Thursday, January 12, 2017

Honeymoon Oxford : Christ Church College. Dapat pon tengok lokasi sebenar tempat shooting Harry Potter. Yayyy!



Oxford was such a cool little city. Masuk Oxford ni macam dah ada dalam dunia lain. Memang beza rasa duduk dekat Oxford and London.  I was so impressed by how much I loved it! Oxford ni macam penuh dengan sastera dan seni. Oxford ni memang lokasi popular untuk shooting movie. Kalau nak drive dari London ada lah 1 jam setengah. Tapi aku haritu naik bas je dari Bicester Village. Ada lah dalam 45 minit. Ada aku cerita dalam entri lepas macam mana aku pergi Oxford dari London. Haa dekat ENTRI NI aku cerita.


Oxford ni memang penuh dengan bangunan-bangunan bersejarah yang indah. Sebab tu lah Oxford ni jadi kegemaran industri filem untuk shooting. Oxford ni lokasi utama untuk popular TV series Inspector Morse, Lewis and Endeavour.

Kalau nak list kan filem yang pernah shoot dekat Oxford ni memang banyak kot.

Blenheim Palace ada banyak dalam filem James Bond and Mission Impossible.

Broughton Castle pulak kita boleh tengok dalam Shakespeare in Love.

Didcot Railway Centre dalam filem Sherlock Holmes.

Dan banyak ah lagi filem-filem yang pernah shoot dekat Oxfordshire ni. Tak larat pulak nak list. Ehehe πŸ˜„ 

Dekat entry ni aku nak cerita pergi lokasi tempat shooting Harry Potter je πŸ˜† 

Masuk gate je terus nampak War Memorial Garden ni. 


Tenang dan mendamaikan.  Kalau lah rumah yang seketul tu rumah aku, best gila. Bangun-bangun pagi confirm bertenggek dekat tingkap sambil minum hot chocolate. Layan view taman cantik cenggini. πŸ˜† 

Cantik juga taman ni. Taman ni tak besar sangat. Laluan untuk ke tempat shooting Harry Potter. 😍 








Nak pergi Christ Church College ni sebab tempat ni lah salah satu lokasi shooting Harry Potter yang paling famous. Lokasi sebenar tau bukan studio. Dekat tempat ni ada beberapa ruang dan sebuah area tangga yang depa guna dalam filem "Harry Potter and the Philosopher's Stone" dan "Harry Potter and the Chamber of Secrets."





Nak masuk bangunan ni, kena tengok bila tempat ni dibukak untuk pelancong. Last entry 4.30pm. Nak masuk ke Christ Church College harga nya GBP 5.50  untuk students/orang tua/anak kecil, dan 
GBP 7 untuk umum. Kalau datang dengan family, (2 adults, 2 kids) boleh beli tiket dengan harga GBP 14. Jimat sikit.

Haritu aku berdua je. Dah honeymoon kan harus lah berdua. Sorang bayar 7 pound.













Christ Church College ni satu-satunya kolej di dunia yang juga cathedral. 
Kolej ni kolej paling elit dan telah menghasilkan tiga belas Perdana Menteri British! Wow!13 belas Perdana Menteri pernah belajar dekat sini hokayyy! Power power. Kalah bilangan satu team bola sepak. Hehe. 😝 

 Kisah pengembaraan Alice in Wonderland pon ada shooting dekat Christ Church.







Best kot kalau kampus tempat belajar rupa macam ni. Dah macam masuk dunia magic. πŸ˜† 








Ni lah Christ Church Great Hall. 

Kalau dalam filem Harry Potter jadi Hogwart's Great Dining Hall.
Tempat makan dak-dak Harry Potter. 
 Sekolah Hoghwarts pon lokasi shooting nya dekat sini. 


Dekat sini lah tempat yang kita boleh tengok Hogwart's Great Hall yang sebenar, atau sekurang-kurang nya tempat di mana penerbit filem telah diilhamkan untuk wujudkan Hogwart's Great Hall.




Great Hall yang aku masuk tu dalam scene Harry Potter.


Comel nya Hermione Granger 😍 


Dalam filem, hall ni macam depa ubah sikit untuk kesan lebih dramatik 😝 

 Bila jalan dekat meja panjang ni, mesti expect nak tengok Dumbledore dekat depan. Hehe.




Ni tangga dalam scene Harry Potter jugak.



Cantik ah tempat ni. Suka pulak aku 😍 




Dalam filem Harry Potter

Haaa Jemah mana tengah tunggu budak-budak magic tu?




Yang pasti bukan aku Jemah tu. Kahkah πŸ˜‚


Tetiba laki aku dapat kuasa Harry Potter bila sampai sini. πŸ˜‚ 
Cool gila weh kalau tempat belajar ada view sebegini.










Time ni aku tengah pregnant 8 bulan. Memang tak ler aku nak join laki aku posing terbang-terbang. Han tengah sedap duduk dalam perut aku. Hehe. Bila sampai je Oxford ni beriya husband aku kata. First benda yang dia nak ajar Han adalah terbang. Adeh malas nak layan. Lagi layan lagi sakit pinggang aku bawak perut πŸ˜… 


Kalau korang berminat nak tahu dekat mana author J.K. Rowling ambil inspirasi bila tulis buku Harry Potter, memang korang kena visit Christchurch College dekat Oxford ni. 
Hogwarts’ Great Hall memang berdasarkan dewan makan kolej ini.


Mula-mula aku ingatkan Oxford ni ada universiti je, tak pon dalam kepala terbayang kamus Oxford. Ehehe. Tapi bila dah sampai Oxford ni tak sangka pulak bandar dia sangat cantik dan tersusun. Suka!! 😍 😍 😍 

Nanti aku sambung lagi cerita dekat next entry. Han ni dekat bawah meja tengah tarik-tarik wayar kacau aku menaip. Sabo je lah mak enon. πŸ˜‚  Nak suruh aku main dengan dia lettew. Dah jadi mak-mak ni kena sentiasa jadi badut menghiburkan dia. Sebelum anak aku kena renjatan eletrik rambut terpacak, baik aku stop jap.Nanti sambung. Bye uolsss πŸ‘‹ 

21 comments:

  1. uish..serius baru tahu lokasi filem harry potter tu guna lokasi yang real. hehehe. biasa buat dalam dewan je kan..uiii..view kat sana.cantik gila kot! fuh. fuh.

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesetengah scene je yang guna lokasi real. Yang lain-lain tu ada je guna studio πŸ˜„

      Delete
  2. 8 bulan boleh naik flight lagi ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ada cerita dekat entri honeymoon london yang first ni 😊

      http://cikepal06.blogspot.my/2016/04/cik-epal-jofliam-honeymoon-london-part.html

      Delete
  3. Amboi bestnya honeymoon... jauh betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama dah ni. Baru ada time free je nak cerita πŸ˜…

      Delete
  4. oxford memang superb esp utk posing2.. i was here in 2007..long time ago...tp memang beshlah dpt pegi sini
    nice pics of cik epal..tak perasan pun u preggy 8 months in that pic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa pregnant time ni ramai pulak tegur perut kecik. So redah je lah berjalan πŸ˜‚

      Delete
  5. teringin jugakk nak pegi tapi ongkosnyaa belum adaa. hahahaha xpe masuk dlm wishlist dlu kikiki =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni kena ada dalam list. Heee 😁

      Delete
  6. memang view dia sangat-sangat cantik

    ReplyDelete
  7. belek satu- satu gambar..cantik

    ReplyDelete
  8. Bestnya! Cantik sungguh, kalau laa dapat pi bergambar kat situ...

    ReplyDelete