Thursday, March 9, 2017

Review Movie: LOGAN dan J REVOLUSI


Banyak movie yang aku tengok minggu ni dan minggu lepas. Tapi 2 cerita ni kira latest lah jugak. So aku nak review 2 cerita ni je lah. Yang lain aku malas nak review sebab aku malas nak taip. Boleh? Haha πŸ˜†

So kali ni nak review pasal LOGAN dan  J REVOLUSI.

  



LOGAN

SINOPSIS

Cerita LOGAN ni diadaptasi daripada komik OLD MAN LOGAN. Berlatarbelakang kan tahun 2029 (X-MEN film series yang paling maju setakat ni). Semua mutant pon dah mati. Ini kali terakhir Hugh Jackman berlakon sebagai LOGAN. 

Awal cerita Logan muncul dengan sudah beruban dan nampak tak bermaya. Alkohol pon bersepah-sepah. Selalunya dia pantas tapi kali ni nampak kusut dan tak teratur. Dah macam orang tua yang dah fed up dengan dunia.Sampai lah dia jumpa Laura yang comel tapi ganas nak meninggal. Budak Laura ni pon mutant jugak. Final mission LOGAN ni untuk bawa Laura ni ke satu tempat nama EDEN. Yang dia ingat mula-mula EDEN ni tak wujud, tapi ada je tempat ni sebenarnya. Laura ni nampak power bergasak daripada Logan. Ye lah LOGAN pon dah tua dan semakin lemah. Tu nampak memang memberansangkan cara budak Laura ni fight.

Pertengahan cerita dia agak slow tapi slow yang ada makna-makna sentimental value yang tinggi. Setiap scene adalah crucial dalam proses penceritaan. Tak bosan. Memang nampak chemistry Xavier, Logan dan Laura yang serasi bersama. Aku paling suka bila Xavier mengaku dia datuk, Logan ayah, dan Laura cucu. Rasa macam comel je! Hehe.


REVIEW


-Episod wolverine kali ni agak emosi. Yelah dia hidup pon dah lebih 200 tahun. Kali ni dia macam dah give up nak hidup.Lepas ramai orang yang dia sayang dan kawan-kawan mutant dia mati, dia pon macam tak koser nak enjoy life dah.

-Prof X pon macam dah give up nak hidup. Xavier yang dulunya professor, sekarang cuma seorang tua yang ada sawan dan menikmati saat-saat akhir kehidupan. Tapi telatah dia ada yang kelakar jugak.Masa dekat rumah orang yang dia tolong kuda terlepas tu nampak lah dia memang nak menikmati hidup sepenuhnya buat kali terakhir.


-Watak jahat pon best. Memang mengancam,ganas dan tak ada perasaan. Nampak intimidating walaupun tak power mana. Watak jahat memang selalu camtu ah kan. Tak power sangat tapi risau gak lah bila dia dekat dengan hero.

-Aksi dalam cerita ni agak ganas. Memang brutal dan gore. Penggal kepala lah, cucuk biji mata lah, sepak tutttt lah, kerat tangan lah, scene bunuh bersepai-sepai lah, dan macam-macam lah.Part darah memancut memang banyak. Bahasa pon kasar. Sebab tu cerita ni 18+ dan tak sesuai bawak budak-budak. Tapi aku bawak je anak aku, sebab dia dalam panggung memang tidur je. Lagi pon bukan dia paham apa.So aku dengan husband sedap je ler layan cerita ni.  πŸ˜†

Laura ni talented. Kau memang boleh pergi jauh dekk. Hakak rasa kau ada potensi besar nak jadi pelakon hebat in future. πŸ˜† Muka pon lawo. Kalau cakap dia ni Kendall Jenner waktu kecil pon aku percaya. Hehe. 


-Budak Laura ni berlakon best! Tp annoying gila scene dalam kereta yang dia dok mengomel nama-nama member mutant dia. Haha. Comel tapi annoying!

- Comel tengok Laura bergandingan dengan Logan.



Dari semua karakter yang ada dekat X-Men Universe, cuma Logan dan Xavier yang hubungannya paling rapat dan ada dalam semua filem ni. Yang buat touching sebab dia masih lagi jaga Prof X umpama jaga ayah dia. Tambah suka bila Logan tak lupa yang Xavier ni asalnya seorang guru. Logan ni kalau kat sekolah, dia lah pelajar paling problem tapi last-last tinggal dia je dok jaga Xavier. 


-Sebenarnya tak sangka Logan ni pon dimamah usia dan boleh uzur dan lemah macam tu. Aku ingatkan dia memang selamanya muda. πŸ˜†

-Cerita ni sedih jugak. Ada lah part-part yang menyentuh hati untuk bersedih. Lagi-lagi part Laura dengan Logan hujung-hujung tu. 😒

-Aku punya lah gigih tunggu credit. Tapi tak payah tunggu pon post credit sequel tu sebab tak ada pon. Boleh serta merta tinggalkan panggung lepas movie habis hokay!

- Overall cerita ni best. Good acting. Antara movie X-Men yang best!


Rating: 8/10 




J REVOLUSI

SINOPSIS



J Revolusi ni cerita pasal Jay (Zul Ariffin) yang merupakan seorang pegawai UTK (Unit Tindak Khas). Jay ni katanya hebat dan tak pernah gagal dalam 53 misi. Wow power sangat ni. Nak sainnnn. Haha. Jay ada kakak nama Dian (Fazura) yang jadi spy untuk satu misi ni.  Tapi untuk misi kali ni Jay gagal nak tangkap penjenayah dan kakak dia hilang masa letupan.Mula-mula semua orang ingat Dian dah mati. Sebab last misi masa ada Dian tu tempat tu kena bom lalu terbakar. Tapi mayat dia tak jumpa. 

6 bulan kemudian, chief dia bagi tahu yang kakak dia masih hidup dan penjenayah nak buat sistem barter lah antara virus dengan Dian. Rupa-rupanya Dian kena culik. Kali ni Jay gagal jugak nak bawak balik Dian dan semua ahli kumpulan dia mati. Tinggal Jay je yang hidup. So dia jadi buruan lah. Jay ni terperangkap dan kena tahan dengan tuduhan membunuh ahli kumpulan dia. Tapi dia lari. Lepas tu timbul lah pelbagai konflik dan insiden untuk selamatkan Dian. 2 orang ahli UTK ada tolong Jay iaitu  Eddie (Izara Aishah) dan Herman a.k.a Skodeng(Azad Jasmin). 


REVIEW

-Dah lama rasa tak tengok cerita melayu dekat panggung. Tapi cerita ni kategori boleh di layan lah.

-Watak Jiman (Eidil Putra) memang macam haremm time awal-awal cerita tapi dia berjaya lah lakon kan watak dia tu. Memang pendengki dia ni. Tapi kalau pengarah gunakan lagi watak dia ni bagi lagi orang menyampah dengan dia aku rasa lagi best.

- Scene lawak memang banyak datang dari watak Skodeng. Ok lah lawak boleh diterima.

- Suka watak Izara dalam ni. Terbayang watak gadis naif kampungan dia bawak je sebelum ni. Dalam cerita ni Izara nampak selesa lah jadi Eddie dan nampak dia power berlawan. Fight scene dia pon best.

-Part siang tetiba jadi malam tu macam pelik lah jugak.

-Fight scene pon agak memuaskan. Tapi paling suka part Izara lanyak Zul. Ehehe. πŸ˜†

-Pelakon dalam cerita ni semua best-best dan boleh kata semua nya agak famous. Memang tu salah satu daya tarikan lah nak tengok cerita ni.

-Fight scene dengan Malaysia UFC Fighter, Peter Davis tu patut bagi lebih sikit baru syok. πŸ˜†

-Part tukar-tukar muka tu memang syok. Dah macam tengok cerita omputeh Mission Impossible. Haha.

- Ada lah plot twist sikit dalam cerita ni.

Overall story line best dan tak membosan kan. Untuk kategori cerita melayu memang boleh tengok lah.


Rating: 6.5/10

===

Korang dah tengok ke Logan / J Revolusi. Bagi korang best tak? 😊



35 comments:

  1. lame tak nengok wayang.. boleh laa nengok cite cite ni.. hihihi

    ReplyDelete
  2. dah lama tak tengok wayang, selalu baca cik epal bawak han tengok wayang, anak IQ umur sebaya dengan han tapi tak berani lagi nak bawak dia tengok wayang cerita aksi, sebab risau tak lepas, boleh ke bawak sebenarnya? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua cerita aksi lepas je kalau nak bawak. Cuma cerita 18+ je ada certain panggung je bagi lepas 😊

      Delete
  3. Replies
    1. takpe, tak rugi pon ehehe πŸ˜‚

      Delete
  4. Replies
    1. Takpe, tak menjejaskan ekonomi pon. ehehe πŸ˜‚

      Delete
  5. Nak tengok LOGAN! tapi belum kesampaian lagi. Minum air LONGAN dah la. HAHAHAH... Ramai cakap BEST. Anyways, patutla 18++ . Banyak betul aksi dan skrip ganas nyer yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok lah Logan sambil minum air Longan πŸ˜‚

      Delete
  6. nice sharing sis.... bestnya dpt p tgk...

    ReplyDelete
  7. hokay.. dh t'pengaruh dgn logan. balik kang nk bgtau hubby. eceh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau siapa ikut cerita X-Men, memang kena tengok lah cerita Logan ni 😊

      Delete
  8. Wah terbaik review dengan penuh kejujuran ni.... saya rasa untuk 8/10 filem Logan tu dah mengujakan saya untuk tengok cerita ni... Thanks Cik Apple... :-)

    ReplyDelete
  9. j revolusi tu mmg ternanti-nanti nk tgk :) sblm ni x prnh tahu psl utk. ternyata mereka sgt hebat.

    ReplyDelete
  10. belum tengok dua dua lagi. Tapi ramai cakap Logan tu best giler. hehehe

    ReplyDelete
  11. tak tengok lagi ! sedihnya nak tengok dedua ni T.T kena tunggu husband balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa tak payah lah sedih. Free2 bila je boleh tengok hehe 😊

      Delete
  12. dik, UTK tu memang polis. dorg ni polis dalam Unit Tindakan Khas. Ala2 SWAT. Kat Malaysia dipanggil UTK. Anggota UTK ni merupakan anggota/pegawai polis yang ditempatkan di unit berkenaan. Mereka memegang kad pengenalan polis, dan memakai uniform polis. Kecuali kalau ada operasi, barulah pakai full set mcm dalam filem tu. Boleh rujuk https://ms.wikipedia.org/wiki/VAT_69/UTK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa yeke? Sebab dia tak pakai baju polis, ingatkan bukan polis. Hehe. Thanks for the info 😊

      Delete
  13. kite baru nk g tengok tp tiket asyik full hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah 2-3 minggu dekat panggung, confirm tak full. Awal-awal je tu πŸ˜†

      Delete
  14. Cerita logan tu mmg dah agak dah.

    Yang tak best tu sbb laura lama sgt membisu, sampai disangka bisu. Rupanya pandai bercakap, cakap sepanyol pastu membebel dalam kereta haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe memang mula-mula ingat dia bisu. Rupanya boleh bercakap. Tapi dia pandai berlakon ah πŸ˜„

      Delete
  15. OK. rating logan lagi tinggi daripada j revolusi.

    jadi kita tengok logan jelah. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau banding 2 cerita ni. Memang lah Logan lagi best πŸ˜„

      Delete
  16. ada soalan nak tanya ‘binatang’ apa yang di tahan oleh Eddie (Izara Aishah) dlm J revolusi

    ReplyDelete