Wednesday, April 5, 2017

Makanan Halal di Bangkok : Usman Thai Muslim Food (part 6)


Lepas dah jalan-jalan atas air naik bot dekat FLOATING MARKET , tiba lah masa untuk menternak lemak. Hoyehh. Ehehe πŸ˜‹

Lokasi pilihan kali ni nak ke Usman Thai Muslim Food Restaurant.

Restoran ni dekat Sukhumvit Soi 22.

Kalau nampak Hotel Marriot area Sukhumvit tu betul lah tu.

Cari signborad kuning terang ang ang ni. Pastu masuk dalam lorong tu. Jumpa lah restoran nya.



Sampai-sampai je owner ni terus cakap melayu. Nampak family aku pakai tudung macam orang Malaysia kan. Semua dalam restoran ni pandai je cakap melayu.

Pastu terus ajak Han main toys dengan anak dia.

Suka je Han nampak toys. Bagus jugak. Boleh aku makan dengan aman dan tenteram bila Han dok ralit main.  πŸ˜


Ni harga combo meal dekat Usman Thai Muslim Food ni.
Harga memang affordable.
Kalau korang datang  couple 2 orang je. Boleh pilih combo meal 1 tu. 300baht/RM30 kalau makan untuk 2 orang. Kitorang tak ambil combo ni. Pilih lauk ala carte.


Telur dadar kena ada.
Siap owner tu kata, orang melayu memang tak tinggal ye order telur dadar. 😝


Ikan masak 3 rasa.

Tomyam.
Kalau tanya aku tomyam mana lagi sedap, dekat sini atau dekat Yana. Aku lagi suka tomyam dekat YANA RESTAURANT ni lagi. Tomyam dekat Yana tu sedap gila. Tomyam dekat sini ok-ok lah rasa dia.


Nasi bentuk love πŸ’™

Dekat sini memang glamour dengan nasi bentuk love πŸ’™ nya.


Oxtail soup. Yang ni owner recommend suruh order. 






Dah nak separuh makan daging bakar. Tetiba rasa nak tanya owner tu.
"Bang sambal belacan ada?"

Apa pulak takdeee. Adaaa.
Haaa memang lagi sodap lah bila dah makan dengan sambal belacan sekali πŸ˜‹




Dessert order Mango Sticky Rice.
Sepanjang dekat Thailand ni, aku rasa pulut mangga ni lah yang laing sedap aku makan. Yang lain rasa biasa je. So kalau korang datang Usman Thai Muslim Food ni jangan lupa order ni. Sedapppp  πŸ˜‹.

Serabut betul aku tengok wayar dekat Thailand ni . Tapi dekat mana-mana pon sepanjang jalan dekat Thailand ni, susah nak jumpa wayar yang tak serabut. Semuanya serabut-serabai. Haha πŸ˜‚

Kalau singgah 7-Eleven or stesen minyak. Memang kena beli susu ni. Semua ni ada cop Halal. Aku memang suka susu. So susu dekat atas ni semua sedap bagi aku πŸ˜‹.


Kalau korang sampai Bangkok nak cari restoran Halal, boleh lah try YANA Restaurant dengan USMAN restaurant ni. Both pon sedap.

Kedai makan Usman ni memang famous dikalangan orang kita. Lokasi dia di Sukhumvit Soi 22. Bukak pukul 10am until 10pm, tutup setiap Jumaat ye. Usman ni ada sediakan hostel jugak, price range per night start dari 350 baht hingga 850 baht. Kalau korang backpakers memang sesuai lah nak duduk hostel dia. Yang penting muslim friendly. Dakat sini cakap melayu je. Memang dorang paham.Owner dia pon peramah gila πŸ˜„

Bersambung....

Entri sebelum ni





22 comments:

  1. BESTNYA ... NNT NAK G SANA LA... THANKS FOR THE INFO

    ReplyDelete
  2. wahahahha..

    memang best datang restoran usman ni. sebab diarang semua cakap melayu. makanan pun sedap. terutamanya tomyam. lepas makan, dia suruh rasa pulut mangga pulak. pun sedap juga. owner dia peramah. itu yang best. waktu saya pergi sana, hostel dia yang dekat atas kedai dia ni belum siap. tapi itulah. restoran dia dekat hujung. nak park kete susah. kena parking luar, pastu berjalan masuk dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau banding dengan Yana Restaurant, suka tomyam dekat Yana lagi dari Usman ni. Tapi pulut mangga dia memang sedap. Aah owner dia memang peramah πŸ˜†

      Delete
  3. teringinnya pulut mangga tu. harap la ada rezeki pegi thailand nanti

    ReplyDelete
  4. Wah, seronoklah kalau ke Bangkok jumpa restoran halal macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak je restoran halal dekat Bangkok . Tapi kena pandai cari 😊

      Delete
  5. Fuhhh, terliur tengok makanan especially tomyam tu :)
    Akak balas kunjungan Cik Epal. Thankkkk youuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tomyam dan Thailand memang tak dapat dipisahkan. Hehe 😁

      Delete
  6. Aduhhhh lapar terus tengok makanan tu....Sedapnya. Berapa Rm semua tu CE? Datang tempat orang kalau jumpa orang seagama rasa suka kan CE...
    Berselirat sungguh wire wire letrik diaorang ye CE....

    ReplyDelete
  7. Semua makanan dia sedap2 lah cik Epal....

    ReplyDelete
  8. sup oxtail tu nampak sangat mengancam..
    Pulut mangga dia pun.. Adoilah.. Sedapnya..

    ReplyDelete
  9. mata sy cuma nampak pulut mangga je hehehehe



    kalu cik epal rs wayar letrik tu dah serabut, acu g mesir... 10 kali serabut wayar nyer hahahahah

    ReplyDelete