Tuesday, September 10, 2019

Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!





Yayyyy dah dapat blue tick!! ✅ 
Ni lah satu-satu nya blue tick yang menggembirakan dan tak menyakitkan hati. Haha.



Tengah dok scroll notification intsgram semalam. Tiberr dapat benda alah ni. Aku pon macam “eh biar benar dah verified?” Pastu terus tekan profile aku.
Eh aah lah dah dapat blue tick!!! Terus meloncat kegembiraan aku. Haha 🀣



Yang tanya aku apa benda verified badge ni? Ni aku copypaste lah dari instagram πŸ˜

“A verified badge is a check that appears next to an Instagram account's name to indicate that the account is the authentic presence of a notable public figure, celebrity, global brand or entity it represents.”

Bila dah dapat je blue tick ni tiberr aku terasa aku legit πŸ’―. Haha πŸ€£. Pada mulanya memang aku tak sangka aku akan dapat sebab aku kan tak guna nama aku. Aku hanya guna nickname “Cik Epal” je untuk semua sosial media aku. Aku pon rasa sampai bila-bila aku mungkin tak kan dapat verified badge ni sebab nama “Cik Epal” tu. Ye lah amende cik epal ni kan? Kot instagram pon confused,dia ni orang ke buah-buahan? Ahgitchuuu.😁


Tapi bila dah dapat bluetick, opkos lah aku seronok gila! Maknanya instagram pon aware yang Cik Epal ni ialah orang. Wahaha πŸ€£. Btw,thanks instagram! Tiberr rasa diri aku sebaris dengan tokjib bila dah dapat verified badge ni. Hidup bosskurrr! Haha πŸ€£






Btw untuk sesiapa yang ada azam nak kurus tahun ni tapi tak tercapai lagi tu, boleh ler cuba-try-test amik FairFit. Lagi beberapa bulan je ni dah nak masuk tahun baru. Azam nak kurus tahun ni dah tercapai belum tewww? Ehehe. Dapatkan FairFit di pasaran sekarang! Boleh beli dengan agent yang aktif dekat ig story (@fairfithq) untuk elak kan kena scam.

K bye! πŸ‘‹ 

Monday, September 9, 2019

Review Kdrama : Class Of Lies (2019)

Setelah sekian lama tak update blog. Kini aku kembali. Harap terus istiqamah lah rajin menghapdet blog cik epal gonjeng ni. Ehehe. Dulu rajin layan drama Korea ni masa zaman study je. Ni tiberrr mood layan drama Korea datang kembali. Kadang-kadang 1 drama (lebih kurang 16 episod) pon aku boleh settle kan sehari je marathon.


 Bila aku tunjuk video aku layan drama ni dekat ig story aku (@cikepal06), ramai gila suruh review cerita ni.Sebenarnya aku tertarik nak tengok cerita ni sebab poster dia. Aku pulak suka layan cerita-cerita high school sebegini. Bila nampak poster ni terus aku tertarik. Sinopsis pon cambest. Tanpa fikir banyak sebanyak namblas kali. Terus aku layan cerita ni.



 Class Of Lies / Mr Temporary

Cerita ni pasal seorang lawyer menyamar jadi cikgu sebab nak siasat kes. Dia tengah handle satu kes pasal budak sekolah kena bunuh. Dia punya anak guam pulak takut nak bukak mulut dan tak membantu sangat, so dia decide nak jadi cikgu dekat sekolah yang terjadi kes bunuh ni. Sekolah ni pulak bukan besher-besher. Sekolah elite dan anak-anak orang kaya lah. Anak ahli politik dan berpengaruh banyak dalam sekolah ni. Budak-budak sekolah ni depa memang kongajaq perangai nya. Buli tu dah jadi makanan lah. Cuma makin lama makin teruk sebab dah ada kes bunuh pulak. Walaupon lawyer ni menyamar, tapi dia nak bagi protection lah dekat mangsa jenayah ni sebenarnya.


Review aku:

-Aku tengok episod pertama je terus melekat dan nak tahu apa jadi next episod. Aku ni jenis kalau episod 1 dah tak best, aku malas layan dah. Ramai suggest dekat aku suruh tengok Hotel del Luna, tapi episod pertama agak bosan bagi aku, so aku tak sambung lagi tengok cerita tu. Tengok lah kalau rajin nanti aku sambung
-Cerita ni sebenarnya nak cari siapa pembunuh tu. Tapi sifat ingin tahu kau terhadap pembunuh tu confirm tinggi. Sebab pada awal nya, ramai gila suspect yang boleh jadi pembunuh.
-Ada plot twist. Aku memang suka cerita ada plot twist ni. Sebenarnya cerita lagi best kalau pembunuh tu orang yang kita tak sangka kan? Hee.
- Situasi suspens, kes bunuh, dan character lakonan budak-budak sekolah tu semua best. Budak-budak sekolah yang jahat tu memang jahat betul lah. Kau tengok pon rasa macam nak lempang je depa tu. Haha. Memang kongajaq.



Best ke tak cerita ni? Bagi aku best. Sebab aku memang into cerita-cerita begini. Cerita ni pulak tak ada bikin aku stress.Ada lah babak suspense, tapi jenis tak menyakitkan hati. Watak utama si lawyer tu pon aku suka sebab dia cerdik. 
Rating aku boleh bagi 8/10. 
Untuk yang nak tengok Class of Lies, selamat menonton diucapkan.


======


So far, aku dah berjaya jual 27000pcs FairFit! Dekat HQ stok dah habis. Tapi kalau nak Fairfit, boleh beli dengan agent FairFit.Nak tahu agent tu sah ke tak, tengok je ig story @fairfithq. Tu semua agent yang aktif dan ada stok.


Nak badan slim melim solid molid jangan lupa try FairFit! 

Thursday, February 21, 2019

Surprise Birthday Jofliam from Cik Epal


Ok macam biasa. Kalau aku nak buat apa-apa event untuk diri sendiri,memang selalu aku contact akak miszbeauty ni suruh deco. Senang kerja dengan dia. Aku cakap je apa aku nak, zass semua siap. Masa aku buat birthday husband aku 2 tahun lepas,akak ni jugak yang deco. Boleh baca ENTRI SURPRISE BIRTHDAY tahun 2017 ni kalau nak tengok deco akak tu.

 Kali ni punya surprise birthday husband, memang aku memerlukan pertolongan member aku. Kalau tak, mahu tak menjadi plan aku ni. Anne ni owner brand Lima Waktu. Dia memang nak jadikan husband aku FACE dia untuk raya tahun ni. Husband aku memang tahu lah benda tu cuma aku nak suruh Anne ni tipu dia yang dia ada event dekat Mandarin Oriental untuk mini fashion show. Suruh dia pakai baju raya siap.Disebabkan dia FACE tahun ni, event tu konon-konon memang proper siap ada wartawan dan artis semua. Anne call husband aku cakap semua benda ni, dan husband aku memang percaya 100%! Hahaha. Sebab Anne ni pon memang selalu collabarate dengan artis buat baju raya, maybe sebab tu husband aku percaya.



Anne mintak izin dengan suami aku cakap nak bawak aku awal pagi sebab nak aku tolong dia untuk event. Suami aku pon bagi je aku pergi sebab aku pon cakap aku ok nak tolong Anne setup event. Dia pergi kemudian dengan Han. Lagi pon awal-awal pagi memang Han tak bangun lagi. Anne cakap dekat suami event pukul 12pm. Dia pon pergi tengahari lah. Aku pagi-pagi dah bertolak dengan Anne pergi "event". Hehe.


Bila dia sampai je Mandarin Oriental, aku suruh Anne ambil dia dan nanti suruh dia sendiri yang bukak pintu untuk satu bilik private ni. Anne cakap wartawan dengan artis semua dah tunggu kau dalam bilik tu. Bila dia bukak je, aku satu family pon

SURPRISEEEEE!

Padahal “wartawan Harian Metro” ayah aku, “wartawan Utusan Malaysia” ibu aku, “artis-artis” tu adik-adik aku. Hahaha.


 Ayah aku bersalam untuk mengucapkan tahniah kepada birthday boy.
Ni kali pertama ye ayah aku salam.
Kau sabarjap. Nak cerita lagi ni. Haha.



Pastu rilek-rilek jap, semua makan-makan dulu. Aku memang bayar buffet dekat Mandarin Oriental ni per pax untuk diorang semua. Makan je lah apa nak makan.

Dah makan buffet, aku pon ambil kek dekat staff Mandarin Oriental.Awal-awal dah suruh depa pegang kan kek dengan hadiah aku.

Happy Birthday yang ke 30 sayang.
Sudah 3 series ye dia.
Aku masih lagi 20 an. So aku kena enjoy dulu umur 20 an aku ni sebelum aku masuk 3 series. Heee.

Lepas dapat kek, ayah aku salam lagi birthday boy untuk kali ke 2 sempena dapat kek birthday. Haha.

Happy birthday Papa Han !! 😘

Lepas dah potong kek, aku nak bagi dia satu hadiah.

Kadang-kadang appointment checkup aku pagi-pagi. Bila Han kadang-kadang tak bangun awal, memang aku pergi sorang je jumpa doctor. Suami jaga Han.Kali ni pregnant, memang lambat aku tahu jantina baby. Dulu masa pregnant kan Han, 2 bulan aku dah tahu dah aku dapat baby boy.


 Ingat tak aku cerita aku kena minum air gula dekat ENTRI NI ?Haa time ni lah sebenarnya aku baru tahu aku dapat baby girl. Balik umrah baru aku tahu aku dapat baby girl.Time ni aku pergi sorang sebab appoinment 8am. Han tak bangun lagi. So dia jaga Han dekat rumah.

Aku dan family aku dah tahu aku dapat baby girl. Tapi husband aku tak tahu. Aku tipu dia cakap dapat baby boy lagi kali niπŸ˜‚

Dia memang berharap anak ke dua ni baby girl. Bila aku tipu dia cakap baby boy, muka dia macam frust tapi still dia cakap “tak pe lah, janji baby kita sihat”

Tapi time birthday dia ni baru aku nak reveal dekat dia sebenarnya dapat baby girl! Ehehe. Alhamdulillah dapat sepasang. πŸ€—

Semestinya adik Han nanti nama seketul jugak macam Han. Haha πŸ˜†

So dalam sampul tu adalah surat yang menyatakan aku dapat baby girl.So itu lah hadiah nya. Hehe.

Next, aku nak bawak dia satu tempat. Dia cakap "tadi dah tahu jantina baby,jangan lepas ni bagitahu baby dah lahir dah lah" Haha.

Pastu dia teka aku nak bawak dia naik helikopter 🚁. Come on lah. Kemon. Kemon. Tak kan aku nak tiru apa dia surprise dekat aku dulu kott. Naik helikopter, so yesterday lah. Haha.


Mesti lah aku lagi inovatif dan maju ke depan dari idea dia bawak naik helikopter tu. Ingat aku noob ke.haha 😝


Kitorang pergi naik grab. Apa-apa hal tutup mata dia dulu.

Family aku, aku dah suruh gerak dulu dah.

Dalam grab car, aku cakap dekat Han. "Han, kiss papa bagi hadiah birthday".
Han pon kiss laju-laju, siap pakej air liur sekali. Haha.

Sampai je next destination, terus

SURPRISEEEEEEEEE!!!

Teka siapa orang pertama yang akan salam birthday boy??






=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=



Tak payah jawab. Semestinya ayah aku!! Hahahaha.

Setiap kali ada elemen surprise, setiap kali tu lah dia salam birthday boy ucapkan tahniah. Haha.


Han siap peluk kereta dok cakap "bumblebee"

Han ni dia memang peminat Bumblebee. Haritu cerita Bumblebee keluar wayang, dia nampak poster cerita tu je dia cakap nak tengok Bumblebee. Asal dia nampak kereta warna kuning dekat jalan raya,mesti dia akan cakap tu bumblebee. Tak kisah lah tu kereta apa pon. Asal warna kuning je dia sebut Bumblebee πŸ˜‚

Tanya dia, kereta ni siapa punya? Dia dengan pantas menjawab

"Han punyaaa"
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Selama aku berkahwin dan hidup serumah dengan Jofliam ni,apa yang aku nampak dia tak pernah berkira dengan aku. Dari zaman aku study sampai dah kahwin ni,aku memang jenis suka beli apa-apa guna duit sendiri.Tak suka nak mintak orang belikan apa-apa kehendak aku. Tapi kadang-kadang dia yang tetiba nak belanja aku baju lah, kasut lah, perfume lah,handbag lah tanpa aku minta.


Orang kalau nak bagi, kita kena ambil. Rezeki jangan ditolak nokkk. Ehehe. Aku ni pulak jenis kalau orang tak berkira dengan aku, aku boleh berganda tak kan berkira dengan dia.

Kalau dia layan aku macam QUEEN πŸ‘Έ, aku berpuluh kali ganda boleh layan dia macam KING 🀴

Aku tahu kemampuan dia. Aku tahu dia boleh beli sangat kereta Ford Mustang 5.0 GT ni. Cuma aku rasa kalau aku bagi hadiah kereta Ford Mustang 5.0 GT ni dekat dia dengan hasil duit usaha aku sendiri, maybe dia akan lebih hargai 😊

Masa aku first time test drive Ford Mustang 5.0 GT ni tanya salesman.

Aku: Bunyi dah kuat.Kalau nak mengaum lagi boleh ke?πŸ˜‚
Salesman: Kalau nak bunyi lagi mengaum tu kena tukar ekzos.Terus garang bila dia bersuara
Aku: Saya nak bunyi yang macam Bumblebee tu boleh tak? Berapa kalau nak tukar ekzos?
Salesman: Boleh tukar. Tambah lagi RM10k kitorang settlekan semua

Add on lagi RM10k pon aku on je lah. Sebab aku memang nak Jofliam drive bagi dia feeling-feeling BUMBLEBEE. Alang-alang nak bagi hadiah, biar bagi dia puas hati terus.Baru nak pi subuh dekat masjid pon,bergegar jiran-jiran. Hahaha πŸ˜„

Aku tahu bumblebee Transformers tu kereta Chevrolet Camaro. Bukan Ford Mustang 5.0 GT ni.Cuma aku nak bunyi ekzos macam Bumblebee je. Lagi pon aku tak suka design Chevrolet Camaro tu, lagi suka design Ford Mustang 5.0 GT ni sebab lebih sexayyy bagi aku. Ehehe.Kebetulan pulak Han memang asal nampak kereta kuning, dia ingat bumblebee. So feeling-feeling bumblebee je lah bila dah tukar ekzos sekali. Heee.

Aku memandang kehidupan bukan dari satu sudut tapi aku pandang kehidupan dari sudut-sudut yang berbeza. Aku sangat percaya, bila kita ada rezeki lebih dan buat orang sekeliling kita happy, kita akan lebih murah rezeki.


2 wishlist aku yang dah tertunai untuk aku guna duit aku 100% :

-Bawak parents aku pergi umrah dengan pakej VIP- Done ✅
-Nak beli kereta Ford Mustang 5.0 GT before aku cecah 30 tahun 
(tapi ni aku hadiah kan untuk papa Han) - Done ✅ 

Aku ada 2 wishlist lagi yang aku nak capai:
-Nak bawak parents aku pergi HAJI dengan pakej VIP pulak lepas ni.
-Nak bina sebuah masjid yang interior nya sangat mewah dan nak jadi kan masjid tu antara masjid yang tercantik dekat Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ. Aku tak nak letak masjid tu atas nama aku. Tapi aku nak letak atas nama “Hamba Allah yang gonjeng”. Haha πŸ˜‚

Aku memang suka berangan dari kecil dan aku sangat banyak impian yang aneh-aneh. Tapi aku akan PASTIKAN aku dapat capai semua impian aku tu dengan guna kan duit usaha aku 100%.

Aku tak kisah duit aku makin susut dan tak banyak tapi aku hanya nak rezeki yang aku dapat tu berkat dan orang sekeliling aku happy.Aku nak hati yang tenang dan merasa CUKUP dengan apa saja yang DIA bagi sepanjang aku hidup❤️









FULL VIDEO dah siap! Masih mengekalkan lagu favourite kitorang zaman bercinta dulu. Dulu dia surprise aku pakai lagu ni, kali ni aku surprise dia aku nak jugak guna lagu yang sama! πŸ˜‚
Nak baca entri dia surprise aku naik helikopter dulu boleh tengok ENTRI NI . Heee.


Happy birthday saiyang 😘
Enjoy your new ride 🐎❤️




Untuk yang nak kurus dengan cara yang sihat dan selamat. Tak ada kesan cirit birit, pening kepala atau heart beat laju. Boleh lah try FairFit. Memang awesome gila FairFit ni. Kalau beli, confirm repeat order. Rasa dah lah sedap πŸ˜‹

Stok dekat HQ dah habis sekarang tapi ada segelintir lagi agent yang masih ada stok.Kalau korang nak beli FairFit pastikan beli dengan agent yang SAH yang nama dan number phone dia ada dalam website FAIRFIT ye.

Nak tengok banyak testimoni customer, boleh follow instagram @fairfithq