Tuesday, September 12, 2017

Travel: Makanan halal di Kyoto, Japan (part 3)

Sementara aku tengah mood rajin nak habiskan entry Japan ni, baik aku update dulu. Sambungan entry Kyoto, Japan (Part 2)

Kali ni aku nak cerita pasal makanan halal yang aku makan masa first day dekat Kyoto.
Personally bagi aku, nak kata senang tu tak lah senang sangat nak cari makanan halal dekat Kyoto ni. Tapi nak kata susah pon tak jugak. Mata kau memang kena bukak luas-luas lah untuk cari makanan halal. Kalau tak jumpa, google je tempat makanan halal yang berdekatan. Selalunya akan keluar.



1) Poqan, Kiyomizu Dera

Masa on the way nak naik/turun ke Kiyomizu Dera yang aku cerita dekat ENTRI NI. Aku jumpa satu stall jual makanan halal.

Poqan kot eh nama dia?

It's purely halal.

Satu stick harga 450 Yen.

Sedap lah jugak benda ni.

Ada macam-macam pilihan.

Makan panas-panas memang layan.

Tapi aku rasa kalau makan dengan cili sos lagi sedap. Haha.
So kalau korang datang Jepun ni, tapi tekak kau jenis tekak melayu totok. Kau bawak lah cili sos kecik-kecik paket tu siap-siap. Agak-agak rasa tak boleh nak telan apa-apa makanan dekat Jepun ni, boleh lah cili sos tu jadi penyelamat. Hehe.

Tapi aku ok je makan ni tanpa sos. Sebab dia dah ada rasa. Sedap je lah bagi aku. Lagi-lagi kalau tengah lapar. Memang licin je makan.

Han ni tolak batu dengan kayu je aku rasa. 
Yang lain semua benda aku suap dekat dia, semua dia bedal je tanpa banyak cikadak. Haha. 
Bagus nakkk! Senang kerja mak kau ni. πŸ˜†

2) Ramen halal, Gion

Yang tadi kitorang buat alas perut untuk breakfast. Untuk lunch kitorang makan ramen halal dekat Gion. Nama kedai aku tak pasti apa sebab tulis bahasa jepun. Paham pulak aku bahasa jepun tu kan?? Memang sepatah haremm lah aku tak faham. Tapi cop halal memang terpampang dekat atas kepala laki aku tu. Haa nampak tak cop halal iteww?


Tapi kalau pergi Gion, korang google je halal food Gion. Nanti akan keluar restoran ni. Sebelah restoran ramen ni, ada restoran daging wagyu beef. Halal jugak.


Nampak sedap ke tidekkk?
Ramen ada 2 jenis.
Yang kiri tu jenis kering.
Yang kanan ada telur tu jenis sup.

So pilih je lah kau nak nak makan ramen jenis basah ke kering.

Husband aku order ramen. Dia kata sedap.
Aku pi order teriyaki chicken with rice.
Perghh masin nak meninggal. Aku syak dia tertumpah garam selori lah masa serve aku ni.
Tapi tak sure lah kalau memang rasa dia memang masin macam tu.

Untuk lebih selamat, kalau korang datang sini, order ramen dia je lah.

Dekat restoran ramen halal ni, ada prayer room.

Boleh lah solat dulu sebelum meneruskan perjalanan.


Han memang suka tengok dekat-dekat orang solat.
Nasib baik Han tak kacau papa dia solat. 






Lepas makan ramen halal ni, tetiba hujan renyai-renyai pulak.

Nasib baik aku dah sediakan payung siap-siap sebelum hujan.

Han dah expert dah nak beli air dekat vending machine Jepun ni.

Suruh dia pilih air apa dia nak. 
Pandai dah pilih.

"Yes!"

"Huh? Air?"

"Minum lah, apa lagi"

3) Taiyaki


Malam-malam tu dok berjalan around Kyoto, nampak ada Taiyaki ni. Ambil perisa custard. 
Sebeban custard dia bagi haa. Tak kedekut punya. Kita makan pon puas hati.

Husband aku ni tak menyabo. Panas-panas baru masak tu dia terus masuk mulut. Memang menggelupur lah dia lepas tu.

Tapi sedap gila Taiyaki custard ni.

Terhibur sebab tengok husband aku menggelupur makan Taiyaki panas-panas tak menyabo. Hehe.





Video from instagram aku (@cikepal06) . 
Video aku edit sendiri. 
Boleh lah tengok orang Jepun cakap melayu. Hehe.



Bersambung....



Ok nanti sambung lagi Kyoto, Japan Part 4 pulak. 
Bye Mak Jemah!


38 comments:

  1. Hari-hari bukak blog Cikepal nak tunggu entri tentang Kyoto. Heee. Taiyaki tu nampak sedapppp

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..lega rasanya bila dapat tau makin banyak restoran halal di Jepun..Nect time naktravel dah tak payah risau sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kena pandai cari jugak lah makanan halal dekat Jepun ni πŸ˜„

      Delete
  3. bgs la han nih, tak cerewet nk bwk pi jln mana2 pun senang yek han...

    geram betul acik nengok gaya han ngn payung tu... comei sgt geram rasa nk cubit2 pipi tu

    semua makanan kt situ namak menyelerakan betul, lg2 ramen tu, presentation dia pun cun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramen tu sedap jugak lah. Memang signature dish dekat sana pon πŸ˜„

      Delete
  4. seronoknye jalan jalan cari makan hihihi

    ReplyDelete
  5. Alahai sodap eh makanan. teringin nak rasa semua cik Epal :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada rezeki datang Jepun, rasa lah semua hehe πŸ˜„

      Delete
  6. tengok gambar makanan rasa lapar pula. comel j tengok han makan

    ReplyDelete
  7. Poqan = pekan ?
    Suka tengok Han enjoying himself.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah poqan tu maksud apa. Malas nak search. hehe πŸ˜„

      Delete
  8. Woohhh, best nya, akak ke Jepun 30 tahun yang lalu, masa tu, memang tak da kot makanan Jepon halal atau akak tak pandai nak google lagi haha. Thank you dik, for sharing your adventure , ni yang buat akak rasa nak ke sana ni. Ada nak rekemen travel package kat akak?

    @KakSu-Membantu ibu2 di rumah membina blog dan bisnes online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama saya travel ni, tak pernah ambil travel package. Memang semua tempat saya pergi sendiri je πŸ˜„

      Delete
  9. comel je tengok han, alahai. btw taiyaki custard tu nampak sedap naaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taiyaki custard tu memang sedap. Lagi2 makan panas-panas. Sedap! πŸ˜‹

      Delete
  10. Salam Cik Epal.

    Boleh x share entry macam mana u edit video. Really appreciate your consideration. TQ. Mmmuah :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Tu kalau saya free saya buat satu entry πŸ˜„

      Delete
  11. terhibur cik epal oii tgk Han makan. boleh jadi host JJCm nieh

    ReplyDelete
  12. Amboi muat ke mulut baby nak makan tu... nampak sedap, Alhamdulillah at least nak makan pun senang ada yang halal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan halal memang ada. Tapi kena pandai cari juga πŸ˜„

      Delete
  13. nama restoran halal kat Gion tu naritaya.terkenal antara ramen halal yang sedap kt jepun ni.tp personally i think die nye gyoudon sedap gile nk meninggal >,<

    ReplyDelete
  14. Han!! Pehal comel sangat, geramlah.

    ReplyDelete
  15. Nampak gebu taiyaki yg cik epal gigit. yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap taiyaki custard tu makan panas-panas πŸ˜„

      Delete
  16. hehe... bestnya tgk han makan... siap ada tpt solat lagi, very friendly place...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau restoran makanan halal macam ramen tu, memang selalu ada tempat solat πŸ˜„

      Delete