Monday, October 16, 2017

REVIEW: Tropika Baby Herbal Cream . Serious best krim ni!


Aku nak share cerita macam mana aku boleh tahu pasal produk TROPIKA ni. Mula nya aku memang tak pernah dengar pasal produk ni. Sampai lah satu masa aku balik kampung. Jumpa lah dengan semua sedara aku. Time balik kampung tu pulak Han tengah batuk. Aku baik dengan sorang sepupu aku ni. Dia anak 2 dah. Lepas dia mandikan anak ke 2 dia, dia sapu satu cream dalam botol kuning ni.Aku nampak packaging dia macam comel je sebab ada gambar teddy bear. Hehe. Aku pon ambil and tengok-tengok cream tu. Sepupu aku ni tahu Han tengah batuk. Sambil dia massage anak dia dengan cream ni, dia cakap dekat aku "try sapu cream ni dekat Han. Cream ni bagus".



Aku try sapu cream ni dekat Han. Dalam 2 hari, memang batuk Han hilang terus. Alhamdulillah, lega aku.Memang serious magic krim ni. Aku cerita dekat sepupu aku. Bagus betul krim ni. Dia ada lebih 2 botol. Dia memang saja beli lebih buat stok sebab krim ni serasi dengan anak-anak dia.Dia nak bagi aku satu. Aku ambil satu cuma aku beli lah dekat dia.




Han pegang Tropika Baby Herbal Cream ni pon terhibur πŸ˜‚


Sebab sepupu aku ni lah aku kenal produk TROPIKA. Untuk parents dekat luar sana, aku rasa korang kena ada TROPIKA Baby Herbal Cream ni atleast satu dekat rumah.

Kalau anak demam, selsema atau batuk, memang kita cepat risau kan? Tapi bila ada krim magik ni, serious akan melegakan hati korang dengan cepat.

Dari Han baby lagi, aku dah sapu krim ni kalau Han tak boleh tidur malam, kembung perut atau selsema.





CARA NAK GUNA TROPIKA BABY HERBAL CREAM

Dari Han masih bayi lagi,setiap kali lepas mandi, aku memang sapu cream ni dekat perut dan tapak kaki Han. Time malam pulak, sapu dekat dada dan dan belakang badan dia. Memang selesa Han tidur malam-malam.


BAHAN-BAHAN

Bahan yang digunakan dalam Tropika Baby Herbal Cream ni adalah minyak kelapa dara, halia dan minyak kayu putih. Simple je bahan-bahan dia. Memang tak ada bahan kimia terlarang yang aneh-aneh di dalam ni. Paraben pon tak ada. Jangan risau, krim ni memang selamat digunakan. 


KEBAIKAN Tropika Baby Herbal Cream : 

- Melegakan batuk
- Melegakan selsema
- Melegakan hidung tersumbat
- Melegakan kahak 
- Melegakan kembung perut
- Melegakan nafas berbunyi






Krim ni putih macam lotion je. Sangat ringan. Bau best! Tak melekit dan tak berminyak. Bila sapu dekat baby memang cepat meresap. Rasa pon berangin best je. Baby pon selesa.

Krim ni tak panas. Sesuai sapu dekat anak seawal sehari lepas dilahirkan. Sapu je lepas mandi. Memang wangi! Memang rasa nak cium anak kita selalu sebab bau memang best dan wangi. Heee.😍


Yang ni pulak:
-Baby Hair & Baby Oil 
(Sesuai untuk kulit dan rambut)
-Natural Bubble Wash 
(Ada minyak kelapa dara dalam ni. Untuk melembapkan kulit dan rambut jugak.)

Bau wangi. Bau Lavender. Lepas guna 2 benda ni, memang perasan kulit Han makin lembut. Suka! 😊

Han pon suka produk TROPIKA! Packaging ada teddy bear tu comel! πŸ˜†

Kalau pergi travel pon, memang aku tak lupa bawak TROPIKA sama. Ye lah, bila travel tempat orang ni, kadang-kadang cuaca tak menentu. Takut juga Han demam ke selsema ke apa kan. So memang aku prepare siap-siap Tropika Baby Herbal Cream tu. Bawak sekali bila fly. 



Kepada ibu-ibu mahupun bakal ibu, aku memang sangat recommend kan krim ni sebagai salah satu item dalam list barang baby korang. Serious krim ni korang wajib ada. Harga pon murah gila. Berkesan pulak tu. Serious tak tipu. Sebab aku memang guna krim ni dari Han baru lahir lagi. Kalau Han batuk atau selsema, terus aku sapu krim ni. Cepat je Han baik. Serious best!!!

Kalau korang rasa nak beli,boleh tengok dekat website ni : http://tropikabeauty.com.my/baby-product-2/



8 comments: