Friday, January 20, 2017

Suka nya VC×100 Future in Serum ni. Best sangat !



Semenjak dah jadi mak-mak ni, tanggungjawab makin bertambah. Kerja pon banyak nak buat. Malam-malam confirm Han akan bangun nak susu so tidur memang tak cukup. Rumah pon lintang pukang bila Han dah pandai "mengemas". Kita kemas, dia "kemas kan" balik. Kita dah letak barang baik punya dekat sini, dia capai letak dekat belah sana pulak. Sabor je lah mak enon.


 Sampai aku rasa biar je lah dia buat sepah-sepah tu semua. Dia tidur kang, aku kemas ler rumah balik. Orang kata jadi housewife ni best. Tapi penat jugak sebenarnya. Hari-hari bangun celik mata je dah kena buat kerja rumah. Kerja rumah ni pulak sampai bila-bila pon memang tak kan habis.  😭 

Badan penat and kadang-kadang muka pon nampak penat. Kulit muka pon dah lain maciamm. Haritu aku ada cuba satu serum ni. Sebelum ni pernah ah sekali ambil serum. Tapi bila pakai serum tu muka berminyak gila sampai boleh goreng ikan lah. So aku cuba serum ni pulak.


.


Aku rasa macam nak masukkan Vitamin C dalam routine skincare aku, so aku start dengan VCx100 Future in Serum ni. 

VCx100 ni dah established dari 2001 lagi. Memang jadi pilihan ramai makeup artists yang famous dekat Jepun. 

Memang sedap pakai serum ni. Texture dia tak melekit. Bukan je ada Vitamin C, produk ni ada Hyaluronic sekali yang banyak membantu dalam pelembapan. Mudah meresap. Senang pakai, mudah kerja. Penyerapan dia pon sangat cepat. Lepas guna kulit memang fresh. Best gila!



Bila ada banyak perbezaan dalam suhu antara siang dan malam, secara tak lansung boleh bagi tekanan untuk kulit dan menyebabkan liang pori besar dan garis-garis halus. VCx100 Future in Serum ni boleh tembus jauh dekat dalam kulit dan boleh hilangkan masalah pori dan garis halus. Boleh bagi kulit lembut dan cantik.



Baca bahan-bahan dia pun rasa sedap! Ada Licorice Root Extract, Coptis Root Extract, Orange Oil, Grapefruit Peel Oil. Macam nak makan ! Hehe. Kalau nak pakai vitamin C dekat muka ni, kena pilih yang stable, barulah berkesan. Future in Serum ni pakai Sodum Ascorbyl Phosphate, kira one of the best stable form punya vitamin C ye! Instant results tau!







Aku ni memang ada satu habit yang kalau nak try apa-apa produk muka suka try dekat tangan dulu. 






Titis kan.

Kalau nak pakai dekat muka, letak 2-3 titis. Calitkan dekat dahi, pipi, hidung dan dagu. Then sapukan dekat seluruh muka.



Sapu-sapu.

Smooth gila.

First day bila letak dekat tangan terus SUKA! Sebab kulit jadi moist tapi tak berminyak. Malam sebelum tidur tu terus tak sabar nak apply dekat muka.


Serum ni aku suka sebab bau dia wangi. Macam bau oren. Banyak serum yang melekit, tapi yang ni aku suka sebab smooth je. Sebelum tidur memang aku akan apply serum ni. Dalam serum ni ada vitamin C so dia akan bantu repair kulit. Bila bangun pagi je kulit terus rasa anjal. WOW best sangat ni.Yang aku perasan kulit aku nampak cerah sikit.


Kalau yang ada pores. Memang sesuai sangat pakai serum ni. Lepas dah serap dalam kulit, kulit jadi tegang dan lembut. Lansung tak berminyak. Best gila! Aku memang tak suka hat yang berminyak-minyak ni. Rimas weh. Huhu. Tapi serum ni aku suka! 😍 



Cara nak guna:
1- Cuci muka dengan cleanser
2- Apply toner.
3- Pastu boleh apply Future in Serum.
4- Baru letak moisturizer/cream

Siap!

Tu kalau dekat rumah. 
Kalau nak keluar, buat semua benda dekat atas ni and last boleh pakai make up.




Pakai sikit je untuk sapu satu muka. Satu botol ni boleh tahan lama. Memang berbaloi kalau nak beli.Mana tahu lama-lama pakai serum ni kulit jadi macam telur di kupas tu kan. Heeee.


VCx100 ni bukan ada serum je tapi ada jugak krim muka, lotion dan cleanser. Semuanyer ada vitamin C. Kalau nak solek cantik-cantik, range Madre:X dia tu banyak makeup yang dipakai dekat runway Paris tau!


Kalau korang beli satu set terus pon boleh. Nak try serum dia yang best ni dulu pon bolehh.
Nahh guna Coupon Code aku ni. Cepat pergi http://www.jp-my.com/madrex  masukkan code MDXEPAL, korang akan dapat discount sebanyak RM20 bagi setiap RM100 yang korang belanja! Cepat check it out now! (valid until 30 April 2017) 



No comments:

Post a Comment