Thursday, February 9, 2017

Happy Birthday my husband Jofliam . Menjadi jugak nak buat surprise !! Haha


Fuhhh menjadi jugak surprise birthday aku buat untuk husband ni. Cuak gak takut tak jadi. Sebab aku ni dah ah jarang menipu dia. Kalau tipu pon kejap je mesti kantoi.

Hihi. Sorry banyak tipu sunat.

Mula-mula fikir part nak beli hadiah. Ni masalah jugak ni nak sorok hadiah yang aku beli. Sebab aku dengan dia sentiasa bersama. Pergi mana-mana pon sama-sama. So agak payah jugak lah nak beli hadiah dia ni. Kalau beli hadiah sama-sama tak surprise lak kang.

Tetiba pulak kawan lama aku Dayah whatsapp aku tanya apa khabar semua. Aku pon macam dah lama tak jumpa Dayah. Last aku jumpa Dayah pon masa wedding dia tahun lepas. Dayah pon teringin nak jumpa Han. Tetiba mentol bercahaya timbul toing toing atas kepala aku.


Ermmmm. Alright jugak ni kalau nak jumpa Dayah. At the same time boleh beli hadiah husband aku sekali. Ni lah peluang keemasan aku nak keluar tanpa dia. Hehe. Aku pon mintak izin ah nak keluar dengan Dayah dekat husband. Husband aku pon kenal Dayah ni. So dia tak kisah lah aku jumpa dengan Dayah ni.


Before nak jumpa Dayah, aku dah pening gak fikir nak beli hadiah apa untuk husband aku ni. Lelaki ni susah sikit, kalau perempuan banyak je benda kita boleh bagi hadiah kan? Mula-mula rasa nak beli playstation, tapi dah macam-macam jenis playstation dekat rumah aku ni. Ni kang aku keluar dengan Dayah, serious dia melekat main game playstation dia. Last-last aku fikir nak beli benda yang dia suka pakai je lah.


Habit kitorang laki bini ni pulak, suka screenshot gambar yang kitorang suka and tanya benda tu cantik ke tak, rugi tak kalau beli and etc.

Sebab...

Sebelum ni dia pernah tersilap beli baju. Dia rasa baju tu cantik. Tapi aku tengok baju tu macam semacam je. Memang huduh nak meninggal kot baju tu. Bila dia pakai baju tu, terus aku terkejut-opocot-mak-kau tengok dia. Aku siap cakap

"Eeeee tak payah dah lah pakai baju ni. Serious macam bohjan"

Walaupun aku tak tahu bohjan tu pakai baju macam mana. Tapi still dia tahu lah yang aku nak bagitahu baju tu huduh nak meninggal. Sampai sekarang lah dia tak pakai baju 'bohjan' tu. hahaha.


Dan aku pon kalau ada something yang aku suka memang selalu aku bagi tahu je dia. Cuma ada satu masa tu, tengah trend satu kasut ni. Aku rasa sekarang pon tengah 'in' kasut tu. Tengok ramai instafamous, retis dan usahawan berjaya pakai. Aku pon screenshot lah sesiapa yang pakai kasut tu dan tunjuk lah dekat dia, "cantik tak kasut diorang pakai ni?". Aku rasa kasut tu biasa je. Cuma aku nak tahu pendapat dia je lah sebab ramai nau yang pakai kan. Dia cakap.

"Tak payah yunk pakai kasut ni. Serious macam sakai terlepas yunk"

Hahaha. So memang betul lah aku rasa kasut tu biasa je. Cuma sebab brand dan kasut tu tengah 'in', ramai ler pakai kasut tu. Barang branded ni tak semua nya cantik. Kena pandai pilih gak. Yang tak ada brand pon kalau lawa, memang suka je beli dan pakai. Lagi berbaloi kan?

So apa-apa benda yang kitorang nak beli/pakai, mesti mintak nasihat each other dulu. Sebab muka ni lah kita nak menghadap hari-hari kan. Berbalik pada persoalan yang bermain dekat fikiran aku nak bagi hadiah apa dekat husband aku ni, aku pon cek lah whatsapp aku balik.


Dia suka hantar whatsapp time aku tengah lipat kain. Sebab aku suka lipat kain dalam bilik sorang-sorang. Mesti suruh dia jaga Han jap. Kalau lipat kain sambil tengok tv dengan ada Han sekali, memang habis lah baju yang dah lipat jadi roti kirai Han dok punggah. 


Husband aku ni pulak suka screenshot and tanya aku benda yang dia suka tu cantik ke tidak. Ok so aku dapat gambaran dah lah aku nak beli hadiah apa untuk dia ni.

Esok nya aku pon keluar dengan Dayah pergi Pavillion. Dekat Pavi banyak sikit butik. Mula-mula masuk Gucci. Dulu aku tak suka Gucci ni sebab design barang dia macam orang tua. Haha. Sekarang baru nampak helok sikit. Dah alang-alang nak beli sneakers untuk husband, aku nak beli sekali ah untuk aku. Design sneakers Gucci sekarang dah banyak yang cantik dan funky. Sesuai lah dengan jiwa muda remaja kitorang. Haha.


Tapi malang nya. Semua design yang aku berkenan tu lah semua tak ada size. Out of stock katanya. Semua size besar kaki gajah je yang tinggal. Hampeh betul.  Yang tak berkenan tu ada pulak size.Hurmm. Husband punya size pon dah habis. Tengok dekat website banyak design cantik. Tapi dekat Malaysia ni tak banyak pulak dia bawak masuk.

Erghhh terus muncung sampai boleh sangkut teko.


Pastu pergi LV Starhill sebelah Pavillion. Ok dekat sini ada jugak lah yang berkenan.

Yang Han ni kenapa pulak lah semua benda nak memanjat. 


Butik orang pon dia buat macam rumah sendiri. Ghasak.




Nasib baik ada Dayah jaga Han jap masa aku nak membayor ni.

Aku memang ada certain budget nak beli hadiah untuk husband aku ni. So ada lagi duit lebih sikit. Beli lah baju pulak. Pergi ler Pavi balik. Husband aku ni kalau dia suka cutting satu baju tu, memang itu je lah brand yang dia akan pakai. Tapi ada masa dia berubah jugak angin. Tapi sekarang ni aku perhati dia suka Polo dengan Hackett. So dah tahu lah antara 2 brand ni kalau aku beli confirm dia suka and pakai punya. Dan aku memang hafal pon semua warna baju yang dia ada. So aku tahu lah baju apa yang dia tak ada lagi.Dah hari-hari aku yang sidai dan lipat baju dekat rumah. So aku tahu lah semua pakaian dia.


Part hadiah dah settle. Thanks Dayah teman aku haritu. Tapi Dayah ni memang low profile. Tak suka aku upload gambo dia dekat blog and tak suka orang kenal dia. Sebab pernah aku tag dia dekat fb, tetiba dia dapat friend request banyak datang dari aku, dia tak suka, dia rimas. Haha.


Ok hadiah dah simpan baik punya dalam bonet kereta. Lepastu aku dapat idea nak surprisekan husband dekat hotel. Tapi nak deco cantik-cantik. Nak buat dekat rumah memang tak boleh ah sebab dah memang doplohpat jam aku dengan dia dekat rumah. Memang akan kantoi punya. 



So aku dah tempah deco dekat hotel. Aku kena mintak tolong manager aku je cakap aku ada review hotel. Sebab husband aku ni suka cek whatsapp aku. Kalau dia tengok whatsapp manager aku ni, memang dia akan percaya lah yang aku ada job review hotel. Padahal tak ada pon. Haha.





Thanks YY membantu! You are the best manager ever! Hahaha.

Kalau aku ada event, memang husband aku selalu ikut. Dia memang tak ada syak apa-apa masa aku suruh packing dapat tidur hotel sebab kena review. So dia memang rasa aku ada event review hotel lah. Haha.


Lagi satu aku buat surprise ni awal sikit dari tarikh birthday asal dia. So lagi ah dia tak syak apa-apa ah kot. Bila aku check-in je ambil kad dekat lobby. Aku naik atas jap nak tengok bilik. Tapi aku cakap dekat dia aku nak jumpa manager aku jap nak tanya kena buat apa. Ye lah nak 'review hotel' khennnn. Haha. Dia pon ok je lah dok dendiam dekat lobby.


Bila aku tengok je bilik..........



Whoaaaa cantik nya 😍😍😍



Cantik! Cantik! 😍😍😍


Ok pastu aku turun lobby, naik sekali dengan dia.

Muka terkejut + tak sangka. Dah macam cencurut pulak. Haha πŸ˜‚

Cium petals bunga tu yang tak tahan tu. Nak tahu bunga betul ke bunga plastik. Haha. Of course lah bunga betul bang oiiii. Ingat wife you ni cheapskate sangat ke. Hahaha.

Terkejut siap ada nama dekat belon.



Dapat dekat Han habis lah belon-belon ni.



Merata-rata dia bawak.


Birthday boy masih terkesima tak sangka. Tengok je semua belon yang ada. Yang Han pulak nak bawak lari belon nak susun dekat mana pon aku tak tahu πŸ˜… .



Happy birthday saiyanggggg 😘




 
Pastu dia cakap dekat aku.

"Thank you yunk. Tak pernah rasa disayangi macam ni. First time ada orang sambut birthday I buat macam ni"

Pastu dia sambung

"Tapi serious tak sangka diperbodohkan. Ingat yunk betul-betul ada review hotel harini"

Hahahaha tak tahu nak gelak ke nangis.

Aku dah gelak guling-guling dekat situ. Sebab muka dia sesuci lebaran sangat ingat betul-betul aku kena review hotel.Wahahaha. Dah aku gelak, dia pon ikut ler gelak.

Serious dia memang ingat aku betul-betul ada job review hotel. Dan dia memang clueless habis. Maybe jugak sebab aku tak pernah buat benda geli-geli macam ni. So memang dia lagi ah tak expect apa-apa kot. Hahaha.

Sorry tipu sunat kata ada event kena review hotel. Tak sangka U lurus macam pembaris boleh percaya. Hahaha. Punya lah takut kantoi surprise tak jadi. Nasib baik berjaya. Yayy. Hee.
.
Happy Birthday abang senior universiti yang dah upgrade jadi suami tercinta angatt. Kihkih. Semoga U murah rezeki dan hidup bahagia sentiasa bersama wife yang awesome. Haha. Bye. 




Pinjam belon jap nak ootd. Hehe.


Surprise ke tidekkkk? I know you are reading this saiyanggg. Haha. 
Sorry banyak tipu sunat. K Bye!

34 comments:

  1. alalala sweetnya..

    happy birthday buat husband awak.

    ReplyDelete
  2. hahahahaa nice one, so sweet. kalau siapa-siapa pun tengok ni confirm terharu la jawabnya

    ReplyDelete
  3. Wahh..so sweet
    happy b'day tuk encik husband tu

    ReplyDelete
  4. oloh sweetnyaaa. sesekali geli geli apa salahnya kan. pernah buat kat husband tapi dalam bilik je lah , penat susun kelopak bunga and candles, sekali anak masuk terbaur semua. -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang malas nak buat dekat rumah sebab malas nak kemas. Haha πŸ˜†

      Delete
  5. Dah buat surprise lepas tu sapa yang sapu bunga tu? Hehe... Apa2 pun tahniah buat kamu berdua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang sapu bunga??

      rahsia. haha πŸ˜†

      Delete
  6. saya rasa dalam banyak2 couple, cik epal dgn jofliam yg paling kelako kot. ups silap, bukan cik epal dah, boleh panggil puan epallah kan? :p
    sweet betul dgn balloon merah tu, btw happy birthday utk suami!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa puan epal tak sedap lah bunyik nya. haha πŸ˜†

      Delete
  7. Sweet habis! Hehehhee.. menjadi surprise nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik tipu sunat menjadi. haha πŸ˜†

      Delete
  8. Sweet juga CIk Epal ini. Btw, Happy Birthday brother Jof!!

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)

    ReplyDelete
  10. sweetnyeeeeee hihihi suka tengok deco tu nampak romantik sangat hahaha mesti best sebab surprise menjadi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkat tipu sunat. Eh. haha πŸ˜†

      Delete
  11. sweet sgt! ske surprise macam ni...hehe

    ReplyDelete
  12. alorr...swett angattt....happy bday to papa han also okehh !!...

    ReplyDelete