Monday, May 8, 2017

Resepi Dadar Lauk Samarinda yang mudah dan sedap !


Hye korang! Hari ni nak share resepi Dadar Lauk Samarinda. Kerlasss sangat nama menu ni. Dadar lauk samarinda ye. Kau dadar lauk sinetron diam sana! πŸ˜‚

Serious senang gila nak buat. Buat sambil baring pon boleh! Haha.

Kot lah ada mak-mak yang buntu nak masak apa untuk sarapan ke minum petang ke. Boleh lah buat Dadar Lauk Samarinda ni. Tapi bukan kata sarapan, bila-bila kau nak makan pon boleh aje buat.



Dadar Lauk Samarinda.
Samarinda tau,bukan sinetron ye. 
Awas aja lo mau nyaingin resep gue? ya udahh gede-gedean ajalah sini.
(Dah kenapa kau?)





Resepi Dadar Lauk Samarinda

Untuk inti:

1 sudu besar serbuk kari ikan 
1 tin sardin (size kecil)
1 biji kentang
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1/4 cawan air




Kentang potong kecik-kecik bentuk dada eh dadu. 
Bawang merah and bawang putih tu tumbuk lumat.

Panas kan minyak, tumis bawang sampai naik bau.
Pastu masuk sos cili dan sos tiram.
Kacau.





Pastu masuk kan serbuk kari, sardin dan air sikit.




Kentang pon jangan dilupakan. Masuk semua sekali.
Pastu masak lah sampai masak.


Kacau lah mereka biar mereka sebati. Boleh lah kau nyanyi sikit tayar bas berpusing-pusing pusing2 pusing2 sambil kau kacau pusing-pusing bahan tu ok 😝


Dah siap, ketepikan mereka sebentar. 
Ketepi kan tak kisah lah tepi kanan ke kiri ke suka hati kau lah.



Bahan-bahan dadar lauk Samarinda:

1 biji telur
1 sudu teh garam
2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
( 2 setengah cawan ye, bukan 21 setengah cawan eh! Kalau baca 21 setengah cawan memang saja nak kena cepuk)


Semua bahan-bahan aku tulis dekat atas ni, kau campak je semua dalam besen. Godek-godek kan guna whisk je. Senang! Tak kisah lah kau nak kacau cara macam mana. Kuak lentang ke, kaup balik kaup ke, godek-godek ke, asal sebati sudehhh.

Dah dapat tekstur macam ni, alright dah ah tu.




Ambil kuali paling leper yang kau pernah ada dalam sejarah dapur kau.
Letak majerin sikit.

Dan dadar kan lah beliau. Gelek-gelek dengan senduk bagi rata guna tangan kanan sambil tangan kiri kau di pinggang. Phewitttt 😝 

Dah masak. Angkat lah apa lagi. Tak kan nak menung je.

Nak lipat dadar lauk samarinda ni senang je. Lipat baju yang bertimbun dalam bakul rumah kau tu lagi susah tau nak membuatnya πŸ˜‚

Ambil sehelai dadar lauk samarinda tadi, letak atas pinggan.Pastu letak inti. Letak inti tu agak-agak je. Jangan lah letak banyak sangat sampai kembung macam perut suami kau tu Kiah oii, buruk bebenor jadik nya nanti. 😝

Bahagian bawah lipat bawak naik atas.

Lipat bahagian kiri dan kanan pulak.

Gulung punya gulung ....

Siap!
Boleh lah beregukan dengan air panas pilihan hati korang.
Nak ngapp terus pon boleh.
Kalau nak potong pon bolehh. 
Potong pon ada macam-macam teknik.

Potong teknik senget benget otak senget

Potong teknik lurus bendul badigol

Ahh suka hati lah nak potong macam mana pon. Janji sedap jugak masuk perut.


Selamat mencuba Dadar Lauk Samarinda ni uolssss. 
Nama pon dah meletop nok! 
Cara nak buat pon sangat simple-mudah-easy-senang (saja nak kena hempuk). 
Sambil baring pon boleh buat. Kehkeh.


48 comments:

  1. hahaha kelakar la cik epal ni, selama ni akak baca je hari ni rasa nak komen pulak, selalu baca ayat2 cik epal kelakar buat akak senyum sorang2..

    okeh resepi tu memang nampak senang tapi akak selalu kalau nak mendadar tepung tu tak menjadi, rasa macam kena beli kuali barulah, baru menjadi dadar akak nanti, tak melekat. kuali kat dapur akak belum canggih takde yang leper.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak sudi baca. Hehe πŸ˜„

      Resepi ni memang senang. Kena guna kuali leper baru senang sikit nak mendadar. Saya letak marjerin sikit sebab tak nak melekat. Hee

      Delete
  2. Salam singgah petang sini Cik Epal...wahh...sedapnya dadar lauk samarinda ni...nk buat pun macam senang jak kan..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kongsi resepi ini..InsyAllah ada masa nak try buat juga ni Cik Epal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Selamat mencuba 😘

      Delete
  4. resipi ni mcm simple and sedap..palinh best chef kelakar..ayat tu..hahah...oklah nanti cuba

    ReplyDelete
  5. huarghh sedapnya buat minum petang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat minum petang memang sedap πŸ˜‹

      Delete
  6. wah menarik resepi ni ...boleh buat untuk menu petang hujung minggu ni

    ReplyDelete
  7. Arahan memasak daripada Cik Epal tak pernah megecewakan malah membuat saya tertawa hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi arahan dari seorang yang ting tong ajor masak πŸ˜…

      Delete
  8. Ya Allah tergelak-gelak baca entry nie.. But Insya-Allah will try this interesting recipe..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang ni. Selamat mencuba uolsss 😘

      Delete
  9. rajin kamu dik...
    kalau akak lah, akak bt sambal sadin pastu akak cicah je ngn lempeng tuh heheheh...
    tp bila dh tukar nama jd samarinda itu yg lawo lak di gulung2 gitu kan

    lauk dia tu yg sedap tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sama spesis je sebenornya pon.
      Nama je letop.
      Dan yang ni kena gulung hehe πŸ˜†

      Delete
  10. Cik Epal kalo kulit dadar tu x yah letak gula sikit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak letak pon tak ada masalah kalau suka πŸ˜„

      Delete
  11. Amboiiii...boleh buat sambil baring, ya...hehehe...kalau makcik buat sambil baring tahu-tahu makcik yang jadi samarinda... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow kerlass makcik terus transform jadi samarinda nanti. ehehe πŸ˜†

      Delete
  12. kerlasss gitu cik epal! I loikeeeee ....
    lepas ni wajiblah mencuba resepi cik epal ...
    nampak mcm senang ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi ni memang senang. Buat sambil baring pon boleh. Haha

      Delete
  13. adoii..pagi2 dah keras perut gelak cik epal oii..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan keras perut bila nak beranak je. Haha

      Delete
  14. Sedap tak? muahhahhaaa soalan apa ke benda tu.

    Resepi macm ni Mrs. A suka cos bahan-bahan nak buat tu memang ada je dalam dapur.

    Cuma tepung tu Mrs. A tak pernah guna lagi jenama tu biasa cap sauh jer... nak try jugaklah tepung macam Cik Epal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak guna tepung gandum jenama apa-apa pon ok je sebenarnya hehe πŸ˜†

      Delete
  15. macam best je ni cik epal, nak try lah hehe

    ReplyDelete
  16. nampak cam sedap plak dadar cute tu...hehe

    ReplyDelete
  17. ni ala ala lempeng la kan. tapi mcam menarik cara makan macam ni. nak try nak try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang lah. Cuma dia boleh terus ngapp je. Tak payah cicah-cicah macam lempeng πŸ˜„

      Delete
  18. salam cik epal.. lama ika xsinggah sini. hampir 2 tahun. btw, nice sharing. boleh la try nanti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Hye. Selamat mencuba πŸ˜„

      Delete
  19. lawak la cik epal ni..btw thanks share resepi.. :)

    ReplyDelete