Ada yang tanya transportation aku dekat Bangkok ni naik apa. Sebab kitorang ramai dalam 8 orang. So memang memilih pengangkutan yang boleh sumbatkan semua orang dalam satu kenderaan. Nak ke floating market ni pon kitorang guna apps Grab Car je. Memang pilih MPV lah sebab muat sumbat semua orang. Senang gerak sekali tak ada yang terpisah.
Btw, Thailand ni memang famous dengan floating market, lagi-lagi kalau dekat Bangkok. Kali ni kena siap awal sikit sebab nak ke floating market. Nak pergi floating market ni jauh dari central Bangkok. Ada lah dalam 2 jam baru sampai. Depends on traffic.
Floating market ni elok pergi pagi-pagi. Kalau sampai tengahari memang panas gila dan crowded dengan orang.
Han ni bukan boleh tengok aku pakai shades, mesti dia pon nak jugak. So shades dia memang kena bawak kemana-mana. Pantang tengok aku pakai, mesti dia nak jugak pakai together-gether (together-gether? Oh My English sangat engko!) ๐
Serious Bangkok ni memang panas weh ☀️☀️☀️☀️☀️
Amphawa ni floating market ke dua yang paling popular dekat Thailand. Amphawa ni nampak cute and fun. Sangat authentic dengan banyak rumah kayu kecik-kecik elok je kemas berbaris sepanjang canal. Banyak jual souvenirs, snacks and sweets. Nak buat thai massage atas bot pon boleh.
Ni apa tah. Nampak macam cornflakes madu.
Baju pon banyak.
Mainan pon ada.
Boat noodle baru nak bukak.
Tapi boat noodle sini non-halal.
Panas-panas masih tersenyum.
Tapi sebab aku pergi ni awal. Sampai sini dalam pukul 9am. Diorang pon baru nak setup kedai. Tak banyak lagi kedai yang bukak.Datang ni saja je nak singgah. Sebab tujuan utama nak pergi floating market yang paling famous dekat Bangkok lepasni.
Sebelum ke destinasi seterusnya, beli lah apam buat alas perut. Ok lah. Rasa dia macam apam. ๐
Sebenarnya banyak floating market yang ada dekat Bangkok ni, tapi yang paling popular dan orang selalu recommend memang Damnoen Saduak Floating Market. So moh lah kita!
Nak pergi Damnoen Saduak Floating Market elok nya pagi-pagi. Tengahari sikit memang crowded dengan pelancong.
Bot ni ada atap atas dia. Kalau tak ada atap, mahu lagi bahang panas terbako. ๐
2000baht/RM200 per boat for 1 hour
3000baht/RM300 per boat for 2 hour
Aku ambil 1 jam je. Lama-lama sangat nak buat hape kann. Sebab kitorang 7 orang + seorang Han. Ingat boleh lah semua naik satu bot. Tapi dia tak kasi. Suruh naik 2 bot jugak. Padahal muat je kot kalau semua naik satu bot ni. Huhu. Nak duit lebih lettewww.
Damnoen Saduak ni floating market yang paling lama ada dekat Thailand dan paling banyak pelancong. Memang besar, meriah dan penuh dengan bot jual makanan dan sangatlah colourful.
Tapi hati-hati dengan scammers dekat sini. Aku awal-awal pon dah kena scam sebab suruh naik bot asing. Padahal muat je pon kalau nak sumbat semua. Tapi malas nak bertekak dengan dia kan. English diorang pon ala-ala je. Baik aku cakap dengan ayam serama dan itik serati lagi bagus. ๐
Damnoen Saduak ni tempat shooting filem James Bond 'the Man with the Golden Gun'.
Dari jauh nampak logo halal ni. Ok lah boleh ah makan untuk isi perut.
Sepanjang aku atas boat dekat Damnoen Saduak Floating Market ni. Ni je tempat halal yang aku nampak.
Sungguh pandai beramah mesra acik ni. Sampai je terus nak salam aku.
Tengok menu dia.
Semua pon nampak macam sedap.
Last-last aku order pad thai. Makan lah pad thai atas boat. Sedap jugak pad thai ni.
Teruskan perjalanan.
Dah sampai tengah-tengah ni memang lagi meriah lah.
Besar betul udang dia.Lagi besar dari penumbuk aku. Haha. Tapi aku tak try pon ni. Tak tahu lah sedap ke tak.
Jauh menung pakcik.
Canggih bot diorang ni. Siap boleh masak lagi atas bot. Kau hado? ๐
Naik bot pon traffic jam ๐
Atok nampak orang jual buah. Terus beli pisang untuk cucu kesayangan ๐.
Sedap hingga menjilat jari makan pisang ๐
Banyak orang jual painting tapi harga mahal jugak.
Makcik kenapa?
Jalan punya jalan. Tetiba husband aku cakap.
"Yunk! Yunk! Ada artis dekat sebelah tengah sedap makan nasi goreng. Tu tengok tu!" *tunjuk-tunjuk bot sebelah*
Artis hape kebenda nyaaaaaa.
Cepuk satgi kang. ๐
Banyak barang ada jual dekat sini. Ada makanan, lukisan, hiasan rumah, pakaian, buah-buahan,bahan masakan, souvenir dan macam-macam lah.
Sampai dah lah Damnoen Saduak Floating Market yang dikatakan popular tu tapi harga barang boleh tahan mahal. Biasa lah dah kata tempat tarikan pelancong, confirm harga diorang up kaw-kaw punya. Tapi apa-apa pon yang korang nak beli boleh tawar-menawar.
Yang tak bestnya dekat sini, ada sesetengah penjual tu suka paksa beli barang dia. Contohnya pompuan ni. Selamba tenuk je main tarik bot kitorang. Pastu dia bagi satu 'tuk-tuk' perhiasan dekat Han. Han pon ambil dan pegang lah. Pastu terus dia mintak duit. Perghh dia yang bagi benda alah tu, bukan kita hambik, kita pulak yang kena bayar. Kongasam betul. Pastu harga mahal nak meninggal.
Souvenir kecik tu dia caj 500baht. RM50 satu. Mahal kot. Aku bagi dia balik 'tuk-tuk' tu. Dia tak nak ambil dan paksa-paksa bayar. Aku ambil calculator dia tekan 20baht/RM2. Pastu dia geleng-geleng. Eee dia niii. Dah lah memang aku tak nak beli pon. Bagi RM2 pon tak nak. Haha. Pastu dia letak harga 200baht/RM20. Kecik beso kecik beso je aku tengok dia ni. Aku ambil balik calculator dia kira murah hati lah ni nak bayar kann. Aku tulis 50baht/RM5. Yang ni dia accept je lah walau muka terpaksa dan sedikit muncung macam cencurut. Hahaha.
Kira bagus lah aku nak bayar kan sebab bukan aku nak beli pon. ๐
Bayangkan dia tekan harga macam mana. Dari barang boleh beli dengan harga rm5 boleh naik sampai RM50. 10x ganda tu. Kaw-kaw up harga.
TIPS: So korang hati-hati dekat sini, lagi-lagi kalau jenis yang main tarik je bot korang. Dan lagi satu kalau korang tak ada niat nak beli dekat satu tempat tu, tak payah lah sibuk-sibuk nak tanya harga. Dah tanya, memang dia paksa beli. Aku yang tak tanya apa-apa ni pon kena paksa beli. Ni pulak kalau korang beramah mesra dengan dia tanya harga itu ini. Kalau tak ada yang berkenan, teruskan je perjalanan.
Layan pad thai atas bot lagi bagus.
Tapi best je pergi floating market ni. Sangat colourful. Selama aku dekat Bangkok, bila sampai floating market ni je baru aku rasa macam aku berada dekat Thailand. Hehe. Sebab tempat-tempat lain macam dekat mana-mana pon ada.
Bagi aku Damnoen Saduak Floating Market ni salah satu tempat yang korang kena pergi lah kalau korang datang Bangkok atau Thailand. Harga barang agak mahal tapi dapat lah pengalaman baru. Target aku nak sampai sini sebab nak tengok real floating market je, tak ada rasa nak beli apa-apa sangat pun. So tak ada lah kisah sangat bab shopping ni.
Btw, Amphawa Floating Market dan Damnoen Saduak Floating Market ni, dua-dua jauh dari central Bangkok. Memang dalam 2 jam nak sampai tempat ni.
Walaupun tak beli apa-apa, beli pad thai Halal je.Tapi ok lah puas hati. Boleh jadi kenangan best! At least pengalaman sekali seumur hidup ke floating market Bangkok ni. Janji tinggal jejak. ๐
Bersambung ....
Entri sebelum ni
bestnyaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletehehe ๐
Deletepengalaman berharga ni cik epal, IQ pun suka window shopping macam ni, kdang2 tak ada pun rasa nak membeli tapi yela, nak rasa pengalaman floating market tu yg penting kn?
ReplyDeletememang kuangasam tenuk tu, nasib baik cik epal pandai tawar, kalau IQ awal2 dah kalah..haha!
kalau omputeh, dia terus bayar je kot agaknya. ๐
Deletenmpk cam best plak floating market gitu...bila la nk smpi hala sana...hehe
ReplyDeletekalau pergi Thailand, memang tempat wajib pergi floating market ni ๐
Deletewah..bestnya..:)
ReplyDeletehee ๐
DeleteCCL pun tak suka bab memaksa suruh beli barang diorang tue. Merimaskan ..potong mood nak jejalan kan
ReplyDeletetahu takpe. Kalau kita memang betul-betul nak beli lain cerita lah kan ๐
Deletebesar betul udang dgn sotong tu. salam kenal cik epal
ReplyDeleteMemang besar. Yang lagi besar pon ada ๐
DeleteMak aiii...mahalnya tambang bot sejam RM200 !!!!
ReplyDeleteSemenjak jadi tempat tumpuan pelancong ni, memang tambang mahal
Deleteni bukan cekik darah sikit sikit, ni macam nak kasi meninggal heart attack terus lol
ReplyDeleteHaha memang kena pandai tawar dekat sini. Kalau terus bayar je. Memang sedap diorang ๐
DeleteKira floating market ni bukan la tempat utk shopping lah eh? Sekadar nk experience pergi floating market je lah..
ReplyDeleteBoleh je kalau nak shopping. Tapi kena pandai tawar-menawar. Letak harga yg memang kita nak bayar. ๐
DeleteSaya dah baca since part 1 lagi pasal Thailand ni hehe.
ReplyDeleteAnd I think Thailand memang kaya dengan makanan sedap-sedap ke?
Geram betul tengok gambar makanan sana sini.
Kena pandai cari port jugak lah. Baru jumpa yang sedap-sedap dan halal ๐
DeleteCantikkan kat sana... tapi tu la harga mahal skit...
ReplyDeleteHarga tu dia saja letak je agaknya. Kena pandai tawar lah ๐
Deletebestnyaaaa..harap murah rezeki nak pegi
ReplyDeleteSemoga murah rezeki. Amin ๐
DeleteOh, baru tau banyak floating market kat sana berbeza tempat. Ingatkan satu je bila sebut floating market tu. Hehe.. Tak pernah ke sana lah katakan. InsyaAllah, nanti boleh pergi merasa. ๐๐
ReplyDeleteMemang banyak. Tapi Damnoen Saduak ni yang paling famous ๐
Deleteeh2, 'en. tong'! game running man.
ReplyDeleteAah. Running man pon pernah shooting sini ๐
DeleteBestnya leh fefeeling makan atas bot ni. Harap ada rezeki la nk g sini.
ReplyDeleteYg bab3 paksa beli tu xsuka.duit kite ikot kite la kan nak beli ke tak. Hehe
Kan? Suka hati lah kan nak beli apa. Sibuk je. Hehe ๐
DeleteTengah perut lapar ni nampak apa makanan yang ada dalam entri ni pun boleh buat terliur aduhai sayang --'
ReplyDeleteSila lah pergi makan. Ehehe ๐
Deletesyoknya berjalan-jalan kat bangkok.. alalala.. paling suka tengok budak kecik cute tu.. mama nya pakai shades, dia pun nak pakai shades gak ye..
ReplyDeleteDia memang suka pakai shades . Kalau tak bagi dia, shades kita pon dia tarik nak pakai. Haha. ๐
DeleteMak cik tu nampak gadis cantik la tu terus nak salam....hihi
ReplyDeleteshades Han tu comel sgt ...haha
Haha semua yang datang kot dia pergi salam ๐
DeleteNak pinjam ke? ๐ hehe
Bestnya tengok Cik Epal berjalan. Gambar cik epal semua cantik! Boleh tahu cik epal guna phone apa or camera? :)
ReplyDeleteDalam entry ni campur. Ada yang guna phone, ada yang guna camera ๐
DeleteMemang ada niat nak pergi ni. sbb floating market tu lah jugak. tp tang part kena paksa beli tu rasa geram pulak baca. Aihh suka dia je nak paksa2 org beli siap jual mahal melampau. Rasa cam nak debik je. tsk
ReplyDeleteSebenarnya pergi floating market ni baru rasa betul-betul berada dekat Thailand. Hehe. Kalau terkena, kena pandai-pandai bargain. Kalau diorang panggil pon elak kan je pergi kalau betul-betul tak nak beli.
Deletebestnya bangkok.. saya dah lama teringn nak naik bot tu
ReplyDeleteNanti pergi Bangkok, boleh lah pergi floating market ni ๐
DeleteDahlah dia paksa beli harga pulak berganda-ganda dinaikkan.
ReplyDeleteYang paksa-paksa tu buat geram ๐
Deleteadoi. pakcik yang jual sotong tu. besarnya sotong beliau...
ReplyDeletehehe memang besar ๐
DeleteMenarik betul pasar cengginie.. Yang best bila tengok udang ngn sotong tu.. pergh!! mengancam..
ReplyDelete