Wednesday, October 25, 2017

Resepi Puding Roti Sos Kastard mudah dan sedap !


Sebelum ni aku pernah share resepi puding roti. Tapi aku suka lagi guna resepi versi ini. Sebab yang ni lagi mudah dan sedap dari yang aku share sebelum ni. Nak buat memang senang sangat! Ikut cara aku lah. Pejam mata pon boleh buat. Gituwww. Punya lah senang kannn. Tapi jangan betul-betul pejam mata time buat, mampuih terbalik periuk kang πŸ˜†




Resepi puding roti sos kastard:

Bahan-Bahan - Puding Roti

πŸ’™13 keping roti (1 bungkus roti)
πŸ’™1 kotak kecil kismis
πŸ’™*3 cawan fresh milk
πŸ’™*4 sudu besar gula
πŸ’™*2 sudu besar mentega
πŸ’™*2 biji telur
πŸ’™*1 sudu teh esen vanila


Cara aku buat puding roti ni memang simple gila. Ambil apa-apa besen, tuang je semua bahan yang aku tanda * tu. Besen warna apa tak kisah. Biru ke hijau pucuk pisang ke, kelabu asap ke. Ada aku kesah? Suka hati ko lah besen ko 😝




Kacau semua bahan tu guna whisk.

Koyak kan roti dan masuk kan semua dalam besen tadi. 
Koyak kan saja macam koyak surat cinta ex boyfriend kau. Koyak roti ni ko tak payah gigih sangat nak ukur guna pembaris kasi semua sama size. Rasa roti tu sama je nanti. πŸ˜†



Rendam jap roti tadi. Biar dia meresap jap.

Tabur kismis atas dia.

Panaskan dulu oven 200C dalam setengah jam.

Bakar puding roti ni dengan suhu 200C selama 50 minit sampai masak.
Api atas bawah ye.


Sos Kastard:

πŸ’›1 tin susu cair
πŸ’›3/4 cawan air
πŸ’›2 sudu besar tepung kastard
πŸ’›2 sudu besar gula

Buat sos kastard ni lagi senang. Semua bahan tu masuk dalam periuk pastu sentiasa kacau. 
Api kecik je tau. Kacau sampai pekat. 




Dah siap!

Memang mampat dan gebu.  πŸ˜†

Potong pon cantik je haa.

Jirus dengan sos kastard pastu makan.
Puding roti ni bila makan dengan sos kastard tu pergh sangat padu rasa dia. Kira lepas makan je kau akan terasa bijak. Kau terus boleh masuk clever girl yang mana soalan belum habis baca lagi ko dah jawab B. Haha hebat gila kan? Udah clever gila-gila memang rupa itu ler πŸ˜‚


Senang je nak buat kan?
Boleh makan panas/sejuk ikut selera.
Sos kastard letak dalam peti sejuk pon perghh nikmat je bila makan.


Selamat mencuba resepi Puding Roti Sos Kastard yang senang gila nak meninggal ni! πŸ˜‹






32 comments:

  1. resepi ni memang rasa best, tapi.... ada tapi nye.. penulisan cik epal ni buat ayaq milo aku tesembuq pagi2 ni.. hang boleh masuk maharaja lawak mega , geng ngan si laparpo..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke ayaq milo tersembuq tewww? πŸ˜†

      Delete
  2. pagi pagi baca resepi dari cikepal dah terliur dah sha haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah buat nanti. Senang je πŸ˜†

      Delete
  3. entry ni sempoi, sambil baca sambil imagine rupa rasa puding tu,
    lepas tu, bab clever girl tu mmg tak tau nak gelak ke apa ...
    thanks sharing, nnt nak kluar cari bahan ...
    puding roti tu dah selalu buat, tapi sos kastard tu nak cuba nanti ...
    pergh... ni kalau mak mertua lalu pun kompom tak nampak ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senang je resepi ni. Mak mertua lalu dekat belakang memang lah tak nampak. Hehe πŸ˜†

      Delete
  4. alahai..cik epal ni buat org terliur pagi2 ni..:)

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa.. Tak susah jgkan nak buat ni.. Tapi saya paling suka part yang koyak-koyakkan roti tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa part koyak roti paling suka? πŸ˜†

      Delete
  6. Sedapnya puding roti tu... gebu gebas je tengok

    ReplyDelete
  7. Nampak mudah ..sedap . Nnti CCL cuba resepi ni

    ReplyDelete
  8. sedapnya. suka la han makan puding roti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe dia memang suka je makan apa pon πŸ˜†

      Delete
  9. ishh terkoyak plak tekak ni nak try..hahaha... selalu buat puding x buat sos pun..tang sos cam tetiba penyakit M kronik dtg..haha... tggu stabil sikit penyakit ni blh la try resepi ni nnt..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab bila ada sos kastard tu lagi feeling makan. Hehe πŸ˜†

      Delete
  10. Okey nanti nak try buat..akak bab2 baked ke apa ke memang failed..masak lauk pauk je ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni senang je. Bukan macam bake kek. Confirm jadi punya kalau buat πŸ˜†

      Delete
  11. cik epal.. kite dah try resepi ni.. sampai ada jugak bakar guna microwave je.. alhamdulilah jadi.. terima kasih share resepi.. asyik nor repeat buat puding roti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu buat memang guna oven je. Tak pernah try lagi guna microwave πŸ˜†

      Delete
  12. cik epal.. kite dh try buat puding roti ni.. siap repeat buat lg.. family suka sgt.. ada jugak bakar guna microwave.. menjadi jugak.. tp sedap lg kalau bakar guna oven

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow siap repeat lagi. Hehe.Nasib baik family suka πŸ˜†

      Delete