Monday, November 20, 2017

Guna Tiger Balm untuk elak kena gigit nyamuk

Aku tak ada pengalaman kena demam denggi. Tapi husband aku ada. Dia pernah kena denggi masa kitorang study dekat uni dulu. Time tu nak cuti sem. Sebelum cuti, dia pi lah mandi-manda dekat Ulu Yam dengan kawan-kawan dia. Ramai-ramai pergi Ulu Yam naik motor. Pastu dia terus gerak balik rumah dia. Balik rumah, terus demam. Badan lemah gila.Bila cek, rupanya kena demam denggi. Kena tahan dekat hospital dalam seminggu lebih macam tu. Nasib baik time tu cuti sem.


Time dia kena denggi ni aku tengah tak bercinta dengan dia. Ye lah aku kan selalu on off dengan dia dulu. Haha. Lepas dia get back balik dengan aku, dia cerita ah dia kena denggi lah apa lah. Aku dengor je lah cerita dia. Nak simpati pon benda dah lepas. Cuma dia cakap memang rasa macam nak mati ah. Dengan badan lemah.Lagi sakit daripada kena keracunan makanan dia kata. Dan dia ingat dia memang boleh mati time tu.Memang terlantar je and tu sakit paling sakit yang dia pernah sakit. Haa camtu lah cerita dia.


Denggi ni kita memang sedia maklum lah bahaya. Ni lagu satu virus zika ni. Dua-dua kes sebab nyamuk. Buat hal betul ah nyamuk ni kann. Bahaya sakit-sakit macam ni sebab boleh bawak maut. Lebih baik kita mencegah dari mengubati.

Cara nak cegah beli lah mosquito repellent patch ni siap-siap. Brand Tiger Balm.Aku nampak ni dekat farmasi, terus grab.

Satu kotak, ada 10 keping.

Cara nak guna senang je. Koyak benda alah ni.



Dalam tu ada sticker bulat camni.

Pastu bukak pembalut sticker tu.

Lekat dekat baju anak. 

Untuk patch ni memang kena lekat dekat baju tau. Jangan lekat dekat kulit.Lepas lekat, jangan lupa basuh tangan.

Patch ni untuk untuk babies / toddlers. 
Ada Lemon Eucalyptus Oil. Kandungan natural. 
DEET Free. Non-Toxic.  Baby pon sesuai guna.

Kalau tanya aku apa bau patch ni, patch ni macam bau serai bagi aku. Ada jugak bau-bau macam minyak angin. Bau ni nyamuk and serangga tak suka. Sebab tu bila kita lekat patch ni dekat anak kita. Nyamuk tak berani dekat. Sebab nyamuk tak suka bau-bau macam ni.




Mosquitto Repellent Spray ni for older kids & adults.

Mosquitto Repellent Spray ni pon sama. For older kids & adults.

Kalau kita ada aktiviti yang kena masuk hutan atau nak pergi tempat-tempat macam Ulu Yam/Janda Baik yang kita tahu banyak nyamuk tu. Korang boleh spray benda ni siap-siap before nak buat apa-apa aktiviti.

Cara nak guna. Mula-mula goncang botol dulu.


Pastu spray.


Spray dekat baju. Confirm nyamuk tak datang dekat dah.
Yang jenis spray ni boleh spray dekat baju/kulit.
Sesuai untuk orang dewasa.

Yang patch ni je tak boleh kena kulit. Memang kena lekat dekat baju anak. Untuk budak-budak macam Han atau baby pakai Mosquitto Repellent Patch ni je. Senang ada benda ni. Budak-budak nak main dan buat outdoor activities pon kita tak susah hati. Nak guna pon senang. Yang penting selamat, natural dan tak ada bahan kimia yang bahaya.




Note: 
Patch - for babies / toddlers
Aerosol / Spray – for older kids & adults


 Kalau korang balik kampung rumah banyak nyamuk ke. Tak payah pakai kelambu dah. Korang beli je patch ni bawak balik kampung. Time tidur, confirm anak tak kena gigit nyamuk dah.Anak pon tidur dengan tenang. Tak ada naik bintik-bintik merah kena gigit nyamuk lagi dah.

Lagi-lagi sekarang musim hujan kan? Banyak je nyamuk dekat luar tu. Kalau nak buat aktiviti luar pon boleh bawak semua ni siap-siap.Hati pon lega nyamuk dan serangga dah tak berani dekat.

Boleh cari dekat pharmacy macam Guardian dengan Watsons tu. 



14 comments:

  1. nnt nak cari yg patch tu kat watsons ....
    senang nak bawa kemana-mana n guna bila perlu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada anak kecik memang bagus ada benda ni siap-siap 😊

      Delete
  2. Yang spray tu agaknya boleh juga repel sandfly kan.

    ReplyDelete
  3. Menariknya produk ni . Kena terjah watson & guardian la cari . Berguna sangat kalau nak gi cammping dalam hutan . Banyak nyamuk , spray2 nyamuk terus tak berani nak hinggap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi camping, memang kena ada produk ni! 😊

      Delete
  4. menariknya patch ni, boleh anak IQ pakai jugak, dia sllu kne gigit nyamuk, denggi mmg paling mghantui IQ bila arwah husband IQ pun meninggal disebabkan denggi, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada anak kecil, better ada benda ni siap-siap 😊

      Delete
  5. Senang betul. Main lekat jekan. Tak yah sapu-sapu. Budak kadang tak suka krim melekit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Budak pon tak perasan ada benda tu dekat baju diorang. Sebab main lekat je 😊

      Delete
  6. nak cari ni,sebab kalau balik kampung,confirm kena cium dengan nyamuk..jenis anak pulak kulit sensitif,confirm akan meninggalkan kudis bila kena gigit nyamuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni balik kampung, beli ni siap-siap. 😊

      Delete