Friday, March 10, 2017

Nak shopping murah tanpa berpeluh di Bangkok? Pergi lah MBK Center Mall , Thailand (Part 5)

Lepas dah makan tomyam sedap yang aku cerita dekat ENTRI NI . Kitorang jalan lah jap dalam mall ni tengok apa yang ada. Macam-macam benda ada dalam MBK Center ni. 

Nak shopping murah dekat Bangkok, Thailand? Datang lah ke MBK (Mah Boon Khrong) Mall. 
Ada 8 level. Macam-macam hado. Satu level tu kalau jual gadget, memang dari sini ke hujung sinun semua jual gadget. Kalau nak cari kasut, satu level tu semua jual kasut. Semua murah. Ada baju, kasut, kosmetik, mainan, perhiasan, barang elektronik and etc. Boleh jugak beli souvenir dekat dalam ni.



Mak buyung buat peace.



Murah-murah. Macam-macam hado.


Tengok dekat area luar mall ni ada Floating Market Festival. Tengok lah apa yang ada. Boleh lah jugak cari kudap-kudap yang boleh dimakan.


Dekat luar ni pon macam-macam benda ada.

Husband aku ni sibuk dok cari singlet.

 Dah ada yang dia berkenan. Tapi saja survey dulu. Saja lah jalan lagi menuju ke depan window shopping konon nya. Bila patah balik, orang yang jaga kedai ni hilang mana tah main tinggal je kedai dia. Last-last sampai ke sudah lah tak beli hape. πŸ˜…

Kemain toncet rambut engko bangg. Tetiba ada pokok kelapak di situ. 😝
Diorang ni nampak je kitorang terus cakap melayu. 
"halal..halal..boleh beli"

Tapi kitorang tak beli pon ni. Tak tahu lah sedap ke tak.

Ikan ni ada beli. Tapau bawak balik. Yang ni sedap. Isi fresh and manis. Sos cicah dia pon lazat.

Han dan Pak Ngah nya meronda cari makan.

Crepe Mak Kau Hijau 😝


Sebab crepe begini selalu makan dekat Malaysia. Tak ada lah rasa nafsu nak beli.

Bila jalan terus lagi. Macam-macam benda ada jual.

Nampak cambest tapi ni tak halal ye. Ada pork. So ni harommm.

Agak-agak tak pernah jumpa durian, boleh ler beli 😝

Try coconut ice cream Thailand.


Yang hijau tu apa tah. Cendol kot.


Dari jauh dah nampak buah mangga kau nok!

Selalu tengok orang datang Thailand mesti makan pancake pisang ni. Teringin gak nak rasa. 


Kedai ni ada logo halal siap. So try lah sini.



Ada telur dengan pisang.

Pap pap siap.
Diorang panggil pancake.
Kita dekat sini panggil roti canai jerr.


Dia drizzle choc syrup dengan susu dekat atas. Benda ni sedap makan panas-panas.

 Tercapai lah jugak hajat dapat makan benda ni. Rasa dia sedap jugak.

Kenyang sangat ke tewww bang?

Beli baby pineapple ni. 
Comel je bentuk dia bulat-bulat kecik camtu. 
Suka sebab manis. Sedap. πŸ˜‹

Han paw atuk πŸ˜‹

Masuk balik jap dalam mall tengok baju.

Han sedap je makan baby pineapple.



 Mah Boon Krong (MBK) ni memang “The Most Visited Mall in Bangkok”. MBK ni memang jadi tempat wajib datang untuk sesiapa yang kaki shopping sebab mall ni ada 8 level yang jual macam-macam jenis barang dengan harga murah. Kalau nak banding sini dengan Chatuchak Market, dekat Chatuchak lagi murah ah, lagi-lagi kalau korang pandai tawar. Tapi untuk harga standard mall, dekat MBK ni kira murah lah jugak. Nak shopping lama berjam-jam dalam ni pon tak ler berlecak tiak sebab dalam ni ada aircond. Nyaman sikit lah nak shopping dari shopping dekat market. Aku boleh kata MBK ni macam Times Square lah kalau dekat Malaysia.


Boleh tawar harga jugak dalam mall ni. Tapi selalunya kalau korang beli banyak, senang sikit ah dapat diskaun. Dalam ni penjual kebanyakan nya boleh paham/cakap english sikit-skit. Tak payah risau lah kalau nak tawar harga. Kalau english dia ala-ala je, kau tekan je calculator tulis harga yang kau nak. Senang! Tapi ada jugak sesetengah penjual yang boleh cakap melayu. Lagi lah senang korang nak sembang dan bodek kan? 😝


Ada money changer jugak dalam ni. Agak-agak sedap shopping sampai duit Baht habis tu tak payah susah-susah nak keluar mall. Dalam ni pon boleh tukar duit.


Yang best nya untuk muslim sebab ada musolla dekat level 6. Boleh solat dekat sini sekali. Musolla dia pon bersih.Dekat level 5 ada food court halal.

Antara Food Court halal dekat level 5 “The Fifth Food Avenue”:

- Thai Muslim by Sultana, 
-Indonesian by Jimbaran Bali, 
-Muslim by Ali’s Arabic Cuisine 

Dekat level 5 ni jugak ada Yana Restaurant yang aku review dekat ENTRI LEPAS. Aku suggest kalau korang sampai MBK ni makan dekat Yana Restaurant je. Sedap pon sedap! πŸ˜‹





Dah puas jalan dalam MBK Center tu dah jom balik.
 Ada je lah benda yang buat budak kecik ni terhibur di mana-mana. πŸ˜†

Sebelum balik hotel, mesti singgah 7 Eleven.

Sebab nak beli susu ni!

Susu honeydew dan susu pisang Thailand mariii.

Logo Halal siap. 
Aku ni memang suka susu. 
So semua jenis susu pon memang aku suka minum.
Susu pisang memang kegemaran! πŸ˜‹



Ok nanti sambung lagi cerita next day. 
Tata titi tutu tete toto .
*ko dah kenapa sampai tete toto*
K bye!

34 comments:

  1. Entah bila nak merasa g jenjalan thailand ni. Malaysia pun cik renex xabis pusing ag. Nanti cik epal nak g jenjalan jgn lupe roger2 ye.hikhik.

    Purse yg jual tu cantikk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia pon ada jugak tempat tak habis pusing lagi. Hehe. Banyak je benda yang cantik2 jual sini dan harga pon murah 😊

      Delete
  2. kat sini memang femes ngan susu meiji and yes..kat sini jumpa 7 eleven pun dah seronoks dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. pergi mana-mana pon memang nampak meiji ni. Yang best nya sebab memang semua ada cop halal 😊

      Delete
  3. Jin toncit pokok kelapa... hihihi... Lagi senang kalau semua barang ada dalam satu mall, escalator pun ada... kawasan pun bersih kan... Thanks infonya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. kalau shopping dalam mall sejuk sikit 😝

      Delete
  4. susu pisang meiji tu , kemainnnn nak sedap mcm korea pnya kan?. msia pnya byk pisang, tapi sikit pun tak nak buat susu kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu lah bila malaysia nak ada susu pisang. Pasni ada lah tu kot πŸ˜†

      Delete
  5. Cik epal..boleh share transportation sepanjang kat sana?tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna apps grab car je 😊

      Delete
  6. Banyaknya makanan kat sana! Seriously I can't decide which one I should eat haha.
    Nak fikir yg mana halal and yang mana tak lagi. Tapi pancake pisang tu memang nampak sedap! coklat tu dia pakai coklat biasa ke or nutella? Takkan nutella kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pancake pisang tu memang halal sebab dia letak halal certificate dekat gerai dia tu. Yang drizzle tu coklat biasa. Tapi nak nutella pon boleh. Order je 😊

      Delete
  7. Wah...menariknya!ok boleh masuk dalam list bila nak gi bangkok nanti.

    ReplyDelete
  8. bestnya dekat thailand ni sebab boleh beli buah banyak2 dengan harga yang murah. kemudian ada pencuci mulut dia, dekat malaysia payah dapat, dekat sana bersepah. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah-buah dia murah jugak 😊

      Delete
  9. Menarik ni. Boleh jadikan check list tempat wajib pergi kalau ke Thailand

    ReplyDelete
  10. memnag heaven masuk MBK ni. saya pun suka...hehe

    ReplyDelete
  11. cik epal, tq sebab bertandang ke blog buruk saya. Saya ni blogger hingusan jer tapi bila cik epal blogger yang famous amos ni datang baca blog saya & drop komen, saya happy jugak. tq ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Takdehal lah. Hehe 😊

      Delete
  12. Replies
    1. dekat sini memang bersepah mangga 😊

      Delete
  13. good sharing cik epal... nanti nak pegi Bangkok nanti boleh refer blog cik epal.. tq :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi nak share pasal Bangkok ni. Hehe 😊

      Delete
  14. Oo meiji tu thai eak..igt japan brand

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti lah pulak dari mana πŸ˜….
      cuma dekat sini ada lah jual. hehe

      Delete
  15. cik epal ada bw blk x susu pisang? cane nak pack dlm checked baggage eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bawak balik pon. Minum dekat sana je 😊

      Delete