Wednesday, November 22, 2017

Jalan Penang : Naik beca , ais kepal aiskrim special dan Kapitan

"Eh eh tak boleh gerak pulak buai ni mama"

Anak aku ni memang suka tengok kucing.

Tengok tu. Teruja nau nampak kucing. Bila nampak kucing kena berhenti tangkap gambar. Mesti tangan dia tengah tunjuk kucing πŸ˜†

Amende lah kau ni dekkk. Dah jengket atas kerusi pon tak sampai ke? Sedih.
Tengok hakak, sap sap soi terus tangan sampai masuk lobang tu. πŸ˜†


Time aku pi Penang ni cuaca panas betul, nampak ada orang jual aiskrim kelapa ni.
Apa lagi? Bedalll.

Dia siap bagi Hershey's Syrup tu suruh picit je banyak mana atas aiskrim. Sambil makan aiskrim sambil main apa tah nama mainan ni eh? Dah lama tak main. Ni dah ada family sekali best ah main ramai-ramai. Yang best nya dekat sini.Kita mintak aiskrim kelapa, lepastu air kelapa dia bagi free.

Dah habis makan aiskrim kelapa, pastu nampak beca.

Rasa macam dah lama tak naik beca. Bawak lah diorang ni sekali naik seround. Aku tak ingat harga berapa. RM15 kot satu beca. Tah lupa. Naik 3 beca.



Kemain melambai-lambai macam Miss World πŸ˜†

Aku naik dengan adik aku. Parents aku satu beca. Han dengan husband satu beca. Dekat beca husband aku dapat microphone. Tah hape-hape lah suami aku merepek nyanyi-nyayi dengan microphone dekat beca tu πŸ˜†

Dah habis naik beca, jalan punya jalan jumpa ais kepal special.

Kenapa special? Sebab dalam ais kepal ni ada aiskrim Tutti Frutti. πŸ˜‹

Dan juga kacang!

Dah macam makan ABC dah rasa. Ais kepal camni sedap sikit lah nak makan dari yang biasa tu.Yang ais kepal saja tu seksa nau nak menghabiskan nya. Yang ni ada aiskrim and kacang, senang sikit lah nak habis. Dia pon dah bagi mangkuk siap.  Pakai sudu je tadah dengan mangkuk. Sopan santun berbudi bahasa sikit lah nampak gaya makan nya. Tak payah nyonyot macam cencurut pon takpe. πŸ˜„

Han bermesra dengan nekma.

Aku rasa yang ni baru lah. Dulu-dulu zaman aku honeymoon tahun 2015 dengan husband dekat ENTRI NI. Tak nampak pulak susu soya asli dan segar ni.

Masing-masing dah lapar. Apa lagi. Ayuh menuju Kapitan.

Ibu aku nak makan nasi campur. Ni je lauk yang tinggal. Yang lain dah habis.

Husband order chicken milani.
Kentang tu memang ada situ ye. Bukan dia tersilap bubuh ke apa.
Sebab upload gambar ni dekat ig aku (@cikepal06) ada yang ingat kentang tu macam salah parking je, cam tetiba sesat dekat situ πŸ˜….Hehe tapi menu ni memang ada kentang 3-4 ketul di situ ye kalau order 

Aku suka naan cheese dengan ayam tandoori dekat sini. So order ni lah.
Ayam tandoori dekat sini serious sedap. Isi lembut gila.

Ayah makan nasi briyani Kapitan. Adik aku tiru menu aku πŸ˜„


Mintak papa punya sikit.

Sekeping roti naan untuk seketul Han. πŸ˜„

Dah habis makan, balik hotel. Rehat.
Macam biasa kalau dah balik hotel, main terup lah.

Esok nya breakfast roti canai cheese ayam seketul yang sedap ni.

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on

Sempat buat satu video masa dekat Penang ni πŸ˜„

Entri Penang kali ni:


Selebihnya ada dekat sidebar blog aku tepi ni bahagian 'Malaysia' untuk trip-trip lepas kalau nak baca. K bye! πŸ˜„

23 comments:

  1. bestnya aiskrim kelapa ...
    nama benda tu jenga kalau tak silap ... main susun susun blok tu,
    best main benda tu di masa lapang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenga tu nama brand ke nama permainan tu? Sebab tu confused apa nama asal πŸ˜„

      Delete
  2. Replies
    1. Ada aiskrim sedap sikit lah makan πŸ˜„

      Delete
  3. sedap plak aiskrim kelapa tuuuu tiba2 nk g ioi pekena sangkaya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan time cuaca panas memang layann πŸ˜„

      Delete
  4. pergi situ jgk bln lepas..tp gambar dah tansper ke pc, terus malas nak upload..ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau transfer ke pc bukan lagi senang ke nak upload? ke blog? πŸ˜„

      Delete
  5. Han lompat2 tu comelnyeee! Breakfast tu menggiurkan betul. And Han, kita geng takleh nampak kucing mesti nak tunjuk2. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Best la entry cik epal! Cek tak saba' nak pergi penang dgn suami and anak jugak ! ;p

    ReplyDelete
  7. Bestnya.. Bawak anak-anak cuti sekolah tentu derang seronok!

    ReplyDelete