Wednesday, November 1, 2017

Roti Canai Ayam Cheese Gemas Road sedap gila!

Kalau korang minat makan roti canai, aku nak recommend kedai roti canai dekat Penang ni yang bagi aku lagi sedap dari roti canai Transfer Road yang aku pernah cerita dekat ENTRI NI dulu.


Roti Canai Transfer Road atau Gemas Road?
Kalau tanya pendapat aku mana lagi sedap,aku memang prefer Gemas Road ni lagi sebab kuah dia sedap and ada rasa. 

Now siap ada cheese lagi uolsss.
Semua benda nak ada cheese sekarang ni kan?
Nasib baik teh o tu tak ada cheese. Hehe.

Harga roti canai Gemas Road Sabar Menanti. 
Tagline dah tulis siap-siap 'sabar menanti'.
Satu je kekurangan makan sini. Servis dia agak lambat sikit. 

Tempat ni agak kecik dan sempit. Pastu ramai orang lak tu. Kalau nak makan sini, bila dah makan tu cepat-cepat lah bagi settle untuk orang lain makan jugak. Kalau tak kisah, boleh kongsi table dengan orang lain. Tapi table pon tak berapa banyak sebab jumlah orang yang datang lebih daripada table yang disediakan πŸ˜…

Owner mamak. Presentation memang agak messy. Tapi memang dah sedia maklum pon kalau mamak punya presentation memang selalu dia campak-campak je. πŸ˜†

Roti canai kuah banjir. Memang banjir habis sampai tak nampak dah roti canai bawah tu. Hehe. Kari sedap dan pekat. Rasa kari memang tak mengecewakan. Ada hint rasa-rasa pedas sikit tapi tak lah pedas sangat.




Yang ni roti canai special. Harga rm7 satu. 

Yang special ni kuah banjir, ada ayam seketul, telur mata,bawang dan cheese. Ayam memang dimasak dengan perfect.Senang je tarik ayam guna garfu. Lembut gila ayam nya. Roti canai pon sedap. Flaky sikit dekat luar tapi dalam roti canai memang lembut and fluffy. Gaul pulak dengan bawang rangup manis ni. Makan panas-panas dengan cheese. Perghhh memang sedap gila! πŸ˜‹



Seronok makan roti canai cheese.
Dah habis makan terus balik. Memang tak ada nak lepak borak lama-lama. Sebab kesian dekat orang lain nak duduk jugak. Tempat ni memang sentiasa full dengan orang.


Korang kena ambil roti canai yang special tu, baru lah rasa lain sikit dari tempat lain. Kari dia power. Roti canai pon sedap. Cuma korang memang kena sabar menanti sikit ah. Sebab servis agak lambat. Overall, untuk rasa aku bagi 8/10.



Alamat:
Roti Canai Gemas Road
51, 29, Jalan Gemas, Taman Kampar, 10460 George Town, Malaysia
Operation hours: 7 am -  10 pm (Closed on Monday)


Ada sesiapa pernah try Roti Canai Ayam Cheese ni? πŸ˜‹

33 comments:

  1. Melimpah giler cheese. memang nampak sedap betul

    ReplyDelete
  2. huh. masa mula-mula baca, tercari jugak mana roti canai dia. tak nampak pun. rupanya dah tengelam dengan kuah gan telur gan cheese tu. hahaha. pastu, ingatkan kat gemas, N9, rupanya kat penang. jauhnya!! hahahaha

    mrejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kuah memang bajir habis. Memang tenggelam terus roti canai nya πŸ˜‚

      Delete
  3. wah, siap ada cheese lagi. nasib lah i bukan peminat cheese hehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua benda nak ada cheese sekarang πŸ˜†

      Delete
  4. menarik dekat penang jer..boleh try cari nanti

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaaaaa.. meleleh air liurrrr.haha

    ReplyDelete
  6. Cik Epal....lapar mendidih perut akak tengok entry ni....huwaaaa...nak jugakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti g Penang, boleh try. Hehe πŸ˜‹

      Delete
  7. Ty asal ja Penang tapi duk pi makan Transfer Road ja selalu bila balik Penang. Sekarang duk jauh jarang la explore apa da kt Penang. Hujung minggu ni Ty lik, mmg dh plan dgn parents nk pi makan kt sini. Pi ritu bila lik tutup pula. Hope dapat rasa kali ni. Tazzabar!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. For me, dekat Gemas Road ni lagi sedap dari Transfer road πŸ˜‹

      Delete
  8. wahhhh tertelan air liur tengok gambar. menarik betul siap ada cheese bagai, walaupun presentation messy, nampak menyelerakan sangat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap pon roti canai sini πŸ˜‹

      Delete
  9. Terliur tengok. Hahah! Sedapnyaa! Next time ke Penang boleh try yang ni pulak. Selalu pergi yang dekat Transfer Road tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gemas Road ni lagi sedap dari Transfer Road πŸ˜‹

      Delete
  10. boleh tahan la harga sampai 7 ringgit. tapi okay la sebab ada ayam semua tu. meriah sangat roti canai nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi puas hati lah bayar rm7. Nasib baik sedap. Hehe πŸ˜‹

      Delete
  11. semua nak ada cheese sekarang ni, i cant endure with cheese too, nak kena try jugak!

    ReplyDelete
  12. Jauhlah pulak nak merasa makan roti canai ayam cheese ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila-bila mai Penang, boleh lah try πŸ˜‹

      Delete
  13. Boleh Cuba nanti. Mmg nampak sedap Sgt esp yg special tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang makan yang special tu je haritu πŸ˜†

      Delete
  14. Dekat Kulim ada satu kedai roti canai masyuk juga. Nama menu di Roti Doll, kuah dhal dia memang terbaik. Kalau belum cuba, boleh usha-usha kawasan Kulim tu.

    ReplyDelete
  15. Kita yang duduk pulau pun tak pi lagi hahahah. Sebab tahu ramai gils orang kang sesak parking pun payah kat town tu. Emm tapi kena try ni!

    ReplyDelete
  16. Blakang umah kta ja roti canai ni cik epal..slalu makan sini bla cuti mggu..sblum viral ramai tpi lepas viral lgi ramai..sampai beratur ramainya..hehee..mng recommended sngt kan..terbaikkk..bila ni cik epal datang penang..kalau x boleh minta sign..:D

    ReplyDelete
  17. Balik penang bulan 12 ni nak try lah. Nampak kuah tu sedap, pekat .

    ReplyDelete