Thursday, July 13, 2017

Thanks my husband Jofliam for making my birthday special. You really surprised me !





Kenapa lah aku tak perasan yang husband aku guna taktik yang lebih kurang sama yang aku guna masa surprise birthday dia haritu. Surprise birthday husband dulu aku pernah update dekat ENTRI NI. Taktik nya sebab guna manager blog aku. Haha.


Tapi aku perasan jugak dia makin aneh lately. Kuat berangan dan kerap cari gaduh dengan aku. Tapi aku malas nak layan. Sebab aku suka kan keamanan. Hihi. πŸ˜‡
Last time dia cari gaduh, tetiba dia cakap.
"U jangan kacau I, I nak dok sensorang"

Lerrr. Amende lah dia ni.

Aku biar je lah dia bersendirian. Lantak lah sana. πŸ˜…


Pastu tetiba dia kata.
"Haritu I memang ada plan nak buat surprise birthday U. Ada contact Nina (manager aku). Tapi last minit semua benda plan tak jadi. Tu stress tu. Semua cancel. Kita buka puasa sama je lah nanti"

Ek eleh. Pasal benda tu rupanya. Aku memang ok je. Sebab serious aku tak mengharapkan apa-apa pon. Sebab aku tak nak susahkan dia. Lagi pon birthday aku tahun ni jatuh bulan puasa pulak. Nak buat aktiviti pape pon susah. Dia selalu tanya nak hadiah apa pon aku tak ada jawapan. Sebab tak rasa nak hadiah apa-apa tahun ni.






13 Jun 2017

13 Jun aku dapat whatsapp ni dari manager blog aku. Ada Mandarin Oriental campaign katanya. Dan dia pon cakap husband aku kata tak jadi buat surprise. Ohh memang betul lah husband ada contact Nina ni nak surprise kan aku. Tapi dah cancel katanya. So Nina pon proposed campaign.




Payout macam ok. Tapi masalahnya tak boleh bawak plus 1. Aku ni kalau pergi event memang selalu husband teman. Dia memang sangat supportive lah kalau aku ada job untuk blogging ni. Bila Nina whatsapp, terus bagi tahu husband aku ada event esok tapi tak boleh bawak plus 1. Sebab husband aku ni dia memang tak bagi aku drive sorang. Padahal aku boleh je drive. Dia risau kalau apa-apa jadi time aku keluar sorang katanya. Kalau berteman dia ok.So dia suruh tanya Nina boleh tak pergi sekali. 




Nina kata dia boleh ambil pulak. Aku pon ok je lah.






Mandarin Oriental confirm. So tunggu esok je lah.



14 Jun 2017

Bangun pagi je husband dah wish birthday siap-siap. Tapi dia cakap dia nak keluar dengan Han jap. Dah aku pon ada event buka puasa. So dia akan berbuka berdua dengan Han. Nanti jumpa time malam lepas aku habis event kata nya. So aku ok je. Tapi dia dah pesan suruh aku pakai baju warna grey pergi event nanti.Dia siap pilih lagi baju apa aku patut pakai pergi event ni.Aku ok je sebab dia memang suka pakai baju sama warna dengan aku pon bila keluar. Aku tak ada lah syak apa-apa pon.


Petang Nina datang ambil aku.Dalam kereta banyak lah aku tanya brief and directions apa aku nak buat bila sampai Mandarin Oriental nanti. Dia pon explain lah aku kena review buffet ramadhan and yada yada yada. Tapi dia kata client mintak 1 additional video post. Client mintak tutup mata and nanti dekat lobby diorang nak buat surprise birthday.

Time ni aku pelik jugak. Tanya Nina.

"Eh macam mana client tahu hari ni birthday I?"

Nina cakap. "Sebab masa propose campaign ni, client memang nak U. Tapi I tak boleh confirmkan sebab Jo ada text I kata nak buat surprise untuk U. So I hold. I bagi tahu client 14 Jun ni U punya birthday. Tapi bila Jo kata dia cancel semua plan, i terus propose u for this campaign and diorang terus sign.Diorang pon happy nak buat surprise party untuk U. Cuma nanti U kena tutup mata and I bawak U dekat lobby hotel. Nanti manager hotel and staffs akan sambut U" 

Aku pon ok je lah. Dah nak dekat sampai tu, Nina tutup kan mata aku guna kain. Dia lah pimpin tangan aku ke 'lobby hotel' konon nya.





*Click play for video*


Siapa follow instagram aku (@cikepal06) , maybe dah tengok lah kot video-video ni.
Nina prank aku rupanya. Dah ah dia parking tepi jalan suruh aku berjalan. Sebab manager hotel nak tunggu dekat lobby katanya. Mata pulak gelap tak nampak. Serious Nina memang boleh menang award pelakon wanita terbaik anugerah skrin! Sardin je muka dia menipu aku. Rupanya dia memang komplot dengan husband cakap pasal event buffet ramadhan tu. Wakenabeb! Haha.  Aku memang tertipu gila dengan dia. Aku memang betul-betul percaya kena pergi hotel untuk review buffet ramadhan. Haha.

 Kalau tak ada dia, aku rasa mesti plan husband aku ni tunggang langgang. πŸ˜‚





Serious rasa macam nak menikah lagi sekali pulak dengan husband aku, bila tengok husband aku kacak berbaju melayu macam ni. Haha πŸ˜‚

Patut lah dia suruh aku pakai baju grey pi event. Dia keluar dengan Han dia beli baju melayu dia dengan Han rupanya. 



A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on


*Click play for video*


🍎FIRST SURPRISE🍎


Rupa nya ni lah 'manager hotel' nya. Hahahampeh betul. Bila sampai je, aku pelik. Apahal manager hotel ni kiss aku? Nak meninggal ke hape? Haha.

Time dia kiss ni aku dah bau macam suami aku ni. Bila bukak mata, aku agak dah memang dia. Bau dia aku kenal sangatπŸ˜‚

Terkejut tengok muka husband depan mata. Ingatkan nak jumpa dia after event.Terus dia cakap happy birthday and bagi bunga.  πŸ˜†

Masa nampak helikopter pon rasa macam berdebar. First time ni nak naik. Excited ada, suka ada, nervous takut termuntah pon ada. Sebab aku tengah pening kepala sikit time ni sebenarnya. 

Nak naik helikopter kena pakai headphone ni. 




Han duduk tengah-tengah. Tapi orang pakai headphone dekat telinga. Dia pi pakai dekat pipi. Terus tersembol pipi nya. Hahaha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Dan berlepas .....





Time ni lalu atas Bukit Tabur. View dari dalam helikopter ni SubhanAllah memang amazing. Cantik sangat! 😍


Han tunjuk KLCC πŸ˜„



*Click play for video*

Dah turun dari helikopter. 
So happy!

Han bagi cannn mama dengan papa pegang tangan. Selalu salah sorang kena dukung dia kalau dia tak nak berjalan πŸ˜†.


Umpan botol air je dah terhibur. Bagus nakkkk. Senang kerja mama papa. Teruskan perangai sebegini ye nakkk. πŸ˜†


🍎SECOND SURPRISE🍎


Jalan punya jalan. Nampak kereta dah tampal sticker happy birthday. Ni surprise ke 2 lah ni. Terkejut jugak time ni sebenarnya πŸ˜‚.

*Click play for video*


Dah rasa macam Kak Mah pulak bila ada orang escort. Hahaha.
Padahal rakyat marhaen je aku πŸ˜‚






Dalam kereta, husband dok tanya-tanya suruh teka nak pergi mana. Aku cakap pergi buka puasa lah kot sebab dah nak berbuka dah. Ke nak pergi bazar ramadhan? Boleh beli air jagung susu. Haha tak habis-habis dengan jagung susu aku ni 🌽

*Click play for video*


🍎THIRD SURPRISE🍎




Ya Allah terkejut gila nampak family aku time ni. Terkejut kali ke 3! Haha. Time nak pergi berbuka ni aku ingat aku dengan husband dan Han je.  Tak sangka pulak ada family aku. Rupanya husband aku dah komplot siap-siap dengan semua family aku time aku buka puasa rumah parents last week. Rasa macam hari raya pon ada sebab diorang siap bersampin semua. Hihihi.



Serious tak perasan bila diorang ni berkomplot. Rupanya husband aku plan dengan diorang masa aku tengah mandi.Padan lah aku tak perasan.Haha πŸ˜‚

Deco cun! 😍

Lovely cake 😍😍😍




Kek ni comel can cantik sangat! Rare dan unik gila! Sayang nak makan. Pandai pulak husband aku ni pilih kek cun. Mula-mula pelik gak macam mana nak potong kek ni. Haha. Rupanya kena ambil je seketul-seketul. Comel gila. Luar dia coated dengan chocolate. Sedap kek ni! Sebab dia tak manis sangat.



Dah habis makan, solat Maghrib dekat sini. Lepas tu husband ajak aku balik.


A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on

*Click play for video*



🍎FOURTH SURPRISE🍎




Dah balik berbuka puasa dengan family. Aku ingat settle dah.


Muka menyengih penuh muslihat tu. Haha.

Tapi dia dok tanya-tanya aku.

"Rasa-rasa ada lagi tak surprise?"
"Rasa-rasa ada lagi tak surprise?"
"Rasa-rasa ada lagi tak surprise?"

Mula-mula aku ingat habis dah. Tapi lain maciammm dia ni. Sampai 3 kali tanya. Macam ada lagi je ni. Haha.


 Dia sambung candle light pulak. Adu du du duh. Terkejut kali ke 4! Ya Allah dia ni. Pastu tanya dia, ni last kan? Ke ada lagi?  πŸ˜‚





Ok ni video FULL.
Thanks for your awesome video Syahid Rushdan . U punya hasil kerja memang gempak πŸ‘


Dear my husband Jofliam.Terima kasih banyak-banyak sebab buat semua ni.Serious tak sangka dan memang tak ada harap apa-apa pon in the first place.Tapi serious rasa special sangat masa birthday kali ni.Terkejut gila. Pandai pulak u ni buat surprise. Ingatkan u noob! Hahaha.


Tapi serious tak expect that kind of celebration and I memang surprised gila! 


 I know it’s not easy to prepare and I’m so grateful for your kindness. I was so speechless. I will never forget this. Now I know that I’m an important person in your life. Thank you and I want you to know that you are so important to me too. Thanks for making my birthday special!! 


Apahal aku tetiba cakap omputeh ni. Terharu sangat sebenarnya *lap air mata guna hujung shawl* 😒😒😒.

Love you too sayang 😘😘😘




p/s: Birthday aku 14 June. Ada June babies dekat sini? Kita geng! Heee.
Siapa yang lahir bulan June mesti awesome. Hahahaha k bye!



118 comments:

  1. oh my!!! happy belated birthday cik epal!!!
    cutenya han!!! terasa memerlukan air mineral extra sepanjang baca entry cik epal...sebab sweet sangat!!! hahahah
    semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia dalam redhaNya cik epal! salam ramadhan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha boleh pinjam botol air Han. Btw, Thanks 😘

      Delete
  2. Bahagianya dapat suprise mcm
    ni

    ReplyDelete
  3. Tahniah cikepal! Doakan awak n family terus dilimpahi kasih sayang, kebahagiaan dunia akhirat. This video really make makes me smiled n teared. You are so lucky to have a beautiful marriage n family. May Allah grants you guys a lot alots of happiness n blessings till jannah. So do i hope my marriage as well. ;) you're so beautiful. Han really a good n cute boy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the wish. Terima kasih atas doa yang baik-baik.Amin.
      Semoga kehidupan kamu dilimpahkan rezeki, bahagia dan sentiasa dalam rahmat Allah 😘

      Delete
  4. Yeay entri update hehe, dari riak muka cikepal dalam semua video memang speechless sangat nampaknya. Both your boy so sweeeeeet. May Allah bless you dan sentiasa bahagia bersama keluarga dan orang tercinta 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha memang speechless habis. Sampai tak tahu nak react macam mana sebab terkejut! Hehe Thanks! 😘

      Delete
  5. Happy belated birthday , Cik Epal !!!

    Yeay !!! Kita sama lah June babies . <3 birthday saya on 22 June =) hihi nak bagitahu jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks 😘
      Yayy June babies! Happy belated birthday to u too!

      Delete
  6. Seronoknya , semoga bahagia dan dalam rahmat Allah (:

    ReplyDelete
  7. Wah meriahnya! Pandai cik Abang dia buat surprise ye. Terbaek.

    Happy belated birthday. May you are blessed with good health, healthy & wealthy life, happy family and grant all your wishes/DOA. Aamiin.

    ReplyDelete
  8. salam cik epal n family! May Allah bless u n family more in this barakah month..your bday was really surprising n full of romantic..thumb up !!!
    Btw i m always be your 1 st fan..
    Love u cik epal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Thanks for the wish. Amin.
      Love u too. Heee 😘

      Delete
  9. ������������������������ Selamat ulangtahun kelahiran Cik Epal, gigih nak tunggu full video di blog ��

    ReplyDelete
  10. apa tajuk lagu dalam video tu?? hehe

    ReplyDelete
  11. Sweeet yg amat hsband Cik Epal. Happy belated bday Cik Epal. Smoga segala impian trcpai dan bhgia brsma fmly trsyg..

    ReplyDelete
  12. Aaa kenapa kita pulak yg bergenang air mata nieee... Aihhh... Sweet sgt..!
    Happy belated birthday cik epal.. πŸ’•

    ReplyDelete
  13. meee, saya 13 june dan penggemar jagung susu jugeek. omg, i follow u since scarflets lagi and now im sooo happy to see u happy. wish ur marriage lasting until end of yor life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy belated birthday! Wow ada geng suka jagung susu. Hee. Btw, thanks 😘

      Delete
  14. Btw cik epal apa nama background music tu? hihihi try cari belum jumpa

    ReplyDelete
  15. So sweeeetttt suka gila tengok vid ni kt ig cik epal dgn suamiii ❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  16. Memang gempak suprise ^^,

    Hihi mesti terharu angat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharu, terkejut, speechless. Semua lah. Haha πŸ˜‚

      Delete
  17. Sweetnya.
    Happy belated Birthday Cik Epal.

    ReplyDelete
  18. Happy birthday, cik epal! semoga panjang umur dan murah rezeki. Amin.

    ReplyDelete
  19. Happy belated birthday Puan Epal :)
    bestnya dapat surprise birthday macam ni

    ReplyDelete
  20. so sweet your husband cik epal, your birthdya pun on june ek, semoga panjang umur murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan ye, ameen

    p/s: comel Han pakai headphone kat pipi ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehe orang pakai dekat telinga, dia pi pakai dekat pipi πŸ˜‚
      Amin. Terima kasih 😘

      Delete
  21. Wah, best dan beruntung yer you. happy belated Birthday =)

    ReplyDelete
  22. cik epal nak tanya macam mana nak deal kalau nak naik heli tu yek? best gak kalau surprise naik heli ni..(tq if you give me any info) Both of you so romantic.. jeles saya tengok.. Anyway happy belated birthday cik epal semoga panjang umur murah rezeki, d kurniakan kesihatan yang baik² dan d permudahkn segala urusan. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tahu pulak sebab husband yg deal semua. Kalau saya yang buat boleh jugak saya tolong.Sorry tak menolong. Kalau saya tahu, saya dah bagi info. πŸ˜‚

      Btw, terima kasih. Amin 😘

      Delete
  23. Happy birthday cik epal, semoga awak n family sentiasa murah rezeki, panjang umur n forever till jannah ... nice entry .... cheers.

    ReplyDelete
  24. happy belated birthday Cik Epal...teruja tgk the surprises tu...semoga sihat selalu dan dipanjangkan usia dan diberkatiNya selalu..

    ReplyDelete
  25. Mmg ohsem sgt.. kiter samer..ewahhh...haha..

    ReplyDelete
  26. Waaa so sweet. Selalu i follow ur ig jer. I x sbar nak tgk full video so terus maauk ur blog. Happy bornday n semoga hubungan u n hubbyy till jannah

    ReplyDelete
  27. wowww, bertuah jee.. sonok sangat nengokkk.. :)

    ReplyDelete
  28. WOWW!! So sweeet.. u deserve it CP. Happy Belated Birthday to you.. Thanks remind me of your birthday, kalau tak, saya pun tak tahu yang kita ni orang Gemini.. hehe

    ReplyDelete
  29. Semoga Allah swt sentiasa limpahkan awak dengan rezeki yang barakah & dikurniakan kesihatan yang baik untuk awak sekeluarga.. Happy Birthday CP.

    ReplyDelete
  30. Happy belated birthday! Cik Epal

    ReplyDelete
  31. Happy birthday.
    You hv a great husband.

    ReplyDelete
  32. Birthday kita this becoming 22 june... Tunjuk video ni haram laki kita nk layan.. Hahaha so lucky u cik epal. Xsemua wanita boleh rasa mcm ni... Kita nanti husband bawak g buffet ramadhan je.. Hehe.. Happy belated birthday!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi buffet ramadhan pon best kottt. Kita boleh cuti masak. Hehe. Saya pon suka je pergi makan sebab memang suka makan. Haha.

      Btw thanks 😘

      Delete
  33. Huwaaaaa! ingat kat drama TV3 jer ade ceta macam ni. rupanya realiti pun ado! yang tengok ni pun terharu dibuatnya. ALhamdulillah..akak tumpang bahagia sangat tengok kebahagian korang bertiga ni. Happy belated birthday Cik Epal!. Semoga terus diberi kebahagian bersama suami dan anak-anak. Sehingga ke syurga hendaknya. Anyways, pipi Han tersebul tuh ya ampunn..comel sangat!!!! HAHAHAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tak tersembol pipi nya. Orang pakai headphone dekat telinga dia pi pakai dekat pipi. Haha.

      Btw, terima kasih kak. Amin 😘

      Delete
  34. Tahniah dik. Selamat panjang umur murah rezeki dan dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  35. Your husband is so sweet and romantic. Macam Hero seorang Cinderellah eh silap Hero Seorang Cik Epal hehe. semoga berkekalan hingga ke jannah. sincerely, from new blogger missaziemah.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe macam kelako pulak hero seorang cik epal. Hahaha.

      Btw thanks 😘

      Delete
  36. Best couple of the year!! #iamjunebaby #junebabiesmemangawesome

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah. June babies memang awesome!! Haha πŸ˜‚

      Delete
  37. Sweet tahap potong kaki ni cik epal oi 😍😍😍 Happy belated birthday, semoga terus happy dengan Han & Papa Ha πŸ˜€πŸ˜€

    ReplyDelete
  38. Happy belated birthday Cik Epal cantik, semoga terus berjaya dunia akhirat, dimurah rezeki, dan bahagia selaluu... Happynyaaaaa tengok suprise, hahaha tumpang happy aci tak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aci jerrr. Hahaha.

      Amin. Thanks sis 😘

      Delete
  39. sweetnya kak epal!!! hahaha. its better than couple tu.. hehe malas nak sebut.. haha

    ReplyDelete
  40. Alahai.. sweet tahap bersemut dah ni. Romantik giler masta jo. Hee bestnya cik epal, da macam kisah puteri impian ni 😍

    ReplyDelete
  41. Wow! Speechless. Memang terbaik. hihi. Sweet sangat suprise bfday ni. hehe :)

    ReplyDelete
  42. happy belated birthday! bestnya merasa naik helikopter, mesti han yg paling eksited kan? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha Han memang terhibur di mana-mana πŸ˜„

      Delete
  43. so sweet. Happy belated birthday cik epal

    ReplyDelete
  44. i am a june baby.hehe.10 june. happy besday cik epal. semoga Allah panjangkan umur, dilimpahkan rezeki, serta sentiasa sihat di samping keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayy geng june. Hehe.

      Amin. Terima kasih 😘

      Delete
  45. sweet sgt, anyway...happy birthday cik epal! pangkat adik rupanya, sama umur dengan adik IQ. hehehe

    ReplyDelete
  46. Ya Allah sweetnya korang berdua. Happy birthday semoga bahagia til jannah. Boleh buat movie dah ni

    ReplyDelete
  47. Selamat hari raya cik epal & happy belated birthday..lambat plak wishnya sbb dah berzaman xbukak blog hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe thanks. Selamat hari raya! 😘

      Delete
  48. Bila suami bahagia dengan isteri, pandailah dia pusing nak buat surprise... hihi... Sweeetnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha pusing sana pusing sini πŸ˜†

      Delete
  49. sweetnya ...hepy besday cik epal :)

    ReplyDelete
  50. hapy belated besday cik epal.. besday kita selang sehari jer 13/6...:)

    ReplyDelete
  51. Happy belated birthday CIk Epal <3 Pipi tersembul Han dalam helikopter serius comel <3

    ReplyDelete
  52. banyaknya surprises. hehehe.

    tapi bab heli dengan maserati tu. best! hehehe. :)

    ReplyDelete