Tuesday, January 24, 2017

Kenapa nak kutuk teruk sangat orang yang viral tu?


Di zaman 2017 ni semua benda nak viral. Silap sikit pon kau boleh dicerca segenap ummah. Macam-macam jenis orang lah ada dekat media sosial ni. Pulak-pulak tak dapat kawal diri, memang akan jadi target lah untuk orang bahan.



Tapi yelah, kita hidup dengan masyarakat yang pelbagai latar belakang. Bukan satu latar belakang je kan? Jadi memang wajar lah setiap isu yang viral tu ada yang berfikiran positif dan negatif. Tak kiralah dekat media sosial atau luar media sosial.


Bagi aku tak payah lah ketawakan lebih-lebih atau kutuk bagai nak rak sangat dekat orang yang buat silap ni. Ambil iktibar je lah dengan kesilapan dia tu. Semua orang buat silap kottt. Kita bukan sempurna. Nasihat lah elok-elok. Lagi bagus kau doakan dia supaya berubah. Kau kutuk-kutuk maki dengan bahasa kesat ingat dia nak berubah ke? Sorry naik lori ah. Lagi buat dia rebel ada lah. Pulak-pulak budak remaja baru nak up,memang cenderung nak buat benda yang dia rasa betul. Walaupun benda tu menjengkelkan orang. Pemikiran time remaja dengan dewasa ni lain.Sebab kita semua lalui proses matang yang berbeza. Nak berubah tu ambil masa.


Entah-entah yang beriya mengutuk tu lagi banyak buat benda aneh. Cuma orang tak reveal benda aneh yang dia buat dan tak viral kan je. Tu rasa dia selamat dan sedap nak membahan orang.


Lagi banyak kita buat salah,lagi banyak kita belajar dan improve diri sebenarnya. Kadang-kadang orang yang kita sibuk kutuk tu, kalau dia improve diri dia, boleh jadi akan datang hidup dia lagi berjaya dan bagus dari kita-kita yang sibuk mengata dia ni. Ye lah, orang berjaya ni bukan orang yang MENKRITIK tapi orang yang DIKRITIK. Daripada kita ambil masa ketawakan/bash orang dekat media sosial, elok lah kita ambil masa perbaiki diri dan improve diri masing-masing. Lagi ada faedah.


Kita memang tak boleh KAWAL orang nak mengata pasal kita walaupun kita tak buat dosa pon dengan dia, tapi kita boleh KAWAL benda yang kita nak share.  Kadang-kadang orang bukan benci sangat pon tapi orang meluat dan menyampah je. Kalau kita tak mampu nak hadap kutukan dan berhati tisu, jangan share apa-apa yang mengundang kutukan.


Untuk semua pengguna media sosial.
Sebaik-baik manusia adalah manusia yang beri manfaat kepada orang lain.
Ada manusia yang susah sangat nak sebarkan kasih sayang.
Kalau tak mampu sebarkan kasih sayang jangan sebar benci.



16 comments:

  1. "Kalau tak mampu sebar kasih sayang, jangan sebar benci." Setuju sangat dengan statement ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau selalu sebar benci atau aib orang. Takut juga benda-benda negatif ni kena dekat diri sendiri balik. Tak pon dekat family ke, bakal anak-anak ke. Kita tak tahu kan. Tu lah kena berpada-pada kalau benci orang 😊

      Delete
  2. setuju 200% sebab dalam otak ni pun duk pikir benda yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow terlebih-lebih tu sampai 200% hehe 😁

      Delete
  3. viral banyak mendatangkan masalah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok jugak viral pasal apa. Tak semua nya datang kan masalah.

      Delete
  4. Kadang2 yang viral cuma baca tajuk je yang jadi masalah... Tak tahu hujung pangkal... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Orang malaysia banyak yang malas membaca

      Delete
  5. orang yang kena viral memang banyak dah berjaya.. berjaya jadi popular lepas tu banyak peluang dia dapat.. Tu kadang2 ada saja buat benda yang orang akan kecam semata mata harap jadi viral hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok jugak lah viral pasal apa kot. Kalau orang tu banyak sangat viral pasal benda negatif, ignore je lah. Tapi orang kita ni lagi pelik orang tu lagi suka nak melayan. Sebab tu orang yang pelik2 ni makin famous 😅

      Delete
  6. Setuju sangat dengan kata-kata CikEpal ni. Pada saya daripada buang masa pergi melayan (atau jadi salah seorang) Keyboard Warrior ni, lebih baiklah kita semua ni pergi buka newspaper online (contohnya NST) untuk tahu berita-berita terkini, tambahkan ilmu pengetahuan am sendiri. Takdelah nanti blur blur kan kalau orang tanya Menteri Pertahanan siapa kan hehehe (tapi saya yakin ramai yang kenal Menteri Belia & Sukan ihiksss).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah kan. Kita pelik kenapa orang tu famous. Dah hari-hari dok share and kutuk orang tu. Sesiapa yang tak kenal pon jadi kenal. Kalau tak suka, ignore je lah. Tak payah layan. Baik ambil masa improve kan diri sendiri 😊

      Delete
  7. Biasalah kan manusia... Salah org sibuk nk viral, salah sendiri x nmpk pun... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah sendiri buat-buat tak nampak selalunya

      Delete