Thursday, May 25, 2017

Resepi Nasi Lemak Pandan mudah dan sedap

Hye! Harini nak share resepi nasi lemak mak kau hijau!
Eh tak,tak.
Nak share resepi Nasi Lemak Pandan. Senang je nak buat.


Resepi Nasi Lemak Pandan

7 helai daun pandan
2 helai daun pandan simpul
2 inci halia (mayang)
1 bawang besar (mayang)
1 kotak kecil santan (200ml)
1 1/2 cawan beras
Air
Garam sikit


So kita memerlukan 9 helai daun pandan ye. 7 helai tu untuk kita blend. 2 helai lagi simpulkan dengan simpulan kasih sayang. Gituww.

Basuh 7 helai daun pandan bersih-bersih. 
Gunting bagi kecik-kecik.
Letak air sikit. Sikit je.
Senang nak blend nanti.


Blend kan mereka.

Dah blend pastu tapis. Ambil air dia je.

Setelah ditapis.

Beras basuh dulu macam biasa macam kita selalu masak nasi tu. 
Basuh bersih-bersih.

Letak pandan yang kita blend tadi, halia, bawang besar, daun pandan yang disimpul tu dan santan.


Pastu tambah air. Letak garam sikit. Kacau rata.
Sukatan air sama macam kita nak masak nasi tu.

Part air ni ikut jenis beras yang korang pakai.Kalau dah biasa masak sukatan air sama level dengan beras. So air kasi sama level. Kalau selalu masak nasi, air lebih sikit. So lebihkan lah air tu sikit.





Resepi Sambal Nasi Lemak

15-20 cili kering
Belacan
5 bawang merah
3 bawang putih
1 sudu besar asam jawa (campur air,ambil air je)
Gula melaka
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan lain:

Ikan bilis secukupnya (digoreng)
Kacang tanah secukupnya (digoreng)
Timun secukupnya (hiris)
Telur rebus



Cili kering ni rebus dulu bagi buang kotor dan bagi lembut.
Tos kan pastu blend.

Blend belacan, bawang merah, bawang putih.

Untuk buat sambal,aku guna minyak bekas goreng ikan bilis untuk tumis sambal. 
Minyak banyak supaya cili masak sempurna dan sambal tahan lama.
Masuk kan bahan blender tadi tapi jangan masuk kan blender sekali pulak. Haha.

Tumis bahan-bahan blend.
Bila bawang dah garing,masuk cili kering yang telah di blend pulak.
Masuk asam jawa.
Pastu masuk gula melaka.


Aku suka letak gula melaka ni sebab lagi sedap rasa lemak manis. Kalau tak ada gula melaka, boleh ganti gula biasa je.


Tumis sampai pecah minyak.
Pastu letak garam dan gula secukup rasa.

Masak sambal sampai terbit minyak. Sambal yang sedap selalunya sambal yang di masak dengan waktu lama. Sambal ini manis-manis pedas. Bagi aku itu lah definisi sambal yang sedap.

Ikan bilis dengan kacang tu goreng dulu. 
Letak telur dan timun.
Dah boleh ngapp.

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on


Boleh tengok video (@cikepal06) kalau tak paham πŸ˜†

Boleh beregukan sekali dengan Ayam Pandan Thai. Resepi Ayam Pandan Thai aku pernah update dekat SINI.


Senang je kan resepi ni?
Selamat mencuba resepi nasi lemak mak kau hijau ni.
Eh nasi lemak pandan lah!
Ehehe.

50 comments:

  1. CANTIK JEW TERLETAK KAT PINGGAN ;)
    ADOIII , NI KENA BUAT NIE ;)

    ReplyDelete
  2. sedapnya!!! dah lama tak makan nasi lemak yang sendiri masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni boleh terus masak hehe πŸ˜„

      Delete
  3. Wahh nampak cam sedap.. leh cuba resepi ni pulak nanti.. Sambal tu paling mengancam..

    ReplyDelete
  4. Eh, bestnya resepi cik epal ni, nnt boleh cuba ...
    Dah alang2 buat resepi ni, jom lah cik epal join lazada blogger contest sekali...
    Hehe.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Kenapa nama akak kembang tapi sebenarnya kuncup? Ini tidak adil haha πŸ˜„

      Delete
  6. Sedapnya kak.. x pernah buat lgi.. Insya'Allah balik nti nak beli bahan2 haha .. thank you for sharing :D

    ReplyDelete
  7. dapnyee... boleh kurang pahala puasa fesday Ramadhan nih.. asyik duk tertelan air liur je bila satu2 gambar go thru mata nih..adesss

    ReplyDelete
  8. Terima kasih bagi langkah2 terperinci cara buat nasi lemak hijau ni.Walaupun akak dah biasa buat nasi lemak biasa tapi hijau ni xpernah lgi....
    Salam Ramadhan cik epal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab selalu buat yang biasa, ni saja share resepi nasi lemak pandan pulak. Hehe.
      Salam ramadhan kak πŸ˜„

      Delete
  9. Sedapnyaa.. terliur pulak tgk time2 puasa ni. hee. Salam ramadhan cik Epal :)

    ReplyDelete
  10. Salam ramadhan CE;)
    Wah dh dpt idea nk buat buka ni, nasi lemak mak Kau ijo, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mak kau ijo pon bolehh πŸ˜„

      Delete
  11. nampak sedpq terutama bulan puasa ni..eyhhh hahahhahahahaa

    ReplyDelete
  12. Hehehe...rajin bangat ni! Selalu nasi lemak warna hijau makan kat kedai masakan terengganu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yeke? tak pernah lagi makan dekat kedai masakan terengganu . Dekat mana tu? πŸ˜„

      Delete
  13. alahai sedapnya...kalau bulan puasa smua benda terliur huhuuu

    ReplyDelete
  14. Sambal manis pedas pastinya sedap. Nasi lemak hijau tentu wangi. Nanti ada yang tak sabar menunggu petang . . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang tak sabar menunggu petang tu? πŸ˜„

      Delete
  15. mak aihhh menjejes air liur hehehe

    ReplyDelete
  16. Ayam pandan tu resepi yg Cik Epal bagi haritu kan? sedaaapppnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Ada bagi link resepi ayam pandan tu jugak dekat gambar last tu hehe πŸ˜„

      Delete
  17. wowww...sedapnya..boleh la nak try...sy mmg suka makan..

    http://sedapnya-makan.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. Eh eh menggoda betul tengok nasi lemak bulan puasa macam ni. Boleh lah try buat nasi lemak pandan macam ni pulak :)

    ReplyDelete
  19. Alahaiii... Rasa macam nak jilat screen tengok nasi lemat tu. Since puasa belum makan lagi nasi lemak

    ReplyDelete
  20. sedapnya! baru lepas buat nasi lemak hehe

    ReplyDelete
  21. Tak pernah buat nasi lemak pandan camni, mesti wangiii

    ReplyDelete
  22. Menarik nampaknya menu nasi lemak pandan. Biasa guna pandan kalau buat kuih gula melaka je πŸ˜… sambal cik epal sure mengancam deria rasa =D

    ReplyDelete
  23. Boleh la lepas ni belajar buat nasi lemak pulak hehe selalu tahu makan je 😬

    ReplyDelete
  24. alamak..nasi lemak ijau...boleh try ni :-)

    ReplyDelete
  25. Salam cik epal. Nk tnye sukatan nasi lemak tu untuk berapa pot beras ye.. 😊

    ReplyDelete
  26. Salam..wah nak try jugalah buat nasi lemak pandan tu. Nampak menarik sangat.

    ReplyDelete