Thursday, January 5, 2017

Review Movie DANGAL, Assassin’s Creed, Passengers, THE GREAT WALL, RAILROAD TIGERS

Aku dengan husband memang dari zaman bercinta sampai sekarang hantu wayang. Memang kaki movie ah. Ingatkan lepas dapat Han dapat melupuskan minat tengok wayang. Tapi tidak ye. Angkut sekali anak masuk panggung. Tapi memang dah biasa bawak Han masuk wayang. Asal dia dalam wayang, memang dia tidur. Han ni guruh berdentam dentum pon sedap membuta. Mungkin berkat berbedung dari lahir. So senang kerja kitorang. Hehe. Habis cerita baru dia celik mata. 


Dekat rumah aku ada Netflix dengan Kodi yang boleh layan movie sampai lebam tu pon still nak pergi tengok wayang gak. Sebab aku dengan husband dua-dua pon work from home. So cycle life kitorang pon sama je. Kalau tak ada event, memang makan-tidur-keluar tengok wayang-makan-tidur-keluar tengok wayang je lah kerja nya. Nampak macam tak ada life. Haha. Tapi itu lah kehidupan. 

Ni nak review 5 movie yang aku dah tengok dekat wayang dalam minggu lepas dan minggu ni.


DANGAL

 Masa nak tengok cerita ni parents aku datang rumah. Ajak lah parents sekali tengok wayang. Cerita hindustan kan selalu lama nak dekat 3 jam kan? Ayah aku cakap awal-awal dah, confirm dia tidur punya kalau tengok cerita hindustan ni. Ibu aku alright je kalau nak layan. Tapi bila part lawak kemain terkekeh-kekeh ayah aku gelak. Sampai lah habis cerita ni dia tak tidur. Wow amazing sangat ni. Bila habis cerita ni dok puji-puji "best cerita ni, tak mengantuk ayah. Kalau tak mesti tidur". Yang ibu aku feeling lebih. Keluar panggung dok tekap-tekap tisu dekat mata. Laaa nangis rupanya. Haha comel betul parents aku.

Cerita DANGAL ni pasal kesungguhan seorang ayah nak jadikan anak perempuan dia ahli gusti. Sebenarnya ayah dia ni frust sebab tak ada anak lelaki untuk nak train jadi ahli gusti. Memang dia harapkan dapat anak lelaki. Tapi anak yang keluar semua perempuan. Mula-mula dia macam give up jugak.Sampai lah satu masa dia nampak anak dia ni bertumbuk dengan budak lelaki sebab ejek diorang. Dari situ dia tahu ah darah bergusti tu menurun ke anak dia. Dia train jugak anak perempuan dia jadi ahli gusti. Orang kampung dok perli pon dia tak kisah. Ye lah selalu ahli gusti kan lelaki. Ni tetiba perempuan nak jadi ahli gusti orang pon pelik ah. Ayah dia ni kira macam menongkah arus. Mula-mula anak dia tak nak tapi terpaksa ah. Dah ayah dia ni strict and garang jugak. Ikut je lah. Tapi last-last anak dia memang power ah berkat di latih bergusti dari kecik dengan ayah dia.

Anak dia dah remaja dapat lah tawaran masuk kolej sukan. Dekat sana ada coach professional lah yang train. Tapi coach ni kongasam. Menyampah gila kot tengok coach dia ni. Nak tahu apa coach ni buat, korang kena tengok cerita ni.

Cerita DANGAL ni memang sumpah best gila! Walaupun ayah dia tu nampak memang kongkong gila hidup anak dia tapi sebab ayah dia strict macam tu lah dapat bagi anak-anak dia erti kehidupan dan capai impian.Selalunya cerita hindustan lain ada jugak part ngantuk dan bosan kan? Tapi cerita ni dari awal sampai habis best.Awal-awal pon dah best sebab tunjuk macam mana dia latih anak dia jadi ahli gusti. Tak ada part bosan lansung.  Sedih jugak cerita ni. Tapi aku tahan je lah kesedihan, nangis kang kena nganjing lak dengan husband nambelas hari patbelas malam. So pendamkan lah hasrat nak nangis tu.Hahaha.

Bila habis tengok cerita DANGAL ni tetiba rasa kalau ada anak perempuan nanti nak train dia jadi ahli gusti gak. Wahahaha over. Tetiba semangat.

Bagi aku cerita ni lebih kurang macam cerita SULTAN. Aku ada review SULTAN dekat SINI.  SULTAN ni pasal ahli gusti gak cuma cerita tu memang pasal diri SULTAN. SULTAN tu bagi aku best. Tapi DANGAL ni laaagiiii best!! Cerita DANGAL ni pulak pasal family. Tak ada cinta-cinta jiwang karat pon. Banyak mesej kekeluargaan. Banyak bagi inspirasi jugak. 

 Based on true story. Memang terbaik cerita ni. Aku bagi 10/10.πŸ‘πŸ»




Assassin's Creed 

 Assassin's Creed ni satu kumpulan yang diupah oleh Sultan Muhammad untuk protect 'Apple of Eden'. Assasin ni dah wujud dari zaman nenek moyang Cal (Michael Fassbender) lagi. Nenek moyang Cal dah bersumpah nak protect 'Apple of Eden' tu dengan darah. So, darah yang mengalir dalam tubuh Cal tu pon secara automatik nya pon bersumpah ah nak lindungi 'Apple of Eden' tu. Boleh pulak kan tetiba automatik. Macam tu pon boleh. Hehe.

Ada pulak satu organisasi yang konon nya nak perjuangkan hak manusia membanteras keganasan. Diorang nak rampas lah 'Apple of Eden' tu. Sebenarnya diorang ni just gunakan Cal tu je untuk dapat kan 'Apple of Eden'. Nak tahu macam mana Cal ni dipergunakan? Boleh lah layan cerita ni.

Part action/fighting menarik. Kalau sesiapa main game Assasin's Creed ni mungkin suka lah kot cerita ni. Maybe bagi sesetengah orang cerita ni agak membosankan. Lagi-lagi kalau tak faham.

Bagi aku cerita ni macam pengenalan je. Macam nak kenal kan watak je dan nak cerita macam mana Asssasin ni wujud. Jalan cerita dia best jugak tapi ending dia tergantung. Mungkin ada sambungan.

Bagi aku cerita ni ok-ok je. Rating aku bagi 5/10.

Passengers


Passengers ni cerita pasal kapal angkasa Avalon yang dalam perjalanan nak ke planet baru bernama Homestead II. Semua nak pergi planet baru sebab bumi sekarang dah penuh dan dah tak best nak duduk dekat bumi. Haha. Nak pergi planet tu bukan senang sebab makan masa selama 120 tahun. Gila lama! Tapi semua orang dalam kapal tu 'ditidurkan' dalam pod hibernasi, so diorang tak akan tua atau mati.

Nak dijadikan cerita, pod hibernasi Jim Preston (Chris Pratt) ni rosak dan dia dibangunkan dari tidur hibernasi 90 tahun awal dari penumpang lain. Memang terkejut ah dia. Sebab dia sorang je yang bangun. Dia cuba nak masuk balik dalam pod tu tapi tak boleh. Macam-macam cara dia buat tapi result semua hampeh. Hidup dia bertemankan robot pekerja bar, Arthur. Hari-hari jumpa Arthur tu je lah kalau nak sembang. Dekat setahun lebih jugak ah dia dok sorang-sorang dalam kapal Avalon tu. Stress gila dia sampai lah satu masa dia pergi balik dekat pod hibernasi tengok semua penumpang yang ada. Pastu dia terpikat dengan Aurora Lane (Jennifer Lawrence). Dia tengok video profil Aurora ni lagi terpesona lah. Dia ni pon buat lah kerja gila bangunkan Aurora tu.

Mula-mula Aurora ni ingat pod dia rosak. Dia pon pasrah je lah. Lama-lama jatuh cinta lah jugak dengan Jim ni. Tapi Arthur tu pulak kantoikan yang sebenarnya Jim tu yang bangunkan dia. Mengamuk lah si Aurora tu. Nak tahu apa jadi dengan Jim dengan Aurora dalam kapal angkasa ni korang tengok lah cerita ni.

Kalau yang dah bosan dengan film superhero, boleh ler layan genre drama sci-fi macam Passengers ni. Cerita Passengers ni bagi aku ok-ok gak lah. Boleh tengok pemandangan kapal angkasa yang mewah dan view galaksi yang indah. Grafik memang gempak. Nampak kapal angkasa tu sangat real. Aku nak tengok cerita ni sebab ada Jennifer Lawrence sebenarnya.

Menarik gak ah cerita dia tapi slow sikit. Mesti terbayang kalau kita dekat tempat dia macam mana lah agak nya.Apa lah yang kita nak buat kalau terperangkap dalam Avalon tu bertahun-tahun. Yang suka bersendirian tu boleh ah tengok cerita ni, pastu fikir balik betul ke tak nak hidup bersendirian.

Rating: 6/10




RAILROAD TIGERS


Cerita RAILROAD TIGERS ni pasal pekerja kereta api Ma Yuan (Jackie Chan) jadi ketua satu team freedom fighters. Menggunakan pengetahuan dia yang mendalam dalam kereta api tu, dia dan team nak ambush tentera Jepun. Diorang nak sekat kereta api yang jadi laluan tentera yang dikawal ketat oleh tentera Jepun.

Kalau nak menghayati cerita ni, kena tengok subtitle English.
Kalau tengok sari kata BM tu ya ampunnn merapu tah kemana sampai maksud pon jadi lain.

Cerita ni kelakar tapi ada jugak scene yang kelakar nya macam tak berapa sampai bagi aku. Hehe. Tapi ok je kalau nak layan santai-santai.

Rating: 6/10



THE GREAT WALL

The Great Wall ni pasal William (Matt Damon) , Tovar (Pedro Pascal) dekat China nak cari serbuk hitam untuk bawak balik dekat tempat dia. Nak pendek kan cerita kena tangkap pulak dengan askar China. Sampai lah diorang dekat Great Wall China.

Dekat Great Wall ni pulak selalu lah kena serang dengan Tao Tei (sejenis monster yang menakutkan). Bila Tao Tei ni serang, Willian dan Tovar ni pon tunjuk lah bakat diorang berperang. Orang cina tu semua kagum lah dan berterima kasih sebab tolong. Diorang ingat diorang berdua je omputeh dekat situ. Rupanya ada sorang lagi omputeh dekat situ nama Ballard. Ballard ni pon nak cari serbuk hitam jugak. Diorang bertiga pon berpakat lah nak curi serbuk hitam.

William ni pulak berbelah bagi sebab dia nak tolong General Lin musnahkan Tao Tei. Nak tahu apa jadi dengan William dan Tao Tei tu tengok lah cerita ni. Hehe.

Kostum baju askar dalam cerita ni style gila. Complete dengan colour code masing-masing. Tugas masing-masing dibezakan dengan warna. Yang pakai baju kostum biru kena terjun ala-ala Pandalela Renong cucuk Tao Tei dekat bawah. Yang pakai baju kostum merah tugas dia memanah dan macam-macam ah warna lagi. Tapi memang style ah time lawan Tao Tei beramai-ramai tu. So colourful cerita The Great Wall ni.

Jalan cerita nice. Lakonan yang bersahaja. CGI padu. Heroin dia comel. Flow cerita mudah faham. Tao Tei (monster) dalam cerita ni macam yakjuj makjuj. Ganas dan laju gila.


Tapi puas hati ah tengok cerita The Great Wall ni. Memang superb cerita ni!

Rating: 9/10 πŸ‘πŸ»


WHY HIM?

Nak tengok cerita ni sebab ada ex boyfrien aku, James Franco. Tapi disebab kan cerita ni 18. Tak boleh lah bawak Han. So lupakan lah saja hasrat itu. Dah ada Han ni kena berkorban sikit sebab cerita 18 dah tak boleh tengok. #berkorbanlahsangattt

Tak ada review. Tak tahu lah best ke tak cerita ni.


By the way, aku memang sangat recommend cerita DANGAL dan THE GREAT WALL. Dua cerita ni memang best nak meninggal weh. Haha. πŸ‘πŸ» πŸ‘πŸ» πŸ‘πŸ» 

Tapi kena tengok dekat wayang baru feel lebih sikit. Tengok download tak best.



Ada tak cerita yang aku review ni yang korang dah tengok? Best tak? Heee 😁 

25 comments:

  1. semua cerita tu lom tngk lg 😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe. Tak menjejaskan ekonomi negara pon. Haha 😁

      Delete
  2. Dangal dah tengok . Memang best .

    ReplyDelete
  3. Wow banyak dah cerita baru cik epal tengok πŸ˜€πŸ˜€. Dangal tu macam bestt!

    ReplyDelete
  4. rugilah tak dapat tengok why him? sebab best sangat �� kelakar gila. mmg tak sesuai bawak han sebab 18+ sbb language pastu banyak gak scene tak senonoh hahahha tapi kelakarr hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tak kisah pon. Boleh tengok dekat kodi nanti. Heee 😁.
      tapi kalau sebab language pon bukan Han paham. Kecik cenonet lagi πŸ˜‚

      Delete
  5. Hehe. Terima kasih review. Nanti nak usha lah cerita Dangal tu xx

    ReplyDelete
  6. oh man, nak tengok wayang tapi risau nak bawak anak, anak IQ besar Han, boleh lepas ke bawak anak tengok cerita dangal cik epal? curious sgt nk tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak boleh lepas? Hehe. Memang dah biasa bawak Han sebab dia tidur je dalam panggung πŸ˜„

      Delete
  7. mcm nak tgk gak cerita The Great Wall

    ReplyDelete
  8. dangal tu spt film biopic 'mary kom'. bezanye, mary kom tu peninju & bapak dia xsupport anak jd peninju. last2 je br support.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tengok jugak Mary Kom tu dulu. Yang Priyanka Chopra berlakon tu kan? Cerita tu best jugak. 😊

      Delete
  9. orait. disebabkan review filem2 ni best nak meninggal.kenalah tengok kan. meninggal kot. agagagagaga..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok. Jangan tak tengok. πŸ˜†

      Delete
  10. eh nak la tengok dangal macamni. macam best je

    ReplyDelete
  11. baru tgk the great wall..mmg best giler xmengantok .10/10 hehe

    nuri

    ReplyDelete