Monday, July 24, 2017

Hari Raya Pertama 2017 dan butang baju melayu Wak Doyok RM 33k




Fuhh baru ada masa nak update entry hari raya. Boleh lagi kan nak update pasal raya? Kira halal lah eh? Ehehehe. 

Tahun ni raya rumah mertua dekat Perak.Tema warna baju raya untuk family kecil ku tahun ni adalah baby blue. Husband aku ni memang tak suka sama dengan orang. Selalu tanya family dia,tahun ni pakai baju warna apa? Family dia banyak pakai purple.  

Dia nak tahu bukan sebab nak pakai sama warna, tapi sebab TAK NAK pakai sama warna. Hahaha.Kongasam betul. 

So diorang pakai purple, dia pilih baby blue.
Aku sebagai isteri solehah, ikut je lah jejak langkah dia nak pakai warna yang tak sama dengan family lain. Kang tak ikut kang, derhaka pulak. Haha πŸ˜‚

Tapi warna je dia tetap kan. Design baju raya tetap aku yang pilih. πŸ˜„

Di pagi raya, macam biasa lah bermaaf-maafan dulu.
Tah hape lah dia mengomel dengan mak dia tu.

Aku ni tak tahu lah menantu atau menantu hantu. Haha.
Tapi kosong-kosong lah ye mama. Heeeee. 😁

Aduhh salam dengan dia lemah ni. 
Dia lah suami, dia lah kawan baik, dia lah peneman ke mana-mana, dia lah kawan bertekak.




Jenis kalau bertekak dengan dia ni, aku jenis cepat panas tapi aku cepat cool. Dia pon lebih kurang camtu jugak. Dah dua-dua pon darah muda kan. Sebab tu bila dia tengah panas, aku selalu bagi silent treatment je. Selalu nya menjadik! Haha.
Bila dah duduk serumah ni,kita mana ada cover-cover apa dah. Perangai baik buruk wangi kepam semua akan keluar punya.
Di pagi raya ni,mintak maaf lah apa yang patut. Ok nasib baik di maafkan. Heeeee.
Lepas ni I janji I akan buat lagi! Haha.



Alen's family

Ijan's Family

Selalunya keluarga Mak Yang akan datang rumah mak mertua aku dulu pagi-pagi raya tu.

Keluarga Mak Yang pakai purple jugak πŸ˜†

Apa seronok sangat tu? 😁

Sila lah makan ye Kak Ti dan DatinWohh. Hehe

Akak ipar.
Pagi-pagi dah suruh aku mekap kan dia.
Pastu nak mekap sebijik sama dengan aku.
Nak yang natural.Aku layannn je. 
Pagi-pagi raya tetiba aku jadi mak andam. Haha πŸ˜„



Dah selesai dekat rumah mak mertua, kita konvoi dengan keluarga Mak Yang sekali pi beraya. Rumah first ni yang best nya sebab ada rendang tok.

Sedap gila Rendang Tok rumah ni. Buat sendiri ye. Bukan beli. Pastu nenek pulak yang masak. Tahu je lah air tangan orang lama ni kalau masak. Memang sedap ah kan.
Rempah-rempah dia terasa lah.Daging pon lembut gila.


Makan sekali pasti nak lagi.
Aku kongsi rendang tok dengan husband je.
Banyak lagi rumah nak pi lepas ni.


Rumah ke 2.
Aku dah dukung Han, husband kena bawak kan handbag lah πŸ˜†

Tips nak bagi Han behave, bagi dia makanan! Haha.
Dapat makanan kemain gembira anak aku. Ikut perangai siapa lah ni mudah gembira tengok makanan ni.
Eh eh eh.

Rumah ke 2 ni ada beluluk. Tapi orang Perak ni panggil apa tah. Aku biasa panggil beluluk je.Aku memang dah biasa makan time kecik-kecik dulu. Datin dia first time jumpa dan makan. Terus buat ig story! Haha

Beluluk. πŸ˜‹ 

Makan lagi.
 Tuan rumah ni siap tapau kan untuk aku keropok ni sebab dia tengok Han suka makan.


Habis raya rumah ke 2. Sempat bergambo.
Husband aku macam biasa, sibuk buat ig story dia. πŸ˜†






Rumah ke 3. Aku tak larat nak makan dah. Dok tepi je cari kipas. Haha.




 Anak buah-buahan aku.

Balek rumah mertua ni, tetiba dapat gelaran mak teh. Dah depa semua panggil suami aku pak teh. Haruslah aku dipanggil mak teh. Tetiba rasa macam kertu dah taraf makcik-makcik bila dapat gelaran 'mak teh' ni. Tak gojez betul rasa. Kahhh. Tanya dekat suami kenapa depa panggil pakteh. Dah lah dia anak bongsu lelaki. Dia jawab.

"I yang paksa depa panggil pak teh. Sebab I kan putih" Sambil halakan dua jari ke kiri kanan dengan ucapan qu puteh qu puteh baru lah putehhh.

Annoying pulak aku menengok nya.Ni bukan puteh. Ni letihhh. Memang letihhhh haku nak melayan.  πŸ˜†

Rumah ke 4. Paling ingat kuah kacang dia sedap gila nak meninggal! Haha.
Aku dengan datin dok sedap makan kuah kacang. Lepas tu habis. Datin berani, dia pi mintak dekat dapur ada lagi tak kuah kacang.Haha. Aku tukang teman dia pi dapur.Tuan rumah pon sedap ceduk, "laa kenapa tak mintak, banyak lagi ni kuah kacang"

Terus mata bersinar-sinar makan kuah kacang dengan nasi impit. Rumah ni lah baru aku jumpa kuah kacang.  Sebab aku memang hantu kuah kacang, tapi suami aku tak minat sangat.Dekat Perak ni aku perasan tak ramai yang hidang kuah kacang. Bukan makanan utama diorang maybe? Aku pon tak sure.

Kalau dekat kampung aku, setiap rumah kalau beraya confirm ada kuah kacang punya.


Dah habis beraya, sesi photoshoot pulak. Haha.


Abang ipar aku terlebih makan lemang, sebab tu hyper teruk. Haha πŸ˜†




Selamat Hari Raya!

Pasangan romantika Dilwale. Haha πŸ˜†



Han suka betul pakai songkok macam tu. Dia yang pakai sendiri begitu. Untuk elak kan songkok dia jatuh agak nya. πŸ˜†

Port wajib bergambo kalau beraya dekat Kuala Kangsar ni πŸ˜„



Kelakar gila tengok Wak Doyok update dekat twitter pasal butang baju melayu dia RM33k. Sama sebijik dengan butang baju melayu husband aku.

Husband aku pon acah-acah pakai butang baju melayu RM33k! Haha.




Tapi serious sebijik dengan butang baju melayu husband aku.Tapi yang pasti Wak Doyok memang temberang habis lah harga dia sampai RM33k! Tak tahu lah kalau ada yang memang percaya harga butang baju melayu tu RM33k! Konfiden habis Wak Doyok ni temberang orang. Hahaha.


Ok tu je nak cerita. Nanti sambung cerita raya ke 2 pulak.
Selamat Hari Raya! (walaupun dah habis raya)
K bye! πŸ˜†



57 comments:

  1. hamboi. butang baju raya je dah 33k? agaknya berapa la harga baju raya dia tu ek? hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah nya butang baju raya tu bukan rm33k pon. Haha πŸ˜†

      Delete
  2. Wak doyok nak bergurau tu.. Hehehe!

    ReplyDelete
  3. Oooo,cenggitu pula butang baju wak doyok yg 33k..
    Bab qu puteh tu, kelakar pula ..hehe...

    ReplyDelete
  4. Suka tengok family Cik Epal beraya...baju cantik letopss uolls...suka sgt..nak2 Han yang ensem...

    ReplyDelete
  5. wow..meriah..gambar photoshoot cantik..:)

    ReplyDelete
  6. hehe... meriahnya raya... syok tengok... apa pun mmg cantik butang baju tu sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik butang baju tu. Tapi idok ler sampai rm33k πŸ˜‚

      Delete
  7. Baju raya keluarga cikepal cantik dan sangat bergaya.

    Keluarga ceria. Nice.

    ReplyDelete
  8. Selalu si isteri yang akan tentukan tema warna utk dipakai pagi raya, jarang sekali nak tengok si husband yang pilih colour . Apa pun sweet sangat family cik Γ¨pal. Si han comel bila tengok telatah dia dekat ig sis cik epal .

    ReplyDelete
    Replies
    1. First raya je dia nak pilih warna sebab tahun ni raya belah dia. Tapi design baju raya tetap diri sendiri yang kena pilih. Sebab kita yang nak pakai kannn. Kang dia pilih, takut tak berkenan pulak πŸ˜‚

      Delete
  9. hi selamat hari raya.btw mmg harga 33k ke yg wak doyok tu hihi

    ReplyDelete
  10. Sebiji sama butang bajunya...lawa juga baju colour baby blue..Tahun depan nak tema ni la.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi memang sejibik sejibon πŸ˜†

      Delete
  11. Salam akhir Syawal.
    Meriahnya raya tahun ni.

    ReplyDelete
  12. Salam akhir syawal.
    meriahnya raya tahun ni.

    ReplyDelete
  13. Sweet je colour baju raya cik epal di hari raya πŸ‘❤

    ReplyDelete
  14. Beluluk tu akak panggil buah kabung. Biasa makan yang putih macam tu je. Tapi sedap gak makan dengan air sirap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa tq! Buah kabung lah depa ni panggil. Haa betul lah tu. Baru ingat. Cuma saya dah biasa panggil beluluk πŸ˜†

      Delete
  15. salam singgah cik epal...
    cantik nyer semua gmbr ^_^

    ReplyDelete
  16. Saya pun nampak butang baju tu sama jer ;p selamat hari raya to you and family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sama. hehe. Thanks Tian Chad πŸ˜„

      Delete
  17. Betul ker rm33k???aku ni lebih vendul dr vendul tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lah. Tipu je Wak Doyok tu. Kenapa percaya? Haha πŸ˜‚

      Delete
  18. Bila baca entri raya Cik Epal terus rasa mood raya lagi.hehehe

    Han comel sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa menaip entry ni pon feeling-feeling dalam mood raya. Haha πŸ˜‚

      Delete
  19. hahahah! love u la makteh pakteh <3 <3 'kuah kacang' kenangan aku takleh lupa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kuah kacang legend. Tahun-tahun depan raya prepare nak ambil kuah kacang lebih. Hahaha πŸ˜‚

      Delete
  20. Salam Cik Epal,

    After couple of years been following u ...u still blogging ya..dahsyat..

    best entry...with one small happy family..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Memang minat menulis dari dalam perut ibu lagi. Haha.
      Sebab tu saya still blogging.
      Thanks 😘

      Delete
  21. dh habis raya baru sempat upload cite raya hhehhe msti bizi bebeno nih...

    meriah la raya family awak kt perak nun dik, colorful bila semua tak sama color, cantik lak tu port amik gambo tuh....

    seronok bila beraya sana sini ngn family ramai2, masa tu penat pun mcm tak terasa....
    butang baju 33k?wah2 kot wak doyok beli 33k rupiah kot kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha busy berjalan. Ni baru ada masa nak sit down depan laptop.
      Tu dah habis raya baru sempat nak update entry raya. πŸ˜‚

      Delete
  22. Selamat hari raya Cik Epal. Gambar semua lawa2 :)

    ReplyDelete
  23. rendang tok perak memang sedap hehehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  24. Baju lawo. Anak comel sebab pandai pakai songkok style sampan. Akak pun orang Perak tapi buat ajer kuah kacang. Sedapnya kan makan makanan raya tuh. Terbayang2 kesedapan rendang tok tuh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pelik tu. Susah betul nak jumpa kuah kacang. Raya 5 rumah, satu je yang buat kuah kacang. Ingatkan orang Perak tak makan kuah kacang πŸ˜†

      Delete
  25. tema baju raya family cik epal sama dengan family BV. #TeamRayaPurple :D
    kemain Han, comel betullll, geram tengokkk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kalau ikut family jadi jugak #teamrayapurple. πŸ˜„

      Delete
  26. cantik la baju raya...RTW ke sis?

    ReplyDelete
  27. Salam cik epal, tumpang singgah sini, byk entry sis, gambar pun lawa2..

    ReplyDelete
  28. cantik-cantik gambar..so sweet..salam kenal 😁

    ReplyDelete