Friday, May 5, 2017

Pengalaman cabut gigi geraham dan tips kurangkan sakit lepas cabut gigi


Punya lah berzaman tak sakit gigi. Time aku pregnant kan Han dulu tetiba rasa gigi geraham berdenyut. Bila main gigi dengan lidah rasa macam berlubang. Tengok cermin, memang betul berlubang. Maybe lah sebab hormon berubah time pregnant tu meybebakan aku sakit gigi tetiba. Tapi aku tak nak ambil risiko cabut gigi masa pregnant . Aku jumpa dentist, dia sarankan aku tampal. So ok lah aku pon tampal. Tak sakit pon tampal gigi. Kejap je siap. Time tampal ada rasa ngilu sikit je. Pastu terus rasa lega. Dah tak ada denyut-denyut dah. Doktor kata tampal ni tahan 2-3 bulan. Kalau pandai jaga, boleh tahan bertahun. So aku pon tak kisahlah, lepas dah bersalin nanti boleh lah cabut. Janji time pregnant tu aku tak rasa sakit gigi berdenyut.


Nak dekat 2 tahun jugak lah gigi yang aku tampal tu bertahan. Lama-lama benda yang ditampal tu terhakis dan aku pon mula rasa berdenyut balik. So malas nak panjang cerita, kita pergi cabut je lah. Tengah tak pregnant ni terus cabut je lah senang.

Sakit dan pedih woo rasa berdenyut-denyut dekat bahagian berlubang tu.


Yang husband aku ni pulak tak habis-habis. "Ni lepas yunk cabut gigi ni mesti demam. Sakit gila cabut gigi. Lagi sakit dari sakit nak beranak"

Amboihhh macam dia pernah beranak. Yo yo ooo je tau. Aku rilek je. Sebab dah pernah beranak kan. So tak ada lah cuak sangat nak cabut gigi ni. Nak beranak lagi cuak kottt. Lagi pon aku malas nak fikir pasal kesakitan. So aku watlek watpis je. Heee. Masuk je jumpa dentist aku cerita sikit kisah gigi aku yang mana sepatutnya aku nak cabut gigi time pregnant tapi tak jadi tu. Yang tampal tu pon dah terhakis.

"Doktor buat lah apa yang doktor nak buat. Nak cabut banyak mana pon tak kisah. Janji rasa berdenyut-denyut saya ni hilang"

Gituww. Dengan penuh konfiden nya aku cakap tu. Tapi sebenarnya ada lah rasa takut sikit tapi buat-buat cool je. Kehkeh. Doktor pon suggest aku cabut je gigi geraham yang berlubang tu. Tapi dekat belakang gigi tu ada gigi bongsu kecik cenonet lagi. Dia cakap yang gigi bongsu tu dia tak cabut. Kalau gigi bongsu tu bermasalah baru dia cabut. So aku ok je. Janji berdenyut ni hilang.


Doktor pon letak bius. 2 kali dia inject guna jarum halus dekat gusi. Tak sakit sangat, rasa macam semut api gigit je. Eh? Dah macam tok mudim describe rasa sakit dekat budak nak bersunat pulak aku explain ni. Hehe. Pastu dia biar jap dalam 2-3 minit. Pastu terus rasa kebas. Bibir pon sebelah kebas. Rasa persis mulut Donald Duck tapi version ada sebelah je. Hehe. Dia suruh aku rilek. So aku pon rilek je. Aku tanya, sakit tak nak cabut gigi? Sebab dah berzaman aku tak cabut gigi so aku lupa dah perasaan time cabut gigi tu rasa apa. Hehe.

"Tak sakit. Rasa macam gigi bergoyang je" kata Doktor.

Oh ok. Masa doktor nak start cabut je. Memang rasa lah gigi aku bergoyang. Dengan kepala aku sekali ikut bergoyang. Haha. Godek punya godek, pappp dia cabut. Uihh kejap je rupanya. Dan yang paling best, tak rasa pape. Yayy tak sakit!


Pastu dia bagi kapas suruh aku gigit. Bukan kapas lah, dia macam jaring net tu. Aku pon gigit lah tanpa banyak soal. Doktor kata, lagi 2-3 jam baru aku akan rasa sakit sebab bius hilang. Tapi lepas sejam je, makan ubat tahan sakit yang dia akan bagi. Nanti boleh kurang kan rasa sakit.


Lepas sejam je aku terus makan ubat tahan sakit. Doktor suruh makan aiskrim aku pon terus makan aiskrim lepas cabut gigi. Balik rumah ada lah 2-3 kapas aku tukar, pastu tidur. Yang husband aku pulak "Uihh ni nanti masa tidur mesti sakit, confirm tak boleh tidur punya. Dulu masa I cabut gigi memang tak boleh tidur. Terus demam"


Aku pon bersedia jugak lah untuk demam. Sebab husband aku yo yo ooo je kan cakap sakit lah demam lah tak boleh tidur lah hape lah. Tapi Alhamdulillah aku bangun tidur je, tak rasa sakit pon.  Yayy!! Husband aku pon pelik je asal aku cabut gigi tak sakit macam dia. Dengan nada cemburu dia bertanya " Yunk, serious lah tak sakit? Time tidur tak sakit? Bangun tidur pon tak sakit? Ingatkan yunk demam pagi ni. Kenapa tak sakit pulak ni?"


Kihkih. Jeles lettewww. Aku pon lagi suka je lah aku tak demam dan tak sakit. Ngeri betul pengalaman husband aku dulu masa cabut gigi. Sampai demam. Nasib baik aku punya pengalaman ok je.


Kalau ada yang macam aku. Jenis berzaman dah tak cabut gigi, tetiba gigi berlubang kena cabut. Boleh buat tips ni lepas cabut gigi.




Tips yang aku amalkan lepas cabut gigi:



πŸ’™1- Gigit kapas kuat-kuat sampai darah berhenti.

Selalunya lepas cabut gigi, doctor akan bagi kapas. Bukan kapas pun sebenarnya, dia macam kain net tu. Tujuan nya nak bagi darah berhenti mengalir. So, gigit kapas tu kuat-kuat and gusi pon akan rasa lega dan tak sakit. Rajin-rajin tukar kapas so that tak terlalu banyak air liur berdarah yang terkumpul dalam mulut.


πŸ’™2- Jangan berkumur selepas cabut gigi.

Kalau boleh jangan berkumur lansung. Kalau tertelan air liur berdarah tu pon sebenarnya tak ada masalah. Telan je. Jangan berkumur sebab nanti darah start mengalir balik. Just kena rajin tukar kapas je.

πŸ’™3- Jangan usik atau sentuh kawasan bekas cabut gigi dengan lidah/jari.

Walaupun rasa pelik sebab gigi dah tak ada tapi jangan gatal-gatal pergi main gusi tu dengan lidah. Dengan jari lagi lah jangan usik. Usik guna jari kang takut masuk bakteria. Main gusi dengan lidah pulak boleh membuatkan gusi kita start berdarah lagi.Elok-elok darah dah berhenti, gatal main gusi dengan lidah, dahhh berdarah balik. Tak pasal-pasal. So jangan buat ok.


πŸ’™4- Makan aiskrim atau minum minuman sejuk 

Lepas cabut gigi je, doktor suruh makan aiskrim. Terus aku beli aiskrim dan makan time tu jugak . Makan aiskrim ni sebenarnya untuk bagi pendarahan cepat berhenti.



πŸ’™5- Makan ubat tahan sakit doktor bagi

 Jangan lupa makan ubat tahan sakit doktor bagi tu. Sebab bila bius habis, doktor kata memang akan rasa sakit. So makan dulu ubat tahan sakit sebelum bius habis. Lepas sejam cabut gigi je, aku terus makan ubat. Alhamdulillah aku tak rasa sakit after bius habis pon.


πŸ’™6- Jangan ambil minuman/makanan panas dan keras.

Jangan ambil benda panas atau keras selama sehari lepas cabut gigi. Minum air panas boleh buat kan darah mengalir lagi banyak dan susah nak stop. Makanan keras pulak sebab takut masuk lubang bekas cabut gigi tu. So benda panas dan keras sila elak kan.


πŸ’™7- Better tidur dan berehat lepas cabut gigi.

Selalunya benda pertama yang kita nak buat lepas cabut gigi mesti lah tidur kan? Aku cabut gigi ni malam, so lepas cabut gigi, memang tidur lah. Better tidur, rehat cukup-cukup. So tak ada lah rasa sakit.




Aku rasa ni je lah benda yang aku buat lepas cabut gigi. Alhamdulillah aku tak rasa sakit pon lepas cabut gigi. Aku rasa husband aku tak buat benda-benda ni kot masa cabut gigi dulu, sebab tu bila dia cabut gigi dia terus demam. Haha.

Oh ye, sebelum cabut gigi, better korang makan kenyang-kenyang ok. Sebab lepas dah cabut gigi nanti, mulut akan rasa kebas, darah pon still keluar dan susah nak makan. Elok cabut gigi malam, boleh terus tidur je bila balik rumah.


Korang pon mesti ada pengalaman cabut gigi kan? Sakit tak? Heee 😁




52 comments:

  1. warghhhhh! bila baca ni terus rasa takut. gigi geraham bongsu saya ni dah pecah sebelah! patutnya kena cabut, tapi taknak cabut sebab banyak baca bila cabut je sakit dia lain macam.

    tiba2! terbaca tips hilangkan rasa sakit gigi ni. eh!! tiba2! rasa nak cabut! hehehehe.

    mrejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah pecah tapi tak sakit takpe. Biar je lah. πŸ˜†
      Kalau sakit, baru pergi jumpa doc suruh cabut.

      Delete
  2. huaaa, IQ baru cabut gigi ni semalam, IQ ada cerita di blog, cik epal cabut gigi bila? kenapa lambat sangat tips ni keluar? huaaa, semalam memang teruk sangat rasa lepas bius habis, dah la doc xbagi mc (mungkin doc ingat suri rumah kot), pergi kerja terus ting tong kepala sakit....lepas bius habis baru tergedik nak makan ubat..huhu..

    xtau plak kne makan ais krim, kalau tak, terus pergi cari ais krim cepat2...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor tu tak pesan ye suruh makan aiskrim? Kalau tak nak makan aiskrim pon, boleh minum minuman berais atau air sejuk. Cepat sikit darah stop 😁

      Delete
  3. pengalaman sy, cabut gigi geraham dengan gigi bgsu mmg berbeza.. kalau cbut gigi geraham mcm cbut gigi depan biasa, tapi, kalau gigi bgsu , tu yg sakit sgt... sbb selalunya gigi bgsu ni, dia tumbuh senget, n slalunya demam.. sy punya gg geraham bgsu senget, jd kena operate gusi, bru leh keluarkn gigi tu.. itu yang buat tak leh tido mlm.. tak sedap bdn n rse nk demam tu. nnt ce tnye hsbnd, ntah2 dia cbut geraham bgsu kot... sbb simptom sme cm sy. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah lah. Bila tanya husband, dia pon tak tahu yang dia cabut tu gigi apa. Haha.
      Tapi ni gigi bongsu doc kata ada lagi. Tapi bila tengok cermin tak nampak pulak gigi bongsu tu. Nampak clear je dekat hujung tu. Tetiba confused πŸ˜…

      Delete
  4. Haha, lawak pula husband cik epal...
    Mesti dia takut jarum ni .... peace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah lah. Dia memang sejenis maciam-maciam sikit πŸ˜‚

      Delete
  5. Last pengalamab cabut gigu tu masa sekolah rendah jelah πŸ˜†
    Klu masa kecik2 dulu bila kita cabut gigi kan mesti tak lama pastu gigi tumbuh balik. So skrng ni gigi cik epal yg dh kena cabut tu biar lopong camtu je ke or ada tambah gigi palsu? Sbb kalau org besar dh susah kan nk tumbuh gigi mcm dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang last cabut gigi masa sekolah rendah. Tetiba je time pregnant sakit gigi. Sebelum2 ni ok je. Biar lopong je buat masa sekarang ni. πŸ˜†

      Delete
  6. Seram pulak rasa bila baca. Saya pernah tampal gigi laa. Tu pun dah rasa sakit sangat. Masuk bilik nangis sorang2 pastu tido. Masa dekat klinik control macho je padahal. Haha :P

    Klakar pulak part husband akak tu. Macam tak puas hati je akak tak sakit. Haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh yeke tampal sakit? Haritu masa tampal rasa ok je. Tak ada sakit sangat. Cuma ngilu je.Lebih prefer tampal dari cabut sebenarnya. Sebab tampal tak sakit! Haha πŸ˜†

      Delete
  7. dari sekolah sampai sekarang, setakat ni belum pernah kene cabut gigi. alhamdulillah :) tapi mai time nak cuci gigi tu cuak gila takut kang gigi ada yng rosak ka apa ka kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi cuci gigi tu ngilu jugak kan. Kadang-kadang sampai darah-darah. Tu cuak tu πŸ˜‚

      Delete
  8. Saya suka minum minuman sejuk sebab ia akan mengecutkan salur darah, so pendarahan akan berhenti. Tapi biasa la, mau 2-3 hari juga tak boleh mengunyah sebelah gigi yang dicabut tu. Dibuatnya masuk nasi dalam lubang tempat cabut tu, sakit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kata 2-3 hari. Ni dah seminggu pon takut nak mengunyah belah gigi yang cabut tu. Takut termasuk apa-apa dalam tu πŸ˜‚

      Delete
  9. Tengah sakit gg ni cik epal..nk buat root canal lambat lahh kena cabut jgk kot tp syg gg geraham yg tengah2 yg kunyab tu huwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sakit, biar cabut kasi lega. Kalau tak sakit sangat, biar je lah πŸ˜†

      Delete
  10. huaaa dah lama tak cabut gigi.ngeri betul.tunggu bila tiba masanyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh, memang sampai bila-bila pon tak nak cabut gigi πŸ˜„

      Delete
  11. Doktor yang paling jarang jarang nak jumpa ialah doktor gigi! πŸ˜‚ πŸ˜‚

    Thanks cik epal nanti kalau sakit pada gigi, dan kena removes..bolehla cuba amalkan tips yang cik epal bagi ni 😊😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Lepas cabut gigi, makan lah aiskrim! Hehe πŸ˜„

      Delete
  12. saya pun pernah rasa cabut gigi to, memang tak sakit pun. tak sampai 10 menit. cuma dokter yg sedikit risau, sampai harus ukur tekanan darah. sy okey je padahal. memang tiada rasa takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time nak cabut gigi memang tak sakit. Lepas cabut gigi, dah habis bius tu selalu nya sakit.
      Doktor risau sebab banyak sangat darah terpancut keluar kot

      Delete
  13. Based on my experience tampal gigi lebih menyakitkan dari cabut gigi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke. My experienced terbalik pulak. Cabut gigi lagi sakit. Tampal gigi just rasa ngilu je time tu πŸ˜…

      Delete
  14. Lya cabut gigi dekat doktor eumur hidup sekalii je. Sakit! Yang lain tu cabut sendiri je, biar goyang2 sendiri. Haha.

    Nice tips btw!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni gigi geraham. Gigi lain tu memang boleh cabut sendiri je. Gigi geraham ni memang kena jumpa doctor lah nak cabut πŸ˜„

      Delete
  15. saya pun baru cabut gigi geraham. sakit sangat. susah makan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah makan tu ye. Nak kunyah pon kunyah gigi sebelah je. πŸ˜„

      Delete
  16. seramnya tang nk cabut gigi, akka pun ada pengalaman cabut geraham belah atas, lps 2 injection tp masa doc nk tarik gigi tuh dia tk blh, bhg nya akarnya kuat sgt kata doc, mcm2 gaya dia tarik nk cbt tuh hhhh last2 tak blh cabut gk... sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh cabut? Habis tu sekarang macam mana? Biar je gigi geraham atas tu eh? Gigi tak sakit ke?

      Amboii banyak pulak soalan. haha πŸ˜„

      Delete
  17. Hi cik epal ! waa serius mmg selamba je pengalaman you.. I punya pengalaman sgt sadis.. I buat kt klinik kerajaan sbb bayar rm2. jimat ! haha , tapi kena pula dgn Dr.girl ,mungkin her stamina x brp kuat banding dgn Dr lelaki, dia p goyang2 my gigi geraham tapi still mencengkam keras dalam gusi (sbb akar bercabang 3) sampai ganti dgn sorg nurse tu, dia goyang then cabut. tadaa~ akar gigi yg 1 tu patah dan t'tggl dlm gusi, dah lah bius nak hilang masa tu.. (sbb kerajaan bg bius dulu baru pggl patient lain utk cabut gigi, suh kita tggu) .. balik rumah terus mengampai demam, denyut2 tu jgn ckp laa mmg azab T_T . but now, skg dah okay, xda denyut2 :D (panjang lak komen hiks!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye! Aik? Nurse pulak lagi power dari doktor. Hehe. Ngeri jugak u punya pengalaman ni sampai akar gigi pon tertinggal dalam gusi. Nasib baik haritu lepas bius terus cabut je. Kalau lama sangat tunggu sampai panggil patient lain dulu, mau demam jugak kot πŸ˜‚

      Delete
  18. last cabut gigi masa umur 20....huh udah tak ingat sakit dia cammana..rasanya lepas cabut je sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sakit lepas bius hilang πŸ˜„

      Delete
  19. kita lagi sukaa cabut gigi daripada tampal. sebab x tahan ngilu. last cabut gigi 2 tahun lepas, alhamdulillah tak sakit. minum air ais lepas cabut gigi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke? Sebab masa tampal tu ok lah pulak rasa. Nak cabut lagi ngeri πŸ˜„

      Delete
  20. Sebelum cabut gigi dia ad suggest tu buat rawatan akar x?

    ReplyDelete
  21. Sebelum cabut gigi dia ad suggest tu buat rawatan akar x?

    ReplyDelete
  22. saya baru je lepas beberapa jam cabut gigi graham bgsu bawah... masyaAllah sakit die lpas bius hilang rasa nk menangis...bedenyut2 cm nk putus jantong..bhahaha...siyes aakit. lpas bca entry u yg lpas cabot tu terus makan ubat tahan sakit terus i selongkar hndbeg cari ubat than sakit... now kurang sikit dah...πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  23. Aduhhh.. Saya tngh alami skt gg Geraham bongsu ni. Dktor nk belah gusi n jahit blk..sye xnk. Gunting gusi je sket. Bru 2 bln lps Gunting gusi. Skt blk gg ni adoiii.. Berdenyut denyut. Nk mkn sahur pn xselera.. Sobsobbbbbb...

    ReplyDelete
  24. Sy ari selasa baru ni cabut gg..gigi grahamatas blah kiri..dktor cbut 2 batang skali sbb dh rosak..mmg susah dktor nk cabut smpai sejam lebih bru siap..smpai berpeluh dktor sbb gg sy tu pnjang sgt.. Blik umah ase skit sgt.mngkin sbb bius abis..tp darah still x benti kuar.. Doktor sruh ggit kapas kuat2 tp sy xleh gigit sbb skit..bdenyut2. Bila dh ptg,drah dh xbrape kuar dh, sy try ase ngn lidah.. Ase mcm keras kt lubang tu.. N sakit..sy dh tkut dh.. Sy ingat ade serpihan gg tertinggal.. Esok nye sy pg smule jmpe dktor n dktor ckp tu bkn serpihan gg tp tulang..

    ReplyDelete
  25. Sy baru sat td p cabut..sumpah tkot..mcm2 jgk la action td.haha..jeritt mngiss meronta-ronta tkot oya psal..siap nurse pgang kepala sorang pgang kaki sorang pgang tgn...lol..smua gelak jaa..mak ckp buat malu kt org je hg ni..tp sy x malu dh mmg seriauu gila jmpa dntist..nseb dktor ni sporting..melayan sy..haha..tp sbb skrg tghari..so nk tido nk bgun smyg stg tkott plak skit..wuarghh..mampoihh lah kali skit..dh la siang lg ni..skrg nk try telan ubat mcm cik epal bg tips tkot bius hilang je πŸ˜…πŸ˜… tp tkott nk bgunn..wuarghhh tkott ni lg sejam bius nk hilanggg..tktw apa jd dgn sy 😭😭😭😭

    ReplyDelete
  26. Br je kol 1 td p cabut geraham atas..huhu.satu akar patah.jenuh doc godek2 tarik x blh.doc kata maybe akar ni senget.huhu..katanya xpe, xperlu operate kasi buang..ni duk tahan denyut2..sakit pulak cabut gigi kali nh.hihi

    ReplyDelete
  27. Sy baru je lps cabut 2 batang gigi semalam. Sebelum ni dah cabut 2 batang, total 4 batang. Braces punya hal. Yg 2 btg sebelum ni x sakit sgt. Tp kali ni sakit sampai demam sehari T.T gusi pun bengkak. Lps baca tips ni terus godek cari ubat tahan sakit tu. Tahan la sikit. Harap2 esok dah hilang sakitnya. Sakit sgtt2

    ReplyDelete
  28. Saya pun Bru lpas cabut gigi 2 hari lepas.gigi geraham atas. Lepas cabut, x stat rase sakit lagi. Cuma darah kuar non stop. Balik uma da stat rase sakit. Dlam sejam lpas cabut, ubat bius da Abes, mula rase sakit. Trus makan ubat tahan sakit sambil nangis guling2. Huhu. Balik umah, terus demam. Hahaha. Bengkak je skang x surut lagi. Mmg Sadis pengalaman cabut gigi. Hehehe

    ReplyDelete
  29. Menyesal plak cabut Gigi,pnya la sakit Lepas ubat bius abis,bace blog Ni bru thu Cara kurangkan rsa skit to.

    ReplyDelete
  30. Aku cabut td pagi...until now stil skt tak slesa...apa lg ubt blh tahan skt ye...hspitl bg dah mkn..bgn tdo je..rasa lain sgt....pipi rasa bgkak sikit...adoii tak tahan weiii...brp hari slalu skt ni hilang ye

    ReplyDelete
  31. Aku pun bru dlm 4 hr cbut gigi geraham bawah... Operation kecil.. Uishh... Skitnyer xterthn... Lps hilg bius.. Rs skit.. Kononnya nk jd hero.. Lpas 2jam bius hilag bru telan ubt skit..smpi skrg msih bergntung ubt thn skit klu xthn sgt..bkn skit kat tmpt cbt je tp 1 kpla sakit.. Yg di luar sana.. Jgn tkut cbt gg... Sbb lain org lain ragamnya...

    ReplyDelete