Tuesday, April 25, 2017

Makanan sedap dekat Penang : Roti Canai Ayam Transfer Road , Mee sotong Hameed Pata dan Gani Famous Pasembur


Lepas dah pergi tengok dinosaur dekat ENTRI INI , kita jalan-jalan cari makan menternak lemak ah pulak. Kalau datang Penang, ni aku nak bagi idea nak makan apa untuk breakfast, lunch dan dinner.

BREAKFAST


Untuk breakfast, boleh try Roti Canai Transfer Road ni. Dinasihatkan pergi awal sebab tempat ni memang selalu penuh dengan manusia. Masa aku datang ni awal lagi so tak ramai orang sangat. Senang je lah dapat tempat duduk. Tapi kalau korang lambat, memang masak lah korang. Tempat ni memang pack.


Actually, sederet dengan warung ni ada warung ROTI BAKAR TELUR GOYANG. Memang famous. Kalau tak nak makan roti canai, boleh order roti bakar telur goyang. Kalau sejenis menternak lemak, boleh lah order dua-dua. Hehe. 

Harga
Roti Canai ayam : RM6.60 
Roti Bakar Telur Goyang : RM3.50



Dekat sini glamour dengan roti canai ayam seketul. Tak pernah lagi aku makan roti canai ada ayam seketul besar macam ni. Tu yang nak cuba try test tu. Yang aku suka sebab service cepat, lepas order kejap je makanan sampai.

Tapi sejujurnya pendapat peribadi, roti canai ni rasa biasa je bagi aku. Tak ada lah tahap sedap gila. Just tahap boleh lah dimakan. Yang buat unik sebab dia letak ayam seketul tu je. Rasa kuah nya ala-ala je bagi aku. Mungkin sebab aku pernah makan roti canai dan kuah yang lagi sedap dari ni, so bila makan roti canai Transfer Road ni rasa biasa je.

Tapi dah alang-alang sampai Penang, boleh lah breakfast dekat sini. Sebab tempat ni port breakfast yang glamour jugak dekat Penang ni.

Rating untuk rasa aku bagi : 6/10 πŸ—

Sebenarnya nak cari roti canai transfer road ni senang je. Yang susah nya adalah nak cari parking. 
Nak ke sini, korang just Google Maps or waze "Roti Canai Transfer Road" nanti akan keluar dekat map. 

Alamat
Transfer Road Roti Canai
56 Jalan Transfer
Georgetown
10050 Penang

Business Hour: 7:00AM – 1:00PM 





LUNCH


Dah breakfast roti canai ayam, lunch makan Mee Sotong Hameed Pata dekat Padang Kota Lama ni pulak. Mee sotong ni serious sedap gilaaa. Kalau datang Penang, tempat ni memang wajib aku datang ah. Mee goreng tu memang dah sedap pastu tambah pulak dengan sambal sotong pedas dan manis tu. Perah lak dengan limau untuk effect masam sikit. Makan panas-panas time perut berkeroncong pulak. Perghhh meghercikkk. Rasa dia memang perghhhhhhh thorbaik.


Ada coconut shake famous gak dekat sini. Boleh lah makan mee sotong dan beregukan dengan coconut shake tu. 




Tapi hari Ahad tutup. Kalau nak makan dengan tenang, pergi time weekdays yang bukan cuti sekolah. Kalau tak, jenuh lah nak tunggu mee sotong kau sampai meja. Sebab ramai selalunya makan sini.

Rating untuk rasa aku bagi : 9.5/10 (Serious sedap gila!) πŸŒŸπŸ‘πŸ»

Harga
RM4 (normal size)
RM6 (large size)


Alamat

Mee Sotong Hameed Pata
6, Kota Selera Padang Kota Lama
(Fort Cornwallis Food Court),
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200,
Georgetown, Penang

Business Hour: 11am - 8pm (Close on Sunday)
GPS: 5.421415,100.343751










Pasembur joget-joget ni dah pernah try haritu. Aku ada cerita dekat ENTRI NI


Sampai berjoget lah laki aku dengan pakcik ni.

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on


Video berjoget.

DINNER

Dinner nak makan pasembur. Sebab pasembur joget-joget tu dah pernah try. Kali ni nak try Gani Famous Pasembur pulak.

Dah sampai Penang, rugi lah kalau tak pekena pasembur kan? Gani Pasembur ni dekat Kompleks Makanan Medan Renong, Padang Kota Lama. Dekat kawasan food court tu.


Pilih banggg pilih. 
Sesi pilih-memilih makanan mana yang berkenan di hati untuk dijadikan pasembur.
Lepas habis sesi memilih, bagi depa pinggan kita tu. Tunggu sat beberapa minit untuk pekerja kedai potong dan bubuh kuah pasembur.



Harga makanan seafood (udang/sotong/ketam) agak mahal la, so kalau korang tengah budget makan yang murah-murah, ambil makanan selain seafood je ok.




Style dekat sini macam food court dan ada macam-macam makanan. 

Ada order ABC jugak. Tapi ABC ni biasa je bagi aku.

Makan ramai-ramai memang syok. πŸ˜‹

Bagi aku, pasembur dekat sini agak sedap. Cukup rasa ramuan dia. Kuah dia pon sedap dan pekat. Tak pedas sangat dan tak over manis. Just Nice. Pendek kata, memang puas hati. 



Rating untuk rasa aku bagi : 8/10 🌟

Alamat
3,Medan Renong,
Padang Kota Lama,
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,
George Town, 
10200 Georgetown, 
Pulau Pinang, Malaysia

Business Hour:  11AM–2AM



So, kalau korang tersampai dekat Penang, boleh lah try makanan-makanan di atas. Ada sesiapa yang pernah try apa aku makan ni? πŸ˜‹


41 comments:

  1. Hari tu p penang sehari je. Tak puas nk berjalan2. Part joget tuu tak boleh blah. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memang selalu pi Penang ni. Selalu pi makan tempat favourite je πŸ˜‹

      Delete
  2. Replies
    1. Mee sotong tu yang paling favourite dan sedap! πŸ˜‹

      Delete
  3. wah..org jauh pon dh smpai THE TOP...kami yg dok dlm KOMTAR ni pon x p lagi...mknan pdang kota lama tu mmng mahal..selalunya org p gurney drive tu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ambil banyak, lagi-lagi seafood, memang confirm mahal ah πŸ˜‚

      Delete
  4. Terliur pulak tengok mee sotong tu..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee sotong tu paling sedap! πŸ˜‹

      Delete
  5. mee tu nampak sedappppp! pasembur pun blm pnh try lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee sotong tu memang sedap gila! πŸ˜‹

      Delete
  6. Lama dah tak pi Penang... Orang kata Penang banyak tempat-tempat makan yang best! Pasembor tu nampak sedap! Em... kena plan ke Penang ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try mee sotong dengan pasembur πŸ˜‹

      Delete
  7. ABC tu nampak tempting benau. sebab kaler dia kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ABC tu rasa biasa je. Bagi tekak saya lah. Hehe

      Delete
  8. Kalau pergi penang...
    memang akan makan pasembur dekat Gani ni...
    memang sedap dan terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu antara 2 je. Tak Gani. Pergi pasembur joget2 tu πŸ˜‚

      Delete
  9. semuanya nampak sedapppppppppp tp kannn wpn berkali2 g penang, pasembur pemes ni sy x penah mkn lg... asik2 nasi kandar... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah selalu makan nasi kandar, tu cari makanan lain pulak. Hehe πŸ˜‚

      Delete
  10. gani tu memang sedap.. Unni sempat jjgk merasa, tapi mee sotong jak tu yang tak sempat merasa T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee sotong tu paling sedap! Serious kena cuba πŸ˜‹

      Delete
  11. Alahai terliurnya tengok lagi lagi ABC tu sedapnya! ni kalau tengah panas ni , mmg seronok makan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panas-panas makan ABC memang syok lah πŸ˜‹

      Delete
  12. serius tertelan air liur tengok gambar makanan tu. :D
    harap dapat pergi penang suatu hari nanti sebab banyak kata makanan2 kat sana sedap XD

    ReplyDelete
  13. Alahaiiii... Lapar perut nengok gambar makanan2 nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang Penang, try mee sotong. hehe πŸ˜‹

      Delete
  14. pasembur pakcik joget tu dah try, memang sedap pun.. roti canai ayam seketui je belum lagi..:) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti canai ayam seketul tu ok-ok je lah πŸ˜„

      Delete
  15. Rindunya makanan malaysia. sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dekat mana tu? hehe πŸ˜„

      Delete
  16. Dasyatt nya makanan. Semua pun nampak sedap. Huwaaa...bila akak nak heret husband jalan2 cari makan kat Penang ni. Btw, lawak eh..suami tuh. Pandai die joget duo sekali dengan org yang jual tuh. HAHAHAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang bedal je joget dekat mana pon πŸ˜…

      Delete
  17. Yang lunch dengan dinner pernah pergj. Nak cuba yang breakfast pulak!!

    ReplyDelete