Tuesday, May 2, 2017

BLVD House . Happy Birthday Han ! Dah 2 tahun dah dia .


Haritu rasa kejap je Han dah setahun. Ni pon rasa kejap je dah 2 tahun. Serious rasa cepat je masa berlalu. Tapi untuk 2nd birthday ni memang aku cakap awal-awal dah dengan husband, malas nak buat majlis ke apa. Sambut birthday bertiga je ler. Macam aku cakap dekat ENTRI FIRST BIRTHDAY HAN ni. Nasib baik husband aku mengamalkan konsep 'janji ditepati' kali ni. Kalau 'janji dicapati' memang saja nak kena debik. Kehkeh.


Happy 2nd Birthday Han!

Muah ciked. Ehehe.

Han punya birthday, tapi mak bapak dia yang berselera lain maciam. Haha.

Fettucini lobster.

Ni signature dessert dia. Nama hape tah lupa. Sebab waiter tu recommend, aku pon try ler.

Aiskrim lagi.

Nyanyi lagu 'happy birthday' terus gembira.

Makan dekat BLVD House. First time aku try makan sini. Harga memang tak affordable lah. Kau masuk je dalam kedai ni, kau dah akan rasa aura 'confirm mahal harga makanan dekat sini'. Tapi deco kedai semua agak classy lah.  Sejujurnya aku rasa makanan dekat sini rasa so-so je. Idok ler sampai termimpi-mimpi nak makan sini again and again disebabkan rasa makanan.

Pastu singgah Toys R Us beli hadiah birthday.
Dah tunjuk dah mainan apa dia nak.

Disamping membeli hadiah mainan Han, aku usha jugak mainan apa yang aku boleh main. Haha. Kanak-kanak ribena betul. Nanti aku review aku beli apa next entry. Serious fun game yang aku beli tu.


By the way, Happy 2nd Birthday Han!
Semoga Han dah besar nanti jadi orang yang baik-baik.
Selalu buat baik dengan orang.
Jangan ada hasad dengki dengan orang. 
Sebab bila kita banyak buat baik degan orang, insyaAllah benda yang baik-baik akan datang dalam hidup kita.
Dekat dunia ni ada macam-macam jenis orang.
 Harap dalaman dan mental Han strong. Be independent.
Banyak kan sedekah kalau kita ada rezeki lebih. 
Lebih banyak kita memberi, InsyaAllah lebih banyak kita akan dapat.
Live your life to the fullest.
Always be a good Han ok sayang!

Mwah mwah. Mama dengan papa sayang Han! 😘😘😘

46 comments:

  1. besar dah diaaa.. happy birhtday semoga jadi anak yang solehh

    ReplyDelete
  2. happy 2nd befday han! suka sangat tengok han dari han lahir lagi. anak aunty pun sama umur dengan han tapi beza 5 bulan la..hehe... semoga membesar dengan sihat yer sayang. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 bulan lagi tua ke 5 bulan lagi muda? hehe. Tq 😘

      Delete
    2. han tua lima bulan dari anak IQ, anak IQ lahir bulan 9, hari malaysia =)

      Delete
  3. Happy birthday Han yang encem. Semoga jadi anak yang soleh. Mtk hadiah adik dr mama taw. Hikss

    ReplyDelete
  4. Wahh makan besar.. Epi bedey Han.. Sama umur dengan Qhaliff.. :)

    ReplyDelete
  5. happy birthday lil boy ^^ semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Aamiin... Aamiin.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..2 tahun dah umur Han..selamat ulangtahun kelahiran Han sayang..moga setiap langkahmu diberkati selalu..moga Allah sentiasa pandu hatimu ke arah yang putih..

    ReplyDelete
  7. Happy 2nd birthday Han! Moga jadi anak yang soleh buat mama & papa 😊
    *Bila Han boleh jadi abang? Hehe πŸ™ˆ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah lah eh. Bila lah Han nak jadi abang. ehehe. Tq 😘

      Delete
  8. assalamualaikum ...wah !! mmg sedap ni...pehhh sedapnya lobster...

    ReplyDelete
  9. Happy birthday han handsomee 😘😘

    ReplyDelete
  10. happy bufday han.. cik epal, i btol2 terlepas nama betul han apa? hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama betul Han adalah Han 😊

      Delete
  11. happy 2nd birthday han..semoga jadi anak soleh..

    ReplyDelete
  12. Happy Birthday Han. Kejap je dah dua tahun dia..
    Semoga jadi anak soleh, cerdik pandai.. 😍

    Comelnya lah Han ni geram kita tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kejap je rasa. Tq! 😘

      Delete
  13. selamat hari lahir Han..semoga menjadi ank yg soleh cemerlang dunia akhirat.aminnn

    ReplyDelete
  14. Happy birthday Han anak solleh! Akak kan..masa anak first dulu rajin betul sambut besday anak. Siap panggil kawan2, jiran2 adik beradik dtg. HAHAH! Now..anak dah 3 memang kemalasan yang amat. Bila pk balik..macam tak adil. Tapi nak buek camno. Omak eh..busy bondo lain dah. Berzumba la, berblog, jadi supir, eh! macam2 lah. HAHAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe anak first memang rajin. Anak yang lain tak tahu lah nanti macam mana sebab anak pon baru sorang. Haha.

      Delete
  15. hppy besday yg ke 2 tahun han. semoga membesar menjdi yg sentiasa mendgr kata dan taat. aminn . han 2 may ke ? sbb aunty pun 2 may jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Update lambat sikit. 29/4 birthday Han. Hehe 😁

      Delete
  16. Hepi besdei Han!
    Moga Allah makbulkan segala doa yang baik-baik untuk Han.
    Dah makin ensem dah anak bujang mama Han ni. Hehe.

    ReplyDelete
  17. eppy bday Han yg handsome....
    moga jd anak yg soleh n berjaya ye

    kalau tgk lobster tu mcm menggoda je, rege ntah berapa agaknya ye
    muke org tu kt toy r us tu seronoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih 😘

      Memang seronok nampak mainan dia tu. Hehe

      Delete
  18. Happy second birthday Han. semoga membesar dengan sihat dan kuat so boleh jaga adik adik adik adik nanti. eh? hahaha

    tapi betul kalau masuk Toyrus , mesti nak try try jugak. mana tau jumpa yang kena dengan jiwa ke. heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Tq. Hehe 😘

      Kadang-kadang kita yang beriya beli mainan nya bila masuk Toys R Us tu. πŸ˜…

      Delete
  19. comel betul han ni, macam anak jepun!
    happy birthday han! seronoknya dia dpt makan sedap yee

    ReplyDelete