Monday, January 9, 2017

Resepi Ayam Bakar Madu Lemon yang senang dan sedap !

Hye uolsss. Harini nak share resepi ayam bakar madu lemon. Senang je nak buat.


Ok malas nak merepek. Letsss check it out resepi mak hayam.


Bahan-bahan perap ayam:

*AYAM secukupnya
1 biji bawang besar
2ulas bawang putih
1 inci halia
5 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1/2 kiub ayam
1 biji perahan lemon
1 sudu kecil garam
*1 sudu besar butter

(Yang tanda * je tak payah blend. Yang lain semua blend)


Aku guna kuib ayam yang 'no added MSG' ni.

Bahan-bahan yang aku tulis untuk perap ayam dekat atas tadi kau humbankan je semua dalam blender. Kecuali butter dengan ayam tu jangan masuk kan. Yang lain-lain tu semua kasi blend.

Aku guna 6 ketul ayam size medium untuk resepi ni. 


Ambil 1 sudu besar butter.

Dan beramas mesra kan butter tu dekat semua ayam ni.

Asing kan ayam-ayam yang dah digaul dengan butter tadi dekat bekas/loyang untuk masuk oven. Bahan yang kita blend tadi letak atas ayam. Tapi jangan habiskan semua bahan blend tu.


Tinggalkan half untuk sapu lagi lepas bakar ayam 30 minit pertama nanti. Nak bagi ayam more juicy.

Lumur bahan kisar tadi dekat ayam. 
Perap at least 3 jam. Kalau nak lagi power, perap semalaman.

Sebab bekas ni terbukak. Aku balut lah dengan plastik ni.

Ok dah balut, masuk peti ais jap bagi dia sebati bahan perap tu. 


Kita buat sos lemon pulak.

Resepi sos lemon:
1/4 cawan gula
1/2 kiub ayam (bancuh dengan 1 cawan air panas)
1 sudu makan tepung gandum (gaul dengan sedikit air panas)
2 sudu besar perahan jus lemon
1 sudu kecil garam
2 potongan nipis buah lemon (buang kulit tepi)
1 sudu besar butter







Mula-mula ambil 1 cawan air panas. Air panas tau! Letak lah dalam mangkuk. Kalau tak ada mangkuk,letak dalam mangkuk hayun. 

Pastu letak 1/2 kiub ayam dalam mangkuk berisi air panas tadi.

Kacau-kacau bagi dia sebati.

Pastu letak 1/4 cawan gula.

Kacau laju-laju bagi semua padu.

Panas kan periuk. Campak 1 sudu besar butter. Api jangan kuat sangat. Api manja-manja je. Bagi butter tu lepak dan cair jap dalam tu.

Bila buttter dah cair, masuk kan stok ayam + gula yang kita bancuh tadi.

Ambil mangkuk lain. Letak 1 sudu makan tepung gandum pastu gaul dengan air panas sikit.

Pastu masuk kan bancuhan tepung gandum tu. Letak 2 sudu besar perahan jus lemon dan 1 sudu kecil garam. Kacau sampai sos pekat. Bila rasa dah alright, boleh tutup api. 

Dah siap sos! 
Biar dia jap. Jangan sibuk-sibuk nak kacau dia. Kita settlekan ayam pulak.


Mula-mula panas kan oven 180C selama 30 minit api atas bawah dulu.


Ayam yang kita perap tadi boleh bakar dah.
Bakar ayam 180C selama 1 jam 15 minit. Api atas bawah.


Bakar 30 minit dulu.
30 minit pertama keluarkan dan sapu balance bahan perap yang tinggal tadi.
Pastu masuk balik oven.


30 minit keluarkan lagi. Siram jus bawah-bawah ayam tu. Sebab nak bagi ayam to more juicy.
Last bakar lagi 15 minit.
Pastu siap!


Kiranya 3 kali lah ayam ni keluar masuk bersauna dalam oven.
First-30 minit
Second- 30 minit
Last 15 minit.

Jadi lah 1 jam 15 minit. Paham tak?

Pastikan ayam bakar sampai WELL DONE ye. Jangan ada darah yang still stick dekat ayam tau. No no no darah-darah euwww. Ayam kalau still merah-merah darah tu memang tak lalu nak jamah. πŸ˜“



 Letak sos lemon tadi atas ayam. Siap! Boleh lah menjamu selera.

Aku beregukan ayam bakar madu lemon aku ni dengan mash potato dan coleslaw. Kau nak letak side dish lain pon boleh. Suka hati kau lah kan. Kalau kau selera makan ayam lemon ber side dish kan aiskrim mint chocolate chip pon lantak kau lah. Tak ada siapa nak marah cuma nampak macam buang tebiat sikit lah. πŸ˜‚

Nyum nyum nyum. Senang nak buat dan insyaAllah lah sedap. Ehehe.


Coleslaw pon buat sendiri je. Resepi coleslaw ala KFC aku ada update dekat ENTRI INI.


Selamat mencuba mak hayam sekalian. Bye nok! πŸ‘‹

26 comments:

  1. Wahh, sedapnya.. Nanti bleh la cuba resipi nie, thanks for sharing.. =)

    ReplyDelete
  2. wow... sedapnya sis.... thanks for sharing leh try ni... :)

    ReplyDelete
  3. ok, kecur air liur, dah ler pgi tdi xsrapan...huhu

    ReplyDelete
  4. CikEpal, resepi mash potato ade tak

    ReplyDelete
  5. Mmmm.... nampak sedap dan menyelerakan
    tQ resepi nya. Nanti leh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. Selamat mencuba 😊

      Delete
  6. Tu yg meleleh segala jenis air tu..

    ReplyDelete
  7. tq for sharing, u kalau bole smua masakan u kasik share resipi kat sni tau.. lalalalala...

    ReplyDelete
  8. Nice decoration too!
    Thanks for the sharing recipe :)

    https://holajoys.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. Woah.. terliur terus tengok.. thanks share.. boleh cuba la lepas ni...

    ReplyDelete
  10. tq sharing sis. boleh cuba nnt

    ReplyDelete