Wednesday, June 7, 2017

Cara drive kereta sendiri dari Johor ke Singapore . First time try ni .

Dah alang-alang dekat Johor Bahru yang aku cerita dekat ENTRI LEPAS. Pastu dah jalan-jalan cari makan sedap dekat JB yang aku cerita dekat ENTRI INI. Apa kata kita terus pergi Singapore. Cambest gak kan? Tapi nak try drive naik kereta sendiri.


Ni cerita berbulan-bulan before puasa haritu ye. Bukan time puasa ni menggatal nak travel. Hehe. Biasa lah aku sekarang ni. Cerita dah basi, baru terhegeh-hegeh nak update dekat blog. Hihihi. Rajin main instagram je sekarang. Sebelum aku hilang ingatan, baik aku share dengan korang macam mana nak drive sendiri masuk Singapore sebab ada request dekat instagram (@cikepal06) aku haritu suruh aku cerita. Kot lah time raya karang korang nak masuk Singapore bersama sanak-saudara ke hape ke kan.


Mula-mula cuak jugak nak drive masuk negara orang ni. Maklum lah first time nak drive. Sebelum ni naik flight je.Sedara-mara pon tak ada dekat Singapore tu. Tapi tu tak membantutkan plan ye. Kita redah je lah. Aku dengan husband ni pulak suka travel dan suka explore benda-benda baru ni. So apa kata kita cuba-try-test.


First thing first ......



 Tukar duit Sing Dollar (SGD) siap-siap .  Ini sangat penting!


Kitorang memang tukar duit siap-siap dekat JB. Sebab nanti dekat kastam Singapore dah kena guna dah duit SGD untuk beli autopass kad. Diorang tak terima duit RM Malaysia. Menggagau lak korang nak cari duit SGD dekat sana karang sebab dekat kastam tak ada money changer ye. So awas, tukar duit siap-siap ye!


Checkpoint Imigresen Malaysia


Drive sampai Imigresen Malaysia. Dekat imigresen Malaysia, diorang just scan passport kita je tanpa stamping. So tak ada apa-apa cop dekat muka surat passport kita tu. Kastam Malaysia jugak tak check apa-apa barang yang kita nak bawak ke Singapore.

Dekat Imigresen Malaysia ni simple je dan senang nak lepas.Diorang ni check passport jer. Tingkap kereta semua kena bukak. Ikut lah lane kereta sampai Imigresen Singapore dan beratur lah ye. Beratur duduk ontok-ontok dalam kereta tau, bukan pergi keluar kereta beratur macam nak beli popia basah dekat bazar ramadhan tu.



Dah lepas imigresen Malaysia barulah kita masuk meredah Tambak Johor. Pastu kita akan masuk ke imigresen dan kastam Singapura. 

Masa masuk je checkpoint imigresen Singapura, kita sebenarnya sudah menjejakkan kaki (tayar kereta) kita ke Singapura. 

Terus nampak kereta no plat Singapore. 

Welcome to Singapore bebeh. Gigih betul aku tangkap gambar white card ni. Hehe.

Benda yang wajib korang ada untuk masuk Singapore bila naik kereta adalah:

1) Passport - Ni wajib lah kena hado. Tak kan masuk negara orang nak tunjuk bulu pulak kan.Ehehe. Kena lah tunjuk passport. Pastikan passport hidup lah ye.

2) Road tax kereta make sure masih hidup.

3) Lesen memandu - Sama macam dekat negara-negara lain. Pakai lesen memandu Malaysia pon dah ok, tak payah ada international license.

4) Kena isi white card (Ini wajib ye!) . White card boleh mintak dekat Imigresen Singapore.

5) Pen kena ada. Kalau family ko ramai, bawak lah 2-3 batang pen supaya cepat sikit ye kereta bergerak.


Lima benda ni memang wajib kena ada. Tapi ada yang cakap kena bawak Insuran Kereta. Tapi masa aku masuk Singapore haritu, diorang tak nak pon insuran kereta. Lagi pon memang aku tak bawak pon.Tapi kalau kau nak lebih berhati-hati bawak je lah Insuran kereta.


Ok ini lah rupa paras white card.

Aku pergi bertiga je. Aku, husband and Han. So 3 borang lah kena isi. Kalau kau bawak family sampai doblas orang. Doblas-doblas tu kau kena isi ye dan semua kena ada passport. Dah siap isi untuk setiap ahli keluarga, selit setiap white card dekat passport masing-masing. 


Checkpoint imigresen Singapura

Dekat imigresen Singapura, kena bagi passport, IC, dan white card yang dah siap diisi. White card ni boleh mintak dekat kaunter imegresen je. Diorang akan bagi. Mintak lebih pon takpe. Aku siap mintak lebih lagi sebab senang kalau nak masuk lagi terus isi je siap-siap.


Lepas tu pegawai dekat kaunter akan scan passport kita dan cop. Keratan white card tadi diorang akan bagi balik. Jangan hilangkan tau keratan kad ni! Sebab bila nak keluar Singapura nanti, kena bagi balik keratan kad putih tu. Bukak cermin kereta sebab pegawai imigresen nak tengok muka setiap orang termasuk lah baby.


Kena beli Autopass card.


Kalau orang kena ada passport, kenderaan Malaysia pulak kena ada Autopass. Kalau belum ada Autopass, dont worry be happy. Bagitahu je pegawai dekat kaunter imigresen tu (checkpoint pertama) yang kita first time bawa kereta dan tak ada autopass. Teruskan drive ke RED LANE, untuk beli Autopass sampai ke Blok B. Kalau dah ada Autopass, boleh terus je masuk GREEN LANE.


Autopass ni lebih kurang macam kad Touch n Go. Cuma Touch n Go boleh bertukar milik tapi Autopass ni tak boleh. Satu Autopass kad ni untuk satu kenderaan je, tak boleh dipindah milik atau guna untuk kenderaan lain. Maknanya satu kad untuk satu kenderaan. Kira I/C bagi kereta la. Ambil form dekat Blok B untuk beli Autopass, lepas tu nanti ada pegawai yang akan datang untuk check no.plat kereta and road tax.


Kad ni memang penting.Untuk bayar tol,VEP, ERP,parking, semua guna kad ni. Register Autopass ni atas nama kereta yang kita bawak (no.plat). So jangan hilangkan pulak sebab bukan senang nak beli Autopass kad ni.


Harga kad Autopass - $10
Dalam ada $4 je. Sebab harga kad $6

Ada banyak tempat nak top up dekat Singapore nanti.Boleh top up kad dekat mana-mana 7 eleven atau booth-booth tepi jalan (yang ada sign board)



Dah dapat kad Autopass, pergi kastam Singapura (checkpoint 2) pulak.Dekat sini strict sikit. Pegawai kastam akan letak kon depan kereta kita. Kita kena keluar dari kereta dan bukak bonet kereta. Diorang nak check bonet. Lepas tu kita kena tutup sendiri bonet kereta. 

VEP 


VEP (Vehicle Entry Permit) ialah permit untuk bawa masuk kereta asing ke Singapura. Nak drive sendiri masuk Singapore kena caj SGD 35 untuk sehari.Lebih kurang RM100 sehari. Tapi jangan risau, kenderaan Malaysia yang first time masuk Singapura dapat 10 hari PERCUMA dalam setahun. Kalau masuk kurang 10 hari, tak payah bayar caj VEP ni. Kalau masuk hari ke-11 baru kena bayar.Tapi aku haritu first time masuk, selamatlah duit aku sebab tak payah bayar caj VEP.




ERP

ERP (Electronic Road Pricing) ni kiranya macam tol lah kalau dekat Malaysia. Bezanya kalau dekat Malaysia, kita bayar tol guna Smart Tag/Touch n Go.Tapi dekat Singapura, ERP akan sedut duit tol dari Autopass secara automatik. Macam robot. 

 Kadar tol (ERP) ni berbeza di setiap tempat dan waktu. Waktu puncak (pagi – waktu masuk kerja) dan petang (waktu balik kerja) caj lebih mahal. Tapi untuk kenderaan asing macam kita ni, kita akan di caj flat rate sebanyak SGD 5 sehari. Tak kira ah berapa kali kita lalu kawasan “tol” ni. 

Bila lah Malaysia nak guna sistem cenggini. Negara lain dah berzaman guna sistem ni.



Bayaran tol masa balik

Masa balik ke Malaysia (keluar dari Singapura) kita kena bayar tol dua kali. First dekat checkpoint kastam Singapura dan pastu dekat checkpoint kastam Malaysia. Tol keluar dari Singapura di Woodlands ialah SGD1.20. Kalau di Tuas pula SGD3.20. Bayar guna Autopass. Tunai tak diterima. 

Lepas bayar tol di checkpoint Singapura, kena bayar tol di checkpoint Malaysia pulak. Keluar ikut Woodland dan Tuas tak sama bayaran. Kalau dari Woodland kena bayar rm6.80, kalau dari Tuas rm9.80. Pergi dan balik kena bayar tau. 

Kalau di checkpoint kastam Singapura bayar guna kad Autopass. Kalau di checkpoint Malaysia pula bayar guna Touch n Go je, cash tak diterima. Tol Malaysia ni dikutip masa kita keluar dari Singapura je. Masa masuk Singapura, kastam Malaysia tak kutip tol. Make sure kad Touch n Go pon mencukupi lah.


Autopass pon top up siap-siap ye. VEP & Fixed ERP bayar masa keluar dari imegresen Singapore nanti. Time tu kena make sure baki cukup.Kira siap-siap. Bajet kena betul.Kalau masa keluar tu baki Autopass tak cukup, kena denda dengarnya lah.So make sure la topup sebelum keluar tu dekat 7e. Area arab street tu byk je 7e.



Tips di Singapura

-Tukar duit sebelum masuk Singapore

- Better masuk Singapore awal pagi dan keluar before pukul 6 petang untuk elak jammed.

-Isi minyak kereta penuh-penuh sebelum masuk Singapore. Harga minyak dekat sana lebih mahal. Kalau masuk ikut Tuas, ada pam minyak dekat R&R Gelang Patah sebelum masuk Tambak Johor.Kalau masuk ikut Woodlands, JB, isi minyak dekat mana-mana stesen minyak JB.

-Kad autopass perlu bajet untuk parking dan tol masa nak keluar dari Singapore.Top-up siap-siap.

-Masa nak parking, kad autopass just swipe je.Tak payah masuk kan, nanti dia keluar balik.

-CCTV memang bersepah. So hati-hati. Jangan langgar undang-undang. Dekat Singapore ni enforcement undang-undang tu cekap dan cepat.

-Touch n Go pon kena ada baki jugak. Sebab nak masuk Malaysia balik kena guna Touch n Go pulak. Cash memang diorang tak accept. So alert ye dengan benda ni.

-Tempat makan Melayu memang tak ada masalah. Banyak, dan senang dicari. Part makan ni aku akan share next entry.




Ni lah info untuk korang yang nak masuk Singapore kalau nak drive kereta sendiri. 
Jumpa lagi next entry. Bye! :)






38 comments:

  1. Have a wonderful stay in Singapore Cik Epal and family.
    Superb posting this one.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ni lama dah pergi. Tapi baru ada masa nak update. πŸ˜„

      Delete
  2. wah..bestnya post ni. dapat ilmu baru. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah pasni drive masuk Singapore kalau nak πŸ˜„

      Delete
  3. SD dah tinggi. Macam tak berbaloi2 nak sopink kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak shopping pon. Saja jalan-jalan πŸ˜„

      Delete
  4. Bagus info ni.. terutama utk org mcm Eyda yg belom pernah seberang sendiri ke sana... InshaaAllah 1 day

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot lah tetiba rasa nak drive sendiri kan. Kena alert dengan benda-benda di atas tau πŸ˜„

      Delete
  5. Nice sharing cik epal, info berguna untuk yang memerlukan.. πŸ‘πŸ‘πŸ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ada yang tanya. Tu terus share je. πŸ˜„

      Delete
  6. nice info cik epal. memang bagus dijadikan panduan pada sesiapa nak drive sendiri msuk ke singapore. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti IQ pon boleh lah try πŸ˜„

      Delete
  7. Gud Info Thanks Cik Epal.Lama dah mummy cari..

    ReplyDelete
  8. mekasih cik epal,bg detail yg betul2 detail utk panduan kot2 sapaa2 nk msk spore

    banyak rupanya yg perlu di buat,pttla kadang org2 lbh suke naik kenderaan awam mcm bas dr larkin utk ke spore, lbh mudah rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Betul tu. Naik bas lagi senang sebenarnya. Cuma haritu saja nak try feel drive dekat sana macam mana. Hehe πŸ˜„

      Delete
  9. berguna entri cik epal ni. confirm saya akan google bila rasa nak pergi singapore naik kereta nanti. InsyaAllah ada rezeki.

    salam ramadhan cik epal dan keluarga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan to u and family too! πŸ˜„

      Delete
  10. k... Nak try lah bawak kete masuk singapore. Thanks Cik Epal sebab share!

    http://www.amiranozrin.com/

    ReplyDelete
  11. Kereta kalau ada masalah auto power window kan, terpaksa lah buka empat-empat pintu kan untuk check... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tapi dekat kastam Singapore tu memang kena bukak semua tingkap pon πŸ˜„

      Delete
  12. No wonder, Orang singapore masuk Malaysia drive macam orang gila. (surely not ALL OF THEM) tapi majoriti sebab dalam Singapore diorang boleh disiplin tapi keluar singapore tetiba jadi kurang behave dan biadap.. Tak semua la kan, diorang lagi takut CCTV dunia dari CCTV Allah. ehe. sorry singaporean, i'm saying this sebab banyak kali terkena tak semua singaporean yang biadap ada jgk yang berbudi terutamanya sedara mara saya la. hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha entah lah. Tapi dekat Singapore memang ketat sikit. Sebab tu diorang menggila lepas masuk JB tu kot πŸ˜„

      Delete
  13. tq for sharing..nt nak try pi drive sendiri jugak

    ReplyDelete
  14. Wahhh seronoknya berjalan-jalan !!!!...http://syamzone.sharethisstory.net/my-1214902-10942

    ReplyDelete
  15. Cik epal, info ni memang berguna betul. Thanks for sharing untuk manusia sejagat yang nk pergi Singapore pakai kereta πŸ‘ πŸ‘ πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni untuk siapa yang nak ada pengalaman drive dekat Singapore. Nak senang naik flight je. Hehe πŸ˜„

      Delete
  16. tq cik epal atas prkongsian ni.. pasti sngt berguna untuk ssiapa yg nak kesana.

    ReplyDelete
  17. Aku nak entry Singapore pagi ini... Thanks Cik Epal. Infor yg sgt berguna... Ini pun anak saya yg explore...

    ReplyDelete
  18. Memang seronok pandu kereta ke Singapore. Tapi kawan I byk yg kena saman sbb parking tanpa sedar tempat yg mereka park adalah tidak dibenarkan.

    Ottoman

    ReplyDelete