Tuesday, January 8, 2019

Dugaan sebelum pergi umrah

Fuhhh boleh tahan bersawang jugak blog aku ni. Di tahun 2019 ni semoga makin rajin lah nak update blog.Aku baru je balik dari umrah. Bila balik umrah ni aku ada semangat baru sikit. Sebelum ni kalau aku pergi travel mana-mana, bila dah balik mesti rasa macam malas je nak update blog. Bila balik umrah ni rasa macam rajin pulak nak membebel dekat blog balik. πŸ˜†


Aku tengah pregnant anak ke 2 sekarang. Siapa yang follow aku dekat instagram (@cikepal06) mungkin tahu lah perkembangan aku yang makin kembang ni πŸ˜….Pregnant kali ke 2 ni agak berbeza kalau nak compare dengan aku pregnant kan Han dulu. Masa pregnant kan Han, aku tak ada alahan, aku tak muntah-muntah dan aku agak rajin jugak lah. Masak memang rajin.Asal papa Han ajak jalan mana-mana pon aku ON je. Rajin bersiap, rajin nak make up bila keluar.


Tapi pregnant kali ke 2 ni memang berbeza sangat. First trimester aku asyik muntah je. Pagi muntah, malam muntah. Tengok gambar makanan pon boleh muntah. Tapi muntah-muntah pon kena makan jugak, kalau tak nanti lapar. Bila lapar rasa nak muntah lagi. Sampai dah tak ada benda lah nak muntah kadang-kadang tu. Pastu ada alahan bau. Tak boleh bau tumis, tak boleh bau benda busuk, tak boleh bau aroma makanan. Contoh kalau masuk KFC, terbau aroma ayam goreng tu,Ya Allah serious boleh buat muntah.Memang tutup hidung je kalau masuk mana-mana restoran. Pastu aku jadi malas gila. Rasa nak tidur je. Dah masak pon tak boleh. Pastu malas nak keluar rumah. Malas nak bersiap. Makeup lagi ah malas.Semua benda ah malas.


Papa Han memang berdikari habis lah cari makanan dekat luar sepanjang aku pregnant kali ni. Dah mintak maaf awal-awal dekat dia, memang aku tak boleh nak masak kali ni.Dia pon ok je, keluar dengan Han cari makan. Pastu tapau makanan aku bawak balik. Tapi ada jugak kadang-kadang dia suruh aku keluar jugak hirup udara segar. Nanti dia ajak lah pergi Penang ke, balik Taiping ke, pergi rumah ibu aku ke.Ada jugak dia memberi cadangan negara-negara untuk travel nak bawak aku jalan,tapi semua tempat aku malas nak pergi. Sebab memang rasa tak ada mood nak berjalan.Rasa nak duduk rumah je.


Sampai lah satu masa, suami aku warded. Yang jadi kemusykilan nya, dia sakit, tapi doktor tak dapat detect dia sakit apa. Dia rasa macam nak mati,sesak nafas,lidah cramp susah nak bercakap, belakang tengkuk rasa berat,dada rasa ketat, jantung laju,kepala rasa macam kena ikat dengan getah kuat-kuat. Dah buat scope,MRI,ct scan semua benda lah dah buat tapi still doktor tak dapat sah kan dia sakit apa. Last doktor bagi choice suruh ambil air tulang belakang. Ok yang ni aku tak approve. Sebab dia muda lagi, aku tak nak bila dia buat, penyakit lain pulak yang datang.

Yang paling dahsyat nya jantung dia tengah laju gila ni, tapi doctor cek sebelah menyebelah dia, doctor boleh kata normal je tak ada masalah.Masuk hospital 6 hari. Keluar hospital pon doktor tak bagi apa-apa ubat sebab tak boleh detect sakit apa.

Bila ibu ayah aku datang melawat, mak mertua aku datang melawat. Ok macam biasa lah. Orang-orang tua mesti akan suruh berubat kampung juga. Suami aku pulak dia susah nak percaya benda-benda ni. Kalau ikut aku, aku percaya je benda-benda yang diluar jangkauan sains ni. Dah doktor pon tak boleh detect dia sakit apa. Tak ke pelik. Pergi Darussyifa, ustaz tu just cakap gaya macam ada gangguan. Dia bagi air bacaan surah suruh suami aku minum bila balik nanti.


Balik rumah dia minum air ustaz bagi tu. Dalam seminggu minum but still dia rasa sakit yang sama.Time ni dia tetiba cakap dengan aku dia nak pergi umrah sebab dia tak tahan dengan sakit dia ni. Mungkin dengan cara dia sakit ni Allah panggil dia untuk datang. Aku mula-mula 50-50 jugak nak pergi. Sebab aku tengah alahan asyik nak muntah je pastu memang rasa tak ready lansung lah nak pergi.Then, dia pernah cakap dengan aku nak tunggu Han besar dulu baru pergi umrah. Tapi bila aku fikir-fikir balik selama aku bawak Han travel,memang Han agak behave. Dia tak banyak buat hal sangat. So aku rasa kalau pergi umrah, mesti dia ok punya.



Dia tanya dekat ig storie dia travel agent mana yg ok kalau nak buat umrah. Macam-macam agency lah  yang orang suggest. Last-last kitorang pilih je lah yang paling ramai orang suggest. Dah malas nak fikir dah.Esok nya terus pergi ofis travel agent dan pilih pakej. Dia nak bawak mak dia sebab dia nak mak dia doa depan Kaabah supaya dia sihat balik macam biasa sebab doa mak ni kan makbul. Aku pon nak bawak parents aku jugak sebab tu memang impian aku dari kecik lagi, kalau aku nak pergi umrah, aku nak bawak ibu ayah aku sekali.


Semua plan last minit, aku ada 2 minggu lagi untuk aku pergi umrah.Settle bab pilih pakej umrah semua, masing-masing kena vaksin kecuali aku. Sebab aku pregnant, aku dikecualikan untuk vaksin. Dan doktor aku pon memang tak benarkan aku vaksin. Cuma doktor bagi aku vitamin untuk aku makan, sebelum pergi kena makan dan sepanjang dekat sana pon kena makan hari-hari. 


Vaksin untuk Han.Ni lah nama vaksin nya.Rasa macam nak meninggal nak menyebut nya πŸ˜‚

Han ni asal cucuk je mesti nangis πŸ˜‚

Tetiba aku demam panas sangat-sangat.Badan memang lemah gila. Call ibu aku cakap aku demam panas. Ibu aku risau dah, dia suruh pergi hospital terus. Dia kata kalau pregnant bahaya demam panas. Baik cepat-cepat pergi hospital.


Pergi hospital, doctor kata aku ada influenza. Pastu memang demam panas,pening kepala,batuk semua.Kena warded. Dalam 5 hari jugak lah dalam hospital ni. Sepanjang dekat hospital, aku dah cakap dengan husband tak payah lawat aku pon tak apa sebab influenza ni boleh berjangkit.Aku ok je hari-hari duduk hospital sorang-sorang. Yang penting, dia dengan Han tak berjangkit.

Tapi husband aku ni degil, dia kata dia dengan Han dah cucuk vaksin umrah tu mesti antibody kuat punya dan tak kan demam. Masalahnya dia cucuk vaksin tu untuk ke umrah, bukan cucuk vaskin infleunza sekali pon. Yang dia dengan Han pon hari-hari lah datang lawat aku,kadang-kadang tidur hospital. Masuk bilik aku pakai mask.Tapi kadang-kadang depa pi tanggal jugak mask.

Lepas je aku keluar hospital, Han pulak masuk hospital.

Ya Allah, aku tak kisah kalau aku sakit. Tapi aku tak boleh betul kalau Han sakit. Sayu je hati bila tengok dia masuk hospital sebab berjangkit dengan aku.

9 hari sebelum pergi umrah,Han pon kena warded sebab influenza jugak. Time ni husband aku berjangkit jugak. Dia pon demam. Cuma dia dah tak larat nak warded sebab dia baru keluar hospital kan. So dia mintak ubat je dengan doktor. Dalam 4 hari jugak Han dalam hospital.Pastu nasib baik boleh keluar.

Sebab kitorang satu family tak ada insurance dan masuk hospital private. Time ni bil suami, aku dengan Han nak cecah berbelas ribu. Duit berbelas ribu ringgit habis macam tu je bayar bil hospital. Time tu rasa macam mungkin tu dugaan Allah nak bagi.


Kitorang sebenarnya kena pergi kursus umrah. Kalau pergi dekat ofis agency,free je tapi ramai orang lah time kursus. Sebab aku punya tarikh nak ke umrah ni pon memang hujung tahun dan tengah musim cuti.Memang penuh orang. Agency suggest, boleh jugak kalau nak kursus umrah private tak campur orang, tapi kena bayar rm300 untuk ustaz datang rumah. Aku satu family pon macam tak berapa sihat sangat,nak keluar rumah pon kena pakai mask. So kitorang ambil je lah kursus umrah private tu.

Ni memang betul-betul last minit. 2 hari sebelum nak pergi umrah, mutawwif datang buat kursus umrah dekat rumah.

Time ni ajak lah sekali ibu, ayah dan mak mertua aku dengar. Tapi best jugak kursus one to one macam ni. Senang kita nak tanya apa-apa.


Ni lah dugaan-dugaan aku dan family sebelum aku pergi umrah. Masing-masing semua masuk hospital sebelum nak pergi. Mungkin Allah panggil kita untuk jadi tetamu DIA dengan macam-macam cara yang berlainan.Next entry aku cerita pengalaman aku masa buat umrah pulak ye.

ok bye! 😊

32 comments:

  1. Tacin plak bace tang shuben n han dtg mlawat...ksh syg mngatasi sgalanya... Biase r cik epal step org adebujiannye...ade kne mse awl...ade mse tgh ade mse akhir... Yg pntg keep going...sje tgk cik epal sefamly...smga sntse dlm lndngan n rahmat YangEsa... Smga dikurniakan kesihatan yg baik.tc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab masa dia warded 6 hari tu hari-hari saya memang tidur hospital dengan dia, sebab tu bila saya warded dia nak jugak datang. Cuma saya tak nak dia datang sebab influenza boleh berjangkit. Tapi dia degil jugak nak datang. Kesian bila dia dengan Han pon berjangkit.

      Tapi Alhamdulillah masa buat umrah masing-masing sihat.

      Amin. Semoga doa yang baik-baik berbalik pada awak juga 😊

      Delete
  2. First time tahu ada kursus umrah, ustaz dtg kerumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon baru first time.Tapi kena bayar lah. Kalau dekat ofis free je 😊

      Delete
  3. allahuakbar..besarnya dugaan cik epal..moga cik epal sentiasa tabah menghadapinya...

    ReplyDelete
  4. Saya silent reader cik epal. Tapi ni Entry yang saya tunggu sepanjang cik epal dan keluarga ke mekah. Macam tak puas tengok gambar dekat insta .Nak tahu lagi pengalaman di sana pulak. Sambung lagi tau .

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah esok lusa saya sambung lagi πŸ’–

      Delete
  5. Memang rindu nak baca blog cikepal, finally. Hehe balik Taiping tu, teringat kg asben yg lama tak balik. Allahu siannya semua xsihat. Sekarang semua dah okay kan! Tak sabar nK baca bab umrah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekarang semua ok dah. Next entry saya sambung lagi πŸ’–

      Delete
  6. Allah...dugaan btimpa2 no...

    sy kena dugaan sblm tunaikn haji 2011. Mmg dh daftar haji dgn THT tp surat tawaran blm dpt. Tup2 beg duit kena ragut. Hilang hbis sgala ic lesen kad2 bank hp bgai. 2 hr lps kena ragut dpt surat tawaran last minit pegi haji(guna THT). Kena hntr passport & kad kesihatan kata kita dh checkup n ambil vaksin dlm ms 3 hari dr tarikh dpt surat. Jenuh susun nk setelkn satu2 dr ic smpai submit passport kt Tabung Haji....huhuhu...Alhamdulillah Allah permudahkan urusan smua tu sampai la balik ke Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uihh..lagi kesian semua benda kena ragut. Nasib baik semuanya dipermudahkan sampai balik Malaysia πŸ’–

      Delete
  7. Alhamdulillah..tahniah mengandung anak kedua, kalau akaklah kan pengalaman akak, masa pregnant anak lelaki memang akak rileks je takde loya2 muntah semua, masa ngandung anak perempuan memang muntah2 lah, makan pun tak boleh sembarangan. apapun akak doakan moga sekarang ni cik epal dah takde muntah2 lagi, penatkan muntah2 dan alahan ni.

    banyak betul dugaan yang dilalui..inshaAllah semua pun ada hikmahNya kan. tak sabar tunggu cerita umrah pulak

    dah lama takde cerita dari cik epal ni tertunggu2 akak tau. oklah jaga diri ye, moga dipermudagkan urusan sepanjang mengandung ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya pregnantkan Han pon memang steady je. Yang best sebab tak ada muntah2 tu.
      Tapi kali ke 2 ni, teruk muntah2,memang badan letih sangat, dan suka tidur πŸ˜†

      Thanks akak πŸ’–

      Delete
  8. Tahniah sebab pregnant lagi.
    Semoga tabah hadapi ujian dariNya. :)

    ReplyDelete
  9. Allahurabbi tengok mcm xde masalah tapi mcm2 disebaliknye,semuanya ade hikmah Allah nak bagi kan cik epal..insya ALLAH

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah semuanya dah sihat..tahniah cik epal..abam long han nak dpt adik dah dia..rasa lama betul tak bc post latest blog cik epal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya pon dah lama tak update blog. Ni baru nak merajinkan diri balik 😊

      Delete
  11. dugaan ya cik epal...semogga sentiasa sabar dan dipermudahkanNya...tak sabar baca entry umrah...Han is so good when travelling dan makan kan...alhamdulillah, dpt anak yg baik dan mudah urus...next entry cik epal..hehe..takecare

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe dia menurun macam mak pak nya. Kaki jalan dan kaki makan. Hehe. πŸ˜„

      Delete
  12. ALLAH, mmg dugaan betul tuh, masuk hospital ni mmg mcm bst tp sebenarnya penat... aduhai... mmg betul2 ujian, tp akhirnya sampai ke sana mesti seronok kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi masuk hospital ni paling tak best sebenarnya. Haha. Bosan πŸ˜„

      Alhamdulillah dekat sana semua ok je

      Delete
  13. Takut dengar penyakit asben cik epal.semoga diberi kesembuhan yer.semoga cik epal kuat n sihat smpai deliver.aamiin.

    ReplyDelete
  14. Betul tu. Allah jemput jadi tetamuNya. Sebelum pergi Dia bagi ujian sebagai kifarah dosa. Alhamdulillah seronoknya. Semoga ada rezeki saya dan suami serta mak ayah saya untuk ke Mekah. Amin Ya Mujib =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.Sakit tu pon penghapus dosa jugak kan.

      Semoga awak 1 family dapat jadi tetamu Allah lepas ni. Amin 😊

      Delete
  15. Banyak tu dugaan.. Moga dipermudahkan urusan cik epal sekeluarga

    ReplyDelete
  16. Challenge makes us stronger. Thanks for sharing your family's positive and never give up spirit to face obstacles.

    https://thinkinglyn.blogspot.com/

    ReplyDelete