Sunday, September 24, 2017

REVIEW FILEM : Kingsman dan Bisik Pada Langit

Kalau korang rasa nak tengok wayang minggu ni, tapi tak tahu nak tengok cerita apa. Aku suggest dua cerita ni. Both korang boleh layan! Best! πŸ‘πŸ‘πŸ‘



Sinopsis Kingsman The Golden Circle (2017):

Eggsy kena serang dan berjaya larikan diri. Tapi Charlie (orang yang direject jadi Kingsman) dapat hack sistem Kingsman. Habis lah semua tapak Kingsman kena bom dekat London. Eggsy terselamat sebab time tu tengah dating dengan bakal family mertua. Hehe. Dia dengan Merlin je selamat. Yang lain semua mati. Then diorang berdua dapat tahu ada lagi satu company agent yang macam Kingsman iaitu Statesman. Dan diorang pergi lah Statesman. Pastu pergi lah tengok sendiri. Tak kan semua benda aku nak cerita! Haha.


Review Filem Kingsman The Golden Circle (2017):

- Antara cerita yang aku paling tunggu nak tengok! Cerita Kingsman : The Golden Circle (2017) ni  sambungan daripada Kingsman: The Secret Service. Yang Kingsman sebelum ni gempak gila kot. Mesti ah yang 2017 punya ni aku nak tengok. Rasa macam cepat je masa berlalu. Dah keluar dah Kingsman 2. Tapi kalau korang tak pernah tengok yang sebelum ni punya, still korang boleh paham je jalan cerita dia. 

- Cerita ni rate 18+. Tak ada lah adegan aneh-aneh nau dalam cerita ni. Cuma aku rasa penggunaan words f**k tu terlampau banyak dalam ni. Sebab tu kot rate 18+.

-Cinematography menarik. Aksi berlawan pon style! Kingsman pon handsome. (Aku memang suka lelaki jenis muka gitu, sebab tu aku suka laki aku. Eh! Haha)

-Mesin pengisar dalam cerita ni memang legend! Haha  πŸ˜‚

-Banyak scene yang kelakar jugak. Korang memang akan terhibur lah tengok cerita ni.

-Kalau nak compare Kingsman sebelum ni dengan yang baru ni. Aku suka yang first tu lagi. Yang ni boleh lagi nak layan tapi yang first lagi sedap ah.

Overall, masih menghiburkan!

Rating: 8/10







Sinopsis Bisik Pada Langit

Cerita pasal keluarga Rosli. Ada sorang anak perempuan dia, Hajar belajar dekat luar negara. Dekat Australia sana, anak dia accident pulak. Lalu koma. Ayah dia ni pulak terlampau sayang kan Hajar ni. Nak tak nak, memang dia nak pergi jugak Australia lawat anak dia. Tapi duit tak cukup. Niat dia nak ke Australia lawat Hajar tu secara tak lansung menimbulkan pergaduhan dengan ahli keluarga yang lain.


Review Filem Sinopsis Pada Langit:

- Plot cerita yang senang faham. Cinematography was amazing!! Memang cantik. First moment je dah dapat tangkap minat aku untuk tidak miss satu part pon.

-Kalau tengok cerita ni kita memang boleh relate. Sebab sesuai dengan kehidupan kita rakyat marhaen. Tak macam cerita tipikal melayu yang celik-celik mata dah kaya. Ataupon kau CEO syarikat, lepas tu anak kau mewarisi empayar perniagaan. Bisnes semua juta-juta. Tak main ah bisnes cikai. Bapak kau setiap masa main golf pastu kena heart attack. Anak tunggal kaya raya pastu playboy.Pastu cinta 2 darjat. Laki kaya perempuan miskin. Tak pon perempuan kaya laki miskin. Atau pon kena paksa kawen sebab nak ubah perangai jadi baik. Tak pon ada watak antagonis yang jahat gila babun nak hancurkan hubungan.

Percayalah. Semua benda tipikal dalam drama melayu ni tak ada dalam filem Bisik Pada Langit. Semua nya kena dengan kehidupan kita rakyat biasa.

- Jalil Hamid punya lakonan memang superb! Serious kalau dia tak menang award Pelakon Terbaik pasni, tak tahu ah nak cakap apa. Watak dia memang macam bapak-bapak yang kita pernah tengok dalam real life. Tapi nasib baik ayah aku tak macam tu. Haha. Selamat sikit ah hidup aku πŸ˜‚.

-Watak Beto Kusyairy dalam ni pure gila. Serious kau boleh masuk syurga Dee oi. Bagus budak nya. Penyabar dan redha setiap masa.

- Banyak pengajaran yang berguna dalam cerita ni. Sila lah jadi anak yang baik.Kalau family kita susah, tolong. Jangan menyusahkan lagi family yang dah sedia susah. Bertimbang rasa sama. Dengar cakap mak bapak. Hargai pengorbanan diorang membesarkan kita. Untuk parents pulak, nak membesarkan anak-anak please jangan pilih bulu. Bagi lah kasih sayang sama rata. Anak-anak pon ada perasaan. Tak kira laki atau perempuan.

- Jalan cerita simple. Skrip memang padu. Ayat senang faham sebab dialog diorang sama macam percakapan kita seharian. Emosi dalam cerita ni memang kena sangat dengan jiwa masyarakat. Aku yakin memang ada yang akan rasa benda ni dalam adik-beradik kalau korang ada ayah jenis sebijik macam Jalil Hamid dalam cerita ni.

-Semua babak dalam cerita ni sangat natural. Memang boleh menyentuh hati. Semua pelakon yang ada dalam filem ni pon semua berjaya angkat karakter masing-masing dengan jayanya. Jalan cerita simple tapi kesan dia memang padu beb!

-Khabir Bhatia punya buah tangan kali ni memang tidak mengecewakan.


-Serious aku ni susah gila nak menangis. Tapi filem ni berjaya ah buat kan aku mentis air mata. Kena nganjing dengan husband dekat sebelah pon lantak lah. Janji perasaan sedih tu berjaya dilepas kan. Hahaha. So korang, stand by tisu siap-siap nak tengok cerita ni.


Siapa tak tengok lagi, aku memang highly recommended korang tengok cerita ni! Sebab dah lama kita tak dihidangkan dengan cerita bermoral macam ni dekat panggung. Untuk cerita melayu, aku rasa cerita ni memang best! 

Rating: 8.5/10



Ada yang dah tengok 2 cerita yang aku review ni? Best tak bagi korang? πŸ˜„


33 comments:

  1. Nnt nak mencari movie Kingsman la kalau gini..
    Beto tu mmg saya suka, lakonan selalu menjadi bg saya ...
    Thanks sharing ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua-dua cerita memang best je bagi saya πŸ˜†

      Delete
  2. uwaa..nak tgk gak tp sini xde panggung..:)

    ReplyDelete
  3. jalil hamid mmg pelakon handalan... bagi watak lawak mmg betul2 lawak... bagi watak serius... fuhhh ... mmg betul2 paduu

    beto pun sememangnya antara pelapis pelakon muda (dah tak muda pun dia ni... tapi takde la tua sgt) yang betul2 mantap lakonannya. Memang takkan jemu menonton lakonannya

    saya baru je menonton filem ni semalam dengan adik-adik... mmg boleh menangis tapi berjaya ditahan.. yela takkan nak nangis depan adik.. kan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Control macho ke tu tak nangis depan adik? Haha.

      Kalau tengok poster, memang tak ada rasa nak tengok. Tapi sebab time tu tak ada cerita apa nak tengok, tu saja tengok Bisik Pada Langit. Bila layan, rasa eh eh best jugak cerita ni. Sedih lak tu πŸ˜„

      Delete
  4. wahhh dah tengok Kingsman yeahhh... kite tak tgk pun lagiiii..lagi sadiss dengar termos dia dah solddddddddd outt..sadisssnyer tak boleh buat collectionnn huarrghhh...

    cite Melayu, jarang tgk kat wayang..selalu tunggu gambar dah ok baru tgk online or dunlot. tapi kalau cite yg jalan cite camtu, mmg x blh tunggguuu... nak2 plak pelakon hebat2.. jalil hamid..bawak la watak ape pun, mmg jadik..nak2 kalo cite jd bapak yg semekin or anak buang dia..blh bengkak mata wohhh... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Jarang tengok cerita melayu sebab selalu dikecewakan.
      Tapi Bisik Pada Langit ni best. Tak rugi lah tengok. Sebab dah lama tak ada cerita-cerita melayu jenis macam ni dekat panggung πŸ˜„

      Delete
  5. mesin pengisar tu memang scene paling disgusting T___T euwww

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa orang dah jadi burger dekat situ hehe πŸ˜„

      Delete
  6. belum pernah tgk kingsman . camtu kenalah tgk kingsman the secret service dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang first dulu memang best. My personal opinian, yang first tu lagi best sebenarnya dari Kingsman 2 ni. Tapi Kingsman 2 ni masih lagi tahap best lah untuk tengok dekat panggung πŸ˜„

      Delete
  7. Okay, dua dua tak tgk lagi... kingsman tu mmg dlm list lah...tapi bisk pada langit tu tak pernah terasa nk tgk, sbb selalu dikecewakan di panggung oleh citer melayu... but i guess i can spend money for this one...thank you for the review....so helpful!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bisik Pada Langit boleh try tengok. Sebab cerita tu ada mesej and banyak juga pengajaran. Bukan cerita kosong. Yang penting, sediakan tisu siap-siap. Hehe πŸ˜„

      Delete
  8. baru tengok trailer bisik pada langit akak dah berjurai air mata..kalau tengok full movie konfem bengkak terus mata..hahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok trailer pon dah berjurai air mata? dahsyat sangat tu. Hahaha.

      confirm tengok cerita ni terus berjujuran air mata πŸ˜„

      Delete
  9. Paling suka kingsman! Movie bisik pada langit belum tengok.

    ReplyDelete
  10. best kingsman tu :) bisik pada langit tak dan g nk tengok

    ReplyDelete
  11. kingsman dah tonton..betul mcm cikepal ckp..kingsman1 lagi best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Kingsman 1 lagi best. Tapi yang 2 ni pon boleh lah layan πŸ˜„

      Delete
  12. cik epal!! saya baru p tgk bisik pada langit smlm, lepas adik badik lelaki whatsapp grup "weii ampa p tgk lekaih, watak jalil hamid sebijik mcm ayah kita! dah la mak dia pun mcm mak kita, sikit2 nak pengsan!". hahaha. terus dan2 pi tgk.. baru start 2-3 min dah tacing..dah jebeh2 aimata..btoi dasat! haha. laki i nganjen2 i kata "u apa tau..bapak u lain. tak sama dgn bapak kami!". hahahhaha.. huaa sila lah buat naskah kualiti mcmni lagi wahai manusia2 filem melayu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kalau ada parents yang perangai sebijik macam dalam cerita tu, mesti lah lagi feeling lebih. hehe πŸ˜„

      Delete
  13. Kingsman tak tengok lagi. Tapi Bisik Pada Langit tu serius best walaupun banjir dalam wayang tu. Betul sangat, ni bukan typical malay punya filem. Wajib tengok!

    ReplyDelete
  14. alaaa nak tengok bisik pada langit tu huhu

    ReplyDelete
  15. Saya dah tengok cite Bisik Pada Langit tu CE....Saya mmg setuju dgn CE cite dia mmg best. Pelakon dia pun best best. Skrip dia pun padu! Sedih wooo.... Tapi tulah , cite cite gini susah nak box office...org tak berapa layan sangat kot!!

    Kingsman tu saya tak berapa minat

    ReplyDelete
  16. tak tgk pon lai kedua-duanya..taopi bisik pada langit tu yang nak sangat tgk..anyway..follow me back yer..tq..https://sikasutpinkstory.blogspot.my/

    ReplyDelete