Saturday, June 2, 2018

Mederma : Tips hilangkan parut ‘Stretch Mark’ mengandung selepas bersalin


Tahu apa itu Stretch Marks? Stretch Marks tu dalam bahasa melayu nya adalah kesan regangan kulit. Dulu masa zaman anak dara memang tak ambil port pasal stretch marks ni. Aku tahu pon bila dah pregnant. Sebab benda ni selalunya ibu mengandung yang dapat. Bila perut kita makin besar, kulit pon makin meregang.


Analogi nya macam sebiji belon. Belon mula-mula kan elok je bergetah macam kulit perut kita before pregnant. Tapi bila tiup belon sampai besar,pastu kita lepas kan angin belon tu, berkedut-kedut lah balik kulit belon itu sebab kesan regangan tadi. Macam tu lah analogi belon dengan perut perempuan mengandung ni.



Camni haa....

Stretch Marks di perut. Tengok macam gambar ni, boleh jadi gatal jugak dekat bahagian perut tu.
Eh! tapi ni bukan perut aku tau. Ni gambar ihsan pakcik google :D

Sebenarnya boleh je nak dapat kulit cantik dan bersih tanpa kesan stretch marks time pregnant. Tapi ikut nasib badan atau keturunan lah. Kalau perut mak kita bersih je tak ada stretch marks time mengandung, mungkin kita sebagai anak perempuan beliau, bila mengandung pon boleh dapat kulit bersih tak ada stretch marks. Tapi tu lah. Part ni memang ikut nasib badan.


Kita boleh atasi stretch marks ni dengan cara lembapkan kulit sekitar perut, peha, punggung dan sekawasan dengannya. Cara nya? Sapulah krim pelembap, losyen atau apa-apa je minyak yang boleh melembapkan kulit. Seelok-eloknya,kena start rajin sapu seawal mungkin bila dah tahu awak tu mengandung. 

Produk yang bagus yang aku boleh suggest untuk korang yang nak atasi masalah stretch mark ni.

MEDERMA
STRETCH MARKS THERAPHY
CREAM


Mederma Stretch Marks Therapy ni ada 3 tindakan pemulihan yang berfungsi sama-sama untuk meningkatkan kelembutan, melicinkan tekstur dan mengekalkan kelembapan kulit, serta melicinkan tanda-tanda regangan.

Ni bahan utama dia:

CEPALIN - Terbukti secara klinikal untuk mengurangkan kemerahan dan membantu melembutkan parut.

HYALURONIC ACID- Untuk mengekalkan kelembapan kulit

CENTELLA ASIATICA- Untuk mengencangkan dan mengembalikan keanjalan kulit supaya kelihatan lembut dan licin.


Bau dia wangi. Aku suka sangat bau dia. Tak melekit lak tu.

Sapu sampai cream tu serap sepenuh nya dekat kulit.



Bila dan siapa patut guna?

Mederma Stretch Marks Therapy sesuai diguna untuk regangan baru dan mengurangkan regangan daripada terjadi. Selamat digunakan mulai trimester kedua dan semasa menyusu.




Cara nak guna?

Sapu Mederma Stretch Marks Therapy 2 kali sehari pagi dan malam, massage sampai semua cream tu serap sepenuhnya.


Macam ni. Ambil cream, sapu dekat perut.




Massage Mederma Stretch Mark Cream dengan small circular motions sampai ia diserap oleh kulit.


For best results, pakai 2 kali sehari pagi dan malam. Sapu setiap hari ye.Bila apply, massage slow-slow dalam gerakan bulat.Dermatologists recommend massage gently sebab ia membantu jadikan kulit lebih lentur dan improve how they look.



Pengguna Mederma Stretch Marks Cream akan nampak kesan lepas 4 minggu guna secara kerap. Untuk kesan yang terbaik, gunalah Mederma Stretch Marks Cream selama 12 minggu. Yang paling penting, produk ni bebas dari paraben :)


Yang tengah mengandung atau lepas bersalin tengah baca entry ni, boleh cepat-cepat beli Mederma Stretch Marks Therapy ni dekat Caring Pharmacy,Guardian atau Watsons.Tak lah seram nanti tengok parut dekat perut sendiri.







18 comments:

  1. Lamanyaa Cik Epal tak update, rindu nak baca penulisan Cik Epal..
    Sis ada parut ni, lagi teruk, Mak kata /cakar bajang/ sebab masa preggy mengaru huhuhu..
    Tapi skrg Sis tak preggy tapi letak Dermatix, parut tu hampir nipis, dr sebelum ni, macam kasar dn lekuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busy sikit lately. ๐Ÿ˜…
      Sebab tu kalau pregnant jangan garu. Cuma tu lah kadang-kadang memang gatal kan. Kena tahan diri je lah dari menggaru

      Delete
  2. Salam Cik Epal,
    Bagus- baguslah tips Cik Epal ni... Kalau parut lama boleh hilang tak? Tqvm Cik Epal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Parut lama tak sure pulak. Tapi boleh je kalau nak try

      Delete
  3. alhamdulillah saya mengandung tiada masalah strech mark

    ReplyDelete
  4. cantiklah packaging dia! boleh bookmark dulu entry ni, berguna untuk masa hadapan ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tahu pregnant je, rajin kan diri sapu dekat perut ๐Ÿ˜Š

      Delete
  5. wow..entri 2018..aktif lagi rupanya...tahniah tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai je lagi yang aktif ๐Ÿ˜„

      Delete
  6. Nak try ni lah. Hehehe.
    Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  7. Tengah cari juga losyen untuk stretch mark
    Thank you for info

    ReplyDelete