Saturday, March 11, 2017

[Review Movie] KONG : Skull Island



SINOPSIS KONG


Cerita pasal sekumpulan manusia yang nak buat eksplorasi ke pulau yang tak pernah diterokai oleh manusia. Pulau Skull Island ni sangat misteri dan dipercayai menjadi tempat tinggal makhluk-makhluk gergasi. So diorang ni nak uji lah teori diorang ni betul ke tak.

Nak jalankan kajian, kena perlukan bantuan tentera berhelikopter. Perang Vietnam pon baru je habis, banyak unit-unit tentera berhelikopter yang free tengah tak ada misi. Nak pergi pulau ni ada ajak satu team tentera yang dipimpin oleh Preston Packard (Samuel L. Jackson). Nak misi ni lagi lancar, ajak jugak James Conrad (Tom Hiddleston), seorang bekas tentera yang dah free tak ada tugas dan Mason Weaver (Brie Larson), seorang photographer wartawan; untuk publish benda-benda ajaib yang diorang akan jumpa dekat sana. 

Tapi bila diorang sampai je Skull Island ni, team ni “diperkenalkan” dengan seekor makhluk raksasa bernama Kong. Sebab diorang ni pergi bom tempat tu, si Kong ni marah lah. Mengamuk lah Kong. Helikopter diorang ni selamba je Kong pecahkan dan baling sampai hancur berkecai. Team ni banyak yang mati. Packard pon menyampah dengan Kong ni dan berdendam walau apa pon jadi dia nak bunuh Kong.


Tapi ada jugak yang terselemat. Yang terselamat ni secara tak sengaja terjumpa pulak dengan seorang veteran pilot yang dah terdampar dekat pulau ni berpuluh tahun.Dia ni banyak lah cerita pasal misteri pulau ni.


So apa yang akan jadi dekat diorang dan siapa sebenarnya Kong ni? Haaa korang kena tengok lah cerita ni.


===

REVIEW KONG


-Aksi dalam cerita ni agak mendebarkan lagi-lagi bila diorang jumpa makhluk gergasi macam Kong, labah-labah gergasi, cicak aneh and etc.

-Tapi plot dia senang nak agak, Ada konflik antara 2 kumpulan yang nak bunuh Kong dan lagi satu nak selamatkan Kong. Agak cliche tapi ok je lah kalau nak tengok pon.

-Aksi dan grafik dalan cerita ni memang best. Effect CGI dalam cerita ni memang terbaik. Memang nampak macam real ah haiwan-haiwan tu.


Ada Tom Hiddleston dengan Brie Larson berlakon. Dua-dua pelakon gred A ni. Dua-dua pon aku suka.

-Watak Preston Packard paling menonjol sebab dia yang beriya berdendam dengan Kong kebab Kong dah bunuh dia punya team. Watak-watak lain macam tak menonjol sangat. Hero dan heroin pon sama rata je watak diorang keluar.


-Gaya cerita ringkas je tapi ada pengisian yang bermutu dan di selitkan dengan pengajaran bahawa balas dendam tidak membawa apa-apa kebaikan pon.


-Ada plot twist sikit pasal Kong.


-Overall, grafik memang gempak. Cuma cerita dia agak tipikal. Tapi still boleh ditonton cuma tak lah terlalu special.


Rating: 7/10

Boleh lah layan di pawagam berhampiran atau berjauhan anda 😜

21 comments:

  1. kelmarin baru tertengok iklan kat tv, bestnyaaa >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah tengok nak tahu best ke tak πŸ˜„

      Delete
  2. Replies
    1. movie apa lagi nak tengok? πŸ˜„

      Delete
  3. macam best je.. dah lame tak tengok wayang sejak dah ade anak nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kitorang bawak je anak πŸ˜‚

      Delete
  4. Kong dah tak ada King lagi dah... huhu... thanks review...

    ReplyDelete
  5. Filem macam ni, grafik dia mmg tahap terbaik. Ada masa nanti nak tengok jugak.

    Yang part mati sia-sia tu mmg biasalah, watak tambahan je huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita-cerita camni memang grafik kena gempak. Baru best nak tengok πŸ˜„

      Delete
  6. jauh sangat pawagam ��, tu yang tak dan nak melayan kong ni

    ReplyDelete
  7. agak-agak budak takut tak nak tengok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok budak jugak kot. Macam Han dia suka je tengok sebab dia suka tengok animal πŸ˜†

      Delete
  8. wah cam best plak citer ni....hehe

    ReplyDelete
  9. tgk jugak cite ni mggu lepas..bawak mak sekali..kekeke.. cite ok..cuma heroin tu cam kurang ekpresi muka sket.. kalau amek Wan Maimunah jadik heroin tu, kompem cite tu letop222 dengan drama air mata...kuikuikuii :p

    #GurauJe

    ReplyDelete