Saturday, January 21, 2017

Kahwin muda? Syok ke?

Runcing tak jejari aku? Haha *tetibasangatkaudahkenapa*


Aku kahwin masa umur aku 23 tahun. Tak ada lah muda sangat. Tak ada lah tua sangat. Biasa je lah kan. Sebelum aku kawen dulu aku rasa annoying gak lah dengan orang yang sibuk mengajak orang lain kahwin muda-muda ni. Suka hati lah nak kawen umur berapa pon kan. Sibuk je. Haha.
Bukan aku tak bersetuju dengan kahwin muda ni tapi setiap manusia ni berbeza jalan cerita dan keperluan hidup. Tahu umur bukan ukuran kematangan. But nak kahwin ni biar lah fizikal,mental, zahir, batin semua dah ready. Bukan sibuk nak kawen bila tengok orang lain kawen.


Cuma bagi aku. Bila kau rasa nak kahwin, kau kahwin je. Jangan tangguh benda baik. Tapi persoalan nya. Dah ready ke mental dan fizikal nak masuk alam perkahwinan? Ini bukan macam bercinta, bukan zaman couple yang kau boleh putus sesuka hati yang kau nak. Ini pilihan seumur hidup tau!


Perkahwinan bukan hanya untuk elak dari buat maksiat. Itu bukan syarat sah perkahwinan. Sebab tu kena tahu, apa tujuan sebenar kau nak kahwin?


Aku rasa masa lepas kahwin, lebih kurang je rasa macam zaman bercinta. Tapi akan rasa lain bila lepas ada anak. Haaa time ni lah automatik kehidupan kau akan bertukar, lagi-lagi dari segi masa dan cara hidup. Kalau yang kaki tidur time bujang tu, confirm kalau dah ada anak tidur kau akan terumbang-ambing. Memang takde maknanya dapat tidur malam yang lena tanpa gangguan,lagi-lagi ada anak kecik. Bertabah lah. Hehe.

Bab-bab kahwin ni aku selalu dengar pesan-pesan orang tua. Orang-orang tua selalu pesan perkahwinan ni ada pasang surut, kena banyak sabar dan toleransi. Hormat each other,tahu tanggung jawab masing-masing and etc.

Actually dalam rumah tangga, kena banyak memberi.

Kena:

🌸 -Ada
🌸 -Beri
🌸 -Terima

Ada kasih sayang, beri kasih sayang , terima kasih sayang.

Kita ni manusia biasa. Kita tak sempurna. Lumrah nya , bila kita mengharapkan kesempurnaan dari pasangan (manusia) , kita akan kecewa. Jangan letak harapan terlampau tinggi dekat pasangan. Tapi kena sama-sama tolong baiki kalau ada kurang dan improve diri masing-masing.


Jangan imagine perkahwinan tu semuanya manis je, sweet sampai diabates kata kooo. Haha. Setiap perkahwinan confirm ada ujian-ujian. Lain perkahwinan lain lah ujian dia. Dah kita pon kahwin dengan orang yang lain dan perwatakan lain-lain kan? Laki kau bukan laki aku. Isteri kau sah-sah lah bukan isteri aku. πŸ˜‚  Bukan semua nya sama. So ujian yang datang pon berbeza. Setiap perkahwinan mesti ada ujian dan masalah. Cuma macam mana couple tu nak handle masalah tu je yang boleh kekalkan perkahwinan masing-masing.


MARRIAGE IS NOT A FAIRY TALE. Jangan terpengaruh sangat dengan cerita cinta dalam novel dengan drama dekat tv tu. Orang sekarang ramai ambil inspirasi dari drama. πŸ˜“  Angan-angan terlampau tinggi. Bercinta dengan pilot kacak sado kaya lah, bercinta dengan laki kaya raya 7 keturunan tak habis makan lah, bercinta dengan anak jutawan lah. Drama dekat tv tu nak tengok boleh tapi percaya jangan πŸ˜‚ . Depa cerita benda yang best-best je. Bukan tiap-tiap hari hadap benda seronok je.


Obviously kita bukan nak kahwin setahun dua. Semua nak kekal hingga ke syurga ye dak? Banyak-banyak lah dengar nasihat orang yang lebih makan asam garam. Jangan berangan kuat sangat uiii. πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ .


Orang kata cabaran sebenar adalah 5 tahun terawal perkahwinan. Persefahaman, kepercayaan, kejujuran dan kewangan. Awal-awal kahwin ni lah nak develop. Memang betul pon. Lagi-lagi suami isteri dua-dua muda. Darah panas. Both kena pandai kawal emosi.


Siapa kata duit tak penting? Siapa kata kahwin awal semuanya bahagia? 



Bila kau nak berkahwin, kena percaya dengan rezeki yang Allah janji kan. Tapi rezeki ni kita kena lah usaha. Bukan nya jatuh dari langit. Kalau suami ada niat nak cari rezeki untuk bahagia kan isteri dengan anak-anak, InsyaAllah akan murah rezeki. Isteri pulak jangan demand macam-macam kalau suami tak mampu. Biar hidup susah senang sama-sama. Aku dengan husband both pon daripada family biasa je, rakyat marhaen. Bukan anak orang kaya. Memang start dari zero. Nak tak nak memang kena kumpul duit nak kawen dan pandai-pandai manage income selepas kahwin. Dari dulu memang berdikari cari duit sendiri. Sebab tak nak menyusahkan orang terutama parents bila dah kawen. So masing-masing kena improve diri. Usaha cari duit sama-sama.


Cuma bila hidup senang jangan hilang arah. Manusia ni sentiasa diuji. Time hidup susah ujian. Time hidup senang pon ujian. Kena sentiasa jadi manusia yang bersyukur. Life is so unpredictable. Kesusahan tu lah membuatkan kita menghargai satu sama lain.


Ujian yang datang pon untuk mematangkan kita jugak. Suami isteri kena tahu tanggungjawab masing-masing. Mohon tekan kan kepentingan solat dalam rumahtangga. Kena sentiasa berdoa mintak pertolongan Allah untuk memelihara rumahtangga kita, InsyaAllah Allah akan permudahkan semua urusan.


Pernikahan ni ikatan yang suci. Boleh jadi tempat kita timba ilmu dan tambah ilmu. Ladang pahala  kalau kita betul-betul paham peranan suami isteri. Banyak pahala kita boleh kumpul bila kahwin ni. Tapi boleh jadi tiket ke neraka jugak kalau tidak layari alam perkahwinan dengan ilmu, iman & taqwa. *tetiba aku rasa macam ustazah* πŸ˜‚

Kalau kau single selalu dapat soalan "bila nak kahwin?". Kau buat dek je lah. Hadapi lah dengan senyuman. Ecehh. Anggap je lah acik-acik kepochi tu nak beramah mesra and being friendly dengan kau.

Bagi aku, biarlah kau lambat kahwin asalkan itu adalah perkahwinan yang pertama dan terakhir. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu, kahwin boleh kekal ke akhir hayat even duit tak ada. Bukan macam zaman bercinta, cakap i love you boleh kenyang sampai ke malam. 


Zaman sekarang zaman orang berusaha ubah nasib diri dan keluarga. Tanggungjawab nak jaga rumahtangga tu lebih berat dan besar. Jangan ambik mudah. Kita ni bila nak berkahwin, of course kita nak jumpa balik pasangan kita dekat syurga nanti. Kan?

Kahwin muda ke kahwin tua ke tu semua pilihan masing-masing.Ada orang lebih bahagia hidup berpasangan, ada jugak yang nak enjoy hidup single dulu. Hidup masing-masing tak sama.


Ada je yang kawin muda, berjaya dan bahagia. Ade je yang kawin lambat, diuji dengan ujian lain. Dan sebalik nya. Kawin lambat ke kawin cepat ke, semua atas takdir, usaha dan rezeki masing-masing.  Semua ada bahagian masing-masing.


Perkahwinan bukan untuk suka-suka. Bukan nak seronok je. Perasaan cinta semata tak cukup kalau tanpa ilmu dan persediaan. Kahwin ni bukan benda main-main. Kalau betul nak kahwin,kena bersedia dari semua segi- mental, spiritual dan kewangan.


Semoga Allah pelihara rumahtangga kita semua. 
Yang tengah mencari & menunggu jodoh, semoga dipermudahkan. Amin. 😊 




p/s: Apa pendapat korang pulak pasal kahwin muda?




25 comments:

  1. ok apa kawen muda.. xsempat tua ank dah besar2 untk jaga kita plk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sakit tua ada anak yang nak jaga memang bersyukur 😊

      Delete
  2. muda atau tua, yg pntg sama sama pndai jaga ikatan tu.

    Taat perintah ALLAH, inshaaALLAH bahagia rumah tangga itu kann kann =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Dua-dua kena main peranan. Tak boleh salah sorang je yang jaga. Dua-dua kena jaga hubungan tu 😊

      Delete
  3. dulu masa umur belasan sibuk nak kahwin muda. sweet angat angat lah kononnya. lepas tu baru tahu jerit payah dalam rumahtangga. time tu baru nak belajo tanggungjawab. buat kerja rumah.

    I kahwin 21y/o. anak 1st masa 22y/o. 2nd masa 23y/o. 3rd masa 25y/o. orang dok cakap sweet , teringin blablabla. I sengih je. Dorang tahu bab sweet, bab pahit tak terfikir pulak. hehehe. so kalau ada kawan yang dok ngomel jodoh tak sampai lagi lah apa lah, I selalu cakap "Allah tahu masa yang terbaik". tapi ada yang degil. dok merungut bila nak jumpa jodoh. adoi. nyampah pulak dengar. dah rasa baru tahu

    I tak pernah galakkan kawan kawan kawen muda. I selalu cakap simpan duit dulu/ habiskan study dulu. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Fikir macam ni jugak. Ada anak kecil ni memang kena pandai bahagikan masa. Kalau tak, memang semua kelaut πŸ˜‚

      Betul lah tu. Muda-muda lah kena kumpul duit banyak and pandai menyimpan. Sebab kita nak hidup lama. Bukan setahun dua. Bertambah anak nanti lagi bertambah lah komitmen

      Delete
  4. Sis. Sep sikit.. sye pun kahwin umur 23 tahun lepas. Awal awal kahwin mmg perlu sgt sikap memahami dan tolak ansur. Suami tolak ko ansur. Haha.. kalau kire nak menang jeee, mmg terputus di tgh jalan. Apepun sye barulah setahun jagung dlm alam ini. Anak pun otw. Hehe.. thanks ustzh cik epal utk nasihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami tolak ko ansur ye. Hehe 😝

      Dah kahwin ni memang sampai bila-bila pon kena tolak ansur. Kadang-kadang kita kena mengalah untuk menang. Gituwww

      Delete
  5. Pendapat saya...semua perkara ada pro and cons..yang penting macam mana kita lihat ia sama ada dari sisi positif atau negatif. Good or bad, who knows?Sentiasa lihat ke arah kebaikan dan bersyukur dengan apa yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszaaa. Memang pon. Bukan kata kahwin je. Semua benda yang kita nampak atau yang jadi dekat sekeliling kita pon semua depends macam mana kita pandang benda tu. Kita rasa positif, nampak lah kebaikan. Kalau fikir negatif, asyik nampak buruk je lah kan? 😊

      Delete
  6. saya kawin umr 21 tahun :) semua nya brgntung pada diri sndri jugak kena matang nak uruskan hal rumah tangga ni

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum cik epal.

    terima kasih atas entri yang sangat baik. nampak kematangan seorang isteri di situ.

    saya lum berkahwin, nak masuk 28 tahun akhir tahun 2017 dan belum berpunya. saya sedang sambung belajar.

    so tak dapat nak beri pandangan pasal kahwin muda.

    awak dah sebut semuanya kat atas tuh, setiap orang lain rezeki masing-masing.

    tapi saya rasa saya sangat bersyukur sebab saya nie jenis kebudak-budakan, jadi perangai agak kurang matang sedikit, haha.

    kadang rasa inferiority complex jugak tengok ramai juniors di universiti kahwin awal, mungkin disebabkan mereka lebih matang daripada saya. allahua'lam.

    tapi sekarang saya percaya Allah lewatkan jodoh saya supaya saya masuk ke alam perkahwinan dalam keadaan saya lebih bersedia insyaAllah.

    terima kasih banyak2 atas post ini :)

    fifie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Saya pon kebudak-budakan jugak sebenarnya. Tak ada lah matang sangat. Cuma bila dah kahwin ni,kadang-kadang sudut pandang sesuatu benda jadi berbeza sikit dari zaman kanak-kanak ribena. Hehe.

      Hidup ni kita tak tahu apa nak jadi akan datang kan? Fikir baik je lah dan jangan sesekali compare hidup kita dengan orang lain. Semua orang mesti ada ujian masing-masing. Percaya pada Qada' dan Qadar. Sangka baik dan buat baik. InsyaAllah nanti benda yang baik-baik je datang dalam hidup awak. Semua benda yang jadi dalam hidup kita mesti ada hikmah disebalik nya.

      All the best! 😊

      Delete
  8. cik epal!

    kakak sokong setiap huruf yang kau taip dalam entry ni..
    bukan tiap patah perkataan dah..haha..

    sebab semuanye adalah betul!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi setiap huruf sokong tu tak menahan . Hehe. 😝

      Delete
  9. setuju dengan cikepal. Nak kahwin ni bukan untuk sehari dua tapi insha Allah sampai bila-bila. Kahwin muda bagus yang mana salah satunya, umur kita baru sekian-sekian (bawah 25), dah ada anak kan, seronok sangat, lepas tu, bila kahwin muda ni, kalau kita keluar dengan suami kita pergi mana-mana berkepit berdua, kalau orang tegur ke apa kan, boleh dah bagitahu, ni suami kita lah, tak caya, nah, tengok kad nikah kan haaa gitu kau. haha

    tapi tuhla, perkahwinan ni, banyak cabaran dan dugaan dia. kedua-dua pasangan kena sama-sama kuat dalam menghadapinya dan kahwin ni perlu bersedia dari semua sudut. :) ecehh, kita cakap ni macam kita dah kahwin pulak hehe πŸ˜…πŸ˜…

    www.fatinamdzfr.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau time tak ada anak maybe lah orang tertanya-tanya dah kawen ke tak kalau dua-dua muda. Tapi kalau dah ada anak, memang confirm orang tahu dah kahwin punya 😝

      Delete
  10. keberkatan dalam rumahtangga tu yang paling penting sebenarnya.

    ReplyDelete
  11. Hehe sy rsa kawin muda ni kena tgok fmly tu mcm mana . Kalau dr keluarga senang , ok je . Kalau kte anak sulung , parents mengharapkn kte untuk membantu mereka tanggung adik2 , better bahagiakn ibu bapa dlu lg berkat kot . Lg2 kte sebagai pmpn , nt ada pulak kes lelaki x kasi berkerja . Huhu susah pulak nt nk tlg mak ayah yg mengharapkn pertolongan kte .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends jugak. Ada sesetengah orang lepas kahwin, dia makin murah rezeki. Lepas kahwin pon boleh tolong mak ayah jugak. Tapi apa-apa pon zaman sekarang ni perempuan memang kena ada income sendiri jugak. Tak boleh bergantung dengan husband 100%

      Delete
  12. doakan kita dapat kahwin by this year cik epal :). 13th feb ni, kita dah masuk 28.. weeee..kita pun teringin nak ada life yg ada husband. nak kutip pahala, jadi isteri, jadi ibu. doakan kita okey ;)

    semoga cik epal and mini family bahagia dunia akhirat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mengharungi alam rumahtangga yang penuh pancaroba. Hehe. All the best! 😊

      Delete
  13. Saya baru sahaja 18,tetapi pendapat saya tentang kahwin awal ni terserah dengan individu. Untuk saya, saya lebih memilih untuk belajar,cari pengalaman dan menumpukan lebih kepada impian.Mungkin ramai antara rakan saya sudah kahwin awal tetapi saya belum mahu terikat dengan komitmen dan menumpukan lebih kepada pelajaran dan semua benda yang saya ingin lakukan sehingga saya bersedia untuk menjalankan komitmen.Banyak lagi saya rasa mahu tumpukan. Kekadang bila mak kata sebelum 25 mesti dah kahwin tetapi saya rasa terlalu awal. Tak kira apa pun biar masa yang menentukan.

    ReplyDelete