Monday, January 28, 2019

Umrah Part 2: Masjid Nabawi , Madinah



Masa aku cakap nak pergi umrah dekat instagram (@cikepal06),ada jugak yang tanya aku ambil vaksin ke tak. Sebab aku tengah pregnant.


Sebelum aku pergi umrah, aku memang dah consult dengan doctor aku dulu dan tanya dia aku boleh ambil vaksin atau tak.Kalau dia bagi aku ambil vaksin aku on je. Tapi dia tak kasi.Dia tahu condition aku macam mana. Sebab awal-awal pregnant dulu aku banyak problem jugak lah.Awal-awal pregnant aku bleeding. Sebelum pergi umrah, demam panas pulak. Pastu kena warded sebab influenza. Macam aku cerita dekat ENTRI INI .

Doktor aku memang tak benarkan lansung aku cucuk vaksin. Dia memang menentang sekeras-keras nya. Dia kata sebab vaksin tu agak berisiko untuk ibu mengandung dan berisiko untuk aku. Doctor ada bagi aku vitamin untuk aku makan hari-hari.Vitamin tu kena makan 5 kali sehari. Nak senang ingat, after solat,ambil vitamin tu.


Doc pesan jugak suruh minum air banyak dan selalu pakai mask. Mask pulak dia suruh pakai mask H1N1 tu. Memang tak selasa ah kan aku nak pakai mask macam tu time nak buat umrah ni. Lagi satu aku takut orang ingat aku berpenyakit pulak.Aku tanya doctor,kalau pakai purdah boleh tak? Dia kata lagi bagus pakai mask H1N1 tu tapi kalau aku nak pakai purdah dia kasi je lah, at least cover dia kata.

So sepanjang dekat sini memang manjang lah aku pakai purdah/niqab. ❤️


Tapi ada je ibu mengandung yang ambil vaksin dan tak ada masalah dekat diri dia and baby.Kes aku, maybe doktor aku lagi tahu condition aku macam mana. So apa-apa pon kalau korang pregnant, sebelum pergi umrah tu rujuk doktor korang dulu ok korang perlu ambil vaksin atau tak.

Seketul Han, Mama Han, Papa Han dan adik Han insyaAllah coming soon.


Masjid Nabawi yang menenangkan. 

Mutawwif cerita sirah Rasulullah S.A.W. Pastu mutawwif bawak masuk pergi perkuburan Baqi'. Ni lelaki je boleh masuk.So ayah aku dengan suami aku je lah ikut ustaz.


Pemakaman Baqi’ atau lebih dikenali dengan panggilan Jannatul Baqi’ adalah bahagian bumi yang Allah perintahkan Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan pekuburan kaum muslimin di Madinah. Sekarang tempat ni jadi tempat bersejarah yang paling dekat dengan Masjid Nabawi.


Rasulullah SAW jadi kan tanah perkuburan Baqi’ ni untuk keluarga dan sahabat beliau.Ada lebih 10 ribu sahabat yang dikebumikan dekat sini.Ada hadis yang mengatakan,ahli-ahli kubur Baqi’ adalah yang pertama akan dibangkitkan di akhirat kelak.





Kitorang yang perempuan tengok dari luar je lah.

Aku dengan ibu dan mak mertua aku tunggu sini je sebab tak dapat masuk.

Husband aku ni pulak tak tangkap gambar dekat situ. Ni je gambar yang dia ambil dekat atas tuπŸ˜‚. 
Husband aku cakap kubur Baqi’ tu simple je. Tak ada tanda, tak tulis apa-apa pon.Ada letak batu nisan je. Bukan batu nisan yang ada ukiran macam negara kita yang ada macam-macam design. Batu nisan dekat Baqi’ tu pon memang betul-betul batu bukit.


So aku pon google je lah nak tengok macam mana rupa Baqi' tu.

Minum air dulu. 

Mula-mula ingatkan dekat luar masjid ni air zam-zam. 

Rupanya kalau dekat luar masjid ni drinking water je.

Kalau nak air zam-zam, memang kena ambil dalam masjid. Kalau nampak tong-tong macam ni, haa yang ni baru air zam-zam.

Free flow air zam-zam. Masa aku pergi umrah ni tengah musim sejuk.So memang aku selalu ambil air yang tak sejuk. Tapi kadang-kadang layan jugak yang sejuk tu.Minum air zam-zam ni ada adab dia.Sebelum minum baca bismillah dan menghadap kiblat. Minum air zam-zam dengan niat ikhlas.Jangan minum sekali teguk habis. Minum 3 kali teguk. Dah habis minum, baca Alhamdulillah dan niat benda baik-baik harapkan kebaikan dunia akhirat ❤️






Suka tengok architecture dalam Masjid Nabawi ni. Luar dalam cantik sangat 😍

Masa aku nak packing barang nak pergi umrah ni, tanya ibu aku. Kena bawak Al-Quran tak? Ibu aku cakap tak payah bawak,Al-Quran memang banyak. 


Memang banyak Al-Quran dekat dalam masjid.Tapi kalau korang nak bawak siap-siap pon tak ada masalah.





Sepanjang buat umrah ni, memang ini lah bff aku. Pergi mana-mana pon bersama. Geng masjid πŸ˜† 


Pastu lunch dekat hotel. Haji Han macam biasa. Kena ambil makanan dia dulu πŸ˜† 

Salad sedap-sedap.Macam-macam jenis hado.

Kalau kau pecinta sayur-sayuran memang suka lah section ni.Memang berderet salad dia. Tapi ni je ah gambar yang aku ada untuk salad.

Setiap hari memang aku tak tinggal ambil buah oren yang dah kupas kulit tu.
Ya ampunnn manis betul oren nya.Suka gila!

Kunafa dan Om Ali. Setiap kali lunch/dinner memang selalu ada.

Dessert dia tak payah cakap ah...

Setiap kali lunch/dinner dessert akan tukar lain-lain. Tapi dessert semuanya memang tip top.

Dessert arab pon banyak. Korang dah tak payah keluar dah nak beli dessert arab.Makan je dekat sini.Macam-macam jenis hado.

Sate


Lauk pon banyak choice dan semua sedap-sedap.Idok ler aku ambil semua gambar kan. Aku ambil gambar apa yang aku makan je πŸ˜‚


Atok suap Han. Beriya betul Han ni makan.

Pastu dia pau keropok aku πŸ˜…

Ingat lagi keropok yang aku cerita dekat ENTRI INI ?
Memang cenggini haa πŸ‘πŸ‘πŸ‘ sedap dia bila cicah kicap dan sambal tu.

Ni hape tah aku ambil. Tapi sedap je aku rasa semua.



Depa tengah dengar cerita husband aku. Tah hape tah dia cerita. Aku memang kejap duduk kejap bangun,ambil makanan lain πŸ˜†


Seketul Han dan nekma Han.

Pantang nampak aku tengah hulur camera dekat dia, laju je posing πŸ˜‚

Ni round ke berapa tah πŸ˜‚


Hotel Madina Oberoi ni memang paling dekat lah dengan masjid.Ni pintu hotel.

Keluar je pintu hotel, betul-betul terus gate masjid dan terus ke dataran.Memang between Zohor Asar atau Maghrib Isya' tu kalau terbatal wudhu' ke apa, memang boleh siap balik hotel lah ambil wudhu'.Pastu boleh pergi balik masjid. Solat dalam masjid still boleh solat atas karpet. Memang dekat gila.

Tapi dekat Madinah ni boleh kata banyak je hotel yang dekat dengan masjid. Kalau dekat Mekah tu je lah banyak hotel jauh-jauh sikit dari masjid.

Masjid Nabawi di waktu malam.



Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1,000 solat di tempat yang lain melainkan Masjidilharam. Dan solat di Masjidilharam lebih baik daripada 100,000 solat di tempat lain. (Riwayat Ahmad)

So kalau korang dah dapat jejak kan kaki dekat sini. Seboleh nya solat lah dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.Walaupon ambil hotel paling dekat dengan masjid pon, ikhtiarkan tak terlepas satu pon waktu solat dekat masjid. Dah dapat peluang jadi tetamu DIA, guna kan sebaik nya. Rugi kalau solat dekat hotel.


Dulu kecik-kecik aku selalu berangan, kalau ada rezeki lebih nak bawak parents pergi umrah dengan pakej paling selesa sekali yang aku boleh bagi guna duit sendiri. Alhamdulillah dapat jugak Allah bagi aku capai impian tu untuk kitorang jadi tetamu DIA. Siap boleh bawak mak mertua sekali ❤️😘



Second day dekat Madinah. itinerary aku ini je.  Pergi masjid untuk solat, pastu balik masjid makan. Banyak free time.Untuk next day banyak sikit aktiviti, nanti aku cerita next entry pulak ok.


24 comments:

  1. Subhanallah..cantiknya Madinah..doakan cik nor dpt sampai sana jgk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga akak dapat jadi tetamu Allah lepas ni. Amin 😊

      Delete
  2. cikepal doakan kita dapat bawak parent pergi umrah/haji jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga awak satu family dapat jadi tetamu Allah lepas ni.Amin 😊

      Delete
  3. Sukanya tengok pergi umrah. Tak sabar nak tunggu next entry! Banyak-banyak tempat cik epal pergi, rasanya paling suka entry pergi umrah ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak-banyak tempat saya pergi pon, dekat sini paling saya suka dan rasa tenang 😊

      Delete
  4. From this hotel, dekat x masuk ke bhgian solat wanita? Masuk kot gate berapa ye cik epal? :)

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dah lepas ke sana.
    Akak ni entah bila la nak sampai..
    Doakan jugak ya akak sampai ke sana satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga akak satu family dapat jadi tetamu Allah lepas ni. Amin 😊

      Delete
  6. Replies
    1. Semoga sis dapat jadi tetamu Allah lagi lepas ni. Amin 😊

      Delete
  7. semoga saya and husband pun dpt pergi sana. nak doa sendiri depan kaabah moga2 dpt zuriat yg comey mcm bijak mcm seketul Han. #7yearsandstillwaiting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga sis satu family dapat jadi tetamu Allah lepas ni. Amin 😘

      Delete
  8. SEtiap hari doa nak pergi Umrah bersama Family, moga Allah dengar dan makbulkan doa Sis ..
    Makaseh Cik Epal selalu share pengalaman :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga sis satu family dapat jadi tetamu Allah lepas ni. Amin 😘

      Delete
  9. comelnya haji han!
    bagusnya cik epal ni, ada rezeki lebih selalu utamakan ibu ayah dulu. saya teringin jugak nak buat camni, harap cita2 saya nak gembirakan ibu ayah saya tercapai satu hari nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga sis satu family dapat jadi tetamu Allah lepas ni. Amin 😘

      Delete
  10. Cik epal, boleh tak cik epal letak gadget blog archive di tepi blog. Senang untuk followers nak baca entry yang lama lama tambah2 tentang tips blogging cik epal. :) Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Seronoknya baca, nanti update lagi ya dik epal. Palingg suka entry umrah

    ReplyDelete