Monday, April 10, 2017

Chatuchak Market !! Pasar wajib singgah di Bangkok , Thailand (part 7)


Chatuchak Market ni orang Thailand sebut Jatujak Market. Chatuchak jadi Jatujak, kok jowo banget bunyiknya. Haha. Tapi pedulik hape aku, aku tetap jugak nak sebut Chatuchak Market. Kehkeh.

Chatuchak Market ni pasar terbesar dekat Bangkok. Kalau korang ada dekat Bangkok hari Sabtu or Ahad boleh lah singgah pasar ni. Weekends baru pasar ni meriah.Macam-macam hado. Haiwan peliharaan pon diorang jual dekat sini. Nak kucing, arnab, biawak, ular, burung, iguana, labah-labah, landak, mentadak mentadu, semua ada kalau korang nak bela. 

Lagi nak apa? Makanan, minuman, pakaian, aksesori, streetwear, barang secondhand, souvenir, alat masak, alat tulis, buku, interior rumah,ke apa. Semua ada. Pendek kata macam-macam ada. Panjang pulak tak kata apa-apa. 😝



Cara nak ke CHATUCHAK :

-Naik skytrain (BTS) ke Mo Chit station, ambil exit no. 1 dan jalan sampai jumpa pintu masuk kecil ke pasar Chatuchak.

-Boleh jugak naik subway (MRT) turun di Chatuchak Park station (exit no.1), dan berjalan sampai jumpa pintu masuk kecil ke pasar (clothing section). 


 Chatuchak bukak hari :
– Jumaat: 18:00-24:00
– Sabtu dan Ahad: 09:00-18:00

Tapi hari Jumaat tu tak banyak kedai bukak. Pergi weekends lah better. Baru meriah.

Takut nau spek dia tertanggal πŸ˜‚


Toys and segala jenis mainan banyak jual dekat sini. Han memerhati je tu 😝


Ni bahagian pets. 
Banyak haiwan yang ada sebenarnya.


Burung bagi lepas gitu je. 
Tak terbang pulak burung ni nak larikan diri. 
Bagus ye kau burung dok ontok-ontok dekat situ. 😝




Aku memang tak gigih lah nak tengok semua benda dalam pasar ni. Aku malas nak ikut peta,ikut kaki je. Hehe.

Barang perhiasan banyak ada dekat sini.

Barang dapur, hiasan or perkakas rumah pon macam-macam bentuk ada.

Baju memang banyak.

Sebenarnya banyak je benda menarik dalam ni. Tapi battery aku pon dah nak habis masa sampai Chatuchak Market ni. Gambo yang ada dalam entry ni je lah yang berjaya di tangkap.


Ramai jugak orang. Tapi kitorang semua tak ada rasa nak shopping apa pon. Nak cari makanan kudap-kudap je.


Beli ler coconut ice cream ni.


Must try! Coconut ice cream. Beli satu tempurung boleh tambah topping apa suka hati korang nak. Rasa sedap jugak. πŸ˜‹


Dekat Malaysia dah banyak jugak yang jual coconut ice cream ni. Tapi dekat sini boleh rasa yang Original punya coconut ice cream lah 😁

Pulut mangga. Ramai yang beratur. Tapi sebab kitorang baru lepas makan pulut mangga sedap dekat Usman Restaurant ni. So tak beli lah yang ni. Nampak gaya macam sedap sebab ramai nau yang beli.

Pelbagai jenis telur. Tapi tak beli pon. Saja tengok.

Nak massage? Haa dekat mana-mana pon boleh massage.


Sotong goreng. Ni tak tahu lah apa rasa. Tak beli pon.

Sebab panas yang amat dekat sini, kena beli air.

Dah datang Thailand ni tak sah ler kalau tak pekena diorang punya Thai Tea. Memang sedap! Ni siap ada grass jelly. Sedut air dapat sedut jelly sekali. Ahh nyamannnn. Cuaca panas bila air sejuk lalu tekak memang layannn. πŸ˜‹

Ni pon ramai gila beratur.

Jual roti bakar rupanya.

Ada macam-macam perisa. Kitorang pon try lah. Sedap jugak makan panas-panas.

Han pon sedap makan roti bakar πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹



Nak bagi tips kalau korang nak shopping dekat Chatuchak Market ni:

🌸-Kena pandai tawar-menawar. Kalau ada penjual tak nak turunkan harga, takpe, pergi je dekat penjual lain. Sebab banyak je kedai jual benda sama. Untung-untung dia panggil kau balik, bagi tahu harga yang kau nak dan dia pon bersetuju untuk kau bayar dengan harga kau. So skill tawar-menawar kena mantoppp dekat sini! Hehe.

🌸-Tapi kalau kau dah puas hati dengan harga yang diorang letak, boleh terus beli. Sebab pasar ni besar. Takut korang give up je nak cari barang yang sama dekat kedai lain. Kalau korang gigih, takdehal. Ada je kedai yang memang harga dia letak dah murah gila.

🌸-Boleh ler bawak kalkulator kalau nak. Dah ada handphone pon ok je. Kan ada apps kalkulator dekat phone kan? Sebab english diorang kan ala-ala je. Macam ayam itik bersembang je karang. Hehe. So ada kalkulator dekat phone tu senang lah sikit nak tawar-menawar.

🌸-Jangan mengada-ngada nak pakai high heels. Pakai lah kasut/flat yang selesa. Sebab korang memang akan banyak berjalan dalam pasar ni dan trust me! Pasar ni memang besar gila!

🌸-Cari orang yang bagi peta untuk mudahkan korang shopping dalam pasar ni. Sebab pasar ni ada banyak area. Chatuchak Market ni ada beribu-ribu kedai! Ada juga service pos barang ke Malaysia (kalau borong banyak barang)

🌸-Cuaca dekat Bangkok ni memang panas gila. Boleh bawak sunglasses or topi. Recommended untuk korang pakai outfit yang simple je untuk ke Chatuchak Market ni. Tak payah pakai baju berlayer-layer macam kek lapis. Panas weh. Slipper/sandal/ flat shoe memang recommended! And for kids boleh bagi diorang pakai sleeve-less or short. 

🌸- Sebab tempat ni penuh dengan manusia, so hati-hati dengan handbag or dompet. Pencopet ada dimana-mana.

🌸– Bawak cash yang cukup, sebab sebahagian besar kedai dekat sini semua guna cash dan tak terima kad. ATM ada tapi tak banyak sangat.

🌸-Kalau korang datang sini dengan niat nak shopping dan belanja besar, boleh lah bawak beg luggage untuk sumbat barang-barang korang dalam tu. Kalau agak-agak lupa diri shopping tak hengat dunia sampai tak tahu nak letak barang dekat mana dah. Boleh je beli luggage bag dekat sini. Banyak je orang jual murah-murah. 

🌸- Untuk muslim jangan risau, sebab dekat Chatuchak ni banyak je yang jual makanan halal. Ada gerai makanan muslim yang halal dekat dengan Clock Tower.


Jalan punya jalan, haus lagi. 
Beli thai tea lagi πŸ˜‹

Sweet angatt atok dan nekma Han minum kongsi-kongsi 😝

Dok usha awek siam ke tewww? Han jangan maciam-maciam ye πŸ€“



Bagi aku, personally Chatuchak is a place must go la jugak . Sebenarnya semua market dekat Bangkok ni sama je. Barang jualan dia sama. Harga dia pon sama cuma skill tawar-menawar korang je kena mantopppp! Tapi kalau dah tawar tu kena lah beli. I mean kalau nak beli lah baru korang tawar. Tawar lah 50% kurang dari harga asal. Alaaaa pepandai lah ko Jemah. Hehe 😁



Tapi barang dekat Chatuchak Market ni agak murah jugak.



Entri Bangkok, Thailand


Fuhh habis dah entry Bangkok. Banyak lagi cerita travel aku nak cerita. Cerita honeymoon London pon aku tak habis cerita lagi. Haha. Pause jap. Nanti mood sudah mari baru sambung balik. Heee.




52 comments:

  1. haha..han..awat comel sgt tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usha awek siam mana lah tu? πŸ˜…

      Delete
  2. bestnya dekat sini sebab banyak benda boleh beli dengan harga yang murah.

    yang tak bestnya sebab ramai orang dan panas! adeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang panas tu paling xbest sebenarnya. Memang panas dekat sini πŸ˜…

      Delete
  3. kegilaan klu shopping kt sini..mmenarik boleh cuba mknan mcm2...nice share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak jugak makanan dekat sini πŸ˜„

      Delete
  4. Unni tak pernah smpai thai ni. kalau dpt ke pasar cam ni memang mborong la amatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sesuai nak memborong dekat sini 😁

      Delete
  5. Smartlah gambo atas tu....style gitu...
    Tak pernah sampai Bangkok apatah lagi sampai paso Jatujak ni CE hihi....
    Tak per, manalah satu hari nanti ada rezekikan....
    Mudanya lahai Nekma ngan tok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau ada rezeki ke Bangkok, jangan lupa pergi Chatuchak market ni kalau nak shopping 😁

      Delete
  6. Han always cool dan stylo dengan spek hitam dia tu~ Geramm tau! Hihi

    Thanks share. Makanan dia nampak best2. Terutama aiskrim tu. Nyumnyum. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coconut ice cream memang signature dish dekat sini πŸ˜‹

      Delete
  7. Salam singgah sini cik Epal....wahhh....ais krim kelapa dan thai tea...sedapnya...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih cik Epal sudi singgah kat blog Anugerah Terindah...terharu sangat sebab seorang blogger terkenal mcm cik Epal sudi singgah kat blog MD....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Terima kasih singgah sini juga. Hehe 😘

      Delete
  9. hai lah syoknya tengok cik epal jalan-jalan..

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Han memang dari dulu muka bulat. Haha πŸ˜‚

      Delete
  11. sy singgah juga pasar ni sblm blk malaysia. memang happening dan rasa mcm nak borong semua barang... cik epal tak try ke kueh teaw bebola daging sebesar bola tenis kat situ? (resto muslim)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak try. Tak tahu pulak kewujudan bebola daging sebesar bola tenis tu. Haha. Dekat area mana tu? πŸ˜„

      Delete
  12. Kita yang baca pun rambang mata Kak oii haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni tak banyak gambar tunjuk ni. Kalau pergi sana lagi rambang mata 😊

      Delete
  13. Chatuchak market memang wajib ada dalam agenda kalau pergi Bangkok...macam2 ada.
    Teringat pulak kat roti bakar tu. Sedap sangat. Makan panas2 sambil berjalan....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu beli pon sebab ramak beratur nak beli roti bakar tu. Tapi makan panas-panas memang sedap. πŸ˜‹

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Kalau saya pi sana rasanya melekat kat gerai makanan je Cik Epal. Hahaha. Thailand mmg syurga shopping, nak nak yg pandai tawar menawar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi memang murah dekat sini. Kalau dulu lagi murah. Sebab matawang kita jatuh sekarang, barang tak semurah dulu lah πŸ˜„

      Delete
  16. Dah kenapa teh ais tu sedap sangat.. isk3x... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thai ice tea memang sedap. Kalau datang Thailand, memang kena minum thai ice tea πŸ˜‹

      Delete
  17. Thai Tea memang power 😍😍
    Sedapnya nampak roti bakar tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thai tea memang sedap dekat sini πŸ˜‹

      Delete
  18. Tetibe rasa diri terbang ke bangkok chatuchak market ni! Gilalah, macam-macam ada. Mau 4hari 4malam taknak balik nih. Gigih shopping! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa kaki shopping memang kena datang sini πŸ˜„

      Delete
  19. bestnya.... nengok makanan yg dijual tepi jln tu semua nampak mcm menyelerakan je heheheh

    thai tea tu pun menggoda, udahla nampak pekat likat minum time pns2 sedapnya tekak tuh...

    nk membeli kt psr borong man2 pun kene ada skill kan, tak blh sembarangan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kalau pandai tawar-menawar memang best lah shopping dekat sini 😊

      Delete
  20. yess tempat ni memang wajib pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszaaa. Cuma kena tahan panas je lah πŸ˜‚

      Delete
  21. Thai tea sangat sedap kan.. saya minum thai tea beli kat kl ni jer,nanti kalau ada rezeki pergi bangkok , akan dibeli di sana. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thai tea dekat sini pon sedap. Dekat sana lagi sedap πŸ˜‹

      Delete
  22. bestnye jenjalan Bangkok ni
    bila lah kaknoor nak sampai entah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tapi panas sikit Bangkok ni πŸ˜„

      Delete
  23. Replies
    1. Banyak lagi sebenarnya burung lawa dekat sini πŸ˜„

      Delete
  24. Teh tu buat mek teringat balik dekat pesta mknn thai, ya Allah tempting giler teh dia 😍 Satu lg green tea dia pon best jugak πŸ‘ Memang hilang haus tekak. Kombo dengan teringat pulak bile dah balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Thai tea dengan green tea dia memang sedap πŸ˜‹

      Delete
  25. sweetnya Atok dengan nekma tu. hehhe


    btw sotong goreng dia besau besau gak ek. macam bahulu pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah terfikir lak sotong goreng tu macam bahulu πŸ˜‚

      Delete
  26. Suka tengok gambar Cik Epal yang pertama dalam entri ni. Maintain kurus cantik je tau <3

    ReplyDelete
  27. Tahu mcm mana cara nak beli per dari thailand dan nak bawa balik ke malaysia..sy ingat nak pergi beli kucing di bangkok...

    ReplyDelete