Wednesday, February 1, 2017

Resepi Japanese Cotton Cheesecake / Kek Keju Jepun yang senang dan sedap !


Sekarang ni kalau pergi shopping mall, bersepah-sepah orang jual japanese cheesecake. Aku pon rajin jugak membeli kek cheese Jepun ni. Sebab japanese cheesecake ni lain maciam dia punya lembut. Dari asyik membeli je, terasa jugak nak buat sendiri. Lagi puas hati makan.


Disebabkan hari ni aku baik, aku nak share resepi Fluffy Japanese Cheesecake lah. 


Ni lah bahan-bahan untuk buat Kek Keju Jepun yang senang dan sedap. Hehe πŸ˜‹

Bahan A:

60 g tepung kek/tepung superfine
20 g tepung jagung
250 g cream cheese
100 ml susu segar
50 g unsalted butter
6 biji kuning telur 
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar jus lemon

Bahan B:
140 g gula 
6 biji putih telur gred A
1/4 sudu kecil cream of tartar



Telur gred A. 
Asing kan ye telur kuning dengan putih. Yang putih tu jangan ada secoet pon kuning telur tau.




Cair kan cream cheese, butter dan fresh milk dengan kaedah double boiler.

Jangan guna direct heat ye. Guna teknik double boil. Alaaaaa macam cairkan coklat tu. 
Letak air dekat bawah. Kacau guna whisk sampai cair.

Dah cair, letak tepi jap. Jangan kacau beliau. 

Sukat tepung kek 60g.

Tepung jagung 20g

Ambil bekas lain pukul kuning telur. Pastu masukkan adunan cream cheese yang kita cair kan tadi.

Kacau guna whisk.


Ayak tepung kek dan tepung jagung yang kita sukat tadi. Dan masuk kan dalam bekas tu. Pastu kacau.

Masuk garam.

Masuk 1 sudu besar jus lemon.

Kacau sampai sebati. 
Ketepikan jap bekas ni. Kita buat "meringue" pulak.

Ni bahan B pulak.
Guna bekas lain ye. Aku guna stand mixer punya bekas tu je senang. Pukul putih telur sampai berbuih-buih (foamy) ala-ala macam mandi dekat bath tub tu.

Bila putih telur dah berbuih, masuk kan cream of tartar.

Pastu masuk kan gula. Pukul sampai "meringue" tu jadi putih berkilat dan bertanduk.

Pukul telur putih ni sampai lah dapat tekstur yang pekat dan likat, bertanduk (soft peak) begini sampai dia tak jatuh ke bawah.

 Kalau nak tahu dah jadi ke tak. Cuba tuang adunan ni letak atas kepala engko, kalau tak jatuh "meringue" tu kira jadik dah lah tu.Kalau kau tonggengkan bekas ni, setepek "meringue" tu kena muka kau, memang mereng lah kau nanti. Tak jadi lagi ah tu. Hehe. So buat lah sampai dia soft peak (bertanduk). Alaaa macam buat pavlova tu :D


Tapi jangan sampai overbeat ye. Kang cair balik pulak.Dah dapat tekstur macam ni,boleh dah stop kan stand mixer. 

Pastu ambil bekas yang kita adun 'bahan A' tadi. Kaup "meringue" tu guna spatula. Jangan kaup guna tangan pulak.Kau ingat nak buat cekodok? Guna spatula hokayy.

Masukkan 1/3 "meringue" dalam adunan cheese, bolak balikkan sampai sebati, masukkan lagi 1/3, then habis kan semua "meringue" tadi. Guna kaedah kaup balik ye. Bukan kaup smpai terbalik.Tapi kaup dari adunan bawah bawak ke atas. Lagi elok guna 1 arah je. Kalau kaup dari kanan, sampai habis lah kaup dari kanan, bawak bawah ke atas. Bukan kacau mcm kacau dodol ok. Awas!



Aku pakai loyang tin kek yang boleh bukak bawah. Loyang kek bulat 8 inci. Kalau kau nak pakai loyang biasa pon boleh. Lapik baking paper dekat bawah. Tepi tu pon salut dengan baking paper jugak. 


Tuang adunan kek dalam tin kek. Ketuk sikit bawah dia bagi rata semua nya.

Sebelum bakar, letakkan loyang yang berisi air panas dan letakkan adunan cheesecake kita tu dalam loyang yang ada air panas tadi. Bakar guna kaedah 'water bath' untuk bagi effect moist dekat kek kita tu. 


-Panaskan oven dengan suhu 170C selama 20 minit. Pastu letak tin kek dengan loyang ada air panas tu dalam oven.

-Turun kan suhu ke 160C. Bakar selama 1 jam atau 1 jam 10 minit bergantung oven masing-masing atau sampai jadi warna golden dekat atas kek tu. Api atas bawah ok.


Tadaa! Siap! Dah boleh dah bukak baju tepi dia tu.


Fresh from oven.



Memang moist dan tersangat lah gebu gebas! 





Lembut gila. Bila gigit terasa di awangan gitu. Kihkih over. πŸ˜‚


Aku buat japanese cheesecake ni masa family mertua aku datang rumah. Sebab aku tahu kalau time aku berdua dekat rumah dengan husband, kek ni tak kan habis sebab masing-masing ajet-ajet jaga badan konon nya. Bila rumah aku banyak tetamu ni boleh ah baking.Tapi bila family mertua aku makan je Japanese Cheesecake ni semua memberi komen 
"Sedap macam cheesecake dekat kedai lah!"


Wow kembang kempis hidung aku mendegornya. Hahaha. Tapi serious, memang sedap. Korang mesti kena cuba. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

68 comments:

  1. wah kemain sedap ekkk.. boleh cilok resipi ni kannn

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. japanese cheesecake memang lembut πŸ˜‹

      Delete
  3. Sangat mengoda ish, xsabar nak cuba

    ReplyDelete
  4. sedapnya kek tu cik epal. trliur dh ni. hehe

    ReplyDelete
  5. Serius, jeles dengan Cik Epal punya kek. Akak ni entah bila la nak rajin baking balik semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pon sebab ada tetamu datang rumah. Kalau tak, saya pon tak rajin nak baking πŸ˜†

      Delete
  6. RAJINNYA! oky cuba untk rajin dulu.. then baru blh bt hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha rajin ni memang kena tunggu mood dia sampai 😝

      Delete
  7. aduhhhhh nampak gebu sangat cheesecake tu. serupa macam beli kat kedai. :D

    ReplyDelete
  8. Tengok gambo pon dah meleleh air liur. Harus dicuba. Cair di mulut, gemuk di perut (^_^)

    ReplyDelete
  9. Perfectnya kek cik epal niiii, nampak betul2 mcm kat kedai punya! :D
    Thanks share resipi, boleh try ni. Dah lama x bake, hehe

    ReplyDelete
  10. yang, tak paham bab bakar tuh, kena bakar 2 kali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali je. Cuma ada 2 loyang. Dekat satu lagi loyang kena letak air panas. Guna kaedah 'water bath'. Untuk bagi kek tu moist.

      Delete
  11. telur tu macam kena sapu dengan minyak sebab dia berkilat kilat xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur tu baru lepas basuh tu. Sebab tu nampak macam tu kot. Dekat tepi mangkuk tu pon still nampak percikan air. Hehe πŸ˜†

      Delete
  12. aihhh.. sedapnya. jeles tol dengan org yg pandai masak ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheesecake ni senang je nak buat. Tak payah pandai masak pon tak apa πŸ˜†

      Delete
  13. cik epal guna gula jenis apa ya?caster ke granulated?

    ReplyDelete
  14. nyum2 ...kalau la aeda oven...huhuh

    kuronofu91.blogspot.my

    ReplyDelete
  15. Cik epal kalau takde krim tartar tu boleh takπŸ™ˆ

    ReplyDelete
  16. nak tanya, macam mana keluarkan base loyang & baking paper kat tapak kek tu? pegang tepi kek then sengetkan ke camne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbalik kan kek tu. Bukak kertas bawah. Pastu slow-slow terbalik kan balik kek tu letak dekat atas pinggan atau tempat alas kek 😊

      Delete
    2. oooo kalau terbalikkan die x melekat eh meaning kulit die yg brown tu tak tercabut skali? hahaha ok la will try later. TQ!

      Delete
    3. so far buat camtu tak pernah lagi melekat. Tapi tunggu kek sejuk dulu. Kalau panas-panas baru keluar oven terus terbalik kan memang ada potensi kek berderai. Hehe. sebab cheesecake jepun ni lembut and fragile

      Delete
  17. Sedapnyaaaaa πŸ˜‹ Tengok macam senang πŸ˜‚

    ReplyDelete
  18. Tq cik epal dh buat n alhamdulillah dh jadi..sedap dan gebu gitu

    ReplyDelete
  19. @cik epal.. Krim tatar sukatan dia beraoa yea? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tulis dekat entry ni semua sukatan 😊

      Delete
  20. kalau takde tartar tu takpe ke?

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah kite wt menjadi..thanks utk resepinye..kite pun buat utk jamu mak mertua nak dtg..kikikiπŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada jugak yang menjadi buat πŸ˜„

      Delete
  22. alhamdulillah kite wt menjadi..thanks awk utk resepinye..kite pun wt utk jamu mak mertua nk dtg...kikikikiπŸ˜‚

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah..kali ke 2 buat kek ikut resepi cik epal..kek menjadi & gebu je..thanks cik epal krn bkgsi resepi ☺

    ReplyDelete
  24. lembut cm pipi cik epal x? Kuikuikui

    ReplyDelete
  25. dah try buat sebijik ikut resepi ni. luar cantikkkk mcm jual kat kedai. tapi lepas saya potong, dalam dia lembap. agak2 kenapa ya cik epal? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam dia mmg lembap..japanese cheesecake memang jenis lembap dan lembut dalam dia. tak macam kek biasa. U kena makan original japanese cheesecake baru u tahu rasa original punya lembap macam mana. Jangan compare dgn kek biasa, memang tekstur tak sama lah πŸ˜…

      Delete