Tuesday, September 26, 2017

Cik Epal dalam SIS TV9 - Deko makanan comel untuk Han #dapurcikepal

Kalau siapa follow instagram aku (@cikepal06) mungkin dah pernah tengok lah gambar-gambar ni. Ada lagi dekat instagram aku, tapi aku malas nak letak banyak-banyak. πŸ˜†


Dari Han kecil lagi, aku memang dah ada niat nak deko makanan dia comel-comel bila dia dah boleh makan nanti. Masa Han umur 6 bulan, aku selalu bagi bubur nasi dengan puree buah je. Bila dia start 2 tahun best lah. Sebab aku boleh bagi macam-macam makanan dekat dia. Dapat pulak Han memang jenis kuat makan (ikut ayah dia lettewww😝) .


 Ok-lah-kuat-makan-ikut-mak-dia-k-bye.


Dah Han suka makan, lagi naik syekhh lah aku nak deko makanan dia setiap pagi. Haha



Egg Mayo Sandwich.
Yang hijau tu bukan petai. 
Tu edamame.
Sejenis kacang.

Pancake with chocolate and strawberries.

Ni nasi dengan sup.

Haaa yang ni favourite Han.
Pasta.
Apa-apa jenis pasta pon Han suka makan.


"Wow! Bear Bear"
Sekarang ni Han dah boleh cakap sikit-sikit. Kalau dia nampak aku buat pasta bentuk bear macam ni. First word yang keluar dari mulut dia adalah..

"WOW"

Haha.

Tapi masalah nya dia memang suka cakap "WOW".

Kalau dia nampak aku tengah bersiap nak pakai tudung dalam rumah pon.

Bila dia nampak, dia cakap

"WOW"

Sebab dia tahu dia boleh keluar.Ye lah kalau aku keluar, mesti lah bawak dia kemana-mana.

Papa Han suka menari aneh-aneh depan dia pon, dia nampak, dia cakap

"Apa ni papa? Buruk lah menari aneh macam Mr Bean"

Ok tipu. 

Han mana boleh cakap sampai tahap macam tu lagi. 

Tapi macam biasa, Han akan cakap.

"WOW"

Hahahaha budak WOW dia ni πŸ˜‚ 

Dah pandai nak makan sendiri.

Pasta kegemaran Han πŸ˜‹


Ni aku buat nasi dengan sup ayam.

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on


Video Han makan sambil layan lagu shark doo doo πŸ˜†

Nak hulur sandwich ni dekat Han . Husband nampak.

"Yunk. Kenapa muka dia jerawat lubang-lubang?"

Aku senyap je.

Dia tengok lagi.

"Eh spongebob lah".

2x pandang baru dia nampak #spongebob .I need to upgrade my skill lah macam ni. Haha. Adakah memang tak nampak macam spongebob? πŸ˜‚


Semenjak dari kes spongebob itu, aku terus letak nama karakter aku buat dekat pinggan, macam ni. Aku letak POOH siap-siap. Supaya tiada lagi soalan aneh dari papa Han.

Han apa dia kisah. 
Aku buat bear ke, rabbit ke, panda ke, cipan ke, tenuk ke.
 Janji dia dapat makan.



Haritu wartawan SIS TV9 nak interview aku pasal deko makanan comel untuk Han ni. Ni kira first time lah dalam sejarah hidup aku ada wartawan nak interview dekat rumah untuk benda-benda macam ni untuk masuk tv. Sebelum ni, pernah lah jugak wartawan datang rumah, tapi tu untuk dekorasi rumah macam dalam entri ni Majalah GLAM Deko, Majalah Jelita dan Majalah Wanita.



Tapi untuk deko makanan Han, ni kira first time lah kena interview. Masuk tv lak tu. Nervous aku. 


















Wartawan suruh aku buat 2-3 dish je. Tapi aku bantai buat sampai 5 dish. Hihi.


Aku deko makanan ni memang sebab aku suka. Ni kira hobi baru aku lah.Kalau Han tak suka pon aku tak kisah, janji aku suka! Hahaha. Penting untuk diri sendiri happy dulu. Baru kita boleh jadikan hobi tu sebagai rutin harian. 😁


Benda ni macam terapi lah untuk aku. Sama macam deko rumah, satu kepuasan tau bila dapat deko rumah kita macam apa yang kita imagine. Untuk deko makanan Han ni pulak, aku rasa satu kepuasan jugak bila aku dapat buat benda yang aku imagine dalam kepala aku guna semua makanan real yang boleh dimakan.


By the way, thanks SIS TV9 sudi interview Cik Epal gonjeng. Haha.


K bye!




89 comments:

  1. ada nampak dekat IG cik epal, memang masa tu rasa waaaaaa...ok, ni selalu anak IQ yang sebut, lebih kurang macam Han jugak, tahu cakap waahhhhh..haha~!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sorang wow. sorang wahhh πŸ˜„

      Delete
  2. Bukan setakat budak orang besar pun WOW kalau tengok makan berdeco macam tu. Apalah papa Han, punyalah cantik spongebob tu dikatanya jerawat lubang-lubang. Sabojelahhhh mama Han. HAHA

    Bila punya SIS tu, terlepas siaran dahhhh. Takde ulangan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah nya. Penat je buat spongebob. Dia kata jerwat lubang-lubang pulak. πŸ˜„

      Delete
  3. Wahhh... kreatifnya cik Epal. Memang serba boleh dan banyak bakat terpendam. hehe :)

    ReplyDelete
  4. hehehe.. comelnyaa makanan.. budak2 nampak memang berselera betul :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat pulak budak selera nak makan. Lagi best kita nak deco πŸ˜†

      Delete
  5. Comelnya deco makanan macamtu. Rasa tak sampai hati nak makan makanan comel cemtu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena lah makan jugak. Nanti basi. ahaha πŸ˜†

      Delete
  6. wow kagumnya dgn cik epal. Qekra rasa perlu kesabaran yg tinggi buat deco2 tu, sedangkan anak dah sibuk mama nak makann haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang selalu bangun awal. So pagi2 tu siap kan dulu before Han bangun πŸ˜†

      Delete
  7. Gigihnya cik epal. Kalau macam ni bukan takat Han je suka, kami pun suka.
    Terlepas tengok sis hari tu so kena cari balik la untuk tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu Tonton free je. Sekarang dah kena bayar. Dah tak tahu kat mana lagi nak tengok πŸ˜†

      Delete
  8. suka tengok cik epal deko makanan Han. Telan ailio sebab nampak sedap. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke tu telan ailio tu??? 😝😝

      Delete
  9. akak ada tengok hari tu, comel2 je deco yang dibuat tu. satu kepuasan bila dapat buat apa yang kita suka kan

    ReplyDelete
  10. Siqah suka tengok semua makanan Han. Nampak menarik semua tau. Bila dah minat, semua jadi kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks 😘
      Ye. Betul tu πŸ˜†

      Delete
  11. Rajinnyaaa.. mungkin boleh try method ni nak bg anak suka makan. Lately ni kakak tu dah tak suka nak makan plak. Nak tanya, mata panda tu buat dengan apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jugak try. Mana tahu dia suka πŸ˜†

      Delete
  12. kreatif nya cik epal. Comel sangat

    ReplyDelete
  13. Allah...comelnya la semua makanan2 yang cik epal deko. Semoga saya juga diberi kerajinan untuk buat semua deko2 tu,hehe

    ReplyDelete
  14. Ehh, dah keluar tv dah ke?

    Btw, tahniah untuk mama Han..
    Memang kreatif sungguh.

    ReplyDelete
  15. Anak sorang ok kot cer anak lima hahahhaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah suka buat, anak 5 pon boleh je buat kalau memang betul2 nak buat πŸ˜„

      Delete
  16. Sy salah seorang manusia yg suka stalk IG Cik Epal sbb nak tgk deko2 makanan han ni .hikhik . Han makan pun kemain berselera dia

    ReplyDelete
  17. Comelnya deko.. teringat bento orang jepun ngan korea..hehe

    Bila deko ni, mesti anak lagi semangat nak makan kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, anak saya memang suka makan πŸ˜„

      Delete
  18. haih cik epal, lama tak bukak ur blog, and ur blog is still outstanding liddat, and ur posts makes people happy tau tak!

    ReplyDelete
  19. Wah glemer lah Han, ibunya pun rajin mendeko makanan ye

    ReplyDelete
  20. saya dah tengok mmg best sgt . Han pun comel :)

    ReplyDelete
  21. Same interest la kte !!πŸ˜‚ actually mase preg b4 ni pun berangan nnti anak da besar sket jak decor makanan dia. Supaya die lg sronok nak makan. Tak sabar nk tggu mase tu.now my baby baru 4 bulan.asalnye tgok ig farahquinn suka pulak tgok die decor makanan anak die

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe nanti anak dah 2 tahun boleh lah try buat πŸ˜„

      Delete
  22. Tahniah cik epal masuk tv! Tapi memang cantik la deko deko makanan ni. Kalau jadi Han tak sampai hati kot nak makan. Rasa nak letak dalam frame ja sebab cuteness overloaded haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena lah makan. Memang basi lah letak dalam frame kang. Haha πŸ˜†

      Delete
  23. Semuaaa comel ni. Hahah! Sayang pulek nak makan. Lol!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena makan! Nanti basi! LOL πŸ˜†

      Delete
  24. kalau comel macam ni bukan han je suka, kalau sha pun sha suka haha siap upload kat ig lagi kalau dapat hehe :P

    ReplyDelete
  25. wahhhhh beruntung han.... comei lak tu deko mummynya

    ReplyDelete
  26. comelnyee beruang tuhh...ahaha..jerawat ehh

    ReplyDelete
  27. Untung Han dapat mama rajin dan kreatif.... Kalau saya jadi Han mmg makan bertambah tambahlah hari hari hihihi....
    Tahniah ye CE masuk TV...

    ReplyDelete
  28. Cantiknya deko..menawan mata anak-anak yang melihat.... idea yang kreatif buat anak-anak kecil.. good job sis..

    ReplyDelete
  29. WOW

    cik epal masok tv..

    WOW

    cantiknya makanan Han

    WOW

    hacik terliurr la hannn..semua nampak sedappp

    heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. WOW dah berjangkit WOW Han. Haha πŸ˜†

      Delete
  30. selalu je tengok kat ig, bukan setakat han yg geram. sye pun geram tengok rasa nak makan han punya. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try mintak Han sikit lain kali πŸ˜†

      Delete
  31. Hahaha, Han apa ada kisah, janji makan.....
    Congrates! Masukk TV...memang comel-comel lah..kreatif tuh penting..kann

    ReplyDelete
  32. Rasa syg nak makan sebab comel2 sgt.hehe

    ReplyDelete
  33. pasta tu nampak comei..yg lain pun sama. Tapi sebab anak suka pasta rasa berkenan nak buat camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang selalu buat macam tu sebab anak saya suka pasta jugak πŸ˜„

      Delete
  34. comel-comel betul deko makanannya.. kemas pula tu..

    terlebih excited muka Han bila tengok makanan die..
    Terserlah kehebatan penangan deko dan masakan cik epal.. =D

    ReplyDelete