Wednesday, October 18, 2017

My skincare routine




Aku punya skincare routine simple je. Tak payah nak beli produk yang terlalu mahal untuk kulit cantik. Aku pernah try guna macam-macam skincare yang paling mahal dan yang murah.Tapi mesti akan u turn balik ke Cetaphil. Tak tahu lah kenapa, aku rasa kulit aku lebih sihat bila guna Cetaphil dan produk ni tak buat kan kulit aku jadi gatal/panas/merah ke apa. 

Kalau kau pergi klink pakar kulit pon, dia memang tak kasi pakai apa-apa produk dekat pasaran yang berlambak bagai cendawan tumbuh tu, melainkan Cetaphil. Tak percaya, try pergi klinik pakar kulit. Memang diorang akan suggest Cetaphil. Cetaphil memang trusted by dermatologists, their hypoallergenic, terbukti secara klinikal membantu kita mencapai kulit yang lebih sihat. 


Aku punya skincare routine serious simple nak meninggal. Haha.


Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni je yang aku pakai selalunya. Ni botol aku yang ke doplohnam kot? Haha memang aku pengguna tegar Cetaphil.


Best tau pakai Cetaphil cleanser ni. Sebenarnya bukan boleh guna dekat muka jer. Badan boleh, tangan boleh, muka boleh, semua la kiranya boleh. Tapi aku guna untuk muka je. Hehe.

Kalau korang nak tahu, pencuci muka yang bagus adalah yang tak berbuih banyak. Tak ada buih lagi bagus. Tips ini aku dapat dari pakar kulit. Sebab dulu memang aku pernah jumpa pakar kulit .Pakar kulit memang tahu benda ni. Cetaphil memang sesuai lah sebab dia memang tak ada buih pon. Bila guna, kulit rasa selesa je.

Yang bestnya pasal cleanser ni, sebab memang lembut bila usap dekat muka. Lagi-lagi usap dekat pipi, terasa kelembutannya. Hihi.Cetaphil ni sesuai untuk semua jenis kulit. Tak kira lah kulit normal? sensitif? berminyak? berjerawat? Semua boleh. Cetaphil ni tak ada bau. Memang fragrance free. Tak sumbatkan liang pori dekat muka.


Fakta menarik:

• It doesn’t lather, giving you a soothing cleanse. 
• Boleh digunakan with or without water.
• Bagi kebanyakan perempuan, bila nak remove make up , selalu guna make up remover dan kena double cleanse dengan facial cleanser kan? Cetaphil Gentle Skin Cleanser is the ideal cleanser for this use.





Cetaphil Moisturizing Cream


Cetaphil Moisturizing Cream ni adalah satu produk yang berfungsi untuk melembapkan permukaan kulit kita. Boleh pakai dekat muka dan badan. Ianya memberi penghidratan yang tahan lama pada kulit kita dan jadikan kulit kita lembut dan lembap. Siapa yang ada masalah kulit kering atau terlampau kering, boleh guna moisturizer ni. Tapi kulit normal dan sensitif pon boleh je guna. Sebab dalam ni ada bahan semulajadi iaitu sweet almond oil, a natural emollient.

Tekstur moisturizer ni macam lotion, warna putih. Tak bau apa pon sebab fragrance free. Bila apply dekat muka, memang cepat gila meresap dan terus rasa muka lembap dan lembut.

Aku pakai moisturizer ni dekat muka. Kadang-kadang sapu jugak dekat siku, lutut dan tumit kaki supaya tak kering. Again, it works like magic! Bahagian siku, lutut dan tumit kaki memang rasa makin halus dan tak kasar. 

Kalau untuk muka pulak, memang magic nya lagi lembut sebab produk ni hypoallergenic (sama dengan cleanser Cetaphil), jadi tak menimbulkan blackheads. Kulit pon dah tak kusam dan jadi lebih sihat. Bila apply make up, hasil nya lebih cantik dan halus di wajah 😍


 Fakta menarik:

• Wangian dalam produk penjagaan kulit boleh menyebabkan skin irritation terutamanya untuk kulit yang sensitif. Pilih moisturiser/ cleanser yang fragrance free.
• We must moisturise, moisturise, moisturise daily!  Terutama badan kita yang selalu diabaikan.
 Air-cond and hot showers boleh mengeringkan kulit

Cetaphil UVA/UVB Defense.

Aku pakai ni macam pakai sunblock. Ada SPF 50. Duduk Malaysia ni, kelau keluar rumah memang kena pakai. Baru kulit muka kita konfiden je nak hadap cahaya matahari.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser and Cetaphil Moisturising Cream boleh dapat dekat semua pharmacies and independent pharmacies nationwide.  

Cleanser - Available in 125ml, 250ml, 500ml and 1000ml.
Moisturizer - Available in 50g, 100g and 453g

Bila guna Cetaphil ni, kulit muka aku memang lebih lembap,sihat, halus dan lembut. Syok gila!

Akhir kata dari saya Cik Epal gonjeng,

 "Sayangi lah kulit anda" πŸ˜„

K bye!


More info:




31 comments:

  1. kite kulit sensitif jgk..dan oily..so far yg serasi produk Safi jer..Cetaphil ni x pernah try lg tp anak sedara yg kulit poblem pakai, mmg serasi dengan dia..nak try jgk laa.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang serasi dengan kulit kita, kita teruskan je pakai 😊

      Delete
  2. Produk ni sesuai dengan kulit fik epal.

    ReplyDelete
  3. Aslkm cikepal soryy ggu..sy nk tny bole tak klo moisturzer tu gnakn utk mlm jgk..sbb da stgh produk da krim mlm n siang...sy klit muka mmg jnis kring...sdih btoii..sory ayat tggang trbalik..thx 4 sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Nak guna siang/malam pon boleh je 😊

      Delete
  4. tataw pulak cetaphil ada cream besar tu. btw thank you for the info

    ReplyDelete
  5. famous cetaphil ni, kawan saya yg kulit sensitive pakai cetaphil gak, okay je muka dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau serasi, teruskan je pakai 😊

      Delete
  6. moisturizer nampak cam menarik. kena cari ni.

    ReplyDelete
  7. Cetaphil memang dari dulu bagus kan..cuma biasa adik akak yang ada ekzema guna..tertarik dengan mosturizing gel tu...ok nanti pi cari la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu moisturizer cream. Bagus jugak moisturizer cream tu 😊

      Delete
  8. cetaphil ni agak mahal tapi berbaloi baloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. For me, harga dia still affordable lah. Tak semahal harga high end skincare 😊

      Delete
  9. Salam singgah sini cikepal....wahh...best ni nak kena cuba juga...

    ReplyDelete
  10. Detail penerangan. Bagus..dah lama ke aktif blog?

    www.cikgulia.com

    ReplyDelete
  11. Patutlah kulit cantik, guna produk penjagaan kulit yang betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah lama Guna Cetaphil 😊

      Delete
  12. banyak review best pasal cetaphil ni. tapi harga dia pun best jugak kan. lawa cik epal amik gambar, pakai camera ke pakai fon ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga dia ok lah. Still affordable 😊

      Delete
  13. apa beza moisturizer cream ngan yg lotion punyer ye? cik epal tahu x? sbb saye jenis oily skin.. xtahu mne yg sesuai..

    ReplyDelete
  14. saya pun guna cleanser cetaphil. tak berbuih langsung n memang best kt kulit muka saya halus je lepas guna

    ReplyDelete
  15. Asalam..Cik epal..iklan Nuffnang anda begitu sempurna..tahniah

    ReplyDelete