaaaaaaaaaaa
ReplyDelete๐
Deletesedapnyer...
ReplyDelete๐
Deletesis, tumpang tanya skit bole
ReplyDeletemana sis dpt KIuB Pati ayam NO MSG tu..
sy cr di tesko, maidin xdala..huhuh
Saya cari dekat Giant ๐
DeleteThanks cikepal Cntik.. tp giant dh tutup ni huhuhu
DeleteSalam singgah petang Cik Epal...sedapnya nasi ayam...m
ReplyDeleteHye! Hehe ๐
DeleteHurm... yummy!
ReplyDelete๐
DeleteBaca tajuk pun dah terliur, tengok gambar lagi lah.. Allahu, sedapp niii.. Last buat nasi ayam bulan puasa haritu ๐
ReplyDeleteMeh ler buat lagi. Hehe ๐
DeleteNampak sedap.
ReplyDeleteRajin sungguh mama Han ni masak.
Nanti nak cuba jugak la.
Tak pernah masak nasi ayam.
Selalu nak makan, main beli je. Haha.
Terima kasih ya kongsi resepi.
Senang je nak buat ni.
DeleteSelamat mencuba.
Sama-sama ๐
Lazatnye. Rasa nak singgah je rumak cikepal bawa pinggan hihi
ReplyDeleteHaha. Meh bawak pinggan. Kita ceduk kan nasi ๐
Deletenampak sedaaaaaaapppp TT^TT laparrr... masuk ni dah kali ke3 ke keempat tah.. baca post pasal makanan... pagi2 lak tu..
ReplyDeleteanyway.. macam senang je Cik Epal masak.. nanti Misaki nak try XD (not today tho) hehehe
Try lah. Sebab memang senang je nak buat hehe ๐
Deletewahhh...nampak pun mnyelerakan...boleh cuba ni.. hihihi
ReplyDeleteSelemat mencuba kalau nak cuba ๐
Deletegood sharing.. sedapnyeee
ReplyDelete๐
Deleteehhehehe dia punya ntry tuh... sesuai betul
ReplyDeletesimple je cik epal msk, tp tgk hasil tuh perkkkkh...
mabeles
Saya suka masak benda simple-simple je. Benda complicated saya tak suka nak buat! Haha ๐
Deletewah...wah..wah..mengodanya nasi ayam cik epal ni..aduhhh lapar terus rasanya..huhu
ReplyDeleteLapar, pi makan sis. Ehehe ๐
DeleteNamapak sedap sangat nie. Nanti bila-bila nak cubalah! hihi
ReplyDeleteSelamat mencuba kalau nak cuba ๐
Deletemesti sedap nie.. terliur tgk gmbr sbb dh lma xbuat nc ayam.. hihi.. http://duniataipmenaip.blogspot.com/
ReplyDeleteKadang-kadang teringin makan nasi ayam, memang buat macam ni je lah. ๐
DeleteHarus cuba ni.
ReplyDelete๐๐
DeleteYa Allah kenapa sedap sngt niiiii... nk try la nnti. tq cik epal!
ReplyDeleteSelamat mencuba ๐
DeleteTried. Husband puji sedap ๐. Tq for sharing. Memang sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ada juga yang buat menjadik ๐
DeleteCikepal ... lepasnie share lah resepi2 lain .. sedap tgk nasi ayam cikepal buat nie ๐๐
ReplyDeleteCikepal ... lepasnie share lah resepi2 lain .. sedap tgk nasi ayam cikepal buat nie ๐๐
ReplyDeleteCikepal ... lepasnie share lah resepi2 lain .. sedap tgk nasi ayam cikepal buat nie ๐๐
ReplyDeleteDah buat..menjadi �� tersangat sedap
ReplyDeletesedapnya,jemput ke laman https://kaymiey2428.blogspot.my/ ...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Sedap sungguh.. Puas hati.. Saya guna madu biasa beli kat kedai saja. Menjadi juga... Terima kasih sangat2 pada tuan punya resepi..
ReplyDeleteSungguh terperinci resepinya siap dengan gambar2 sekali. Tq admin atas perkongsian.
ReplyDeletesedapnya..nak try la masak...
ReplyDeleteseyes kak.. suri terliur sangat ni, nak paksa geng2 bujang ni masak sesama.. .hahaha
ReplyDelete