Tuesday, January 22, 2019

Kenapa aku pilih Jofliam jadi business partner FairFit ?


Sebelum aku buat bisnes FairFit ada 4 orang approach aku untuk jadi kan aku business partner.

1st- Pengilang
2nd- Pengilang jugak
3rd- Founder produk yang dah ada brand
4th- Blogger

Persamaan ke empat-empat orang ni,diorang semua nak aku yang ke depan. Tapi time diorang approach aku ni between 2016-2017. Time tu aku memang tengah gila travel dan aku tak ada masa nak fikir pasal bisnes. Memang time tu aku tak ada rasa nak berbisnes sebab aku tengok orang bisnes ni macam tak ada life je. Hahaha.


So aku takut tak boleh nak enjoy life aku.Aku takut jugak bila aku setuju jadi business partner antara salah sorang ni time tu,aku takut tak boleh fokus. Sebab prinsip aku, kalau aku nak buat satu benda, aku nak buat betul-betul.Tak nak main-main.


Until one day,aku rasa badan aku makin naik, lengan makin besar, muka makin lebar. Mana tak nya, kalau pi travel,kerja menternak lemak je. Dengan laki aku sekali badan naik.Hee 😁 Dulu masa zaman bujang, memang banyak lah masa nak bersenam semua. Lepas dah ada Han,masa aku agak tunggang langgang jugak mula-mula sebab time tu belum pandai lagi manage time. Blog aku ni lagi lah. Memang bersawang habis. Nak update blog pon tak ada masa dan malas pon ye jugak. Haha.


Aku rasa aku nak keluarkan produk yang boleh bantu orang turun kan berat badan sebab aku pon nak guna sekali. Dah dapat sample, banyak benda aku tak puas hati awal nya. Dari segi rasa,kesan. Aku ni cerewet sikit bab-bab ni.Kalau boleh, nak jual benda yang memang berkesan. Banyak sample aku reject.Sampai lah aku dapat rasa (flavour) dan kesan yang paling best.Baru aku proceed production. Mula-mula aku buat 1000pcs je FairFit. Sebab aku tak tahu penerimaan orang macam mana. Produk FairFit ni pulak dah ada setahun dengan aku sebelum aku jual sebab aku nak cari testimoni orang lain jugak yang try. Aku pon try.Nak make sure FairFit ni betul-betul berkesan untuk lose weight.


Pada mulanya, memang aku nak gerak sorang jual FairFit ni. Tapi bila fikir-fikir balik aku rasa aku tak mampu nak buat sorang semua benda. Aku tanya husband aku, nak join aku tak jual FairFit. Aku jadi kan dia business partner dan aku bagi percent dekat dia. Modal tak payah fikir dah. Aku dah keluar duit aku 100% dari segi modal.So dia tak payah share duit modal dah dengan aku.Dia terus onzzz je.


Berbalik kepada tajuk utama entry aku. Kenapa aku pilih Jofliam jadi business partner aku? Ni kelebihan yang aku nampak ada pada dia.

-Dia berani
-Dia confident
-Dia kalis kecaman
-Dia tak kisah orang nak cakap apa pasal dia
-Dia positif
-Dia tak cepat give up
-Dia bukan jenis sembang
-Dia ada visi hidup yang sama dengan aku
-Dia ada banyak idea yang orang biasa tak boleh terfikir
-Dia jenis kalau nak buat something, dia akan buat sampai jadi

Yang paling penting, kelebihan yang aku nampak dari dia yang aku tak ada ialah:

DIA TAK TAHU MALU!
Hahaha. 😂 

Aku ni agak pemalu sikit lah. Sebab tu aku malas nak ke depan. Aku suruh dia je ke depan. Video dia ke depan. Bercakap pon dia ke depan.Aku buat benda-benda lain yang melibatkan teknikal. Dan aku nak tarik pembeli lelaki juga. Sebab bila aku ke depan, aku tahu lelaki susah nak beli produk aku.Kalau suami aku ke depan, lelaki dan perempuan boleh beli.So far, aku sangat gembira je dia jadi business partner aku. Sebab aku rasa aku dengan dia saling melengkapi. Dia ada kelebihan bercakap, aku ada kelebihan menulis. Untuk buat business online, dua kriteria ni agak penting untuk buat sales bagi aku.

My husband,my business partner,my bff 😘


Kalau kitorang argue dengan apa-apa pendapat tentang bisnes pon, last-last akan dapat kata sepakat.Kalau korang ada rasa nak buat bisnes dan nak ada business partner, aku galak kan ambil orang yang ada kelebihan yang kau tak ada. Kalau business partner kau sama je dengan kau atau tak ada apa-apa kelebihan lansung, baik kau buat sorang je. Sebab nanti confirm last-last akan ada konflik,bermasam muka, bergaduh dan last-last bisnes lingkup.


Masalah ni akan jadi bila masing-masing dah nampak duit banyak. Manusia ni berbeza ye kalau ada duit dengan tak ada duit. Bila tak ada duit perangai lain, dah ada duit lain pulak perangai nya. Sebab tu kalau korang perasan orang yang ada business partner ni last-last akan bergaduh. Sebab benda-benda macam ni lah.Aku dengan suami aku ni so far Alhamdulillah sebab duit tak pernah bergaduh. Masing-masing pandai urus kewangan. Duit sikit ke banyak ke memang bersyukur je dengan apa yang ada. Dah kitorang pon memang hidup start dari bawah. So dah biasa dengan kehidupan rakyat marhaen. Hidup sederhana je.


Dengan suami aku pon aku dah cakap, sebanyak mana profit yang kita boleh buat nanti, jangan lupa diri,jangan lupa Allah yang bagi kita rezeki. Aku tak nak hubungan aku rosak dengan dia sebab duit. Sebab banyak kes bila laki bini sama-sama bisnes, boleh jadi kes cerai-berai.So aku tak nak semua tu. Kalau dengan bisnes, boleh rapatkan hubungan aku suami isteri, aku terus kan. Kalau bisnes menjarak kan hubungan aku dengan suami,aku memang tak nak buat.



Banyak plan aku untuk FairFit ni grow bigger yang aku tak buat lagi.Sebab aku tahu ramai lagi yang tak tahu pasal FairFit.So far,aku hanya guna instagram aku (@cikepal06) dengan suami aku (@jofliam) je untuk menjual.Sebelum aku start Fairfit, aku target aku akan dapat RM1 juta dalam masa 3 tahun. Tapi Alhamdulillah, dalam masa tak sampai setahun, aku dah hit aku punya RM1 juta pertama untuk FairFit. Aku tak bazir kan duit aku ke arah yang tak perlu. Selagi boleh zero cost marketing dan diterima, selagi tu aku zero cost. Maximum kan profit 100%.


Lepas ni target aku untuk RM1 juta saving pulak. Mudah-mudahan di permudahkan.Kalau korang dekat sini ada niat untuk kurus dan asyik terbantut,aku sangat-sangat recommend guna FairFit. Bila korang dah try, korang boleh alami lah sendiri keberkesanan nya. Bahan-bahan dalam tu memang semua sangat awesome untuk lose weight. Dalam masa yang sama boleh buat kulit korang cantik dan cerahkan kulit juga.Jangan risau, tak ada kesan heart beat laju atau cirit-birit. Yang beli,ramai yang repeat order sebab sedap dan berkesan!



Boleh beli dekat https://fairfithq.com 
Nak tengok banyakkk real customer testimoni boleh follow instagram https://www.instagram.com/fairfithq/


19 comments:

  1. wah..tahniah cik epal dah ada biz sendiri..:)

    ReplyDelete
  2. tahniah cik epal dah ada biz sendiri..:)

    ReplyDelete
  3. semoga cik epal sukses selalu...yeah! happy for both of you ...

    ReplyDelete
  4. Tahniah cikepal dn suami. . Rezeki dr Allah utk anak2 dn kluarga

    ReplyDelete
  5. Hahahahah..die x tau malu...hahahha point plg penting tu🤣🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dia tak tahu malu, memang senang kerja kita. Haha 😆

      Delete
  6. Sangat2 berbangga dengan cikepal dan joe..Masih muda, tapi gaya kehidupan, diri,income business, semualah ttg korang dahsyat..Idola sgt. Panggil utk talk nak? hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa tak layak lah nak bagi talk. Baru setahun jagung berniaga 😆

      Delete
  7. Tak tau nak komen apa. Bagi thumbs up je la :)

    ReplyDelete
  8. Sangat menginspirasikan. Terima kasih share cerita dan tips ni.
    Semoga CikEpal dan suami terus maju dalam perniagaan dan dapat bantu ramai orang dengan hasil perniagaan.. aamiin.. :)

    ...

    ReplyDelete
  9. Ada buat dropship untuk student tak? Nak berniaga tapi modal kurang.. dropship ok lah��

    ReplyDelete