Thursday, February 9, 2017

Resepi Sardin Roll / Sardin Gulung yang senang dan sedap !




Harini nak share cara buat sardin roll / sardin gulung. Senang je nak buat.
Suka hati lah nak buat untuk breakfast ke, minum petang ke, nak bawak bekal sekolah anak ke. Semua pon boleh. Malaysia boleh! *tetiba*



Bahan untuk inti sardin:

1 tin sardin size kecil
2 ulas bawang putih (potong kecik-kecik)
1 labu bawang besar (hiris nipis)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Sedikit garam




Cara masak inti sardin:

Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bawang merah dan putih sampai layu dan naik bau. 
Masuk cili kisar. Kacau kejap.
Pastu masuk kan sardin dan hancurkan itu sardin.
Masuk sos tiram dan sos cili. Garam sikit.
 Tambah sikit air dan biar kuahnya agak kering.
Kacau bagi rata. Dah siap tutup api.

Sejuk kan jap sebelum buat sardin roll. Letak sardin dekat tepi jap.

Sementara nak tunggu sardin sejuk, buat doh untuk kulit sardin roll pulak.

Bahan nak buat kulit :

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
Sedikit garam
Air sejuk dari peti ais 

Cara-caranya: 
First of all (tetiba cakap omputih). Gaul sikit garam dengan tepung gandum. 


Pastu masuk marjerin 2 sudu besar.

Dan gaul rata dengan tangan sampai jadi serbuk roti cenggini. 



Masukkan air sejuk daripada peti ais tu sikit-sikit. Uli sampai doh tak melekat dekat tangan, tapi jangan sampai doh terlalu lembik atau keras. Asal dia tak melekat dekat tangan tu dah alright dah. Macam gambarajah di atas.

Rehatkan kejap doh dalam 15 minit. 



Doh dah ready. Bulat-bulat kan dulu. Aku bulat kan adalah macam sebesar bola pingpong. 


Ambil satu doh yang dibulatkan comel-comel tadi.


Guna jejari kau yang runcing tu. Buat muncung sikit dekat atas dia tu camni. 


Pastu penyek kan guna tapak tangan.

Dan roll nipis guna roller.

Kalau tak ada roller, guna lah cawan ke, lengan kau ke, betis kau ke. Tak kisah lah janji boleh roll. Hihi.

Letak inti sardin. 
Yang bahagian atas tu kelarkan guna pisau cenggitu.


Mula-mula tutup bahagian sardin tu. 
Pastu picit-picit sikit keliling dia.

Pastu gulung perlahan dan ketat.

Sampai jadi cenggini.
 Last sekali tutup bahagian tepi dia. Picit sikit dengan tangan.



 1 adunan doh ni aku dapat dalam 12 biji sardin roll

Dah siap semua, apa lagi. 
Tak kan nak menung je. Kita kasi goreng lah.


Goreng lah semua. Jangan sampai hangus ye udah.
Agak kuning dan garing tu dah boleh angkat.
Pastu boleh toskan atas tisu dapur.


Tadaaaa! 

Siap dah dan boleh di makan begitu sahaja.



Makan panas-panas memang layannnn.



Siapa pernah makan sardin roll ni? Dulu time sekolah selalu makan tapi sekarang aku jarang lak jumpa. Tu syok buat sendiri je. Selamat mencuba bagi yang nak cuba! πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹



33 comments:

  1. Senang je nk wat rupanya. Kena cuba petang nih. Hehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya roti sarding. Blogwalking dan klik iklan menarik di sini. :)

    ReplyDelete
  3. Okay *tarik nafas*, nampak macam senang je nak buat. Hm, maybe I can try it tomorrow night. Mohon copy recipe ye Ms. Epal. :)

    ReplyDelete
  4. serius, nampak macam sedap. lepas ni wajib cuba la juga resepi ni. dah lah time2 sekarang ni cuaca agak sejuk di KK, so memang sesuai melahap fritters sedap mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best lah cuaca agak sejuk. Dekat sini tengah panas bak hangg πŸ˜‚

      Delete
  5. Dekat area rumah ada jual sardine roll ni!!!!
    Omg! Ni yang rasa macam nak membeli RM2 esok ni. Haishhh...
    Hehhee~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak jumpa orang jual. Tu buat je. Sebab tetiba rasa nak makan πŸ˜‚

      Delete
  6. Senang rupanya. Follow resepi Cik epal step by step...berjaya juga buat minum petang tadi.

    ReplyDelete
  7. My housemate suka sangat sardine roll ni. Haritu buat tak jadi. Mekasih la Cik Epal sayang letak step by step beserta gambarajaha. Weekend ni boleh buat! Harapnya menjadilah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau jadi bagi tahu eh πŸ˜„

      Delete
  8. aww..dappnya. tengkiu for resepi. boleh try la ni

    ReplyDelete
  9. wahh..sedap kueh ni...susah nak jumpa orang jual...harus la kena buat sebab dah ada resepi dari cik epal kitewww...thx for the resepi yang macam easy prezy

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi memang senang. Sama-sama 😘

      Delete
  10. sedapnya nampakkk. nanti boleh try buat hehe thanks share

    ReplyDelete
  11. kalau guna sayur bole ke? sebab sy tak suka sardin :D

    ReplyDelete
  12. HAAAA nanti mau buat untuk mama dan papa laaaa hehehe

    ReplyDelete
  13. nampak sedap dan menarik, boleh try nanti.. tiba-tiba lapar.. haha.. tq share..

    ReplyDelete
  14. Wah...tq cik epal tunjuk cara buat..xsusah sangat rupanya..

    ReplyDelete
  15. Wah...tq cik epal tunjuk cara buat..xsusah sangat rupanya..

    ReplyDelete