Tuesday, January 22, 2019

Umrah Part 1 : The Madina Oberoi , Madinah

Kalau pergi umrah ni ada 2 je selalunya. Turun dekat Makkah dulu atau Madinah dulu. Aku pergi ni turun Madinah dulu. So pakai baju biasa je. Kalau korang turun Makkah dulu,lelaki kena pakai ihram siap-siap sebab nanti tak perlu menyusahkan diri nak tukar atas flight. Jangan niat tanpa pakai ihram, nanti kena dam. Lelaki tak boleh pakai pakaian jahit masa ihram. 


Tapi disebabkan aku turun ke Madinah dulu, memang rilek-rilek je lah suami aku pakai baju berjahit macam biasa. 😊





Masa dalam flight. Teruja pulak tengok awan warna purple 😍

Sampai je airport dekat Madinah, tetiba Han lapar. Ada lah nampak McD dekat airport tu, so beli je lah situ.

Aku sampai hotel malam. Dalam pukul 10pm macam tu. Memang tak expect boleh makan lagi lah sebab tu beli McD siap-siap dekat airport. Dapat happy meal kotak angry bird lagi. Hee.

Last-last mutawwif cakap, boleh lagi dinner dekat hotel, hotel punya dinner tutup dalam pukul 11pm ke 12 tah. So kitorang pon terus lah dinner.

Bila tengok je buffet dia, rasa macam uihhh nampak sedap je semua.

Hotel ni setiap hari serve kambing.



Dessert dalam hotel ni memang terbaik!


Dessert arab berlambak.

Ni Kunafa. Antara dessert arab yang famous. Husband aku memang suka gila makan kunafa ni,

Baked pasta dia sedap πŸ˜‹


Udang dia gemok-gemok.


Masa first day aku dekat sini, aku tak reti nak makan keropok ni. Pastu tengok macam biasa je. Alaaaa keropok je pon kann.Apa yang special sangat pon. Getus hati kecil ku.


Sekali tengok ada sorang budak arab ni ambil banyak keropok dekat pinggan dia, pastu dia letak sambal kicap dan sambal merah tu sikit. Aku perhati je dia makan. Haha.

Dia cicah makan dengan kicap pastu dip sambal sikit. Krup krap krup krap dia makan. Pastu dia tambah lagi sepinggan keropok penuh. Sungguh curious aku melihat nya. Sedap sangat ke keropok ni.Lalu aku pon try jugak. Ya Allah sedap gila keropok ni bila cicah sambal kicap tu. First time aku makan keropok cicah sambal kicap. Maybe sambal kicap tu sedap. So setiap kali lunch/dinner, memang aku tak melepaskan peluang memenuhkan pinggan aku dengan keropok dan sambal kicap ini πŸ˜‹

Kalau husband aku, dia suka kunafa. Kunafa dekat Malaysia pon banyak.So aku tak heran sangat kunafa tu. Hehe.

Dekat sini aku suka Om Ali. First time makan dan first time tahu kewujudan Om Ali. Sedap gila makan panas-panas.Ni pon benda baru lah yang aku try dekat sini. Hari-hari memang ada serve Om Ali. dekat hotel ni Memang hari-hari aku makan .Aku tak reti nak describe rasa dia. Kalau ayah aku makan, dia cakap macam rasa puding roti. Tapi aku makan, aku rasa macam makan nestum. Haha.Tak kisah lah. Janji sedap πŸ˜‹

Om Ali ni sejenis dessert. 


Dessert dia banyak sangat pilihan. Pastu semua memang terbaik bosskur! πŸ˜‹

Hari-hari kau nak makan nasi kambing, makan lah. Tak ada orang nak marah. πŸ˜†

Buah-buahan segar.

Lauk dia pon banyak.
Pasta pon ada.

Salad pon menarik perhatian.


Mula-mula tengok nampak ada budak arab makan pizza. Aku pon beriya lah cari pizza. Apesal lah tak jumpa.Round punya round tak jumpa. Pastu tanya husband, pizza dekat mana? kenapa nampak ada orang ambil pizza?

"biar I cari lah. Yunk ni bab-bab cari memang fail kadang-kadang"


Amboi sesedap rasa je cakap aku fail. Haa pi carikkk! Last-last dia pon tak jumpa. Kecik beso kecik beso je aku tengok husband aku time tu.Rupanya pizza dekat sini. Asal letak, je habis. Asal letak je habis. πŸ˜‚


Sebab dia bakar panas-panas dekat sini. Sekali dia keluar, orang terus ambil 4-5 slice.

Tanya orang kerja situ ada pizza ke. Dia cakap ada,tapi dah nak dekat pukul 11pm ni, so dia tak bake pizza baru lagi. Pastu dia kata tak apa, dia suruh tunggu jap, dia bake baru. 

Pastu dia hantar dekat meja.Aku nak 1 slice je sebenarnya. Dia bagi 2 slice. Ini dinamakan rezeki. Rezeki jangan ditolak. Hehe.


Pastu tambah sikit coleslaw. Layan je makan pizza panas-panas bila baru sampai hotel ni.Tapi pizza ni aku tak suka sangat sebab masam.

Pizza cheese ni sedap!
Nampak simple je. Tapi makan satu slice memang tak cukup! Haha.
Pizza cheese ni yang paling laku sekali. Bila letak je, terus habis. Yang atas tadi tak laku sangat sebab masam kot orang tak berapa nak suka. Yang pizza cheese ni memang WIN! πŸ˜‹




Han teruja tengok strawberry ada cream dekat tengah
"Wow mama. Strawberry ada cream"
Pastu dia celet cream tu, dia rasa.

"emmm creammmm"

πŸ˜‚πŸ˜‚

Dah habis dinner, nak masuk bilik pulak.


Han ni macam biasa, masuk je bilik hotel, dia mesti cek makanan dulu. Haha.

"Mama..Wow! ada banana"


"Yayy. Banana"



"Han punya banana"

"Wow! Mama.Ada cookies"

Anak aku ni kalau jumpa benda apa-apa yang dia suka, memang dia suka sebut WOW πŸ˜‚


"Han punyaaa"

Memang semua benda Han punya. Haha.
Tapi tu bukan cookies. Macaron tak silap aku.

Tak habis lagi keterujaan dia jumpa banana. Macam kan dekat Malaysia aku tak pernah bagi dia makan pisang gaya nya. Hahaha.

Suka hati lah nakkk. Janji happy.
Senang hidup mak kau ni.
Bagi pisang je dah teruja.
Haha.


Aku punya bilik sekali dengan mak mertua aku. Ni bilik kitorang.

Ada 3 katil



Toilet.
Kebesaran ok lah. Ada bath tub juga.

Sabun, syampu dan seangkatan dengan nya.

Ni bilik ibu ayah aku pulak.Ada 2 katil

Kitorang ambil connecting room. So senang lah. Nak pergi masjid ke apa ketuk je pintu. Pergi masjid sama-sama.


Sebab aku rajin jugak layan ig storie.Ramai sangat DM dekat instagram aku (@cikepal06) tanya hotel apa aku stay dekat Madinah. Sorry memang tak boleh nak reply sorang-sorang since DM aku terlampau banyak bercampur dengan kiriman doa time tu. 


Nama hotel The Oberoi Madina. Dekat hotel ni, breakfast, lunch dan dinner semua sedap. Memang dah tak rasa nak beli makanan luar dah. Bagi aku yang sedap, Om Ali (ni first time dengar and makan tapi rasa dia sedap), rice pudding, chicken biryani,pizza cheese dia pon lazat. Banyak lagi lah yang sedap πŸ˜‹

Yang best nya, keluar pintu lif hotel je memang gate Masjid Nabawi. Kalau bawak parents/orang tua sesuai sangat-sangat sebab memang hotel depan-depan Masjid Nabawi.Tak kan berjalan jauh.

Hotel ni ada kelebihan untuk perempuan sikit sebab memang dekat dengan pintu Raudah. Aku memang sangat-sangat recommend lah hotel ni kalau korang nak stay dekat Madinah. Makan sedap, nak pergi masjid sangat dekat.Memang puas hati duduk sini ❤️πŸ‘πŸ»


Aku bayar ni sekali dengan pakej. Time aku pergi ni pulak public holiday. Ambil connecting room. Bilik aku RM1800/night. Bilik ibu ayah aku RM2200/night. Bilik ibu ayah aku jadi mahal sikit sebab depa 2 orang. Aku 4 orang campur mak mertua dengan Han.Kalau pergi umrah ikut pakej ni, lagi ramai dalam bilik, lagi murah sikit walaupon bilik sama je.Aku duduk sini 5 hari 4 malam.Makan memang fullboard. Breakfast, lunch, dinner memang lengkap setiap hari.Pastu sedap-sedap lak tu makanan dia. Kena lah dengan tekak kita orang Malaysia ni. 


Next entry aku cerita pengalaman aku dekat Madinah pulak. Ni pon dah banyak gambar. Kang aku sumbat semua cerita dalam satu entry, korang pon bukan rajin nak baca panjang-panjang. Kehkeh. K bye!


31 comments:

  1. bestnya g umrah..doakan cik nor sampai jgk ke sana..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga akak dapat jadi tetamu Allah juga lepas ni. Amin 😊

      Delete
  2. Bestnya... mcm sedap jer om Ali tu

    ReplyDelete
  3. comel betul Han dengan banana tu.. hahaha.. ke hulu ke hilir dia usung banana tu ye..

    ReplyDelete
  4. BEST NYE KALAU SAYA PUN DAPAT BAWAK PARENT N MERTUA PI PAKEJ YANG NI KAN,TIKA INI MENITIK AIR MATAKU (beruntung cik epal)...INSYAALLAH AMIN 1000X

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga sis ada rezeki jadi tetamu Allah lepas ni. Amin 😊

      Delete
  5. BEST NYE KALAU DAPAT BAWAK PARENT N MERTUA PAKEJ YANG NI.MENITIK AIR MATAKU AMIN 1000X INSYAALLAH PASTI ADA REZEKI(BERUNTUNGNYA CIK EPAL)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga sis ad rezeki jadi tetamu Allah lepas ni.Amin 😊

      Delete
  6. Thanks for sharing Cik Epal. ada rezeki pergi nanti boleh refer post ni. bawa budak kecik dan orang tua memang sesuai sangat lah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel ni memang best kalau bawak orang tua. Memang dekat sangat dengan masjid Nabawi. Keluar lift hotel je terus sampai gate masjid. Memang tak jalan jauh 😊

      Delete
  7. Memang layan ig stories awak tu. Tetiba rasa nk umrah jugak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga sis ada rezeki jadi tetamu Allah lepas ni. Amin 😊

      Delete
    2. Saya layan hari2 ig story mama dengan papa han masa korang dekat sana.. terima kasih share... bagi gambaran
      dekat kami yang belum berpeluang sampai sana lagi.. serious terima kasih!! semoga mama papa han sekeluarga dimurahkan rezeki..

      Delete
    3. Sama-sama. Semoga doa yang baik-baik berbalik pada sis juga. Amin 😊

      Delete
  8. Sy ikuti setiap update cik epal masa p umrah. Tak sangka masa nak key in data jemaah rasa macam pernah tengok je nama ni. Lagi2 seketul Han tu. Tanya la kawan eh ni cik epal blogger ke ? Rupanya betul. Nak p tegur tak sempat time tue. Alhamdulillah.... Terima kasih kerana sharing bnyk2 pasal travel n umrah... ❤❤❤

    ReplyDelete
  9. Seronok tgk ig story cik epal. Saya stay dekat Mekah sekarang ni. Tapi hari tu tak terserempak dgn cik epal. ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. stay dekat Mekah? Memang duduk sana ke? Wow best nya πŸ˜†

      Delete
  10. Seronok tengok ig story cik epal. Saya stay kat mekah sekarang tapi hari tu tak terserempak dengan cik epal ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. stay dekat Mekah? Memang duduk sana ke? Wow best nya πŸ˜†

      Delete
    2. Haah stay mekah buat masa ni sebab follow suami sambung study kat sini.hehe πŸ˜„

      Delete
    3. waa best nya. Duduk sana rasa seronok je. Hati pon tenang 😊

      Delete
  11. terima kasih atas sharing. best sgt . hari2 tunggu ig stories cik epal dengan jofliam. semoga dimurahkan rezeki lagi dan Allah beri rezeki lebih pada sy dan keluar untuk menunaikan umrah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga awak dapat jadi tetamu Allah lepas ni. Amin 😊

      Delete
  12. Allahu bestnya. Hari hari tgk igs cik epal ngn en jo. Mmg best. Tq sharing. Moga sy sekeluarga berpeluang ke sana. In sha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga sis satu family dapat jadi tetamu Allah lepas ni. Amin 😊

      Delete
  13. Bestnyaaaaaa. Kite tengok ig papa han tu makan kunafa tu terus je rasa teringin hahahahaha. tercari2 resto arab yang ada served kunafa tu. Doakan kita dapat jadi tetamu Allah swt nanti dik epal

    ReplyDelete