Friday, January 11, 2019

Pengalaman minum air gula time mengandung


Sebelum aku pergi umrah, aku check up dengan doktor. Dia tanya parents aku ada yang ada kencing manis ke? Aku tahu ayah aku ada satu penyakit ni, tapi aku lupa sakit apa. Aku pon pergi cakap "ada" dekat doktor. Terus doktor cakap "Ok disebabkan ayah awak ada kencing manis, lepas awak balik umrah nanti saya nak awak minum air gula".


Time tu aku rilek-rilek je. Pastu balik rumah search lah pasal air gula ni.Baru aku sedar yang air gula ni bukan benda yang menyeronok kanπŸ˜‚. Gulp. Kena minum air gula ke? Alaaa. Masa pregnant kan Han tak kena pon. Kenapa kali ni kena pulak ni? Pastu husband aku pon cakap "eh yunk betul ke ayah ada kencing manis. Rasa macam tak ada". Aku pon was-was jugak. Terus contact ayah aku tanya dia ada kencing manis tak. Rupanya dia tak ada, dia cakap dia ada DARAH TINGGI je.

Alaaaaa aku confused kecing manis dengan darah tingggi tu. Tak pasal-pasal lepas balik umrah kena minum air gula. Uwaaaaa 😫. Pastu aku pon malas nak fikir, aku prepare lah persiapan aku ke umrah.


======

Lepas balik umrah,semalam aku check up. Doktor suruh aku puasa sebelum datang.Appoinment 8am. Sebelum sampai memang aku tak ada makan apa-apa pon lah. Minum pon tak. Tapi pregnant kali ni,aku senang pening kepala kalau aku lapar. Sampai je dekat hospital, perut aku rasa lapar. Tetiba pening kepala. Terus cari toilet dan muntah morning sickness. Phewww.


Bila jumpa nurse tanya dia,boleh ke buat glucose test ni lagi sebab sampai-sampai hospital tadi dah muntah? Nurse kata ok je, janji jangan makan.


Mula-mula cek berat.Dah cek berat, cek urine pulak. Then kena ambil darah sebelum minum air gula.




Pagi-pagi dah kena hadap benda ni.

Nurse ambik darah.

Nasib baik ambil darah just a dot macam ni je. Ingatkan mula-mula dia nak cucuk dekat tangan dan ambil banyak πŸ˜…

Emm.......Tiba lah masa nya untuk minum air gula. Nurse cakap jangan muntah. Kalau muntah, kena minum lagi sekali.

Huh? Apa? Kena minum lagi sekali? 

Ok set dekat brain siap-siap.

"Jangan muntah, jangan muntah,jangan muntah,sesungguhnya air ini sesedap air fresh orange juice yang diminum tepi pantai sambil layan view dan diiringi angin sepoi-sepoi bahasa."

Dengan lafaz bismillah, terus minum seteguk dan berharap tak muntah.

Habis je satu cawan ni, terus cakap dalam hati.Ok tahan-tahan. Jangan muntah.Aku boleh. Aku boleh. Malaysia Boleh! πŸ˜‚

Dan akhirnya selesai cabaran minum air gula ni.Alhamdulillah tak muntah.

Rasa dia?

Tak sedap.

Pastu nurse letak air suam dalam gelas yang sama suruh aku minum. Nak bagi aku lega sikit katanya. Ni je last air yang aku boleh minum. Then dia suruh tunggu dekat luar selama 2 jam untuk depa test. Tapi selama 2 jam tu jangan makan dan jangan minum.Pastu depa cek blood pressure.


Melanguk lah aku tunggu dekat luar sampai 2 jam. Tapi between 2 jam tu ada doktor panggil nak buat ultrasound.

Sebelum nak cek, doktor kata. "Harap baby bagi kerja sama untuk kita check dia ye?"

Tanya balik "Kenapa doktor? Kerja sama macam mana?"

"Kadang-kadang ada baby yang dia menyorok. So kita tak boleh nak detect dia secara details"

Oooo. Tapi nasib baby aku ok je.Senang je cek dia. Dia bagi kerja sama.Time ni cek otak baby, buah pinggang, perut, tulang dan macam-macam lagi lah secara details.

Nama benda alah ni Antenatal Scan Anomaly. Scan jenis ni memang detail untuk kita tengok kalau anak kita ada cacat ke, mulut sumbing ke, boleh detect awal dan bagi persiapan dekat kita.Takut nanti lepas bersalin,kalau ada kecacatan dekat baby,takut kita kemurungan. At least bila kita buat scan ni, kita dah bersedia dengan apa-apa yang jadi dekat baby kita.


Nampak tulang baby. Size kepala semua memang details.

Semalam aku buat check up ni. Kandungan 21weeks 4 days.Sepanjang aku pregnant ni pon aku agak kurang bertenaga sikit banding dengan pregnant Han dulu. Maybe sebab aku selalu muntah dan pening kepala membuatkan aku sentiasa nak tidur dekat rumah.Tapi doktor memang saran kan untuk aku keluar rumah jugak. Jangan layan kan sangat perasaan tu dan aku tak boleh stress.Alhamdulillah doktor kata baby perfect dan sihat. Tak ada apa-apa kecacatan. Aku agak risau sebenarnya sebab masa awal-awal pregnant aku bleeding. Syukur sangat baby sihat.


Nasib baik bila balik dari umrah ni, aku ada mood jugak lah nak berjalan keluar masuk mall. Buat benda yang aku suka iaitu tengok wayangπŸ˜‚.Ada lah rasa happy sikit banding dengan awal-awal aku pregnant tu.Kalau tak, memang melepek je dekat rumah.


Dah consult dengan doktor,doktor explain aku kurang vitamin D. So dia ada suggest beberapa ubat untuk aku makan. Then dia suruh tunggu luar nak ambil keputusan darah. Kalau ok, aku boleh balik terus. Kalau tak ok, kena jumpa doktor balik dan dia kata dia nak bagi "homework". Tanya jugak homework apa. Tapi dia tak nak bagi tahu selagi aku tak cek result darah.


So keluar lah bilik doktor, cek darah dengan nurse. Kena cucuk lagi, tapi just a dot macam tadi. Dapat result 5.8. Nurse kata result ok. Kalau lebih 7.8 baru diabetes. Yahoooo yabedabedu. Boleh balik dengan aman tanpa jumpa doktor untuk dengar "homework" yang dia nak bagi πŸ˜‚

Walaupun aku tak ada diabetes, still doktor saran kan jangan enjoy sangat makan gula dan benda manis. Nak rasa-rasa boleh lah. Tapi jangan selalu.Banyak kan makan makanan khasiat dan elak kan fast food/junk food. Apa yang kita makan tu yang akan membentuk baby kita. Baik lah doktor! πŸ˜„


Ada sesiapa dekat sini kena minum air gula time mengandung? Macam mana pengalaman korang? Muntah tak? πŸ˜„


45 comments:

  1. tak muntah ! hahahha.laju je minum sebab seminggu dah berzikir dalam hati benda tu sedap telan jeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha memang kena anggap benda tu sedap supaya kita boleh telan dengan senang hati πŸ˜†

      Delete
  2. akak pernah minum 2 kali, tapi rasanya sedap 1 rasa oren 1 rasa blackcurrant cumanya manis terlebih la, minum dengan gumbiraaa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bagus lah bergumbira minum air gula πŸ˜†

      Delete
  3. ade minum jugak air gula and yes memang tak sedap pun tapi tahan je lah nak buat macam mane risau jugak takut muntah time tu huhu mujur berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah. Takut muntah. Nasib baik berjaya tak kena repeat πŸ˜†

      Delete
  4. semua pregnancy kena minum..tp yg cik epal ni sikit aje amik darah nya...kalo kat kk akk kena amik byk 2 - 2 kali tu,..puas baca doa kiri kanan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bersyukur masa dia ambil darah sikit macam tu. πŸ˜†

      Delete
  5. KAlau x silap, sekarang future mom yg berumur 25 tahun ke atas, da wajib minum air gula.. Sabo jee.. xpela utk baby..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak dengar yang ni. sebab masa first pregnant saya bawah 25 tahun. Maybe sebab tu tak kena minum

      Delete
  6. xmuntah...tp fening2 lalt la...hehe

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. untuk details tak ingat. sebab buat semua ni campur ubat doktor bagi, bayar dalam RM500++.
      Kos scan tu tak sure

      Delete
  8. Dua kali pregnant, dua dua kena minum air gula.

    Pregnant pertama. Pertama kali minum (awal kehamilan), ok x muntah. Result pun ok. Nurse kata nanti 28 weeks kena minum lagi. Aisehhh... Kali kedua minum, ok. TAPI, bacaan gula rendah sgt. Apa masalah ntah. Misi kata kena minum kali ketiga. Bencinya.... Nasib baik kali ketiga ok semua.

    Pregnant kedua. Semua ok.

    Kena minum air gula sebab berat kita naik mendadak. Misi takut ada kencing manis.

    Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ada jugak kes yang kena minum 2-3 kali ye? saya ingat minum sekali je cukup dah πŸ˜†

      Delete
  9. Im entering my 30 weeks today. Semalam baru dpat result air gula minum kat Klinik Kesihatan haritu. Sebelum dan selepas minum air gula, amek darah yg cocok tangan 1 tiub tu. fiuhh...kiri kanan kena cocok. result sebelum 5.0. result selepas 2jam 4.6. Tapi nurse KK kata kalau result sebelum tu 5.6, maknanya gula tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. result sebelum saya 4.6.
      Selepas 5.8.

      Nurse kata ok.
      7.8 ke atas baru diabetes.
      So balik lah rumah dengan senang hati πŸ˜†

      Delete
  10. Pernah kena minum.. . Tapi air gula putih ja. . Xda warna2 oren ni. ..Tapi alhamdulillah xmuntah pon

    ReplyDelete
  11. sekarang if umur 25 tahun keatas memang wajib kena minum air gula min 1x..kalau baby besar / berat mom naik banyak every months pun boleh kena minum air gula lagi sekali nanti.. esok time sy pulak minum air gula. walaupun ini bukan kali pertama kena tapi still takut sebab kalo lapar sikit je mula la pening, nak muntah & nak pitam.. tu yang scary tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. sebab senang nak pening tu yang risau takut muntah

      Delete
  12. ade jugak minum air gula ni. bagusnya dia bagi air oren instead of air gula semata mata. alhamdulillah. mek pun just nice bacaan gula. takde diabetic probs time pregnant. alhamdulillah. tapi alahan teruk nk tido malas segala tu, memang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. last nya dapat anak laki ke perempuan bila alahan teruk tu? πŸ˜†

      Delete
  13. Time preggy, bab minum air gula ni menghantui hidup.nasib masa minum tu lagi 10minit je nak jumpa balik. Kira tak sempat 2jam la kan.kira ok. Haha.. memang meloyakan saat tu tak boleh tahan. Muntah kuar semua..masa first memang kena minum. Pelik juga nape awak xminum ea.hehe.. padehal xde pape history pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. first pregnancy saya tak kena sebab time tu saya bawah 25 tahun. πŸ˜†

      Delete
  14. Oo.. Han nak dapat adik ehh?
    Alhamdulillah.
    Tahniah mama Han.

    ReplyDelete
  15. 3x ngandung, 3x kena minum air gula. Sbb gov clinic ni kata, ngandung umur lebih 30 thn mmg kena minum. Fuh, xsodap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ada jugak yg cakap atas 25 tahun kena minum air gula

      Delete
  16. rindu pulak moment macam niπŸ˜†πŸ˜†

    ReplyDelete
  17. 2 kali pregnant anak 1st & 2nd tak kena.. anak 3rd baru kena minum..x sedapppp panas je rasa tekak sbb manis naw naw pekat likat pulak tu fuhhh sikit lagi nak muntah masa tu

    ReplyDelete
  18. Adui..terbayang-bayang dan terasa kat tekak ni haa.. Kena minum air gula. Warna putih pekat dan likat..memang tahan tkt kena minum lg sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terpaksa tahan. tak nak minum lagi kali ke dua πŸ˜…

      Delete
  19. haruss laaa muntahhh...huhuhuh..tapi nurse xthu pon..hahhahaha... alhmdulillah xde apa... bby dh 8bulan skgg.. :(
    kena minum air gula tu mmg mpi ngeri bg saya..tdo pon xlena sbb kna minum air gula... hkhukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha memang tak lena tidur kalau dok fikir πŸ˜†

      Delete
  20. Alhamdulillah tak pernah lagi rasa minum air gula, harap-harap lepas ne pun still terlepas minum air gula hehe. Semoga di permudahkan urusan sampai bersalin nanti cik epal

    ReplyDelete
  21. alamakkkkkkk!! esok 8/4/2019 baru nak mula minum air gula untuk baby first..ya allah mintak2 tak muntah lah..

    ReplyDelete
  22. Kalau kita termuntah masa tempoh 2 jam tu mcm mana?kene minum balik ke

    ReplyDelete
  23. kak, thnks for sharing. ini klinik gomen ke klinik private?

    ReplyDelete
  24. Time aku, kena minum dua kali. sebabnya ayah ada kencing manis. 1st minum okay je boleh layan. dia letak setengah cawan je. masa second time minum, sikit punya banyak lagi. full dia bagi. macam cawan order milo ais dekat kedai. nak menangis aku zikir untuk habiskan tanpa muntah.

    ReplyDelete
  25. huawaa..nampak sikit air gula CE and berperisa. Saya buat kat klinik kerajaan tak ada perisa and segelas tinggi mcm gelas plastik kat kedai makan tu. Trauma rasa minum air gula tu. masih terasa di tekak walaupun anak dah nak masuk 8 bulan sekarang..haha

    ReplyDelete
  26. Tahniah Cik Epal, doa kan kami moga di rezeki kan baby juga one day :)

    ReplyDelete