Wednesday, November 15, 2017

HOW TO SHOP FOR A BETTER DEAL



Aku suka shopping. Tapi kalau aku shopping, aku memang suka shop for the best deal. Kadang-kadang, aku suka buat research dulu dan bandingkan harga online dan harga di retail shop.Aku akan pastikan aku dapat deal yang paling best.

Kalau beli handbag/kasut pulak,memang aku akan pastikan design tu aku suka, harga terbaik dan berbaloi untuk aku beli.



Macam beli insurans atau sertai takaful jugak. Aku akan pastikan insurans/takaful tu aku suka dan berbaloi kalau aku beli.Sekarang pengguna dah ada banyak cara untuk beli insurans/sertai takaful motor. Kalau korang nak tahu atau dah tahu, 1 Julai tahun ini caj premium insurans/sumbangan takaful akan ditentukan oleh faktor risiko. Liberalisasi ni mewujudkan persaingan yang sengit di kalangan syarikat insurans serta operator Takaful. Hasilnya, pengguna dapat menikmati harga yang lebih kompetitif dan pengenalan produk dan pakej yang lebih inovatif.Sebab tu pengguna kena start shopping untuk dapat coverage yang sesuai dengan keperluan dan budget.


Baru-baru ni, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA) memperkenalkan online platform kepada orang awam untuk memudahkan kita shopping untuk insurans/takaful motor.


Disebabkan peraturan yang berbeza-beza dalam pengiraan premium/sumbangan Takaful, harga insurans/takaful motor dijangka berbeza di kalangan syarikat insurans serta operator Takaful. Pengguna boleh membuat perbandingan bijak sebelum membeli produk yang sesuai dengan harga yang tepat sebelum tamat tempoh polisi/sijil Takaful yang sedia ada.
PIAM dan MTA membuat usaha ini lebih mudah dengan pengenalan ‘motor selector’ mereka. Pengguna boleh meminta quotation kebakaran dan kecurian pihak ketiga, komprehensif dan pihak ketiga daripada mana-mana 21 syarikat insurans atau 5 operator Takaful yang disenaraikan.




Jangan lupa start shopping around untuk dapat tawaran paling baik untuk insurans/Takaful motor.  


Jangan main daftar je pelan tanpa memahami sepenuhnya apa yang diperlukan. Dalam website Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA) ni ada menyediakan pengguna dengan maklumat penting mengenai perlindungan insurans/Takaful motor yang ada dan menghubungkan kita secara langsung dengan syarikat insurans/Takaful.  

Pengguna boleh bandingkan harga berbeza dari syarikat insurans/Takaful dan meminta quotation harga. So menyenangkan aku dalam proses belanja dengan menghapuskan keperluan untuk mengakses setiap penanggung insurans individu atau operator Takaful untuk quotation. Sangat relevant sekarang dengan liberalisasi berperingkat insurans/Takaful motor yang sedang dijalankan.

Memang sangat membantu aku untuk pilih insurans/Takaful motor yang terbaik.


Mulakan shopping dengan membuat perbandingan bijak di di Motor Product Selector secara online di: 










No comments:

Post a Comment