Tuesday, July 24, 2018

Review movie: Skyscraper , Mamma Mia, Brother of the year , Ocean's 8


Lama nya tak review movie! Ok straighforward je lah terus. Malas nak merepek. Hehe.



SKYSCRAPER

Cerita pasal seorang ayah yang nak selamatkan family dari bangunan skyscraper yang terbakar. Tengok cerita ni sebab The Rock berlakon.Ada suspen dan gayat-gayat sikit. Power gila tak mati-mati mamat ni. Haha. Kalau kita kat tempat kejadian tu, confirm mati dah tu. Sebab The Rock dekat situ, benda impossible pon jadi possible. Jalan cerita biasa je. Predictable. Action fight tak padu sangat. Ada lah yang tak logik nya. Part dia lompat tu memang sumpah ah tak make sense. Haha.

Cerita ni bagi aku boleh ah layan tapi tak ada lah terlalu best sangat.

Rate: 7/10


Mamma Mia 2

Tak tengok yang 1st punya. Terus tengok yang ni.
Awal-awal jalan cerita slow sikit.Menguap jugak aku masa awal cerita. Towards the end, baru lah best sikit. Cerita musical. So banyak nyanyi dan joget-joget dalam cerita ni. Kalau korang tak into musical, mesti korang akan cakap cerita ni tak best. Haha.

Bagi aku, lagu dalam cerita ni kurang menyengat dan tak buat kita teringat-ingat.Jalan cerita ringan je. Cuma dia best pasal kekeluargaan.

Rate: 6/10


BROTHER OF THE YEAR

Cerita Thailand, pasal 2 beradik yang tak sebulu dari kecik. Kerja asyik nak gaduh je sampai ke besar. Tengok trailer memang gempak. Kira kalau korang tengok trailer cerita ni mesti akan rasa "macam best je cerita ni. Kena tengok ni".


Aku expect cerita nya kelakar. Tapi part kelakar tu sikit je. Dah last-last sedih pulak. Pelakon memang handsome dan cantik. Aku kenal Nickhun je sebab memang aku peminat tegar Running Man. Awal-awal episod RM dulu memang si Nickhun ni rajin datang. Hero lagi sorang macam Mark Adam je aku tengok. Tapi versi semenggah dan helok sikit lah. Haha.


Pelakon semua ok. Cuma storyline dia tak best sangat. Sebab aku expect abang dia tu annoying gila lah. Tapi annoying abang dia tu tahap biasa-biasa je. Kalau lebihkan part annoying dan kelakar tu aku rasa mesti lagi best.

Nak layan santai-santai boleh je. Tapi jangan lah berharap cerita ni best gila-gila. Pelakon dia yang handsome dan cantik je antara penguat orang nak tengok cerita ni. Plot dia main sumbat je. Tapi kalau korang jenis hati tisu, maybe boleh nangis lah kot tengok cerita ni. Hehe.

Rate: 6/10

OCEAN'S 8


Cerita pasal Debbie Ocean adik Danny Ocean yang lahir dari keluarga pencuri. Masuk penjara sebab mencuri. Bila keluar penjara je, dia plan lagi nak mencuri dan terus cari team. Memang tak serik-serik pompuan ni. Haha. Memang jiwa mencuri tu sangat mencebal dalam diri πŸ˜„


Cerita ni keluar lama dah. Tapi ada jugak panggung yang still tayang. Lain sikit lah kali ni sebab semua perempuan kan.Aku memang suka tengok cerita ala-ala macam ni. Pelakon semua best. Storyline dia memang straightforward je. Ada lah plot twist sikit. Maybe aku expect more. Bagi aku, ok ok je lah cerita ni


Not bad. Not great. Gituwww.

Rate: 7/10


Ada antara cerita yang aku sebut ni korang dah tengok? Best ke tak bagi korang?

17 comments:

  1. semua tk tgk lagi. tp cerita mamamia tu mcm boleh expect sbb barisan pelakon hmpir sama je dengan yang first.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang first dulu tak tengok. So tak boleh nak compare mana lagi better πŸ˜„

      Delete
  2. dah tengok Skyscrapper, best juga. Terjerit-jerit sorang-sorang sebab gayat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe cerita tu ada lah suspen nya jugak πŸ˜„

      Delete
  3. Replies
    1. tengah ada dekat panggung sekarang, skyscraper lah yang best πŸ˜„

      Delete
  4. Mama Mia tu kita tengok masa Media Preview Mothers Day..mmg slow sikit awal dia, tp bila part musical je, semua lagu-lagu dia bestkan...
    Yang lain semua Kita belum tengok hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal-awal tu memang agak slow. Tertidur lah kejap sebenarnya time tengok tu. haha πŸ˜„

      Delete
  5. Dalam banyak banyak movie tu, baru layan skyscraper.. Okay sangatlah movie tu.
    Cuma setujulah part yang tak logik tu, tak mati mati dia. Hahaa herolah katakan πŸ˜‚

    ReplyDelete
  6. i watched mamma mia last nite. I want to watch again. sangat best. yg 1st dulu pun tgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. maybe saya tak tengok yg first dulu kot. πŸ˜„

      Delete
  7. Cik Epal akan tengok cerita Pulang (Remi Ishak) tak nanti? Jangan lupa review ya...

    ReplyDelete
  8. Haaa sib baik da tengok Ocean's 8 dengan Skyscraper...
    Tu lah cerita skyscraper tu predictable giler...sebab dia action and the rock penguat nak tengok. Gayat jugaklah part2 terjun dengan tadak kakinya...kus semangat! Saya masih wonder kenapa and bagaimana si Danny Ocean mati. confirm ada sekuel lagi ni...


    ReplyDelete
  9. Skyscraper je dah tengok antara movie yg akak review tu. Ingat nak tengok mamamia tapi takpe lah hehehe.

    ReplyDelete
  10. Semua tak tengok lagi. Tapi Mama Mia yang 1st dulu dah tengok. Okla cerita dia enjoy sebab banyak lagu yg best2. Jalan cerita pun ringan dan happy je 😊

    ReplyDelete