Aku suka emoji! Even every caption aku dekat instagram (@cikepal06) pon mesti akan ada emoji. Heee π. Rasa macam tak lengkap je tulis caption kalau tak letak emoji. Emoji tu buat kan orang tahu ekspresi kita dan menggambarkan perasaan kita juga masa tulis caption tu. Kita rasa gembira, sedih, teruja, marah, menangis, sakit, terkejut semua kita boleh luahkan dengan emoji. Satu lagi sebab aku suka emoji dah tentu-tentu lah sebab emoji tu cute! π
Punya lah gila emoji sampai gambar pon nak letak emoji. Haha.
Kalau sesiapa yang gila emoji, sekarang dah ada handbag khas emoji tau.
Haritu aku dijemput pergi event Giamax X The Emoji Movie. Rambang mata tengok handbag dekat sini. Semua cute gila! Harga pon affordable pulak tu. π
Datang-datang kena sign. Cuba cari mana sign aku. Haha π.
Makanan pon nampak cute! π
Egg sandwich tu sedap gila. Nak dekat doblas kali lah asyik muka aku je dok menambah egg sandwich tu. Haha.
πππ
Lepas dah makan, emoji muncul.
Haha cute gila! π
Nak jugak bergambo dengan emoji cute ni! π
Dengan social media influencer yang lain. Comel gila diorang ni π
Host ni kelakar tau. Happy go lucky je orang nya. Dengar dia bercakap, asyik gelak je kitorang. π
Kitorang bertiga kena catwalk. Tapi kena catwalk sorang-sorang. Segan nya aku nak kena catwalk depan orang ramai ni. Tapi redah je lah. Haha π
Group photo.
Suka dengan konsep handbag party macam ni. Sebab santai tapi meriah.
Setiap social media influencer dapat hadiah sempena memeriahkan majlis. Yayyy! Thanks Giamax!
Aku dapat wrist bag. Comel nya wrist bag ni! Love it! π.
Boleh lah letak kad, coin, duit kertas, lipstick, handphone and etc.
Ni handbag yang aku dapat. Aku suka sling bag compact macam ni!
Bahagian depan handbag ni bila bukak, ada tempat letak barang.
Belakang handbag ada zip.
Ada 2 compartment. Tengah-tengah ada zip boleh letak barang juga.
Bahagian poket ni boleh lah letak lipstick ke handphone ke.
Aku suka dengan design handbag ni sebab banyak ruang untuk letak barang
Handbag ni limited edition dan memang special daripada Giamax. Paling best bila pakai handbag ni, kita boleh luahkan perasaan kita, gembira, teruja, bertenaga dan macam-macam lagi.
Suka konsep handbag yang ada gambar emoji macam ni sebab nampak cute!
By the way, syarikat Giamax ni dah agak lama dalam industri pasaran handbag wanita. Sebelum ni lebih fokus kepada golongan berkerjaya dan matang. Tapi sekarang bila dah berkerjasama dengan Emoji, Giamax fokus dekat golongan muda macam kita-kita ni pulak. Haha. Sebab tu semua handbag cute gila!! π
Setiap handbag ada emoji berbeza mengikut kegemaran masing-masing. So, korang boleh ekspresikan diri dengan emoji-emoji pilihan korang.
Eksklusifnya, handbag Giamax x Emoji Movie ini hanya terdapat 10,000 sahaja di pasaran. Korang kena dapatkan sebab tak banyak dekat pasaran. Kalau dah habis then habislah. Tak ada lagi dah.
So boleh dapatkan handbag ni cepat-cepat dekat Parkson Elite Pavillion, Parkson KLCC, Parkson Alamanda, KL Sogo, Aeon Mid Valley, Aeon Sunway Pyramid, Aeon Shah Alam, whatsBag SACC MALL, The Mines Shopping Center dan IOI City Mall.
Boleh beli online jugak dekat website Miroza Leather.
Siapa gila emoji dekat sini? Angkat tiak! Eh! Angkat tangan? π
KREATIF! Jadi trend dah skrg bag2, smua la nk emoji. cute weh
ReplyDeletehihi memang comel π
Deletebiasa wassap mmg x sah kalau xde emoji..hahaha...sama jgk wicet ke ape..entry dlm blog jer xde emoji sbb taip guna pc & mls nak klik2 guna mouse tu..hahaha
ReplyDeletetp bila tgk wassap/wicet/fb/ entry blog ade emoji, kita rasa seronok & tau emosi org tu cane..hehehe
hehe whatsapp memang selalu pakai emoji. Sebab senang nak taip terus letak emoji π
Deletewow bestnya dapat bag comel
ReplyDeleteππ
DeleteLagi sorang tu Elcah ye? comel semuanya.
ReplyDeletebest handbah tu. dahlah comel. warna pun menarik
aah. Elcah π
Deletewahhh..saya suka emoji <3
ReplyDeleteSaya pon suka jugak π
DeleteSuka handbag ada banyak ruang jugak. Penuh semua ruang yang ada. Hihi
ReplyDeleteBanyak compartment lagi banyak barang sebenarnya. Tapi kadang2 barang tah pape je banyak π
Deleteommo...
ReplyDeleteseriously sling back tu lawa giler... mostly part kaler dan kucing tu..comel
kucing tu memang comel π
Deleteeh, ada dekat aeon shah alam?? wow!!! memang kena pi tengok la gini. tetiba berkenan dengan sling bag tu! kawaii!!!
ReplyDeletenanti pi tengok. Harga sangat affordable! π
DeleteComelnya beg tu. Simple and lawa πππ
ReplyDeletedan comel! π
DeleteSaya pun suka emoji! Sebab baru nampak comey tulisan tu..hihi π btw beg tu lawa π
ReplyDeletehehe handbag comel π
DeleteRamai yang tertarik dengan emoji, ia mengikut perasaan sesorang dalam situasi semasa.
ReplyDeleteYup betul tu π
Deletehahahah, comel jer emoji najis tu...
ReplyDeletehaha π
Deletewaaaa bestnya... mmg cute sekor2 emoji tuh...
ReplyDeletehbeg tu mmg suweet pastu dpt lak wrist beg yg comel tuh...
ok je tgk org tu catwalk, dh gaya2 mogel pemalu hehehe
saya memang pemalu orang nya. Hahahaha π
DeleteComel handbag tu~ rasa macam nak kumpul buat koleksi pulak~ (^^")
ReplyDeleteBeli lah. Harga sangat affordable! π
DeleteComelnya beg tu...
ReplyDeleteMemang comel π
DeleteSling bag compact memang my favourite, cik epal ππππ
ReplyDeleteSaya pon suka π
Deletecomel je.. backpack punya ada tak.
ReplyDeleteAda! Yang backpack pon comel! π
Delete