Monday, October 23, 2017

Cetaphil Baby Review

Sama ada korang ada lah new mom atau ibu yang dah berpengelaman, aku tahu betapa susahnya nak pilih produk mandian yang sesuai untuk anak kita. Banyak baby brands dekat luar sana yang claims produk dia lah yang terbaik untuk kulit bayi. Penting untuk kita buat keputusan yang tepat, especially when it comes to your baby’s delicate skin.


Aku memang sangat selective dengan aku punya skincare products, lagi-lagi untuk kulit Han. Lagi kena jaga lebih. Personally, aku memang pengguna Cetaphil dah bertahun dah. Bila Cetaphil keluar range Cetaphil baby, memang aku percaya brand ni bagus untuk Han guna jugak.


Kenapa kena pilih Cetaphil Baby Skincare Products?


♥  Dermatologist Tested & Pediatrician Recommended.  
Cetaphil Baby telah diuji oleh ahli dermatologi dan disyorkan oleh pakar pediatrik. Jenama Cetaphil juga mempunyai barisan dermatologi yang kuat selama lebih dari 40 tahun.


♥ Colorant Free. 
Produk Cetaphil Baby tidak mengandungi sebarang pewarna atau warna tambahan.


♥ Mineral Oil Free. 
Cetaphil Baby tidak ada mineral oil. Mineral oil adalah minyak tanpa warna dan tidak berbau yang dibuat daripada petroleum

♥ Hypoallergenic. 
Cetaphil Baby diuji menjadi hypoallergenic, bermakna ia berpotensi rendah untuk menyebabkan reaksi allergic pada kulit


♥ Paraben Free. 
Cetaphil Baby tidak ada paraben. Paraben adalah bahan pengawet sintetik yang terdapat di banyak produk penjagaan kulit untuk bayi dan orang dewasa


Cetaphil baby ni memang sesuai untuk bayi dengan kulit yang normal dan sihat. Setiap produk Cetaphil memang tak ada paraben, tak ada mineral oil dan pewarna. 



Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash adalah pH balanced soap-free formula yang mengandungi moisturiser with aloe vera. Aku suka sebab dia ada moisturiser. Ye lah dengan cuaca panas dekat Malaysia ni, memang bagus ada moisturiser siap-siap dalam sabun mandi. Bau sabun ni wangi dan segar! Macam bau baby baru lahir. Wangi sangat! Aku suka! Lepas je mandi, mesti kulit Han rasa lembut dan smooth je.

Cetaphil® Baby Daily Lotion ni pulak ada Shea Butter and Sunflower seed oil untuk melembapkan dan melindungi kulit bayi. Lotion ini sesuai guna time siang sebab ia ringan,lembut dan cepat je serap dalam kulit. Tak melekit and bau pon nice.Kulit bayi pon rasa licin,lembap and hydrated. It's good!


Baby and toddler skin is delicate. Kalau salah guna produk boleh menyebabkan kulit bayi gatal,merah-merah,irritation, kering dan naik ruam. Aku memang sangat recommend Cetaphil baby products ni untuk ibu-ibu yang ada bayi dan anak kecil. It works well on Han and buat kulit Han lebih lembut dan smooth je.


Sebagai ibu, kita mesti nak yang terbaik untuk anak kita kan? Termasuk lah produk yang kita guna dekat diorang setiap hari. Dengan brand yang boleh dipercayai macam Cetaphil ni, memang aku tak risau lansung nak guna produk ni dekat Han.


More info, boleh tengok dekat https://www.cetaphil.com.my/baby/

22 comments:

  1. boleh try ni nanti..skrg pakai moogoo..:)

    ReplyDelete
  2. thanks sharing...hari tu anak mrs pip pun ada masalah kulit,
    check punya check, dia alergik dgn sabun mandi yg dia gunakan,
    doktor suruh tukar pi brand lain....
    nextime will try cetaphil pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni boleh try Cetaphil pulak. Memang bagus Cetaphil baby ni 😊

      Delete
  3. salam. sy baru je guna cetaphil ni. tp harga dia.. mahal :p haha. harap ok la tuk muka sy.. setakat ni mcm ok :) xkering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ni sabun Cetaphil baby. Jangan guna dekat muka pulak πŸ˜†

      Delete
  4. Macam best je. Tapi dia tulis kat situ for normal skin type.
    Agak2 eczema baby boleh ke pakai?

    ReplyDelete
  5. Rasanya nak beralih guna Cetaphill pulak lah..sebab guna jenama Jhonson kulit naik ruam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try Cetaphil Baby pulak tengok macam mana 😊

      Delete
  6. Wah sangat menarik review ni. Nanti boleh beli untuk bakal bayi no.3 ni pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Cetaphil Baby ni 😊

      Delete
  7. HoHo.. pix in the tub really missed these good ol days... once upon a time....

    ReplyDelete
  8. Sy ada beli pack yang kecil nt boleh try guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti mesti nak beli yang besar punya pulak pasni πŸ˜†

      Delete