Friday, February 15, 2019

Hutang kena bayar. Jangan buat-buat lupa nak bayar bila dah pinjam duit orang


Aku memang rajin buat storie dekat instagram aku (@cikepal06). Bila buat storie, orang reply dia akan masuk dekat DM. Lagi aktif aku buat ig storie, lagi macam-macam reply lah aku dapat.Kalau mood rajin memang aku reply. Kalau tak sempat, kadang-kadang aku tengok je lah. Haha. Lepas tu nanti masuk DM lain, dia dah ke bawah. Aku pon dah lupa siapa yang send.Cuma kalau korang dapat 'seen' dari aku, selalunya aku akan reply. Kalau tak dapat 'seen' tu, maybe aku tak tengok atau tak allow lagi.



Ada dapat soalan ni. Bila buat poll, 95% nak aku share pengalaman. So ini aku share berdasarkan pengalaman aku je lah eh. Aku hampir terlupa nak share sebenarnya, tapi tadi ada 2-3 orang DM lagi, baru aku teringat balik nak cerita pasal orang pinjam duit ni.


Untuk kawan, aku tak ada pengalaman lagi kawan nak pinjam duit. Tapi kalau saudara mara yes, aku pernah ada pengalaman 2 kali setakat ini.


PENGALAMAN PERTAMA

Aku namakan dia Leha Tonggek lah eh. Leha Tonggek (bukan nama sebenar) ni lebih kurang baya-baya aku tapi tua sikit daripada aku.Aku memang baik jugak lah dengan dia. Dari kecil boleh kata membesar sama-sama. Raya confirm jumpa. Banyak lah benda yang aku suka sembang dengan dia. Sebab dia lebih kurang baya aku, so topik perbualan tu benda-benda orang muda selalu sembang.


Dari zaman study dulu kan aku memang dah ada income from blogging. Dulu aku pernah tunjuk berapa cek aku dapat, so dia ni memang ikut perkembangan sosial media aku. So macam dia tahu lah aku ada dapat duit from blog. Asal balik raya je, mesti dia tanya aku, bulan ni aku dapat berapa,tahun ni aku dapat berapa. Aku ni pulak jenis suka share, aku pon cerita je lah berapa aku dapat dekat dia.


Si Leha Tonggek ni pulak aku ingatkan dia baik. Sebab depan-depan aku memang dia baik gila. Rupa-rupa nya belakang aku, macam-macam dia kutuk aku rupanya. Hahaha.

Macam mana aku tahu?

Leha Tonggek ni pergi cerita pasal aku dekat Kiah Pekasam (bukan nama sebenar, tapi ni sedara aku gak). Yang Leha Tonggek ni ingat aku tak baik sangat dengan Kiah Pekasam ni. Padahal dia tak tahu yang aku baik je dengan semua sedara mara aku. Dia ingat aku baik dengan dia sorang je.Tapi bukan dari Kiah Pekasam je aku dengar dia mengata aku belakang. Ada jugak 2-3 orang sedara mara aku cerita benda sama dekat aku yang dia ni memang suka kutuk aku belakang.


Deco rumah aku banyak kali jugak masuk magazine dan newspaper. Leha Tonggek ni boleh cakap apa? "Tak faham kenapa rumah cik epal tu boleh masuk majalah dengan surat khabar, deco rumah biasa je. Bukan cantik pon"

Lagi satu, aku kan selalu pergi travel. Dia cerita dekat Kiah Pekasam
"Tah pape cik epal tu. Pergi travel pon nak show off. Pergi London pon nak menunjuk. Orang lain pergi London banyak kali tak ada lah update gambar banyak-banyak macam dia"


Ni Kiah Pekasam sampai kan dekat aku.Tapi bukan Kiah Pekasam je pernah cerita. Ada lagi 2-3 orang sedara aku pernah cerita benda sama. Mula-mula aku dengar, aku rasa perghhhhh tak sangka pulak dia jenis busuk hati macam ni.Padahal dari kecil aku baik dengan dia kot.Nampak lah dia jenis tak boleh nampak orang senang daripada dia. 


Aku tak follow dia dekat instagram, dia pulak private. Aku tengok lah instagram dia guna family aku punya instagram.

Guess what?

Dia pergi JPO pon ada 6-7 keping gambar dia update. Pastu dia pergi Indonesia, tu pon berpuluh-puluh gambar dia update. Kalau dia pergi London, mahu nya dia tak update gambar? Kau ghase?
Haaaa. Jangan jawab. Aku tahu apa jawapan di minda korang. Hahaha.


So sekarang ni dia tak tahu yang aku tahu dia mengata aku belakang-belakang. Sebab dia depan aku memang baik. Aku pon baik je dengan dia. Buat-buat tak tahu je dia mengata aku. Tetiba dia nak pinjam duit.

Merayu-rayu lah dekat aku nak pinjam duit. Aku tanya reason dia nak pinjam. Tapi dia tak bagi tahu sebab apa. Cuma dia janji dia akan bayar balik.

1st time dia pinjam duit. Aku bagi. Memang dia bayar balik.

Pastu dia nak pinjam lagi.

2nd time dia nak pinjam, aku bagi lagi. Dia bayar jugak.

Kali ke 3 dia nak pinjam lagi. Kali ke 3 ni aku tak bagi dah. Sebab aku pernah dengar orang cakap, kalau nak bagi pinjam duit dekat orang, bagi 2 kali je. Kali ke 3 jangan bagi, kemungkinan besar kali ke 3 tu dia tak kan bayar.


Kali ke 3 dia nak pinjam duit tu, aku memang ignore terus. Ni kira aku rasa nak tolong jugak lah dia walaupon aku tahu dia mengata aku kan. Dua kali aku tolong tu dah, aku tak kan tolong lagi buat kali ke 3 dari segi duit untuk dia. Kalau nak aku belanja makan, yes aku boleh belanja, bab belanja makan aku tak ada hal. Nak pinjam duit, aku tak bagi dah.



PENGALAMAN KE DUA

Sameon (bukan nama sebenar) abang sedara aku. Umur nak masuk 40an kot. Dalam 30++. Nak kata aku baik sangat dengan dia tu tak lah. Tapi kalau jumpa time raya, sembang-sembang gak lah macam biasa. Tetiba dia contact aku nak pinjam RM5k. Dia bagi tahu lah reason dia semua. Dia janji dia akan bayar balik. Aku pon kesian dengar bila bagi reason pasal anak-anak ni.Aku pon bagi je lah.Tapi lepas bertahun-tahun, senyap je. Bukan kata RM5k, lima posen pon dia tak bayar lagi hutang dia. Haha.

Pastu tetiba dia contact aku tanya khabar apa semua. Dalam hati aku "ohh dia nak bayar hutang dia kot ni"

Ok lah layan macam biasa, rupanya sangkaan aku meleset.

Si Sameon ni bukan nak bayar hutang aku, dia nak pinjam lagi RM3k!

Ok ni memang tak ah aku bagi. RM5k dia pinjam haritu pon dia tak bayar lagi. Lagi nak pinjam RM3k. Aku terus direct je cakap dekat dia

"Bang Sameon, macam mana saya nak bagi lagi RM3k dekat abang? Sedangkan RM5k dulu pon abang tak bayar lagi? Kali ni saya tak kan bagi. Abang settle kan hutang abang RM5k tu dulu dekat saya"


Dia merayu-rayu suruh aku tolong. Tapi aku tetap dengan pendirian aku. Kau bayar dulu RM5k, baru sembang nak pinjam lagi duit lain. 


===============

Setakat ni, ni lah pengalaman aku orang nak pinjam duit. Leha Tonggek tu dalam pada hati busuk jaki dengan life aku, last-last bila susah pinjam gak duit aku. Cuma nasib baik dia jenis bayar lah. Cuma aku je tak nak bagi dah. Sebab amount dia nak pinjam makin lama makin tinggi. Sebab tu kali ke 3 aku tak bagi dah. Takut dia tak boleh bayar balik.


Yang Sameon ni, sampai ke hari aku tulis entri ini pon, masih tak bayar lagi ye hutang aku RM5k tu. Dia pinjam ada lah dalam 3 tahun lepas. Janji lepas setahun nak bayar. Sampai ke sudah, lima posen pon aku tak dapat lagi dari dia. Hahaha.


Bila aku dapat DM dekat instagram dari stranger nak pinjam duit, memang aku cakap terus terang aku tak kan layan ye. Sedara mara yang aku jumpa time raya ni pon boleh buat bodoh je dengan aku tak bayar hutang. Ni pulak yang korang tah shape-shape DM aku nak pinjam duit.Macam mana lah korang nak bayar dekat aku balik? Dah ah aku tak pernah jumpa dan tak pernah kenal korang.Better korang pinjam duit dekat orang yang terdekat dengan korang.


Manusia bila terdesak, dia akan janji macam-macam.

"Aku janji aku ada duit, dalam setahun aku bayar balik"

Kau boleh dengar, tapi jangan percaya sangat 100%.
Dengar boleh, percaya jangan 😝

===========



Bawa FairFit ke mana-mana je. Aku kalau travel pon bawak. Janji letak suhu bilik. Kalau hotel ada peti sejuk, masuk peti sejuk. Lagi layan bila FairFit sejuk-sejuk masuk tekak. Dah lah rasa FairFit ni sedap gila😋. Kalau korang nak beli FairFit pastikan beli dengan agent yang SAH yang nama dan number phone dia ada dalam website FairFit ye.



K bye! 😆



28 comments:

  1. kan, memang ramai je, orang mcm tu. Time kita senang mula lah nak pinjam je kejanya. CUba susah. Nak angkat call kita pun, berat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa tu. bila susah dikutuknya kita. bila senang, dia orang pertama nak dekat. haha 😄

      Delete
  2. Biasa lah ...lumrah manusia...bila berduit ramai jer menghurung, cer bila kita takpunya apa...tak siapa nak mendekat...

    ReplyDelete
  3. deeeppppppppppppppp...... pantang nampak org senang seket.. ada duit lebih.. mula laa xde bnd lain
    pinjam pinjam pinjam argghhh.. ade tu yg da lame lost contct ttbe nk pnjam duit.. x main puluh2 inggit... nk beratoss beribuuuu jeee.. ingat bank neara bergerak.. salute pndrian cik epal.... heeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pon. memang terus beribu je nak pinjam. dia ingat duit jatuh dari langit agak nya. kita punya usaha nak cari duit tu dia tak nampak pulak 😅

      Delete
  4. Saya ada pengalaman jugak, kawan pinjam duit. amountnya sgt byk...sgt sgt byk. 4 tahun saya tggu, dia buat tak tau je. Sampai masa saya mintak, baru dia bagi, tu pon liat gila. Lepas tu update kat fb gambar pegi holiday ke thailand. Berbulu jugak la mata ni tgk. Bila saya mntak dia bayar hutang, ada je alasan, tgh susah la, xde duit la...bla bla bla. Berholiday ada plak duit yer..

    Mmg tobat nasuha tak nak bagi sapa2 pinjam dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg spesis camni lagi sakit hati. kata tak ada duit, tapi dia sibuk pulak berjoli sini sana, makan sedap-sedap, jalan sini sana. tapi hutang kita buat-buat lupa nak bayar 😅

      Delete
  5. betol la tu. sesama adik beradik, mak bapak pun boleh bergaduh pasal pinjam2 duit ni. ni kan pulak sedara mana @ org luar kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab duit ni memang bahaya. senang buat gaduh. huhu

      Delete
  6. Ustaz kata kalau tak bayar hutang,nanti roh kita terawang awang tak tenang bila dah mati nanti. Maq tak kata ye , ustaz yang kata. Haaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berdosa pon tak bayar hutang. tu sendiri mahu ingat lah 😅

      Delete
  7. bebaskan diri dari hutang seboleh mungkin. dek kerana hutang, teruk nanti kita bila berada dalam kubur. amalan pun tergantung kerana adanya hutang yang tak berbayar ni.

    moga kita terhindar diri dari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. Moga kita semua bebas dari hutang 😊

      Delete
  8. good sharing CE ���� tapi iklan bawah sekali tu terus rasa nak beli dan rasa jugak. tapi kite ni dah cukup kecik tak sanggup nak kecik lagi ��

    ReplyDelete
  9. Hahhahhaaa.... Leha Tonggek baca blog cikepal tak?
    Kalau baca mesti dia malu sendiri yang cikepal tahu pasal dia mengata cikepal kat belakang.

    Mrs. A pun ada jugak pengalaman kawan-kawan tak berapa nak rapat nak pinjam duit. Tapi tak bagi pun ialah tak rapat tetiba kau nak pinjam duit aku. Memang tak layan la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nak dia tahu pon yang kita tahu dia mengata kita dekat belakang. sebab sekarang ni pon dia tengah rancak mengata.

      tu kawan tak apa lagi, ni stranger tah shape-shape DM nak mintak pinjam duit, memang idok ler nak bagi 😅

      Delete
  10. kalau org bg alasan anak, mmg lemah je rasa. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah.kita dengar pon kesian. kita pon ada anak kan. cuma dia nak pinjam lagi sekali tu memang tak bagi lah. yg rm5k tu pon dia tak bayar lagi 😅

      Delete
  11. Pernah gak bg pinjam kat family sendiri. Sampai skrg tk bayar2. Biasa org dah perangai mcm ni dia dah tak rasa tanggungjawab nak bayar balik. Tu yg payah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pon. bila dah jadi habit, muka pulak tebal. kita pulak yang rasa bersalah kalau nak mintak duit kita balik.

      Delete
  12. Cik Epal bagus juga kalau buat scholarship hahahaha tiber

    ReplyDelete
  13. haaaaa tula mencik kan orang pinjam ngan kita pastu kita pulak terhegeh2 nak kena mintak dia bayar..tak suke mmg susah la nak halalkan orang jenis macam ni

    ReplyDelete
  14. Ya kita dulu masa mula2 kawin buat biz minyak wangi, ada la kak ipar sendiri ni kata nak tolong jual. Alih2 duit hasil minyak wangi kita ni dia guna buat belanja dia. RM250 rasanya. Yg kita ni baru setahun dua kawin dgn adik dia, tak taula kakak dia mcm tu. Sekali kena, baru ku tau kisah kakak dia mmg kaki pinjam org merata alam. Allah, 4 tahun lepas kot suh suami mintak jugak duit tu kat kakak dia. dia bagilah seratus. ada balance rm 150 sampai sekarang tak bayar lagi. Ku ingat sampai bila2 walaupun amount 150 tp itu tetap duit. Sejak dari hari tu, ku pesan kat suami jgn memandai bagi dia pinjam duit lagi. hutang rm1k suami masa bujang dulu pun tak pernah di bayar. tp suami jenis diam tak sampai hati, kawin dengan kita sorry la beb. mmg sampai gado la pangai cam harem... skang tau pulak malu da tak berani pinjam duit kami hahaha... dia kongket dia adik perempuan dia (kakak ipar kedua) yg suri rumah tu pulak. yg kelakar tu org tu dah mmg kata tak berduit, dia boleh suruk kakak ipar kedua tu koreng tabung syiling, tengok berapa ada. CILAKA punya perangai. Taik dow... busuk punya org...

    ReplyDelete
  15. Hmmm... mmg ramai org cmni... apa nk wat

    ReplyDelete
  16. Takutnya bila berhutang tak sempat byr... 😥

    ReplyDelete
  17. nak share juga pengalaman kita hihihi
    1) kawan baik pinjam 300..dah 12 taon x bayar...confirm la lupa kan...kita je ingat.
    2) kawan juga..pinjam 2000..byr 500 jer...lg 1500 aku rase dia buat2 lupa la kot
    sooo........no more nk pinjam2..nyampah tauuuuuuuu sakit jiwa dan perasaan
    k bye

    ReplyDelete