Sunday, January 20, 2019

Menternak lemak di MyKori Dessert Cafe

Dah lama aku tak buat segmen menternak lemak dalam blog ni. Kini segmen menternak lemak sudah kembali! Hoyehh! Ehehe.


Aku balik rumah parents sebab nak bagi jubah dekat adik-adik aku. Souvenir baru balik umrah haritu. Pastu adik-adik aku ni memang pantang nampak muka aku, memang asyik suruh aku belanja makan.Haha. Tapi aku memang suka belanja orang makan. So bab-bab belanja makan ni memang takdehal.Syarat aku senang je. Kalau nak aku belanja, make sure semua kena makan habis. Jangan membazir. Nak order banyak tak kisah, janji makan kena licin. Jangan membazir, jangan jadi kawan syaitonirrojim ๐Ÿ˜†


Depa ni memang sedia maklum lah aku akan marah kalau makan tak habis. Ni adik-adik aku lah yang ajak ni

Adik: ayong (along), belanja kakigori

Aku: kaki mende? tak nak ah makan kaki

Adik: Bukan kaki. kakigori.Macam shave ice. Sedap yongg.Ayong tak pernah dengar ke? Ayong kan main instagram,mesti ada nampak orang makan

Aku: Instagram (@cikepal06) memang lah main.Tapi kadang-kadang tak ada masa nak stalk orang. Lepas upload gambar pon terus buat kerja lain.Banyak lagi benda nak buat.

Adik: Ingat ayong pernah makan. Ayong kan suka makan.

Aku: Tak pernah dengar lah.Ada gambar?

Depa pon scroll lah gambar-gambar yang depa pernah pi makan MyKori sebelum ni. Sebab depa memang selalu pi makan benda alah ni.Aku tak pernah dengar mykori ni dan memang tak pernah pergi sebelum ni.

Aku: oohh benda ni. Pernah makan time pi Jepun dulu.

Adik: Jom yong. Lepas lunch dekat rumah ibu kita pergi.

Aku: Onzzzz.


Ni lah depa order. Sebab aku tak pernah makan sini, so adik-adik aku yang tolong order. Aku tak kisah depa nak order apa, janji makan kasi habis.Cuma aku add-on Mont Fuji Kakigori tu sebab aku nampak macam sedap je.



Adik aku beriya-iya cakap Honeydew Kakigori tu sedap gila (yang warna hijau bulat-bulat tu).Bila aku makan, aku rasa biasa je.Taste adik aku ni memang aku tak boleh percaya sangat. Haha.

Last-last yang aku order tu jugak yang paling sedap. Mont Fuji Kakigori. Yang bergunung ada warna grey dekat atas tu. Kalau korang datang sini, memang aku suggest ambil yang Mont Fuji Kakigori. Sedap. Rasa dia tak manis sangat. Pastu korek-korek bawah dia ada buah strawberry, mango.Bila shave ice gabung dengan buah-buahan bawah gunung tu,sedap dia secukup rasa lah bagi aku.

Tapi semua benda ni kalau kau makan time cuaca panas-panas memang layan lah. Dekat menu dia ada macam-macam kakigori. Bentuk tembikai lah apa lah.Tapi aku pergi ni outlet Setia Alam, banyak gila menu yang tak ada. Geremmm je.So order je lah apa yang ada.

Budak Han macam biasa. Dia memang suka benda-benda macam ni ๐Ÿ˜†

Nasib baik depa makan licin habis. Senang hati kalau aku nak belanja lagi lepas ni. Bagus-bagus. ๐Ÿ‘ 

Ni total yang aku bayar untuk semua menu di atas. Korang ni bukan boleh aku review apa-apa. Semua benda nak tahu harga. ๐Ÿ˜‚

Tapi tak pe. Korang pon boleh budget kan. Yang paling aku nak recommend Mont Fuji Kakigori. Yang lain ok-ok lah kalau nak makan. Semua shave ice dia lebih kurang sama je pon.Flavour je lain.

2 ketul budak bergumbira. ๐Ÿ˜†

By the way, kalau korang ada azam untuk kurus pada tahun 2019 ni. Lagi-lagi jenis suka menternak lemak tu, boleh lah try consume FairFit. Sebelum aku pregnant, memang hari-hari aku tak tinggal ambil FairFit ni. Banyak gila testimoni yang cakap diorang dah turun berat, baju lama boleh pakai balik, dah makin kurus, kulit makin cantik. Nak tengok semua testimoni tu boleh tengok dekat  instagram (@fairfithq) . Gambar customer before after pon banyak.

Kalau berminat nak beli, boleh beli dekat website https://fairfithq.com . Kalau nak COD, cari je agent-agent yang ada dalam website tu.Pastikan nama dan num phone agent tu ada dalam website ok!

Lelaki dan perempuan semua boleh guna. 
Even kau kecelaruan identiti pon masih boleh ambil Fairfit. Takdehal semua itu. Hehe. ๐Ÿ‘

K bye!

17 comments:

  1. wah..best baca entry menternak lemak Cik Epal..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dah lama tak buat entry menternak lemak ni ๐Ÿ˜„

      Delete
  2. Wah! Cx tak pernah makan ni. Nanti boleh try la. Hee harga blh tahan. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala boleh lah makan. tak sesuai untuk makan hari-hari ๐Ÿ˜„

      Delete
  3. Teringin juga nak merasai, tapi belum kesampaian..
    Dah baca ni lagilah nafsu teringin membuat, lemak memanggil sudah hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Woww first time tau ada makanan mcm ni. Nmpk menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat jepun memang banyak ni. sekarang ni banyak orang Malaysia dah buat ๐Ÿ˜„

      Delete
  5. menggoda aih semuanya.

    heheh betul tu Cikepal. pls letak dengan harga sekali. baru kami ni boleh bajet, mampu milik ke mampu tengok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saya pon suka kalau baca entry yang orang letak harga. senang nak budget ๐Ÿ˜„

      Delete
  6. Weii sedapnya, tapi berat badan sekarang dah naik mendadak. HUarghhhh..

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaa... dah lama xtengok post cik epal menternak lemak... nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ni nak sambung balik entry menternak lemak

      Delete