Wednesday, August 16, 2017

REVIEW MOVIE : Bad Genius and Annabelle Creation 2017


Selalu aku review banyak movie, tapi kali ni aku nak review dua movie ni je lah. Sebab 2 movie ni cerita yang paling tak sabar aku nak tengok untuk minggu ni.


Sinopsis Filem BAD GENIUS 

Cerita pasal Lynn yang genius nak meninggal. Every exam mesti cemerlang dan akan dapat 4 flat punya. Mula-mula dia hanya tolong Grace (kawan perempuan dia yang sengal-sengal ubi dan tak bijak) untuk tiru dia punya jawapan dalam exam. Grace ni pulak pergi bagi tahu Pat (boyfriend Grace) yang lately Grace punya markah exam tinggi sebab copy jawapan Lynn.


Pat ni anak orang kaya, tapi dia sama jugak dengan Grace. Sengal-sengal ubi dan tak bijak. Dia offer dekat Lynn untuk bagi dia tiru jugak jawapan Lynn time exam. Tapi sebab dia kayo, dia nak bayar 3000baht untuk satu subjek. Dan dia ada 5 orang kawan lagi yang sanggup bayar Lynn untuk copy jawapan Lynn time exam. 3000baht tu baru satu subjek. Satu sem ada 13 subjek, darab lah semua tu dengan 3000 baht untuk sorang. Kalau 6 orang, tak ke senang-senang je dapat 234,000 baht? Mula-mula Grace berkira-kira dan fikir jugak nak accept. Tapi sebab dia pon bukan orang senang, so dia accept je lah job tu.


Mula-mula Lynn accept job untuk Pat dengan kawan-kawan je. Lama-lama makin ramai pulak nak join 'kelas piano' dia.Ye lah. Siapa yang tak nak cemerlang dalam exam kan? Tapi kena bayar dia lah kan. Mana tak kayo si Lynn ni. Dari 3000 baht sampai ke jutaan baht orang bayar dia semata-mata nak meniru.Sampai lah muncul lagi sorang budak genius nama Bank. Bank ni kira pesaing Lynn lah dan dia benci penipuan. Ada orang offer nak bayar untuk copy jawapan dia pon dia tak accept. Sebab dia rasa benda tu tak jujur.


Ok kalau nak tahu apa jadi lagi? Tengok lah cerita ni. Lemak ah aku nak cerita sampai habis.Haha.


Review aku:

-Perghh perghhh perghh cerita ni memang sangat mendebarkan. Lagi-lagi part nak meniru tu. Dia punya editing and sound tu akan membuatkan kita bertambah suspen.

-Jalan cerita simple dan mudah faham. Every scene mesti korang nak tahu apa akan jadi dan tak nak tertinggal satu scene pon.

-Storyline simple, pasal copy jawapan time exam je. Tapi cara dia nak bagi orang copy dia tu kreatif. Ye lah tak nak bagi kantoi, mesti lah kena kreatif kan? Hehe.

-Kalau korang jenis pernah meniru dalam exam, mesti teringat-teringat zaman study dulu kalau kot-kot pernah bawak toyol atau tiru jawapan member sebelah. Haha.

-Dia punya cara meniru tu style jugak lah.

-Tapi ada dialog Lynn yang aku setuju jugak dalam cerita ni Lynn cakap "We're not born winners, we must try harder to get what's ours. But don't you see even if you don't cheat, LIFE CHEAT YOU ANYWAYS".
Betul lah tu, belajar tinggi-tinggi sampai 5-6 tahun end up bila kerja makan gaji, gaji 4 angka je bulan-bulan. Itu kalau ye dapat kerja. Kalau lepas study, menganggur? Lagi parah. Orang kaya makin kaya. Kita rakyat marhaen ni je mengkayakan orang kaya. Kita sendiri tak kaya-kaya.

-Bila part dalam exam, mesti berdebar je tengok sebab nak tahu berjaya ke tidekkkk dia nak habiskan misi dia.

-Pengajaran yang aku dapat dari cerita ni. Ada orang memang dah dilahirkan kaya, ada orang dilahirkan bijak. Tapi kalau kita bijak, kita pon boleh jadi kaya dengan kebijakan kita. Haaa gituww.

- Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak. Ye dok?

- Kalau aku genius macam Lynn dan Bank ni,memang aku pertimbangkan jugak lah job macam ni. Muahaha. Gila kauu. Satu exam je dah dapat jadi millionaire. Ko tak payah kerja makan gaji dah. Confirm habis sekolah, poket penuh dan berjalan dengan penuh bergaya keluar pagar sekolah. Haha.


-Cerita ni ada plot twist sikit

-Overall cerita ni best dan menghiburkan. Memang tak rugi lah duit korang beli tiket wayang tengok cerita ni.


Rating: 9/10

Cerita ni memang best tapi idokler sampai aku nak bagi 10/10. Yang pernah dapat 10/10, cerita yang pernah aku review dekat ENTRI NI so far bagi aku.




Sinopsis Annabelle Creation

Cerita pasal macam mana anak patung Annabelle ni diciptakan dan jadi tempat tinggal iblis jahat. Cerita pasal keluarga Mullis, pembuat anak patung, sedih sebab anak dia mati accident. 12 tahun lepas anak dia mati, keluarga Mullins jadikan rumah dia rumah anak yatim piatu. Rumah ni memang cantik. Mula-mula anak yatim tu semua suka rumah ni. Tapi sebenarnya rumah ni ada rahsia yang mengerikan.

Ada 6 budak yatim piatu, tapi 2 je watak utama. Linda (Lulu Wilson) dan Janice (Talitha Bateman), budak ni kaki dia cacat. Janice ni dah rasa pelik dah masa mula-mula masuk rumah ni. Tapi dia ni pulak pergi langgar rules dalam rumah tu. Rumah tu ada satu bilik yang tak boleh orang masuk. Tapi Janice ni pergi jugak masuk bilik terlarang tu dan jumpa almari yang dalam dia ada anak patung Annabelle. Lepas je dia jumpa Annabelle tu, macam-macam lah benda pelik yang jadi. Jahat Annabelle ni, dia buat satu rumah takut dengan kewujudan dia sampai ada yang mati.

Siapa sebenarnya roh yang masuk dalam anak patung Annabelle tu? Depa ni semua dapat tak larikan diri dari Annabelle yang mengerikan itu? Haaa itu korang kena lah tengok di pawagam berhampiran dan berjauhan anda. Kehkeh.


Review aku:

-Aku memang peminat cerita seram. Cerita sebelum-sebelum ni memang aku ikut. Annabelle Creation ni memang salah satu cerita yang aku tertunggu-tunggu nak tengok.

-Awal-awal jalan cerita slow nak meninggal. Menguap aku. Han tidur, husband aku dekat sebelah pon lagi baik punyaa siap tidur masa awal cerita. Aku tak tidur, sebab memang tak nak miss jalan cerita. Tapi awal-awal cerita memang slow dan boleh bikin menguap lah.

-Valak pon ada buat kemunculan sikit dalam cerita ni. Walaupon ada lah dalam patplohlima saat je dia keluar. Sempat jugak ko nak interframe ye Valak! Haha.

-Scene terkejut memang banyak jugak lah.  Tapi part terkejut dia agak memenatkan jugak lah nak tengok. Sebab banyak jugak scene terkejut. Haha. πŸ˜†

-Tapi scene kelakar pon banyak jugak. Budak Linda tu tak buat lawak pon sebenarnya, tapi cara dia handle masalah dengan hantu tu kelakar. Satu panggung gelak dok tengok gelagat dia yang comel ituww.

-Pelakon semua best dan tak kayu.

-Kalau tak pernah tengok Annabelle sebelum ni, jangan risau. Korang still boleh paham jalan cerita. Part last je baru dia tunjuk kaitan dengan cerita sebelum ni. Cerita Annabelle Creation kali ni story lebih kepada asal-usul Annabelle.

- Untuk tahap keseraman aku rasa biasa-biasa je. Seram lah jugak cuma Conjuring lagi seram bagi aku.  Masih lagi tak boleh beat Conjuring.

-Lepas keluar panggung, mesti lagu "You are my sunshine my only sunshine you make me happy...." akan terngiang-ngiang dalam kepala otak korang. Haha


Rating: 7/10



====

Ada yang dah layan Bad Genius atau Annabelle Creation ni? Bagi korang best tak? πŸ˜„



25 comments:

  1. ramai ckp bad genius tu best ... lepas ni wajib tengoklah juga ...

    ReplyDelete
  2. haha cik epal macam tau je iols baru layan annabelle creation semalam, iols touching part persahabatan janice dgn linda, bagi iols best gak tapi taklah seram mana kan cuma suspense..kira ni lah asal usul cite annabelle kan cik epal kan? pastu muka linda tu (mata dia bulat cam annabelle) ingatkan linda tu yang bakal dirasuk hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe budak berlakon jadi Linda tu memang comel. Cerita hantu Ouija 2 dulu pon dia berlakon jugak. πŸ˜†

      Delete
  3. Dgr review Bad Genius ni pun dah tau bes citer ni.
    Yg movie hantu ni, maaf la kot. Mmg x kan tgk smpi bila sebab mmg penakut. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kalau takut tengok cerita hantu, tengok Bad Genius πŸ˜†

      Delete
  4. macam menarik je cerita Bad Genius tu.
    Movie Anabelle mmg seram giler. Tengok sambil tutup2 mata. =D

    ReplyDelete
  5. Ermmm Annabelle yg haritu punya pun bosan TT^TT nanti nak try tengok yg ni:3

    ehem... dulu pun jenis meniru >///< ahahahaha

    ReplyDelete
  6. dua2 saya dh layannn best sangat2 ...hehee

    ReplyDelete
  7. dah tengok Annabelle hari tu. dipaksa tengok hahaha. memang seram. actually I tak follow cerita sebelum ni so bab ending I blur. pastu google google oo baru tahu . I seram bab roh kejar Janice kat tangga. dia dah lah nak naik stairs elavator tu slow. -,-''.

    haah Linda comel benor. nampak innocent dia tu

    oh macam tu ke cerita Bad Genius? baca tajuk macam cerita yg sangat complicated, ingatkan nak kena ajak penonton berfikir. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda tu memang comel. Selalu jugak berlakon cerita hantu dia tu.

      Bad Genius tu jalan cerita straightforward je. Kita tak payah fikir2 pon kalau nak tengok. Cerita simple je. Pasal meniru time exam πŸ˜†

      Delete
  8. cerita dia best tapi asyik terjerit jee. lagu die tu sampai sekarang asyik terngiang2 😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. "You are my sunshine..my only sunshine...You make ke happy......"

      hihihi πŸ˜†

      Delete
  9. ahad lepas dah p tengok cerita annabelle ni. menarik gak ahh. tapi pendapat kita sama. conjuring lagi scary. rasa takut hantu dia tu sampai terbawa-bawa banyak hari gak ahh. annabelle pun best. tang lagu tu balik terus search. layan time kerja. hehehehe.

    ReplyDelete
  10. annabelle dah tngok ..mmng best citer kali ne lagi terkejut..klau bgi rate 9/10...jemput singgah www.hakimramli.com

    ReplyDelete
  11. dua2 belum tengok. teringin nak tengok bad genius tu sebab banyak review kata best. baca review nie makin menjadi2 rasa nak tengok. hahhahaha

    BV jarang layan cerita seram macam annabelle nie sebab takut terbayang2. hahhahahhaha. XD

    ReplyDelete
  12. tak tengok lagi annabelle..seram tak? I ni penakut sikit :(

    ReplyDelete
  13. saya benci awak sebab x abeskan review.hehehee.. kene tengok ni !! thankssss !

    ReplyDelete