Monday, September 9, 2019

Review Kdrama : Class Of Lies (2019)

Setelah sekian lama tak update blog. Kini aku kembali. Harap terus istiqamah lah rajin menghapdet blog cik epal gonjeng ni. Ehehe. Dulu rajin layan drama Korea ni masa zaman study je. Ni tiberrr mood layan drama Korea datang kembali. Kadang-kadang 1 drama (lebih kurang 16 episod) pon aku boleh settle kan sehari je marathon.


 Bila aku tunjuk video aku layan drama ni dekat ig story aku (@cikepal06), ramai gila suruh review cerita ni.Sebenarnya aku tertarik nak tengok cerita ni sebab poster dia. Aku pulak suka layan cerita-cerita high school sebegini. Bila nampak poster ni terus aku tertarik. Sinopsis pon cambest. Tanpa fikir banyak sebanyak namblas kali. Terus aku layan cerita ni.



 Class Of Lies / Mr Temporary

Cerita ni pasal seorang lawyer menyamar jadi cikgu sebab nak siasat kes. Dia tengah handle satu kes pasal budak sekolah kena bunuh. Dia punya anak guam pulak takut nak bukak mulut dan tak membantu sangat, so dia decide nak jadi cikgu dekat sekolah yang terjadi kes bunuh ni. Sekolah ni pulak bukan besher-besher. Sekolah elite dan anak-anak orang kaya lah. Anak ahli politik dan berpengaruh banyak dalam sekolah ni. Budak-budak sekolah ni depa memang kongajaq perangai nya. Buli tu dah jadi makanan lah. Cuma makin lama makin teruk sebab dah ada kes bunuh pulak. Walaupon lawyer ni menyamar, tapi dia nak bagi protection lah dekat mangsa jenayah ni sebenarnya.


Review aku:

-Aku tengok episod pertama je terus melekat dan nak tahu apa jadi next episod. Aku ni jenis kalau episod 1 dah tak best, aku malas layan dah. Ramai suggest dekat aku suruh tengok Hotel del Luna, tapi episod pertama agak bosan bagi aku, so aku tak sambung lagi tengok cerita tu. Tengok lah kalau rajin nanti aku sambung
-Cerita ni sebenarnya nak cari siapa pembunuh tu. Tapi sifat ingin tahu kau terhadap pembunuh tu confirm tinggi. Sebab pada awal nya, ramai gila suspect yang boleh jadi pembunuh.
-Ada plot twist. Aku memang suka cerita ada plot twist ni. Sebenarnya cerita lagi best kalau pembunuh tu orang yang kita tak sangka kan? Hee.
- Situasi suspens, kes bunuh, dan character lakonan budak-budak sekolah tu semua best. Budak-budak sekolah yang jahat tu memang jahat betul lah. Kau tengok pon rasa macam nak lempang je depa tu. Haha. Memang kongajaq.



Best ke tak cerita ni? Bagi aku best. Sebab aku memang into cerita-cerita begini. Cerita ni pulak tak ada bikin aku stress.Ada lah babak suspense, tapi jenis tak menyakitkan hati. Watak utama si lawyer tu pon aku suka sebab dia cerdik. 
Rating aku boleh bagi 8/10. 
Untuk yang nak tengok Class of Lies, selamat menonton diucapkan.


======


So far, aku dah berjaya jual 27000pcs FairFit! Dekat HQ stok dah habis. Tapi kalau nak Fairfit, boleh beli dengan agent FairFit.Nak tahu agent tu sah ke tak, tengok je ig story @fairfithq. Tu semua agent yang aktif dan ada stok.


Nak badan slim melim solid molid jangan lupa try FairFit! 

14 comments:

  1. Tq share cik epal..mmg ske jnis movie plot twist ni

    ReplyDelete
  2. macam best drama ni. ok nak layan esok. thanks cik epal

    ReplyDelete
  3. Baru nak layan first episode . Tngok review Cik Epal mcm syiokkkk!!! Mari kita layan !!!! 😍

    ReplyDelete
  4. lepas bc review ni trus download,.. haha

    ReplyDelete
  5. dalam list.. maybe weekand nie baru nak tengok..

    ReplyDelete
  6. tercari2 jugak cite ape yg nk di layan lps layan hotel de luna.. leh la layan sbb minat ngan si kyun sang tu.. huhu.. cik epal layan la hotel de luna.. ep 1 mmg mcm slow skit.. bila hero tu dh bsr bru best.. cite ala2 goblin jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tgk episod 1 tu mcm bosan sikit. kalau rajin nanti lah sambung😅

      Delete